Pages

31 May 2012

main masak2..

Dua2 tgh demam...masa nimadik ok skit pas sumbat bontot..

Main masak2...

Kakak jadi mak kot..

Tanya adik nak air sirap tak..

Yg adik jwb nak...nak aja adik tu..


Kejap je tu..pas 5minit main..

Adik buat perangai..baling semua mainan..

Dan mama menjadi pengutip yg setia...


Published with Blogger-droid v2.0.4

30 May 2012

ww

Note:gmbr dlm draft..bila zaman pun xtau..

ABC request dr kakak..


Published with Blogger-droid v2.0.4

28 May 2012

tq kakak nurul


thanks kakak rol..
love u too...

happy birthday kakak


28.05.2012
besday anak mama yang ke 4 tahun..
semoga menjadi anak yang solehah yek..
harap leh menjaga adik bila dah besar..dan bila mama abah dah takde nanti..

kakak lambang kasih sayang mama abah..cinta hati kami..
sayang kakak sangat2 sayang..





note:  pesan nak kek angry bird yang besarrrrrrrrrr..

27 May 2012

Alhamdulillah

Published with Blogger-droid v2.0.4

26 May 2012

kalau itu yang tertulis....

Tak semua yang kita minta diberikan oleh-Nya..

Mungkin diberi dlm bentuk lain yang lebih bermakna serta membawa perubahan dlm kehidupan kami...


Pengorbanan besar kami utk anak2..


Published with Blogger-droid v2.0.4

25 May 2012

aurat wanita







Seperti mana yang semua orang tahu, aurat wanita adalah seluruh tubuhnya iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki kecuali muka dan pergelangan tangannya. Ia telah direkodkan dalam hadith sahih yang berbunyi:

Asma’ binti Abu Bakar telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila
telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (H.R. Abu Dawud)

Ummu Salamah pernah bertanya Rasulullah s.a.w, “Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan
menutupi zahir kedua kakinya.” (H.R. Abu Dawud)

Di zaman moden kini tak ramai yang mahu menutup aurat sepenuhnya seperti mana yang dilandaskan oleh syarak. Mungkin ada yang beranggapan kaki bukanlah suatu yang wajib ditutup kerana ia tidak mendatangkan syahwat kepada lelaki, namun tanggapan itu jelas salah. Ada juga yang mungkin tidak mengetahui bahawa pergelangan kaki adalah termasuk daripada aurat yang wajib ditutup wanita. Zaman kini wanita beranggapan bahawa pergelangan kaki bukan lagi satu aurat walhal dalam Al-Quran telah jelas menyuruh wanita menutup aurat sepenuhnya moga dengan itu mereka akan dianggap wanita yang baik-baik dan tidak akan diganggu.

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Ahzab, 33:59)

Namun kerana pergelangan kaki adalah anggota paling bawah dan sentiasa terdedah, maka ada rukhsah (keringanan) ke atasnya dalam menutupinya. Antaranya ialah:

1. Wanita yang di mana adik iparnya (adik lelaki kepada suaminya) tinggal tetap bersamanya dan suami dibenarkan untuk tidak menutup aurat kaki (pergelangan kaki) di dalam rumahnya oleh kerana ia akan sentiasa sibuk membuat kerja rumah yang mungkin mendedahkan ia dengan basah pada kaki. Namun jika adik iparnya bukan tinggal tetap (tempoh masa lama) bersama abangnya, maka tidak dibenarkan atas keringanan ini.

2. Wanita yang sibuk membuat kerja dapur, di mana dia terdedah kepada persekitaran dan pekerjaan yang basah, tatkala itu pula terdapat orang bukan mahram memasuki dapur untuk sesuatu hajat, maka keringanan ke atasnya untuk tidak menutup pergelangan kaki.

3. Wanita yang telah sangat tua (golongan-golongan nenek) dan tidak mempunyai langsung nafsu syahwat.

4. Darurat.

Oleh itu, tutuplah aurat kaki dengan apa cara sekalipun, sama ada melabuhkan kain sehingga tidak menampakkan pergelangan kaki atau gunalah cara mudah iaitu memakai stoking yang tebal supaya tidak ternampak pergelangan kaki dan warna kulit. Jika kita sudah menutup aurat dengan memakai tudung yang labuh, baju yang longgar, tetapi pergelangan kaki masih tidak tertutup, itu menandakan kita punya masalah dalam memahami aurat yang dilandaskan syarak. Pakailah pakaian seperti mana kita solat kerana solat kita hanya sah dengan menutup aurat dengan sempurna. Jika di tempat awam kita diwajibkan begitu, apatah lagi di Masjid atau tempat-tempat mulia bukan? Adakah kita rela dibakar oleh Neraka hanya kerana kita mengambil ringan akan hal ini?

Seorang muslimah sejati akan berbicara begini:

Ku RELA stoking kaki ku BASAH terkena air yang melimpah daripada kakiku TERKENA PECIKKAN API NERAKA.
Ku RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yang ku JAGA daripada ku berendam dalam LAUTAN NERAKA.
Ku RELA rambutku disimpan RAPI terpelihara juga TUDUNGku labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutku hingga MENDIDIH OTAK derita.

24 May 2012

model laici tak berbayar

kakak suka benar dgn air laici...

abis diceduknya buah laici tu..


budak ni pun sama..

mengikut semua kelakuan kakak nya..


note: simple update di hari jumaat..

20 May 2012

kisah anak2...

Tgk la adik yg mcm boy..

Bukan me yg tak pakaikan dia baju pompuan..sapa tak teringin tgk anak2 pakai baju gaun,skiry...

Tp si adik ni dlm proses memilih baju sendiri..semua baju dia pilih sendiri..sampaila baju tido ko...

Kalau dilarang..ermmm dia punya mengamuk...aduii sakit nafas mama dgr..

Dr mama jd tensen ikot jer la...


Yg kakak dh ok skit..dulu pun xnak skirt..

Sekarang kalau disumbat dgn kata2 nak jd princess tak?baru la ok...


Anyway tq to kak rol bg bj ni....


Published with Blogger-droid v2.0.4

19 May 2012

petua buang toksik dalam badan

salam weekend semua..

me nak share sedikit petua / info:

cara untuk buang toksik dlm badan dan melawaskan sistem pencernaan kita (bagi yg sembelit)

  • 1 biji epal
  • sebatang saleri
blend /kisar epal dgn saleri + air ler..
jgn buang hamaps dia..
aku minum jer semua..

amik setiap pagi sebelum sarapan..
alhamdulillah me dah amalkan..
so far memang puas hati la..
me kan ada penyakit baru sekarang.. akibat makan ubat berlebihan masa demam campak aritu badan me mengalami badan yang punyai toksik berlebihan..
me jadi kembung perut walaupun mkn dgn kuantiti yg sedikit..dan susah membuang..(sebelum ni me la juara)

 me nak share skit pasal toksin ni...

Apakah itu toksin?

Toksin adalah bahan kimia atau racun berbahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan.
Ia adalah hampir mustahil untuk anda mengelakkan daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja - dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.


Simptom-simptom toksin berlebihan


  1. Sering keletihan, kurang bertenaga, sakit kepala ,mulut berbau , bau badan
  2. Insomnia (masalah tidur), Mata gelap , Mata merah
  3. Daya ingatan dan tumpuan yang lemah, Rasa cemas
  4. Alahan, Masalah sinus, Sistem imun yang lemah
  5. Masalah sistem pencernaan – sembelit, kembung perut
  6. Masalah sendi - lenguh lenguh badan
  7. Masalah kulit – jerawat, eczema
  8. Selulit, Kenaikan berat badan, Tanda-tanda penuaan awal
  9. Kajian sains telah menghubungkaitkan toksin alam sekitar dengan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser, masalah reproduksi, penyakit jantung, asma dan penyakit Alzheimer.
Tanda tanda lain 
  1. seseorang yang mempunyai toksin berlebihan dalam badan akan berasa letih tanpa sebarang sebab, susah bangun tidur dan bahagian keliling mata gelap. 
  2. Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengah, celah paha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit.
  3. Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat, kehadiran selulit, masalah jerawat dan banyak lagi.

Punca- punca toksin 

  1. apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya
  2. pemakanan ubat-ubatan kimia
  3. merokok
  4. pengambilan minuman keras 
  5. pemakanan yang tidak seimbang
Kaedah penyingkiran toksin secara semula jadi
  1. makan makanan yang kaya dengan fiber
  2. cuci dan jaga hati melalui minum teh hijau
  3. ambil Vitamin C
  4. minum sekurang kurangnya 8 gelas air putih sehari
  5. breathe deeply
  6. hot shower 5 minit
  7. sauna
  8. Exercise 
note : sayang2 la badan kita yek..



18 May 2012

serabut kepala




ni la keadaan umah memalam..
serabut la kepala tgk rumah mcm ni..
dgn mainan berterabur
makanan bersepah..
bila mama suruh semua simpan semua buat tak tahu je..


bila mama mengamuk barula semua kalut nak mengemas..
ermmmm anak2..

17 May 2012

menu mlm jumaat..

Sejak sakit ni me malas nak masak...

Tak leh nak diri lelama...


Setelah sekian lama tak masak..

Mlm ni masuk dapur ler...

Masak simple jer...

Sup fish ball + tofu telur..

Ayam masak kicap + kentang

Ikan kering tenggiri masam (pembuka selera)


Sup tu feveret adik ngan kakak..

Adik hanya mkn ratah tofu telur..


So tu jer la mkm mlm kami sekeluarga..

Korang mkm apa mlm ni???


Published with Blogger-droid v2.0.4

untuk kakak najla

salam khamis semua..
me alhmadulilah..
lepas berubat dengan me punya abang ok la skit dr ari2 lain..

semlm kakak dapt duit raya dgn pakndak dia..
pagi ni pesan kat mama minta beli buku upin dan ipin..
mama g kedai tadi ternampak majalah Ana Muslim ni..
terus mama amik jer dr beli upin ipin baik beli majalah ni..ada belajar jugak..

selak2 ternampak website online dia..
terus belek2 tengok menarik jugak..
so tahun depan beg sekolah semua beli ana muslim jer kat kakak..
nampak come jugak..

walaupun dah lama ana muslim ni..
mama baru tergerak hati nak belikan untuk kakak..
semoga akak menjadi mcm ana muslim ni..
amin...



klik gambar untuk tgk web ana muslim

peralatan sekolah
baju2 di ana muslim


15 May 2012

Segmen : Up Follower & Tambah Kenalan

miss Z berceloteh

baru nak join segmen ni..

saya wanie dari kedah tapi tinggal di putrajaya..
follower baru 29 :(

nak join ni cepat tau klik kat gambar tu..


14 May 2012

....

mood takde
sedang menanggung kesakitan..
doakan saya kembali sihat seperti sedia kala yek..
kesian tgk anak2 dan suami terbiar...

11 May 2012

salam jumaat..

Salam jumaat semua...

Arini anak dara ni nak pakai baju raya...

Mama layan kan jer...


Tgk la adik yg blum mandi pagi tadi....

Bad mood skitvarini sbb tgh syok tido mama kejutkan..


Yeay..esok dah weekend....


Published with Blogger-droid v2.0.4

09 May 2012

ww

Note: 2 minggu cuti chicken pox..esok start keja walaupun belum sembuh lagi...


Published with Blogger-droid v2.0.4

08 May 2012

org sakit masak..

Bosan dok umah lelama...

Anak2 ngamuk nk mkn kek...

So mama pun godek2 dlm tenet

Jumpa kek batik ni..

Lamanya tak mkm kek ni..

Walaupun senang..

Me tak penah buat..

Tgk brg ada..jom la anak2  buat kek batik ni...


Nak resepi ke?senang jer..

3cwn milo

1cwn susu pekat

1 cwn margerin / butter

Biskut merrie


Cara:

Kacau semua bhn tadi dengan api yg perlahan..

Masak samapi kilat dan semua cair

Tutup api,masukan buskut yg dah dipatahkan

Sejukkan dlm fridge

Dah sejuk leh mkn...


Senang kan...Cubala..huhuhuhu

Masuk semua


Published with Blogger-droid v2.0.4

05 May 2012

selamat berblog kembali...

Arini dah masuk 11 ari me kena chicken pox...

Ni semua gara2 berjangkit ngan anak2..

Ya Allah masa sakit tu tuhan je yang tahu sakitnya campak ni..

Dengan badan lenguh sgt2..

Dengan demam yng panas sgt..

Masa tu en sumainla yg byk sgt menolong..

Sian pulak tgk dia uruskan anak2 sensorg..

Mkn minum dia anak2 aku tak amik tau langsung...

Campak ni kuar yg teruk dr ari 3-5..

Mlm2 tak dpt tido...mkn langsung xlalu..

Aku muntah ja...ada dkt 5ari aku tak mkn apa2 melainkan air dn roti..sekeping pun susah nak abis...

Sampaila ari sabtu tu aku tak tahan sgt..minta mak aku dtg dr kedah..

Bygkan masa2 aku sakit tu la sekolah anak2 aku tutup sebab hfmd..

Mana ko tak pening..nak bw diri sendiri pun tak larat ni kan nak tgk anak2...

Mak dtg ngan nurul (anak buah).diorg sampai pagi ahad..alhamdulilah..lega sgt..atleast mak ada masa aku sakit...aku kalau sakit2 ni nak mak aku ja...


Masa aku sakit tu mak mandikan aku dgn daun2 kayu..

Mkn kena pantang..mcm ko pntang bersalin tu...

Aku tak mkn sgt pun hinggala arini...mulut sakit..slm mulut oun camapak naik...

Disebabkan ni campak terakhir kot maka dia naik dgn sgt2 byk.,takda ruang kosong langsung..depan belakang penuh...mlm2 nak tido xleh..miang sgt...


Ni mak dh blk semlm...sedih ja..xpe la..aku pun dah ok skit..tunggu kering..

Lagipun campak aku ni dh jadi nanah ada efection..amik antibiotik nagn ubat mandi...so lamabt skit nak baik...

Ermmm aku masuk keja insyaallah kamis ni...sekarang my hubby amik blk turn jaga anak2 dgn jaga aku...


Ok la...tq kat nurul yg sanggup ponteng keja jaga mksu ngan adik2..kat mak yg tak larat2 pun dtg tgk aku..dan utk en suami yg tak jemu2 layan dan jaga aku dgn anak2...


TERIMA KASIH YA ALLAH ATAS KURNIAN YG ENGKAU BERIKAN PADAKU..aku anggap ini sebhgain dr menghapus dosa2 kecil ku...amin....


Published with Blogger-droid v2.0.4