WAJAH HIPOKRASSSSSI !!!
Pada 23 Oktober 2018, Senator P. Waytha Moorthy berucap dalam perasmian
penutup Persidangan Kebangsaan Non-Diskriminasi ke-8: "Malaysia Lebih
Dekat untuk Meratifikasi ICERD" anjuran Pusat Komunikasi Masyarakat
(KOMAS).
Beliau menyatakan bahawa “Kerajaan Malaysia komited untuk meratifikasi
enam perjanjian antarabangsa termasuk Konvensyen Antarabangsa Mengenai
Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada suku pertama
tahun hadapan”.
Sebelum daripada itu, Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Kasthuriraani a/p
Patto ketika berucap di Parlimen pada 15 Oktober 2018 turut menggesa
Kerajaan PH agar mematuhi janji ke-26 dalam Manifesto Pakatan Harapan
iaitu meratifikasi kesemua konvensyen antarabangsa termasuk ICERD ini.
Antara kenyataan pertama Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah
setelah dilantik sebagai menteri ialah pada 02 Julai 2018 , beliau
menyatakan hasrat Kerajaan PH mahu meratifikasikan kesemua baki 6
konvensyen antarabangsa yang masih belum ditandatangani.
Jadi, tuduhan Anwar dan pemimpin PH kononnya PAS dan Umno memanipulasi
isu ini bagi kepentingan politik adalah tidak benar kerana yang mula
menuntut dan berjanji ICERD ini diratifikasikan ialah pemimpin PH
sendiri.
Usahlah hanya pandai membaling batu tetapi sembunyi tangan pula dalam ketakutan.
PH juga kelihatan tidak seiring sekata dalam icu ICERD ini.
PPBM antara yang paling awal menolak ICERD.
PKR kata ICERD ini bagus tapi perlu tangguh dulu.
PAN pula tengah pening lalat, presiden senyap sepi, timbalan presiden
menolak, Mujahid dan Khalid Samad pula perlekeh orang yang menentang
ICERD.
DAP antara pendokong tegar ICERD ini, lihat sahaja kenyataan rasmi di
portal Roketkini yang bertajuk "DAP harus sokong ICERD" sepertimana yang
terkandung dalam Deklarasi Setapak 1967 bahawa warganegara Malaysia
tidak harus diasingkan dengan label “bumiputera” dan “bukan bumiputera”.
Di Parlimen pada hari ini, suasana Dewan menjadi kecoh apabila tiba
giliran Senator P. Waytha Moorthy menyampaikan ucapan penggulungan
belanjawan 2019 bagi portfolionya iaitu perpaduan.
Dia ditekan hebat oleh barisan Ahli Parlimen Pembangkang yang meminta dia bercakap benar berkenaan hasrat meratifikasi ICERD.
P. Waytha Moorthy mengubah pula kenyataan yang dahulunya dia berkata
Kerajaan akan meratifikasi ICERD pada suku pertama tahun hadapan kepada
sesi konsultasi akan bermula pada tempoh tersebut.
Dia juga didesak memperjelas berkenaan kononnya Artikel 153 Perlembagaan
tidak terjejas apabila ICERD diratifikasi sedangkan Artikel 1. 4
Konvensyen ICERD secara jelas menyatakan pengecualian (reservation)
perlu ada had tempoh masa bukannya boleh kekal untuk selamanya.
"4. Special measures taken for the sole purpose of securing adequate
advancement of certain racial or ethnic groups or individuals requiring
such protection as may be necessary in order to ensure such groups or
individuals equal enjoyment or exercise of human rights and fundamental
freedoms shall not
be deemed racial discrimination, provided, however, that such measures
do not, as a consequence, lead to the maintenance of separate rights for
different racial groups and that they shall not be continued after the
objectives for which they were taken have been achieved."
Apa jaminan Kerajaan PH tidak akan mengusik Artikel 153 Perlembagaan
Persekutuan suatu hari nanti kerana pihak antarabangsa pasti mendesak
ianya dihapuskan seiring dengan matlamat utama ICERD ini diwujudkan
iaitu menyamaratakan hak kesemua kaum tanpa ada diskriminasi?
Kelihatannya P. Waytha Moorthy gagal menjawab persoalan asas ini
sehingga dia sendiri tidak dapat meneruskan sesi penggulungan akibat
asakan kuat daripada sekalian Ahli Parlimen Pembangkang.
Yang anehnya, tidak ada seorang pun Ahli Parlimen Kerajaan PH yang
berani bangun membela P. Waytha Moorthy yang terkapai-kapai keseorangan
menghadapi serangan demi serangan Pembangkang.
Benar apa yang dikata Ahli Parlimen Kubang Kerian, YB Ustaz Dato' Tuan
Ibrahim bahawa Menteri Perpaduan ini sudah hilang kelayakan untuk
menjawab di dalam Dewan. Tugas ini perlu digalas oleh Perdana Menteri
sendiri.
Tekanan demi tekanan perlu diteruskan terhadap Menteri PH ini agar dia
sedar dan insaf bahawa apa yang dia pernah sebut dalam rakaman video
yang sedang hangat tersebar itu adalah suatu fitnah jahat dan
pengkhianatan kepada negara Malaysia yang menganugerahkan
kewarganegaraan kepadanya.
Tidaklah mustahil P. Waytha Moorthy ini akan berundur sepertimana yang
dia pernah lakukan ketika bergelar timbalan menteri pada zaman BN
dahulu. Dia meletakkan jawatan pada 10 Februari 2014.