Archive for March 2009
Tergugat Dengan Harakah?
Posted on: March 24, 2009
KUALA LUMPUR. 24 Mac (Hrkh) – Penggantungan tiga bulan yang dikenakan ke atas Harakah oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah semata-mata tindakan ‘desperado’ kerajaan Umno-BN.
Demikian tegas Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas isu penggantungan akhbar milik PAS itu berkuat-kuasa serta merta.
“Ini satu tindakan terdesak, ‘desperado’ yang memperlihatkan sekatan ke atas maklumat, menyekat kebebasan suara rakyat yang diterjemahkan melalui akhbar,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Penggantungan ini katanya memperlihatkan sebenarnya kerajaan Umno-BN tidak mampu untuk menjawab banyak persoalan yang ditimbulkan akhbar ini yang menjadi suara rakyat.
Namun tindakan ini sebenarnya hanya akan membangkitkan kemarahan rakyat yang sudah tidak percaya kepada laporan media arus perdana yang terlalu banyak manipulasi, ujarnya.
Mengulas mengenai syarat akhbar parti seperti Harakah hanya perlu melaporkan berita mengenai perkembangan parti sahaja, beliau menempelak peraturan tersebut.
“Ini satu peraturan yang mundur, terkebelakang dan tidak bertamadun.Mengapa akhbar parti tidak boleh melaporkan perihal politik?” soalnya.
Dr Hatta tidak menolak kemungkinan penggantungan ini sebenarnya adalah usaha menutup sebaran maklumat lebih-lebih lagi dalam negara menghadapi krisis kepimpinan yang dahsyat.
Selain itu katanya usaha ini adalah untuk menutup ruang kempen bagi tiga pilihan raya kecil (PRK), Parlimen Bukit Gantang; Dun Bukit Selambau dan Batang Ai yang akan berlangsung 7 April ini.
Beliau seterusnya melahirkan rasa kecewa dengan sikap KDN ini yang sekaligus menutup ruang demokrasi di negara ini.
KDN semalam menggantung permit akhbar berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.
Tindakan mengejut ini menghalang keberkesanan kempen kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihan raya kecil kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak antara 29 Mac hingga 7 April ini.
Surat KDN kepada kedua-dua organisasi itu dikirim melalui faksimili selang beberapa minit menjelang jam 5.00 petang semalam.
Surat penggantungan Harakah ditujukan kepada Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamaruddin Jaffar, manakala surat untuk Suara Keadilan dialamatkan kepada Presiden KeADILan, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Difahamkan kandungan kedua-dua surat tersebut hampir sama.
“Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta,” surat KDN itu dipetik.
Bagaimanapun surat yang dikeluarkan oleh setiausaha Bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut.
KDN merampas kedua-dua akhbar tersebut di seluruh negara sewaktu memuncak krisis politik di Perak pertengahan bulan lepas.
Tindakan terhadap Suara Keadilan bermula sejak pilihan raya kecil Kuala Terengganu, pertengahan Januari lalu.
Sejak Harakah dibenarkan beroperasi pada 1987, inilah kali pertama akhbar itu dikenakan tindakan penggantungan oleh KDN.
Selepas pilihan raya umum Mac tahun lepas, kementerian itu mengizinkan PAS menerbitkan kembali akhbar itu sebanyak dua kali seminggu selepas dilarang sejak 2000. – wann/mks. _
Wanita..
Posted on: March 18, 2009
- In: Lirik Lagu
- 1 Comment
Wanita – oleh: Dehearty
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan saja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepada untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin
Lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datang nya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Engkaulah wanita istimewa
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita
Mengharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Saya gemar menghayati serta mentafsirkan lirik lagu yang terdapat nasihat untuk dijadikan pedoman kepada kita. Dengan firasat yang serba sedikit ini saya kongsikan sinopsis lagu ini untuk dihayati bersama.
Wanita adalah pelengkap hidup bagi kaum adam. Sememangnya fitrah kejadian wanita adalah sebagai penenang hati dan penyejuk mata bagi mereka. Allah swt telah berfirman dalam kalamNya yang bermaksud “Dan di antara kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (Ar-Rum: 21)
Wanita perlukan bimbingan dari kaum lelaki kerana akalnya yang tipis bermaksud mudah berbuat sesuatu dengan kata hati iaitu mengikut perasaan. Iman wanita juga adakalanya menurun disebabkan ada waktu-waktu yang ibadahnya kurang.
Oleh itu kaum lelaki perlu mendidik mereka dengan penuh hikmah iaitu dengan nasihat yang baik, beri mereka kasih sayang dan jagan sekali-kali memukul mereka dengan kejam. Kaum lelaki juga tidak boleh terlalu memanjakan wanita dengan harta dan pujian atas kelebihannya kerana ia tidak akan kekal malah akan musnah ditelan masa.
Balasan Tidak Mendirikan Solat
Posted on: March 18, 2009
Sebuah kisah untuk renungan kita bersama..
Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.
Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.
Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Qura n. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.
Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.
Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak ditun tut. Jadi saya nak tengok jenazahnya.” Kata wanita berkenaan dengan lembut.
Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. “Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya. “Mak cik rasa betul… tapi kulitnya putih.” “Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.
Tiba di luar saya bertanya kepadanya. “Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu.”Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. ” kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.
Sambil mengesat airmata, dia berkata, “Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi…” tambah wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.
Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mu ngkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.
Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugaskeesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.
Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. R asanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”
Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya,
wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!” Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’ yang datang menemui saya pagi itu?Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk
memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.
Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan
ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di
dunia. Kalau 80,000 tahun?
Zaujati..
Posted on: March 17, 2009
CIRI-CIRI ISTERI YANG BAIK MENURUT ISLAM
Isteri yang baik secara total akan mudah membentuk rumahtangga bahagia tetapi sebaliknya isteri yang tidak memahami akan tanggungjawabnya sudah pasti akan melahirkan rumahtangga yang kucar-kacir.
Kita sedar dan faham rumahtangga yang bahagia lahir dari isteri yang solehah, tetangga yang baik dan kenderaan yang sempurna. Dan wanita adalah penentu buruk baik sesebuah masyarakat.Sedangkan masyarakat yang baik lahir dari rumahtangga dan keluarga yang bahagia.
Wanita dengan sifat kehalusan yang dianugerahi oleh Allah s.w.t. sesuai sekali sebagai pengasuh, pendidik anak-anak, pembimbing dan juga penghibur hati suami.
Dari sifat asal dengan kehalusan ini jika dididik dan diasuh serta dihalusi hatinya sejak awal-awal agar kematangan berfikir dan tingkah laku yang mulia sebagai persiapan seorang isteri yang solehah, sudah pasti berhasil.
Rumahtangga bahagia boleh diasaskan oleh isteri akhlakul karimah perlulah memenuhi tanggungjawab yang digariskan dalam tuntutan pembetukan rumahtangga yang bahagia. Tanggungjawab ini perlulah benar-benar difahami, dihayati dan dilaksanakan agar cita-cita untuk melahirkan rumahtangga bahagia berhasil.
1. Taat dan kasih kepada Allah dan Rasul
Ketaatan kepada Allah akan jelas dilihat dari segala perintah dan larangan yang telah ditetapkan dipatuhi dengan sesungguhnya. Perintah dan larangan ini tergambar dengan jelas sebagaimana yang dibawakan oleh Rasulullah S A. W. Ketaatan yang tidak berbelah bahagi dengan sendirinya akan melahirkan perasaan kasih kepadanya.
Firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 24 yang ertinya. “Katakan: Kalau bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, kekayaan yang kamu peroleh, perniagaan yang kamu khuatiri akan rugi dan tempat tinggal yang kamu sukai; kalau semua itu kamu cintai lebih dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjuang di jalan Allah, tunggulah sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang fasik.”
Jelaslah kepada kita bahawa ketaatan kepada Allah s.w.t.akan melahirkan kasih dan cinta yang tidak ternilai di sisi manusia.Ketaatan dan cinta kepada Allah ini bukanlah mudah diperoleh sekirannya persiapan ke arah itu disambil lalukan.
Pendidikan jiwa supaya beriman sesungguhnya kepada Allah dan Rasul-Nya, perlulah dididik sejak awal . Didikan ini akan menjadi benteng dan memahami akan batas-batas yang dilarang dan dibolehkan dalam agama. Keimanan yang kukuh, perbuatan yang soleh dan mengikuti ketetapan yang ditentukan dengan sendirinya secara mudah akan dapat melawan hawa nafsu lahiriah dan bathiniah.
” Dan kalau kamu hitung nikmat Allah, niscaya tidak dapat kamu menghitungnya.,” An-Nahl ayat 18. Dari rasa kenikmatan yang diberikan oleh-Nya yang tidak terkira akan memahami betapa hamba sangat-sangat memerlukan pada Khaliknya. Sifat ihsan dengan sendiri mengongkong diri insan; kerana sifat wanita biasanya tidak akan puas dengan panorama duniawi.
2. Akhlak mulia dan sempurna sebelum kecantikan
Kita fahami bahawa Allah tidak memandang paras rupa (kecantikan) seseorang tetapi akhlak yang mulia menjadi nilaian yang kukuh disisiNya. Akhlak mulia dan sempurna menjadi pakaian yang kekal manakala kecantikan akan luntur dimakan atau dimamah usia. Tetapi sekiranya kecantikan ini dapat dipadukan dengan akhlak yang mulia sudah tentu menjadi pilihan utama setiap insan.
Untuk melahirkan wanita yang berakhlak baik perlulah dididik dan diasuh dengan nilai-nilai yang begitu rupa agar meninggikan taraf kamanusiaan dan sekaligus membezakannya dengan sifat kehaiwanan.
Isteri yang berakhlak mulia dengan mudah dapat memahami akan bentuk-bentuk pakaian yang harus dikenakan pada tubuhnya dalam keadaan tertentu; dapat mengawal perkataan-perkataan yang maaruf ketika berbicara dan mengetahui akan batas-batas bergaul sesama rakan, suami, keluarga dan juga saudara-mara yang lainnya.
Di samping itu segala tindakannya mempunyai perbezaan dengan wanita yang tidak solehah. Ia tidak gemar membeli tanpa izin suaminya, apatah lagi penjualan dengan cara berhutang sebagaimana kaedah sistem jual beli yang berleluasa sekarang. Ia lebih mirip kepada kemaksiatan daripada yang maaruf.
Juga tidak bertindak menggunakan harta dan wang suami tanpa izinnya. Sekiranya tidak mencukupi maka ambillah secara yang maaruf sebagaimana yang dilakukan oleh isteri Abu Sufian; Rasulullah menasihatkan agar mengambil dengan maaruf dan yang diperlukan sahaja. Isteri yang solehah juga akan mudah mengawal dan menjaga harta benda suami ketika ketiadaannya.
3. Memperdulikan kewajipan rumahtangga dan berusaha memperbaikinya.
Wanita yang telah dididik sejak awal dengan akhlak yang mulia secara matang mengetahui akan persiapan berumahtangga dan memahami kewajipannya dan memperbaikinya dari semasa ke semasa dengan patuh dari tunjuk ajar suaminya.
Sabda Rasulullah s.a.w. dari Ibnu Abbas r.a yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud, “Mahukah aku berikan kepadamu sebaik-baik benda yang disimpan? Iaitu wanita yang solehah. Apabila suaminya melihat kepadanya, gembiralah dia; apabila suaminya perintah akan dia, taatlah ia padanya dan apabila suaminya meninggalkannya, ia akan memelihara nama baik suaminya.”
Dari hadith di atas jelaslah kepada kita ukuran seorang isteri yang baik. Ia mampu melayani suami sebaik mungkin dalam segala bidang; ketaatan yang tidak berbagi-bagi asalkan yang diredhai Allah s.w.t dan boleh mengawal harta benda dan nama baik suaminya ketika tidak ada di rumah.
Ketaatan dan kepatuhan ini akan memudahkan penerimaan hidayah Allah s.w.t dan ketenangan hati suami dalam menjalani hidup berumahtangga. Dan sekaligus seolah-olah menjadi suatu simpanan yang sangat berharga bagi seorang lelaki berumahtangga apabila memiliki isteri yang baik budi pekerti atau perangainya dan mampu mengendalikan rumahtangga dengan baik.
Walaupun di dalam Islam tanggungjawab di dalam rumahtangga seperti menjaga anak-anak dan memasak serta lain-lain tidak diwajibkan sepenuhnya kepada isteri tetapi isteri yang solehah merasakan tanggungjawab ini biarlah ia yang menanggungnya. Kerana ia tidak mahu tangan orang lain mengendong anaknya ketika hendak tidur; tidak mahu tangan lain memasakkan makanan suaminya atau sebagainya dan memahami tugasnya adalah melayani suaminya semata-mata.
Isteri yang solehah sungguh cekap dan teratur melayani suaminya menjaga dan mendidik anak-anak, menyediakan makan minum keluarga, mengemas tempat tinggal dengan rapi dan lainnya. Sedaya upaya berusaha memperbaiki kewajipan yang telah diamanahkan oleh suaminya.
Isteri yang begini akan melahirkan rumahtangga yang tenteram, riang gembira dan menjadi rumahtangga contoh dalam masyarakat. Begitulah yang dikehendaki dalam Islam.
4. Malu dan taat
Sifat malu memang lumrah bagi seorang wanita.Malu seorang isteri adalah hormat dan taat yang sebenarnya kepada suaminya, selagi suaminya taat kepada Allah dan Rasul-Nya.
Isteri akan diam saat suami berbicara, membenarkan kata-katanya dan menghormati segala pesanannya. Bermuzakarah boleh juga diadakan tetapi perlu dikawal oleh akal kerana wanita itu berakal pendek walaupun mempunyai rambut yang panjang. Perbincangan yang mengikuti nafsu syaitan dan sikap memberontak, menangan dan menghentak-hentak kaki yang akhirnya akan memporak-porandakan rumahtangga.
Hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Termizi dan Ibnu Majah mengatakan. “Ketahuilah dan hendaklah kamu berpesan-pesan kepada kaum wanita dengan baik-baik, kerana sesungguhnya mereka itu tawanan bagi kamu, tidak ada kekuasaan sedikit pun bagimu dari mereka itu selain yang demikian itu, kecuali jika mereka itu
mendatangi atau mengerjakan sesuatu kederhakaan yang nyata. Maka jika mereka berlaku curang, berbuat derhaka, hendaklah kamu tinggalkan tempat tidurnya dan berilah pukulan yang tidak menyakitkan. Kemudian bila mereka taat dan patuh kepadamu, janganlah kamu cari jalan yang bukan-bukan untuk berbuat tidak senonoh kepada mereka. Ketahuilah, sesungguhnya bagi kamu ada suatu kewajipan atas isteri-isterimu, dan isteri-isterimu ada kewajipan ke atas kamu pula. Adapun kewajipanmu (suami) atas isteri-isterimu ialah bahawa mereka itu janganlah
menginjakkan tempat tidurmu dengan orang yang tidak kamu sukai, dan mereka janganlah memperkenankan orang-orang yang kamu tidak sukai masuk ke rumahmu; dan kewajipan mereka (isteri) atas kamu ialah bahawa kamu hendaklah berbuat baik atas mereka itu dalam urusan pakaian dan makanan mereka.”
Dengan ini jelas membuktikan bahawa sifat malu dan taat kepada suami masing-masing adalah perkara penting di dalam pergaulan berumahtangga. Ia perlu dijaga, diawasi dan dikawal agar jangan sampai terjadi yang tidak sesuai dengan kewanitaannya dan dilarang oleh agama.
Jadi perlulah isteri itu sedaya upaya mentaati dan menghormati suaminya kerana taat kepada suami bermakna taat kepda Allah s.w.t jua; dan murka suami bererti murkalah Allah kepadanya.
5. Mulia dan menghormati suami dan kerabatnya
Bermula selepas ijab & qabul, tugas dan tanggungjawab ibu bapa selama ini berpindah secara automatik ke bahu suami sepenuhnya. Dan sebagai seorang isteri, suamilah tempat ia bergantung kasih sayang.
Kerana itu tidak syak lagi seorang isteri itu menghormati (adik-kakak) suami, saudara-saudara dan kerabatnya menurut batas yang tertentu. Dan hubungan dan pertaliannya mempunyai had dan batas yang dibolehkan di dalam Islam.
Kedatangan mereka terutama ibu bapanya perlulah disanjung dan hubungan ini perlu dititik-beratkan. Ada di kalangan keluarga Islam, perhubungan antara suami dan ibu bapanya renggang disebabkan oleh sikap isteri yang tidak menyenangkan orang tua suami.
Kadangkala isteri itu meminta barang-barang keperluan yang tidak dimampui oleh si suami hingga menyebabkan keluarganya akan juga menjadi puncak perpecahan antara suami isteri dan kaum keluarganya. Memuliakan dan menghormati suami dan kaum kerabatnya merupakan satu tanggungjawab isteri yang baik.
Jadi perlulah isteri itu sedaya upaya mentaati dan menghormati suaminya kerana taat kepada suami bermakna taat kepda Allah s.w.t jua; dan murka suami bererti murkalah Allah kepadanya.
Dalam Sujud Terakhirku..
Posted on: March 12, 2009
Dalam sujud terakhirku, Ya Allah..
Kuteriakkan Asma-Mu sekeras-kerasnya
Agar runtuh dinding kesombongan dalam hatiku
Dalam sujud terakhirku, Ya Rabbi..
Kumenangis sejadi-jadinya
Biar kering mata ini
Namun basah ladang hati yang gersang
Dalam sujud terakhirku, Ya Rahman…
Kulihat semua dosa yang membayangiku
Kelam mencengkam jiwa yang lusuh
Dalam sujud terakhirku, Ya Rahim..
Biarkan aku patah dalam cahayaMu
Biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
Agar kukembali dalam pelukan hidayahMu
Dalam sujud terakhirku..
Biarkan aku hirup nafasku sekali lagi
Hanya untuk menyebut namaMu
Dan kekasihMu yang tercinta..

Tips Mendisiplinkan Diri
Posted on: March 12, 2009
Salam kasih sayang untuk semua pengunjung blog ini. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberi peluang kepada kita untuk terus menimba ilmu walau di mana jua kita berada..insyaAllah.
Di kesempatan ini saya ingin kongsikan tips untuk mendisiplinkan diri. Moga-moga kita dapat jadikan hari ini lebih baik dari semalam..

1. Senaraikan semua usaha ke arah pencapaian matlamat anda mengikut keutamaan. Kemudian, pilih lima hingga sepuluh yang teratas dan laksanakan. Anda dikira sudah berdisiplin sekiranya dapat melaksanakan lebih daripada lima langkah yang paling utama itu.
2. Lekatkan poster, cogankata atau kata-kata yang menjelaskan matlamat anda itu di tempat-tempat yang mudah dilihat. Jangan malu, isytiharkan pada semua tentang apa yang anda akan capai. Yang penting, pengisytiharan itu akan mendorong anda setiap kali anda melihatnya.
3. Tetapkan apa yang anda ingin lakukan setiap hari. Amalkan perancangan mingguan dan harian yang teratur. Usah biarkan hari-hari berlalu sepi tanpa sesuatu pencapaian kecil ke arah pencapaian matlamat besar anda.
4. Setiap perkara penting yang hendak dilaksanakan hendaklah ditulis tarikhnya. Ini akan memberikan satu kepuasan dan kemenangan apabila tarikh itu berjaya ditepati. Anda akan rasakan matlamat yang dikejar semakin mendekat hari ke hari.
5. Bagi satu tugasan yang terlalu sukar atau membosankan (tetapi sangat penting), eloklah mulakan secara sedikit-sedikit. Jangan menunggu kesempurnaan untuk memulakannya kerana ia akan menjerumuskan anda ke satu keadaan “tidak berbuat apa-apa”. Ingatlah, rasa tidak selesa semasa melakukan aktiviti tersebut adalah lebih baik daripada rasa risau, takut dan kesal sekiranya anda tidak melakukannya langsung.
6. Gunakan masa yang paling optimum dalam hidup seharian anda untuk melakukan tugas-tugas yang paling penting. Dan ingat, jangan terus pergi ke bahagian yang sukar, sebaliknya mulakan pada bahagian-bahagian yang lebih mudah dahulu. Ini akan memberikan anda satu momentum untuk melakukan bahagian-bahagian tersukar dalam tugasan yang paling mencabar.
7. Amalkan dialog diri yang positif. Pandang tinggi diri anda selalu dengan berkata, “Aku boleh.” Aku boleh berjaya kerana aku adalah orang yang berdisiplin. Jangan terpengaruh dengan kata-kata negatif sama ada yang datang dari dalam diri anda sendiri atau daripada orang luar yang tidak membina.
8. Janjikan satu masa untuk meraikan kejayaan anda sekiranya anda berjaya melaksanakan tugas-tugas sukar dalam hidup. Contohnya, “Sekiranya aku berjaya menyelesaikan tugas ini, aku akan hadiahkan sesuatu yang bermakna untuk diri aku” =)

Cinta Allah yang abadi
Posted on: March 11, 2009
Demi Allah Yang Maha Esa..
Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..
Menitis air mata tatkala merindu…
Menitis air mata tatkala merasa semakin menjauh..
Tetapi janji Allah tetap segar dan mekar…tanpa pengkhianatan
Kerana ku tetap yakini..
Allah menyatakan.. “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepada Ku”

Asy-Syahid Hassan al-Banna
Sayangi Ibu Bapa Kita
Posted on: March 5, 2009
Assalamualaikum buat tetamu ziarah..semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah swt hendaknya. Alhamdulillah syukur kepada Nya kerana saya diberi kelapangan untuk menulis sesuatu pada hari ini.
Biasanya setiap kali hujung minggu saya akan pulang ke kampung halaman untuk menjenguk ibu dan adik di rumah. Ibu saya sejak kebelakangan ini kurang sihat kerana penyakit urat sarafnya masih belum sembuh sepenuhnya. Kadang-kadang datang semula sakit tu. Risau bila teringatkannya.
Apabila sudah tua, begitulah lumrahnya..penyakit mula datang. Nikmat kesihatan sudah semakin hilang. Namun saya bersyukur ibu tidak mempunyai penyakit kronik yang berbahaya. Siapa lagi yang diharapkan untuk menjaga ibu kita jika bukan anak-anaknya sendiri? Saya yang paling hampir dengan ibu, berbanding adik beradik yang lain kerana mereka semua tinggal jauh. Alhamdulillah saya masih berkesempatan untuk menjenguk ibu setiap hujung minggu.
Teringat apa yag saya baca dari tulisan Kpt.Hafiz Firdaus tentang berbuat baik kepada ibu bapa. Di sini saya kongsikan tulisan beliau untuk bacaan semua. Mudah-mudahan ada manfaat untuk kita..

Berbuat baik kepada ibubapa memiliki cabaran-cabarannya yang tersendiri kepada kita sebagai anak-anak. Perhatian terhadap pembelajaran, kesibukan kerjaya, tanggungjawab terhadap anak-anak sendiri, jarak yang jauh dari kampung dan sikap ibubapa yang mungkin cerewet atau degil adalah sebahagian daripada cabaran tersebut. Maka di samping berusaha menangani pelbagai cabaran ini, hendaklah juga kita berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Allah Mengetahui bahawa berbuat baik kepada ibubapa memiliki pelbagai cabaran, maka dengan itu Dia mengajar kita sebuah doa yang amat baik:
“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal shalih yang Engkau redhai;
dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.
Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam
(yang tunduk patuh kepadamu).” [al-Ahqaf 46:15]
Di antara kandungan doa ini adalah:
-
“…ilhamkanlah daku…”, yakni tunjukkanlah aku, berilah aku kemampuan dan permudahkanlah bagiku.
-
“…supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku…”, yakni jangan bersikap angkuh dan sombong atas segala nikmat iman, ilmu, kesihatan, kerjaya, keluarga, kemudahan hidup dan sebagainya yang dimiliki. Segala nikmat tersebut tidak lain adalah hasil kurniaan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Oleh itu bersyukurlah dan buktikan kesyukuran itu dengan berkongsi nikmat tersebut bersama orang lain. Tidak ada yang lebih layak untuk menerima perkongsian tersebut melainkan ibubapa yang telah berusaha dengan jerih payah untuk membesarkan kita.
-
“…dan kepada ibu bapaku…”, yakni jangan kita bersikap angkuh dan sombong seandainya nikmat yang Allah kurniakan kepada kita pada zahirnya kelihatan melebihi berbanding apa yang Allah kurniakan kepada ibubapa kita. Hendaklah kita tetap bersyukur atas apa jua nikmat yang Allah kurniakan kepada ibubapa kita dan berkongsi sebahagian daripada nikmat yang Allah berikan kepada kita bersama mereka.
Ambillah iktibar daripada sikap Nabi Sulaiman ‘alahissalam, apabila Allah Subhanahu wa Ta’ala mengurniakan kepada dia dan ayahnya (Nabi Daud ‘alaihissalam) hikmah dan ilmu, namun dilebihkan kepada Nabi Sulaiman kefahaman hukum:
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Daud dengan Nabi Sulaiman, ketika mereka berdua menghukum mengenai tanaman-tanaman semasa ia dirosakkan oleh kambing kaumnya pada waktu malam;
dan sememangnya Kamilah yang memerhati dan mengesahkan hukuman mereka.
Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu;
dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmah (kebijaksanaan) dan ilmu;
dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud;
dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.
[Maksud surah al-Anbiya’ 21:78-79]
Sekalipun dengan kelebihan tersebut, Nabi Sulaiman tetap mendoakan ayahnya dengan berkata:
Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:
“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal shalih yang Engkau redhai;
dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmat-Mu – dalam kumpulan hamba-hambaMu yang shalih.”
[al-Naml 27:19]
Di antara sikap anak yang bersyukur dan berkongsi nikmat kurniaan Allah bersama ibubapanya adalah dia tetap memuliakan mereka di hadapan rakan-rakan dan suasana kehidupannya. Sekalipun ibubapanya adalah “orang kampung” manakala rakan-rakannya adalah daripada “kelas atasan” dan suasana kehidupannya adalah serba “canggih”.
Perhatikan sikap Nabi Yusuf ‘alahissalam apabila dia menjemput ibubapanya (Nabi Yaakub ‘alahissalam) dan ahli keluarganya yang berasal dari pendalaman ke istananya dan mendudukkan mereka di sampingnya. Allah Subhanahu wa Ta’ala mengungkap kisah teladan ini dalam firman-Nya:
Maka ketika mereka (Nabi Yaakub dan keluarganya) masuk (ke Mesir) menemui Yusuf,
Yusuf segera menyambut serta memeluk kedua ibubapanya, sambil berkata:
“Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya Allah kamu berada di dalam keamanan.”
Dan dia dudukkan kedua ibubapanya (bersama-samanya) di atas kerusi kebesaran.
Dan setelah itu mereka semuanya tunduk memberi hormat kepada Yusuf.
Dan (pada saat itu) berkatalah Yusuf:
“Wahai ayahku! Inilah dia tafsiran mimpiku dahulu. Sesungguhnya Allah telah menjadikan mimpiku itu benar. Dan sesungguhnya Dia telah melimpahkan kebaikan kepadaku ketika Dia mengeluarkan daku
dari penjara; dan Dia membawa kamu ke mari dari pendalaman (Badwi) sesudah Syaitan
(dengan hasutannya) merosakkan perhubungan antaraku dengan saudara-saudaraku.
Sesungguhnya Tuhanku lemah-lembut tadbir-Nya bagi apa yang dikehendakiNya;
sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” [Maksud surah Yusuf 12:99-100]
-
“…dan supaya aku tetap mengerjakan amal shalih yang Engkau redhai…”, di antara amal shalih yang paling diredhai oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala ialah berbuat baik kepada ibubapa sehingga mencapai keredhaan mereka. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda, maksudnya: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.”[1] Maka melalui doa ini, dipohon kepada Allah agar diberikan petunjuk, kemampuan dan kemudahan untuk kita berbuat baik kepada ibubapa.
-
“…dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.”, yakni pada waktu yang sama kita memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar diresapkan sifat-sifat yang shalih kepada anak-anak kita sendiri. Semoga dengan itu kita akan memiliki anak-anak shalih yang di kemudian hari akan berbakti kepada agama, umat dan kepada diri kita sendiri.
-
“Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu…”, yakni kita bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala seandainya sebelum ini kita tidak termasuk di kalangan orang-orang yang bersyukur dan berbuat amal shalih, khasnya terhadap ibubapa kita sendiri.
-
“…dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam.”, yakni mengikrarkan semula kepada diri yang mungkin alpa bahawa kita adalah orang-orang Islam yang tunduk patuh kepada perintah larangan Allah, khususnya perintah berbuat baik kepada ibubapa dan larangan menderhakai mereka.

Penipuan TV3
Posted on: March 3, 2009
- In: Isu Semasa
- 1 Comment
SEMUANYA seperti tidak masuk akal… Bagaimana sebuah stesen penyiaran yang mendakwa sebagai ‘market leader’ dalam kelompoknya boleh melayan isu picisan tanpa sebarang merit dan kredibiliti.
Itulah TV3… Stesen penyiaran milik tidak langsung Umno yang bertemakan “Berita Terkini, Hiburan Sensasi”.
Sudah hampir seminggu stesen penyiar swasta itu memainkan isu ‘ucapan derhaka’ seorang ahli Exco Kerajaan Negeri kepada Sultan Kedah kononnya. Maklumat berhubung perkara itu diterima oleh Pemuda Umno negeri khususnya Setiausaha pergerakan itu melalui satu surat layang.
Hanya berdasarkan surat layang itu, TV3 becara bersungguh-sungguh menyiarkan protes Pemuda Umno negeri dan memberikan liputan meluas siri-siri protes itu di rancangan Buletin Utama – program berita waktu puncak TV3.
Apa yang melucukan, hingga saat ini Pemuda Umno negeri dan TV3 gagal mendedahkan butiran spesifik tuduhan mereka. Terbukti Pemuda Umno tidak mempunyai apa-apa untuk didedahkan kecuali sehelai surat layang – tanpa nama, tanpa alamat, tanpa kredibiliti dan tanpa akauntabiliti.
Seperti kata Menteri Besar Kedah, sesiapa sahaja boleh menulis surat layang termasuk Pemuda Umno negeri sendiri.
“Mungkin dia jumpa (surat layang itu) di pasar, orang buang dia ambil, dia tu pula tak ada kerja, dia pun cakap pasai nota tu. Jadi macam mana pulak dia pergi ambil benda yang tak ada sebarang kualiti dimasuk dalam berita dan TV3 pun siar sekali.
“Ni cakap-cakap seperti ini dia ada ‘malafide’ (niat jahat), dia berniat buruk untuk memfitnah sebuah kerajaan dan mengheret Tuanku Sultan dalam kes ini. Kita dukacitalah, patutnya bagi profesional sikitlah dalam hal ini. Sebab itu kita minta polis buat siasatan, orang yang buat laporan ini dia dapat dari mana (nota itu)?
“Mungkin dia sendiri yang buat dia kata orang kata (dibuat pihak lain), mungkin. Benda ni tak layanlah, benda ni kerja budak-budak!” tegas Ustaz Azizan pada sidang media selepas merasmikan Majlis Dialog Industri Dan Program Pembangunan Industri Halal Nasional Peringkat Negeri Kedah di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar, 28 Februari lalu.
Sambil menyifatkan Pemuda Umno sebagai ‘gembala kerbau’ kerana hanya tahu berbuat bising, Ustaz Azizan tidak menolak kemungkinan bahawa isu itu sengaja dibangkitkan sebagai persediaan Umno berhadapan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Bukit Selambau, 7 April ini.

Sebenarnya ini bukan kali pertama TV3 menyiarkan berita bohong tentang kerajaan negeri Kedah. Tentu kita masih ingat menjelang sambutan Jubli Emas pemerintahan Sultan Abdul Halim, TV3 telah menyiarkan berita kononnya Menteri Besar Kedah berbelanja mewah kerana menyewa jet eksekutif dalam urusan rasmi. ‘Footage’ menunjukkan kelibat Ustaz Azizan memasuki pesawat tersebut disiarkan berulang kali oleh TV3.
Tanpa disedari, Ustaz Azizan sebenarnya hanya mengiringi kerabat Diraja Kedah menyampaikan jemputan kepada Sultan Brunei untuk hadir ke majlis sambutan Jubli Emas pemerintahan Sultan Abdul Halim. Maksudnya, program itu adalah urusan rasmi istana Kedah dan Ustaz Azizan cuma melaksanakan ‘Urusan Diraja’. Maka jelas fitnah yang dilemparkan TV3 itu telah mencemarkan imej istana Kedah khususnya Sultan Abdul Halim.
Diberitakan ‘orang kuat’ TV3 terpaksa menghadap Sultan Kedah memohon ampun atas keterlanjuran laporan itu. Bagaimanapun hanya beberapa bulan selepas memohon ampun, TV3 kembali mengamalkan tabiat buruk melaporkan pembohongan dan fitnah terhadap kerajaan negeri.
Ustaz Azizan menyifatkan isu terbaru yang dimainkan TV3 dan dilakonkan Pemuda Umno negeri itu sebagai tindakan mencari publisiti murahan dan kebudak-budakan serta berniat jahat.
“Kerana kerja tu kerja tak ada asas, kalau ada asas tak apa juga. Ini tak ada tandatangan, yang tak ada tandatangan tu dia pergi cakap. TV3 Kuala Lumpur pun tak layan dah (kerja macam ini), TV3 Kedah saja layan; tak berapa cerdik, buat rugi masa saja,” bidas beliau.

Menurut Ustaz Azizan, Tuanku Sultan pun tahu yang buat kerja ni orang bodoh.
“Tuanku tak layanlah, kalau orang cerdik Tuanku layanlah. Orang bodoh nak layan buat apa, kalau kita layan orang bodoh kita pun bodoh macam dia juga.
“Tambah budak-budak (Pemuda Umno), susu mak dok ubuh di mulut lagi tu, baru habis susulah orang kata, baru berhenti menyusu saja. Biarlah… budak-budak.
“Hari tu dia (Pemuda Umno) melompat di Parlimen, kepung Karpal Singh. Tempik macam nak runtuh Parlimen tu, Karpal Singh jentik pun tidak. Patutnya jatuh Karpal Singh tu (dikerjakan mereka). Ini (buat) bising macam gembala kerbau!” sindir beliau disambut gelak ketawa wartawan yang hadir.
Buat masa ini TV3 akan terus memperlihatkan kebodohannya untuk memperbodohkan orang kampung. Isu tanpa kredibiliti akan terus dimainkan asalkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dapat diburuk-burukkan.
Pembohongan akan terus dilaporkan dan fitnah akan terus menerus disensasikan walaupun tanpa sebarang bukti dan fakta. Etika kewartawanan sebenarnya telah lama dilacurkan stesen TV itu.
Jadi, selepas ini janganlah kita percaya seratus peratus apa yang disampaikan oleh TV3..berhati-hati dengan sebaran fitnah. Sesungguhnya fitnah itu lebih dasyat dari membunuh!
Merah Saga
Posted on: March 3, 2009
Saya melahirkan rasa kagum dengan kumpulan nasyid dari Indonesia yang banyak menghasilkan lagu-lagu berunsur jihad yang menaikkan semangat juang di kalangan para mujahidin. Saya ingin kongsikan salah satu lagu tentang pejuang Palestin yang dinyanyikan oleh Kumpulan Shoutul Harokah..
Merah Saga
Saat langit berwarna merah saga
Dan kerikil perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir
Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu
Ketika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah ditanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad palestina
Perjuangan telah kau bayar dengan jiwa
Syahid dalam cinta-NYA






Bengkel Website
E-Toyol
Myspace Biz
SVR Club
Syamil al-Quran
VemmaBuilder
VemmaBuilder
Carta Top Blog
http://iluvislam.com/
E-kamus
Hosting
HPA
Jus Herba
Klik Bank
master resell
Teknik Blog
Tudung online
View Malaysia
x-prowing
Boikot
TGNA
Mantop Training
Recent Comments