Showing posts with label Luahan. Show all posts
Showing posts with label Luahan. Show all posts

Friday, 12 September 2014

Guru.



Sesetengah orang masih tidak faham akan tugas guru ni.. Aku tengok di laman sosial banyak yang mempersoalkan kerja guru ni. Katanya guru kerja sekerat hari. Balik rumah boleh bersenang lenang dengan family. Aku balik bukan bersenang lenang dengan family. Balik kerja tengok rumah tak ada Akiff.. Tak ada husband. Aku di bumi Sibu. Family aku di semenanjung. Balik bawak kerja yang belum siap. Itu merupakan salah satu perngorbanan yang aku perlu lakukan. Janganlah duk mengata kalau tak tahu hujung pangkalnya. Maaf lah yer kalau sesiapa yang terasa. Setiap pekerjaan tu mesti ada cabarannya.

Wednesday, 6 August 2014

Genap 4 tahun sudah.. AL-FATIHAH..

Masih segar lagi dalam ingatan aku tentang kejadia pahit yang berlaku dalam family aku.. Aku kehilangan seorang bapak kesayangan aku. Tiada lagi dengar gurauan dia n sakat menyakat dari dia..  Huhuhu..

Seminggu sebelum hari kejadian... Aku dapat berita dari kampung yang menyatakan pak aku tiba-tiba ja rebah.. Pada malam tu family aku yang terdekat bawak gi hospital dan terpaksa patah balik sebab katanya pak aku tak ada apa2.. Kali kedua bawak gi hospital baru dimasukkan ke wad CCU sebab dah ada air dalam otak.. Masa tu aku masih ada di hospital.. Adik bongsu aku dah nangis-nangis call aku kata pak aku dah cakap merapu dah.. Keesokan malam tu jugak aku, cousin n adik aku yang belajar di KL balik kampung.. Husband aku masa tu kat sabah.. Akiff pun belum ada lagi.. Masih di dalam kandungan aku.. Baru berusia 2 minggu lebih.. Keesokannya tu baru husband aku bergegas balik dari Sabah terus ke Penang.

Dah beberapa hari aku di Penang.. Aku terpaksa balik ke KL disebabkan kerja.. Aku sangkakan pak aku akan sembuh.. Sebab masa tu aku dapat khabar yang pak aku dah sedar. Hari Jumaat tu cousin aku mesej tanya.. Tak balik kampung ke tengok pak. Aku kata minggu depan kut sebab hari sabtu tu sekolah (Aku kerja guru kontrak masa tu).. Aku tak risau sangat la sebab pak aku dah sedar.. Tapi aku pelik la sebab selalunya hari jumaat husband aku tak balik rumah lepas solat jumaat tu.. Dia cakap suruh aku kemas baju nak balik kampung.. Pak aku hanya bernafas menggunakan bantuan pernafasan saja.. So, tak dapat nak buat apa.. Dah berbincang dengan adik beradik semua setuju untuk hentikan bantuan pernafasan tersebut.. Mak aku tak nak bagi tahu aku awal takut jadi apa-apa kat aku nanti masa aku drive balik sekolah.. Sebab tu tunggu my hubby aku yang bagi tahu sendiri..

Masa perjalanan balik tu my hubby dapat mesej dari cousin aku.. Dalam mesej tu bagi tahu kata pak aku dah meninggal dah n jangan bagi tahu zaza.. Tapi... Aku yang baca mesej tu... Aku masih belum meraung lagi.. Best freind aku call pun aku masih boleh kawal lagi.. Kalau aku nangis aku tak tunjuk kat orang. Hanya family n my hubby aku ja tau kalau aku ni kuat nangis ka tak..

Kami sampai malam dah.. Sampai-sampai ja aku peluk mak aku.. Aku meraung dalam pelukan mak aku.. Tapi mak aku pesan aku kena kuat.. Sebab tu aku kuat demi kandungan aku.. Aku kuat disebabkan Akiff ada dengan aku masa tu..

Tanggal 6hb Ogos 2010 aku kehilangan bapak aku yang selalunya tempat aku berbincang kalau aku ada keraguan dalam sesuatu.. Setahun kemudian 8hb Ogos 2011 cousin aku yang menguruskan jenazah pak aku meninggal pula..

AL-FATIHAH UNTUK BAPA AKU N COUSIN AKU... 

Friday, 9 May 2014

Kesibukan melanda.

Assalamualaikum..

Dalam beberapa hari ini aku tak sempat nak update blog. Kesibukan melanda diriku. Menyiapkan kertas peperiksaan pelajar pendidikan khas.. Tuuuu laaaa... Bertangguh sangat kerja.. Hahaha... Kena pulun la.. Dah la satu subjek kena buat 3 set soalan yang berlainan ikut aras pelajar. Lemah, sederhana dan tinggi..



Kelmarin aku demam pulak.. Masa malam tu dah rasa dah.. Tapi ketegaq tak mau makan ubat siap-siap.. Aku pi sekolah dengan badan yang lemah.. Gagah jugak diri aku nak mengajar. Lepas tu tak boleh tunggu dah.. Loceng sekolah bunyi ja aku pi punch card. Makan ubat siap-siap. Balik tido sekejap dah berpeluh. Lepas tu bila malamnya.. Demam melanda lagi. Aku makan ubat lepas tu tidur.. Pukul 3.00 pagi jaga, makan ubat lagi. Sekarang.. Alhamdulillah sihat dah.. Hanya tekak ja rasa macam sakit sikit.. Kena banyakkan minum air masak..

Monday, 5 May 2014

Sabarlah wahai hati.

Assalamualaikum...

Sebenarnya aku teragak-agak nak cerita bingkisan hati di dalam blog ni.. Semenjak dua menjak ni perasaan ni hiba sangat.. Mungkin sebab aku keseorangan kat sini kut. Kawan aku dah balik semenanjung dah balik cuti bersalin. Tapi ada kawan yang akan teman aku nanti. Aku menangis hampir setiap hari.. Buat malu kat orang ja kan? Huhuhu.. Menangis mengenangkan Akiff yang sekarang di kampung tanpa ummie n abah dia.. Sekarang ni Akiff kat kampung nak dekat dua minggu dah. Sebab abahnya ada kerja di luar kawasan.. Kalau abahnya pergi sehari tak kisah lagi.. Ni hampir seminggu. Tu yang terpaksa tinggal kat kampung. Bila My Hubby aku cerita Akiff macam berat ja nak lepaskan abah balik KL tu lagi la aku rasa sedih.. My Hubby aku ada cerita kat aku. Dia bagi tahu kat Akiff lebih kurang macam ni la.. "Akiff... Nanti petang abah nak pi work jauh tau.. Akiff duk sini dengan mak tok tau.." Akiff macam faham ja.. Dia cakap nak ikut pi work.. Mata dia dah berair dah.. Lepas tu mak tok pujuk Akiff.. "Nanti kita pi beli aiskrim banyak.. Nanti Akiff boleh makan aiskrim banyak.." Baru la dia okey.. Sebak dah aku masa tu.. Kesian kat Akiff.. Ya Allah... Kau kuatkan lah hati kami.. Tabahkan lah hati aku di sini.. Aku dah apply mintak pertukaran balik ke Semenanjung.. Tak kisah lah cukup syarat atau tak.. Tapi aku dah berusaha.. Harap dipermudahkanNya.. 

Pssst... Sebenarnya Akiff kat kampung okey ja.. Bila telefon ja mak tok dia cakap dia duk main.. Bukan main suka dia.. Lagipun kat kampung ramai nak layan dia.. Pak Lang dia laa.. Acu dia la.. Asa dia la.. Asyir dia la.. Abg Naim dia la.. Duk sana elok ja mak aku kata.. Tak sebut ummie n abah pun.. 

Sori la semua.. Panjang berjela aku bercerita luahkan perasaan kat blog aku ni.. Terpaksa la baca.. Huhuhu..