Showing posts with label peraduan. Show all posts
Showing posts with label peraduan. Show all posts

Monday, 10 November 2014

PeMeNanG PeRaDuaN TaBunG AciK

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Peraduan Tabung Acik dah tutup.
Penyertaan tak banyak pun.
Mungkin sebab kesilapan teknik malam tadi.
Sorry ye pada yang dah baca tapi tak boleh komen.

Tak apalah...lain kali ada lagi.

Inilah hadiah kepada pemenang-pemenang
3 orang jawab betul, 3 orang jawab salah.
Tapi semuanya dapat hadiah.

Saja je nak bagi hadiah.
Betul tak Acik cakap,
Tabung ni kena jahanamkan dulu baru boleh ambik
duit kat dalam tu.






* Tak jadi nak buat cabutan la sebab tak ramai.

Senarai pemenang :

Tabung RM100 Besar
(Penyertaan pertama betul)


Tabung RM100 Kecil


Tabung RM50 Kecil


Tabung RM10 Kecil


Tabung RM5 Kecil


Satu lagi tabung, Acik akan pi beli esok.
Tak cukup pulak lagi satu.
Dah la penyertaan pertama..Acik terpublish,
kemudian terpaksa padam.
iaitu penyertaan daripada


Tahniah kepada semua yang rajin menyertai peraduan
biasa-biasa Acik ni.
Tahu kat CP ni, habislah Acik..
Dia suka sangat kumpul hadiah-hadiah daripada
hasil berblog ni.

OK..Insya Allah, Acik akan poskan hari Khamis
sebab esok baru nak balut hadiah.
Selasa dengan Rabu, Kelantan cuti!!
Yeah!!
Jadi hari Khamis la ye.
Itupun kalau tiada aral melintang.

Babai...adios...piss!!

SEKIAN..

Sunday, 9 November 2014

PanGgiLaN TeRakHiR Ni..Dah NamPak Tu, KLik keJaP

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hadiah yang Acik nak bagi ni
adalah sebuah tabung.
Tabung yang berkonsepkan,
'Mana nak dapatkan sagu,
kalau tidak dipecahkan ruyung'
Maknanya, kena jahanamkan dulu
tabung ni, baru boleh ambil duit kat dalamnya.





Acik dah tengok dah hadiah yang Acik dah lama beli tu,
ada 5 kesemuanya.
Jadi...masih lagi boleh berebut
untuk dapatkan tabung tu.


Setiap komen, Acik tak akan publish sehinggalah
tamat waktu peraduan tu.

Jangan malu jangan segan.
Kalau rasa macam nak terima hadiah minggu ni,
bolehlah cuba-cuba menang.

Okaylah, Acik nak membaking ni,
jadi bila dah siap baking nanti,
Acik akan tutup peraduan ini.

SELAMAT MENCUBA!!

SEKIAN...

Dah Boleh Dah...Peraduan Menabung..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tahniah pada barisan panel penyembuh penyakit
blog Acik yang telah bertungkus lumus
study dan mencari penawar
untuk kes Acik malam tadi.

Jadi, korang dah boleh mula komen di
sebelum ini.

Cepat-cepat..

SEKIAN..

TaBunG AYaM AtaU TaBunG CaP AyAm?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Menabung..
Susahnya nak buat tabungan.
Nak-nak pulak bagi orang yang tak berapa senang
macam Acik.

Orang cakap, pupuk minat menabung ni ketika
anak-anak masih kecil.
Betul la tu.

Acik kecil-kecil dulu pun, dipupuk untuk menabung.
Acik dan adik Acik, selang setahun je.
Dia ni bagus sangat. Selalu sangat masukkan duit dia
dalam tabung.
Tak kira la tabung jenis apa pun.


Bertuah sangat la kalau tabung Acik camni.

Kalau tabung macam ni (tak transparent), 
memang malang la nasib adik Acik ni.
Sebabnya Acik akan cungkil lubang bawah tu,
untuk keluarkan duit yang dia simpan.
Dia simpan, Acik korek.
Hehehee...kesian dia.

Mak ayah Acik tukar pulak tabung pesen ni.
Yang ada kunci.


Tabung Tabung Haji.
Ada kunci tapi memang tak guna jugak berkunci pun
sebab Acik memang dah sedia kreatif.

Walaupun kunci mak ayah Acik simpan,
Acik masih boleh lagi korek duit simpanan kat dalam tu.
Boleh buka dan tutup balik dengan selamat
tanpa ada sikit pun kesan.
Hahaha...Kesian kat adik Acik lagi.
Ingatkan selamat.




Ada sekali tu, ayah Acik beli tabung kura-kura yang boleh buka
kat bawah tapi dia lekat dengan gam gajah.
Langsung tak boleh bukak.

Adik Acik macam biasa la..simpan duit dalam tabung.

Haish...jangan la korang main-main dengan budak kreatif ni.
Acik korek tabung ikut lubang atas belakang kura-kura tu.
Apa susah..
Tapi sakit leher la. Kena dongak lama-lama.




Jadi...sempena cerita pasal tabung ni, Acik nak bagi hadiah tabung
kat rakan-rakan Acik ni. Hadiah tabung Acik dah beli tapi 
Acik tak ingat berapa biji Acik beli haritu.
Konsepnya sama dengan tabung ayam ni.
Nak keluarkan duit dalam tu, kena jahanamkan dulu,
baru boleh keluarkan duit tu.
(Tapi kalau bagi kat Acik, kacang je Acik setelkan)

Jawab soalan sikit je..
1) Beza umur Acik dengan adik Acik berapa tahun?
2) Berapa jenis tabung yang Acik ceritakan di atas?

Letakkan link URL Blog korang sekali ye.
Cabutan akan Acik buat secara manual.

Tak nak la guna random 
(tak pandai nak guna sebenarnya)

Oleh sebab esok hari Ahad, korang bercuti tapi Acik bekerja,
maka penyertaan ini akan ditutup malam esok, jam 11.59 malam.
9 November 2014.

KOMEN AKAN ACIK TERBITKAN LEPAS
WAKTU TUTUP PENYERTAAN YE.
GOOD LUCK SEMUA!!

SEKIAN...




Tuesday, 28 October 2014

Aku Ke YaNg Tak AleRt?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Malam semalam, Acik terbaca keputusan
GA daripada 1 blog
yang menganjurkan GA Shaklee.

Tak sangka pula, hadiah boleh dibatalkan
jika lambat hantar details.
Ayooo...takutnya.

Tak kisah la sebenarnya,
nak batal ke, nak tukar pemenang ke.
Sebab Acik tak tahu rules tu.
Terima kasih kepada penganjur tu
sebab kalau dia tak buat camtu,
mungkin Acik tak tahu jugak bahana lambat hantar details.

Terus la Acik teringatkan 1 GA yang Acik sertai.
Betul-betul Acik tak ingat yang mana
sebab Acik tak 'bookmark' pun.
(Nak bookmark pun tak tahu sebenarnya)

Acik menang keronsang.
Details kena PM ke FB sponsor tu.
Acik dah hantar details kat FB sponsor tu.
Sampai sekarang tak dapat-dapat.

Entah sponsor tu perasan ke tak Acik PM dia.
Sebab tak de jawapan pun. OK pun tak.

Ada rezeki, ada la..
Tak de rezeki, tak ada la.

Maklumlah...GA banyak..
Tak terpandang dek kita ni,
yang mana dah keluarkan senarai pemenang.
Yang cerdik pandai tu, boleh la buat
iklan yang melintas-lintas kat atas kepala entri ini.
Yang tak berapa nak pandai,
kesian...mmmm...kesian.

JOM LA BERANGAN DULU.
KERONSANG YANG MACAM MANA YE
YANG ACIK BAKAL DAPAT TU.










Susahnya ada penyakit tak ALERT ni..


SEKIAN..

Monday, 4 August 2014

PERADUAN DEMI PERADUAN

Kisah 'basikal free' dah lepas, kali ni nak bagitahu 
beberapa peraduan yang aku pernah menang..
Aku ni terlalu kuat sangat minum air keluaran syarikat ni.
Sampaikan kalau tak minum, boleh sampai tak bangun..
Sebab kepala berat.
Mama panggil air tu 'air kuat'
"Yang, dah minum dah air kuat hari ni?"
Ha...camtu la tiap-tiap hari.

Dulu, tiap-tiap tahun peraduan ni ada..jadi bila dah hujung tahun,
bila dah umumkan pemenang 1 juta tu, 
aku kumpul la balik plastik minuman ni.
Tahun depannya tu pulak, peraduan mula bulan 5..
Aku apa lagi...hantar la plastik yang banyak-banyak tu.
Sangkut jugak nama kat pemenang RM1000 tu.


Nampak tak? Nama kedua dari bawah - pemenang dari Negeri Sembilan


Sebelum ni ada dapat juga dari Powerroot...
Hadiah saguhati.Dapat tuala ada cop.
Yang tu ambik kat kedai motor kat Melang, Kuala Pilah tu je.
Tapi nak ambik cek RM1000 ni punya la susah.
Mintak kita pegi 1 kilang di Labu,Negeri Sembilan.
Aku tahu jalan sampai Muzium Seremban tu je.
Masuk ke dalam sana, mana la pernah jejak.
Pusing punya pusing, jumpa jugak.

/
/
/


Yang ni pulak peraduan masa zaman Malaysia nak hantar angkasawan pertama
Hantar apa ek?Lupa pulak..
Yang ni anjuran Maggi.
Hantar pembalut Maggi kot.
Dapat 2nd prize. Hadiah i-pod shuffle.


Hoii...dapat benda ni macam dah rasa bangga sangat-sangat.
Maklumlah, aku ni tak la mampu nak beli.
Eh..bukan tak mampu tapi daripada beli benda ni, 
baik beli makanan anak-anak.

/
/
/


Yang ini pulak, peraduan 'air seratus'.
Masa ni syaratnya mesti sertakan penutup air tin.
Kebetulan masa tu, ada acara di sekolah.
Orang beli banyak 'air seratus' ni.
Aku mintak anak-anak tolong kumpulkan tin-tin yang orang dah guna.
Hantar dan kemudian check Winner List.
Ada...menang Exercise Fitness Kit.
Ala...T-Shirt, Beg Sandang dengan tuala lap peluh.
Jadi la...daripada tak dapat.

/
/
/

Beli barang tempat yang sama 2 - 3 kali sehari
@
Beratur 2 - 3 kali di kaunter yang sama, di kedai yang sama.

Syarat peraduan, beli barang RM30 ke atas, dapat borang,
isi dan masukkan dalam tong..
Peraduan berlangsung berbulan-bulan.

Aku punya borang banyak...RM30 sekeping borang.
Tu yang beratur banyak kali.
Beli makanan kucing, pegi la kedai ni.
Jauh jugak la dari rumah.
Tapi nak menang hadiah punya pasal.

Isi borang, tulis semua nama orang yang berpotensi untuk tunggu lama 
masa pengumuman di buat.
Maka aku isi nama mama, nama aku, nama along, nama angah,
nama intan, nama kiah.

Malam tu, lepas selesai majlis bersara mama, aku pun bersiap-siap la
ke kedai ni. Tengok-tengok orang dah start.
Nasib baik baru mukaddimah.

1 hadiah, diaorang akan cabut 3 kali.
Kali pertama , orang tak ada, akan cabut nombor lain.
Nombor kedua orang tak ada, akan cabut nombor lain.
Yang kali ketiga ni, kalau orang tak ada, dikira pemenang.

Akhirnya nama along disebut kali ketiga tu..
MUHAMMAD NURHILMI BIN HALIM
Aku ni pikir, nak pegi ke tak...
Kalau tak pegi pun, tetap menang.
Akhirnya pegi jugak.
Wakil anak....




Targetnya nak Hadiah Utama>>motor modenass.
Tapi setakat tu je rezeki, alhamdulillah..

Sebenarnya ada 2 - 3 lagi hadiah kecik-kecik yang aku menang.
Tapi dah tak ada gambarnya.
Jadi tak payah cerita la ye..

SEKIAN...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...