Pages

Powered By Blogger
Showing posts with label SICK. Show all posts
Showing posts with label SICK. Show all posts

Thursday, February 4, 2010

HORMON DALAM BADAN TIDAK STABIL

.

Sebab itu tak update belog.


Semalam runny nose.
Harini blocked nose.
Semalam sore throat. 
Harini sudah batuk berkahak.
[hakkk tuiii! - buang kahak jap :P]

Ada yang tanya pasal Pad Anion - nanti dulu.
Ada yang tanya pasal MAB - nanti dulu.
Ada yang tanya pasal tukang urut - nanti dulu.

Makcik rehat dulu yaaa.....


Wednesday, December 23, 2009

AISYAH DAH TAK TAKUT JUMPA DOKTOR





Dah 2 hari Aisyah demam.
Demam tak teruk, badan ada sikit panas.
Tapi batuk yang tak tahan tu. Sampai serak suara.
Dalam dok serak2 tu, gagah jugak nak menyanyi.

Plan asal, nak bawak Asyraf pi cucuk.
Tapi buku klinik dia PS tertinggal kat opis pulak.
So, postponed dulu nak cucuk adik.
Bawak si kakak instead.
Ubat kat umah pon dah abih kan.

Suspen woo nk bawak budak ni pi kinik.
Tak pernah tak melalak.
Tapi kalini diffetrent betoi.
Selalu tu, parking jer depan klinik dia dah start menangis.
Nampak jer doktor singh pakai turban besar, lagi kuat dia melalak.
Dalam bilik doktor, ada 2,3 kali dia menangis sampai muntah-muntah.



Mula-mula layan dia main pokok krismas,
tunjuk gambar bunga, buah & haiwan dlm klinik.
Bila nama dia dipanggil,
mula-mula dia buat berat badan tak mau masuk.
Babah dia pujuk-pujuk,
elok pulak kalini tak menangis.

Ohhh... anak kami dah besar rupanya.
Sebesar badannya!

Sebelum balik, kami anak beranak timbang badan dulu.
Anaknya 15 kilo.

Maknya?????
Kilometricoooooo...!
Menulis beribu-ribu perkataannnnn.....

Sekian, syadap you!


Monday, August 10, 2009

LITTLE RED RIDING HOOD

.
Tajuk tu tanpa motif. Mungkin sbb Aisyah pakai baju merah.

We are looking forward for this event. Sebab dah agak lama PS tak kuarkan bola dan kasut boling dia. Main free kan? Sukala dia. Berkali-kali pesan suh prepare brg siap2 utk tournament esok. Kalau pasal sports, apa pon sangguppp....

Tournament kompeni kekdahnya. Vendor treats. Anak bini merenutla ngikut [nak tolong perabiskan goodie bags dan makanan dan menambah keriuhan :P]

Malam sebelum pegi Aisyah tiba2 demam panas mendadak. 39 darjah okeh! Mengerang dlm tidur. Nak ambik suhu pon dia melalak gila-gila. Nak letak wet towel, cool fever apa jadah pon dia meraung. Kesian pon ada, geram pon ada. Sejam sekali i kena bangun cek condition dia [ubat demam dah abis langsung]. Pukul 6 pagi panas makin menjadi-jadi - 40 darjah!

Takde pilihan lain, sumbat paracetamol 250mg [ubat montot]. Tak sampai sejam, Alhamdulillah panas dia surut. Mata i dah lalok tak ckp tido [dan tekak pon dah mula perit]. PS plak agak frust sebab dia berat hati nk pi main boling tapi ank bini tak ikut sama. I takmo pegi selagi panas badan aisyah tak kurang. Pukul 8 pagi Aisyah dah cergas. Badan dah tak panas. Susu pon dah laju. So, PS suh ikut jugak. Kelam kelibut packing brg, bersiap lebih2 kurang - masuk dlm keter dan terus berdesup ke Berjaya Times Square.



Muka kecik. Hidung besar.




Tu kat belakang tu... muka Mak Besar masuk separuh :P




Macam biasa, buat mcm kampung halaman sendiri.



Kami keluar dari BTS lebih kurang pukul 2.30 ptg. Sampai Rawang pukul 4 lebih. Terus pergi Klinik Ng sebab badan Aisyah dah mula panas. Doktor ambik suhu - 40 darjah lagi. Lagi satu dos Paracetamol 125mg masuk kat bontot dia. Melalak.....




Lepas dapat ubat, panas badan dia cepat turun. Ni belon 3 bijik yang dia kutip serata alam dalam Hotel BTS masa kami tgh lunch [Best woo... kompeni laki Wyra belanja buffet okeh!] Mak Bapak Aisyah melantak mcm org tak sedar diri. Belon2 ni jadi penyelamat lunch kami. Hahahaha....



Pagini belon2 tu dah kecut....



Pagini PS dah standby nak ambik EL kalau Aisyah demam lagi. Alhamdulilah, dah tak panas. Malam tadi 2,3 kali kami bubuh ubat dlm susu dia. Pagini masa hantar kat nenek, i dah pesan siap2... antibiotik tu kena bagi jugak walaupon badan dia dah tak panas.

Semakin tak senang hati dengan situasi sekarangkan? Demam menggila tak sudah2. Bukan saja Aisyah, MR juga. Pregnant woman adalah antara golongan yg berisiko tinggi... rasa mcm nk ambik cuti dari sekarang sampai habis pantang dan berkurung di rumah [boleh percaya ker..berkurung jer dlm rumah? :P]








Monday, July 27, 2009

SITUASI SEMASA : KURANG MENGGEMBIRAKAN


.
First and foremost, tima kasih kat kengkawan yg share kisah SAYA, SOMI SAYA dan BELOG SAYA [penyertaan masih dibuka]

Harini 2nd last day sebelum i betul2 kene keje sensorang kat PID. Apa nk jadi pasni? Setakat ngajar OK lagi. Bila bab nk buat aktiviti dan nak run AGE paperless project tu yg hazab kemain tu. Nak install software pon tak lepas2 dari minggu lepas, apa kes ntah. Dok berbunyi tettt... tetttt... mcm kapal selam nak berlabuh!

Saya dilema lagi. Kesihatan Aisyah sgt tidak memberangsangkan. Tiap2 malam ada episod batuk yg dahsyat dan muntah. Secara purata, satu hari 2,3 kali muntah. Setiap pagi, basuh cadar, selimut dan sebagainya. Satu umah bau masam. Ada satu ketika, pukul 4.30 pagi kami kepit dia nk bagi mkn ubat. Bergegar Taman Bayu dengar dia melalak. Lepastu i pon sama2 menangis tersedu-sedu sebab tengok dia melepek peluk bantal sambil teresak-esak menangis mcm budak kena dera. Mulut dia sampai tak boleh nk cakap [sebab terlampau menangis] dok sebut maaaa... maaa..... maaaa... merayu-rayu.

Bangun pagi, saya tenung wajah anak... sambil dok pikir, sampai bila nk macamni. Pastu dok ulang cakap kat PS, kita hantar umah mak yerrr.... tak sampai hati nak bagi dia tempah 'penyakit' lagi kat nursery. Malam tadi dia batuk dan muntah lagi. Sampai kuar muntah ikut hidung. Kesian sgt tengok. Risau pulak kalau asyik batuk dan tak sihat mcm ni nanti lama2 kena semput. Pagini saya masuk lambat lagi ke opis. Badan dia mula pijar. So, saya tebalkan muka dan hantar anak ke rumah Nenek Onah.

Hujung mingguni Mak saya dtg KL.Tadi dh mengadu kat mak. Mak pon tgh usaha carikan org kat kampung yang sudi nk jaga Mencah kat sini. Nanti nk suruh mak stay lama sikit kat sini, jagakan Mencah barang seminggu dua. Kalau takde solution lain, Mencah terpaksa di pos ke Perak sampai saya bersalin. Keputusan yang paling sukar!

Saya perlukan bibik. Habihla aku korek tabung Mickey Mouse kat atas lemari tu nk bayar bibik wehh... demi anak, tak kan nak berkira kan?








Thursday, July 23, 2009

ANAK ANDA MCM NI GAK KER?

.






Kerrr... anak kami jer mcm ni? Kena at least 2 org dewasa kepit dia. Tu pon dia tujal2 ubat tu dgn lidah. Meleleh-leleh sampai ke leher, mata, rambut segala. Dalam satu botol ubat tu, separuh daripadanya habis meleleh keluar. Yang betul2 masuk dlm mulut dia tak sampai setengah kot.

Kalau ubat dah masuk dlm tekak pon, nanti dia teran sambil batuk2 untuk kuarkan balik ubat tu. Menangis jgn cerita la.... ketua kampung pon boleh terbagun dari tidur kalau dengar budakni melalak! Geram wooo.... kita ni nk bagi dia cepat sihat...

Alhamdulillah, hasil kepit mkn ubat oleh Nenek Onah sejak 3 harini, demam dia dah kebah. Malamni dah boleh balik Tmn Bayu tapi esok still tak akan hantar dia ke nursery. Samaada i bawak dia mai PID atau tinggalkan kat umah nenek onah lagi. Minggu depan kalau semuanya OK, i hantar dia pi nursery semula *sigh..... bermula lagila episod demam dia*

p/s : i tak sempat nk jogging masuk blog u olls semua sejak 2,3 harini. Sepagi tadi dah busy mengupdate bizkizz. Komen2 pon tak sempat nak balas. Skangni kelas tgh penuh lak dah. Si Ika bertuah ni pon tetiba muncul. Malam kang kalau free i singgah blog u olls ekk....








Tuesday, July 21, 2009

SEPI TANPA AISYAH


.
Bersiaran dari Tmn Bayu sementara tunggu baju yg tgh dibasuh dlm washing machine. Lepas setelkan housekeeping kat Tmn Bayu MR akan berdesup ke Kg Melayu Bt 16 - tido kat sana lai mlm ni. Just now i tipon PS dan khabar dukacita... Badan Mencah masih panas! Mulala i tak senang duduk. Tengahari tadi masa call PS, dia kata demam dia mcm dah surut sikit. Petang nak ke malam badan dah mula panas balik. So, lepas maghrib ni nak bawak dia pi Klinik Tan. Dan esok kalau masih panas, kami ambik EL bawak pi hospital.

Nak tau tak, camana budakni boleh demam panas menggila mcm ni? Kesilapan mak pak dia jugak lorrr... Al-kisahnya begini...


Gambar sumbangan Pakcik Google dicilok kat sini


Hari Ahad kami merayau ke The Curve. Dah penat jalan2, singgah kat cafe sebelah Cold Storage tu. i bantai beli cappuccino ice blended [something like that la] dan cekodok cucuk [dtg jauh2 beli cekodok jerk! hazab...] untuk buat kudap2 kami 3 beranak sambil jalan2 lenggang kangkung. Mencah pantang nampak org minum ais kann.. so, dia pon tumpang slurrp jugakla air tu. Bukan sikit, bukan sikit-sikit tapi sangat banyak hokeh! Tak bagi dia melalak... bagi jugaklah [dlm hati dok kata, takpa bagi chance kat budak ni sekali-sekala]

Kuar dari The Curve, Babah dia ajak pekena ayam pandan ala siam [PS mcm mengidam jer lately] kat area Sungai Buluh. De Chiangmai ke hapa tah nama restoran tu. Nanti i buat entry lain masa kat sana ekk...

Kat sana kami order lak fresh orange dan manggo juice. Againnnn.... Mencah slurrpp jugak dua-dua jenis air tu. Bukan sikit-sikit, tapi banyak-banyak! [bagi chance lagi kononnya] Sampai jer kat umah, lepas mandikan dia dan kami pulak dok kelam kelibut nak solat maghrib bagai... kami biarkan dia baring2 depan TV sorang2. By the time kami join dia depan TV, budakni dah start merengek-rengek. Badan dah mula panas. Bubuh ubat dlm susu, tak jalan. So, PS bawak dia msuk bilik. [dengan harapan dia akan isap jugak susu yg ada ubat tu dlm gelap] Dalam pukul 12 tgh mlm, i masuk bilik utk tengok condition dia. Panas giler. Cepat2 tanggal baju, jeram dgn air asam. Tiba2 dia muntah selambak. Tak pikir panjang dah, kejut PS dan gegas dia ajak pi klinik. The rest i dah citer dlm previous entry.

Menyesal tak sudah. Tobat tak bagi chance kat dia minum ais dah pasni. Sunyi sungguh rumah ni bila dia tak ada. Tadi lalu kat nursery dia pon rasa syahdu semacam. Biasanya i singgah dulu utk ambik dia. Sampai rumah plak biasanya i akan terjerit2 suruh dia duduk diam2 dlm keter while mama bukak gate dan pintu rumah [menjerit semedang mak dia ni :P]

So, esok kalau tak ada entry baru... maknanya i tak masuk opis lorr. Ambik EL utk bawak dia pegi hospital.







SHE IS SICK

.
Poor baby. Get well soon dear....



p/s : Kalau esok demam tak kebah2 jugak, kami akan bawak dia pi hospital utk thorough check-up. Risau kalau denggi or worse... Nauzubillah...





.









Thursday, June 18, 2009

SAKIT LAGI, MUNTAH LAGI


.
Semalam i kena bius ketiduran. Badan tak sihat, sakit tekak, batuk berkokok, berhingus dan kahak. So, telan ubat. Dh mkn ubat, mata tak boleh angkat. Dari pagi sampai ke petang, kepala otak melayang.

So, pukul 4 ptg i dah balik terhuyung-hayang - gedebum tido kat umah. Pukul 5.30 ingat nk bgn pegi ambik Mencah kat skul.

Sedar dari tidur, dengar mcm ada org masuk rumah. Suspen giler. Terhendap-hendap kuar dari bilik, mengintai kat hall. Rupa-rupanya Pakcik Sepol dah balik keje, tengah sedap mengunyah epal sambil layan ESPN.

Tengok jam... Hah! dah 6.30 petang!

Banggg.... naper balik senyap2... naper tak kejut saya tido. Anak belum ambik kat skul! Sian dia.... dah lewat dah ni...

PS tetiba jadi blur.

Ingatkan awak bawak Aisyah jenjalan lepak dgn neighbour. Abg jenguk dlm bilik tanampak pon tadi [masa tu i dlm bilik air - memangla tanampak]

Kelam kelibut PS sarung baju, ambik kunci keter pi ambik anak.

PS kata masa dia sampai dah tak ramai budak yang tinggal. Aisyah pon bukan main menggelinjang bila nampak Babah kuar dari keta. Mulut tak benti2 sebut Mama... Mama... [sebab biasanya mama yg ambik dan hantar dia]

Kasihan anak kecilku.

Malam tadi batuk dia menjadi-jadi. Lawan berkokok la kami 2 beranak. Baldi kecik memang dah ready kat sebelah tilam Aisyah. Saya dah tak sanggup 'dera' aisyah bagi mkn ubat. Petang kelmarin, saya dah cuba bagi dia mkn ubat [terpaksa handle sorang2 sebab Babah dia balik lambat] Saling tak tumpah mcm mak tiri tgh dera anak tiri. Sampai saya jadi hilang sabar dan nk marah-marah dan nak menangis!

Aisyah menangis merayu-rayu sambil melepek pada pintu peti ais. Dengan tubuh longlai tak bermaya. Tanak mama... tanak ubat... tolommm.... nak uwen... nk cheese... nk biskut... nak atun.... [mcm2 helah dia buat, asalkan mama tak bagi mkn ubat]

So, ptg semlm saya bubuh ubat batuk dlm susu dia. Dia tidur lena. Menjelang tgh mlm, dia mula batuk. Badan pon dh mula panas. Basahkan kepala dgn towel, buatkan susu campur ubat demam. Dia tak mahu minum pulak. Tak lama kemudian, dia mintak susu lagi sekali. Saya hulur jugak susu yang berisi ubat demam - kalini dia kalah. Minum juga sebab dah lapar sgt kot. Menjelang awal pagi, tengok badan dia dah berpeluh-peluh. Mak dia pon sama tak boleh tido sbb kepanasan. Saya kuatkan kipas sikit, dan pasang aircond dgn suhu tinggi. Kami 2 beranak terus tak sedar dunia sampai ke subuh. [bapak dia toksah tanya la kan... panas ka, bahang ka, lena tetap lena punya :P]

Pukul 6.15 saya bgn siapkan sarapan koboi utk PS dan buatkan sebotol susu utk Aisyah. Hampir siap masak, tetiba nampak kelibat Aisyah berlari kuar dari bilik sambil terbatuk-batuk. Dan kalini... tak sempat dah nk pikir baldi ke hapa... terus membuak muntah atas lantai!

Redha lagi... utk kesekian kalinya, saya mengemop lantai di subuh hari.

Dah masuk minggu ke-3 Aisyah di nursery. Bila nak baik demam nih? PS kata, jgn2 Aisyah ni sepanjang tahun la dok tanggung demam, selsema, batuk... dah hari2 kena bersosial dgn budak2 tu kan... ubat punyalah siksa nk bagi mkn. Baru nk baik, kena balik...

So, camana nih? Scotts Emulsion tu pon tak jalan. Nak try vitamin tablet la pulak nampaknya.Sapa ada idea nk mengatasi masalahni [selain dari idea Mak Mencah benti keje, dan jaga sendiri anak dia - yg tu memang always on top of my mind :P]




Friday, May 15, 2009

2ND VISIT TO PAED

.
Baru balik dari Klinik Kanak-kanak Tan.

Selalunya kami bawak Aisyah jumpa doc panel kompeni Pakcik Sepol jer. Dia jarang sakit yg serius. Tapi mlm ni, kami bawak jumpa Dr Tan - the only paed kat Rawang. Ni visit kali kedua. Dulu masa Aisyah demam tak kebah2, dah penah bawak sekali. Memang ubat dia mujarab banding klinik2 lain punya. Ramai giler patient! [mesti masyuk kan doc tu, takde persaigan langsung]

Malas nk taip panjang2. Ringkasannya :
  • Ada jangkitan usus - which explains why she keeps on kena diarrhea. Baik seminggu, lepas 2,3 minggu kena balik.
  • Lactose in FM memburukkan lagi keadaan. Masalahnya, Kak Esah takmau minum cecair lain selain SUSU. Dan susu tersebut mestilah vanilla flavour. Dah buat cair giler susu dia, still...after 5-10 minutes dia akan cirit. Purata sehari 4-5 kali.
  • Hygienic issue - kebersihan tgn masa nk prepare susu, kebersihan botol dan puting, air kena betul2 masak, source of water etc. Camana nk explain kat Nenek Onah ekk... i tak suka dia letak botol susu yg dah dibasuh kat bibir sinki sampai kering, sedangkan i dah sediakan drying rack utk botol [anyway, i dh berbuih ckp kat dia...jgn basuh botol aisyah. Saya akan basuh sendiri bila balik keje. Tapi dia nk basuh juga, dan saya sungguh tak puas hati melihat hasil pembasuhan dia]

SOLUTION nya,
  • Ubat minum - Alhamdulillah, tadi berjaya disuap dgn jayanya oleh Pakcik Sepol tanpa perlu meronta-ronta mcm selalu. Magic!


  • Pediasure atau Isomil Plus. Both ada FOS, Probiotik dan Lactose Free. Mujur klinik tu bagi sampel 3 sachets Pediasure [vanilla flav. yeayyy!]. Sangat lazat rasanya, Kak Esah minum dengan jayanya. Kita tengok result nanti...adakah cirit lagi? Kalau dh tak cirit, esok i kena pegi carik stok Pediasure lorrr [kopak lagi...]


Tuesday, April 7, 2009

TEETHING AGAIN


.
2-3 harini Aisyah asyik meragam. Asyik melaga-lagakan gigi atas bawah. Asyik kemot-kemotkan mulut. Sekali sekala dia dtg mengadu...akittt...

Mula-mula sekali sekala jer dia mengadu. Tapi sejak semalam makin kerap. Manjanya dah lebih 100% (200 peratus kata Atuk Acan :P) Bila nampak Babah dan Mama dah balik kerja lagilah menjadi-jadi. Nak duduk diriba semedang. Mulalah makan tak kena, minum tak selesa.

Nenek kata geraham dia tumbuh lagi. Yerrr..anak saya kalau tidak sakit, tidak demam... dialah penghulu rumah! Kalau sakit... siaplah. Semua tak kena.

Saya baru tolak pintu pagar nak masuk rumah (baru balik kerja) dia dah meluru ke pintu sambil mengadu... akittt.... Saya masuk rumah, dia sambar plastik telekung saya (dia ingat ada ole2 utk dia mcm selalu) Tapi saya tak beli apa2 semlm. Hujan lebat. Dia mula merengek mintak didukung dan diriba. Anak manis mama...kasihan sungguh.

Dan 2,3 hari ini saya juga tak berapa selesa dgn diri. Makan tak lalu dan perut mula masuk angin. Ahad muntah. Isnin muntah. Dan pagi tadi juga muntah teruk. Dan pagi tadi terpaksa makan ubat angin semula. Bilalah saya dapat 'buang' semua pil-pil tu...ohh...

Petang semalam, sambil meriba si kecik saya dah mula rasa loya lagi. Lantas berlari ke bilik air. Mujur sempat. Muntah membuak-buak. Keluar dari bilik air, ibu mertua saya tegur, kenapa biarkan perut kosong. Pergilah jamah sikit nasik tu. Ohhh...kalaulah saya boleh jamah apa saja yang ada di depan mata. Masalahnya, belum pon masuk ke tekak - melihat makanan pon saya rasa perut dah mula menolak-nolak.



*People said it helps to ease teething pain. But it didn't work for Aisyah :P*



Petang semalam juga, sementara saya jamah nasik sikit, suami memujuk si kecik utk minum woodward gripe water - to ease the teething pain. Trauma sungguh nk bagi si kecik mkn ubat. Meraung-raung mcm kena dera. Terpaksa dikepit dicelah peha. Saya yg tengok pon kasihan. Umur dah 2 tahun tapi masih terpaksa guna syringe. Selepas bolos dari pegangan babah (ubat dah masuk mulut) Aisyah datang menangis teresak-esak dipangkuan saya. Saya pujuk-pujuk. Dalam sisa tangis, tiba-tiba mmmbuakkkkk!

Yerrrr...dia muntah selambak di peha saya. Itu tak apa, yang tak enaknya...dia muntah atas carpet. Itu yg buat saya sesak nafas melihatnya. Dan kerana anak saya seorang 'pemuntah' jugalah, kami laki bini berazam utk tidak 'berkapet' di rumah sendiri nanti. Beginilah jadinya setiap kali Aisyah demam. Muntah dan muntah. Dan rumah Nenek Onah ni bercarpet tebal, melekap ke lantai dari tingkat atas sampai ke bawah, di dalam dan luar bilik! Aduhaiii....

Mana nak habiskan makan, nak pujuk anak yang menangis dan muntah, nak menjengkek ke bilik air dgn baju yang lencun kena muntah dan nak mengelap dan mengemop. Mujur suami 'angin baik' sikit semalam. Dia uruskan Aisyah. Saya habiskan makan sikit lagi dan Nenek Onah tolong lapkan muntah. Itu yg buat saya serba-salah. Mesti Nenek Onah (yg sgt pembersih) tak puas hati kalau kami yg cuci muntah di carpet tu. Ohh mak..maafkan saya. Sesungguhnya selama ini saya sentiasa cuba membersih sebersih-bersihnya setiap kali anak saya tumpahkan air atau kotorkan carpet.

Selesai membersihkan diri di atas, saya turun ke bawah melayan si kecik. Masa tu nk marah pon ada, nk ketawa pon ada. Dia tergedik-gedik menyanyi dan menari menonton Word World! Walhal baru 10 minit tadi dia dah mendera seisi rumah dgn tangisan yang kuat berserta muntah membuak. Nampak sahaja saya turun dari tangga, automatik dia tukar tune. Terus datang mengendeng kat saya sambil merengek...akitt... lantas melentok diriba mama....



*Welcome to the world, where words come alive*



Kami suami isteri geleng kepala melayan 'drama' si anak.... dialah madu, dialah racun. Anak mama cepat sembuh yaa....




Wednesday, April 1, 2009

KUAH TUMPAH KE NASI



.

Yang ditakuti telah menampakkan tanda-tandanya. Badan Aisyah dah mula pijar. Sekali sekala dh terdengar batuk kong-kong dan bersin. Ohh... kasehan si anak.

Inilah hasilnya asyik menyempit dgn Mama. Tak boleh berenggang. Kalau mama ada depan mata, mama tak boleh hilang dari pandangan dia. Makanya, virus demam dan batuk kong-kong dah tumpah ke dlm pinggan Aisyah pula. (Boleh ker ckp mcm ni? Belasahhh...)

Harini saya MC lagi. Merawat diri. Malam tadi punyalah siksa melayan batuk. Rasa mcm nk pecah tekak dek kepanasan dan keperitan. Setiap jam asyik terbangun. Mulut asyik meracau. Bangun pagi suara saya jadi macam Ramli Sarip!

Mentang-mentang Mama ada depan mata.... Mama tak boleh bergerak ke mana! Anak..oh anak...

Kalau betul Aisyah kena demam, memang demam sbb umo genap 2 tahunlah kan nak?

Oh, harini dapat berita gumbira. Biasa2 jer... anyway, thanks ya Juju.


Bersiaran dari rumah,
Makcik Rehan



Monday, December 29, 2008

BILA MAKCIK REHAN DEMAM



.
Semua tak kena!

Kasihan anakku terpaksa berkurung dalam bilik dgn mama. Kalau biar dia kat bawah, kose lah mama dia ni nk usung badan gedempol ni nk turun naik jenguk dia. Kejap yayak, kejap nk susu, kejap itu, kejap ini. Habis tunggang langgang bilik! Anak membuas tak hingat, yg mak dia dia dah meroyan terjerit-jerit cam tarzan. Babah dia balik kang kalau bilik tak kemas, sure kena bebel.

Dah la ipar duai penuh satu umah. Yang nilah part yg palingggg saya tak gemar. Bukan salah depa nk dtg (dah sah2 ini umah mak pak depa kan?). Yang salah tak salahnya kami yang bertenggek 24 jam kat umah nilah. Sudah 2 tahun, 4 bulan dan 4 minggu kami beranak-pinak di rumah ini. Wohohooooo..tak sabarnya saya nk pindah umah sendiri. I really want my own space!

Skang baru balik dari klinik. Demam dah mula datang balik. Pagi tadi dh mkn ubat, rasa cam kuat sikit. Sepatutnya nk pi 1 Utama setelkan payment. Tak larat sgt dah la.....

Meroyan sakan mengusha brg2 umah sampai demam! Belinya idaklah byk nau pon... adehh...

Later... nk solat and ngemas bilik tongkang pecah tu kejap.
.

Tuesday, November 25, 2008

RESDUNG

.

Diharapkan ubat dan bedak ni mampu mengurangkan penyakit resdung saya. Dah seminggu lebih beli. Utk resdung.Tawakkal ajerlah. Skangni, asal saya dengar ada ubat herba yg berkesan untuk penyakit resdung (kalau harganya munasabah) saya akan beli.

Semlm saya kena attack terukkk sgt. Sebabnya mlm minggu tadi, masa merentas desa 3 beranak, saya mkn kerang bakar. Sedappp sgt sampai lupa saya ni alah dgn sea food. So, start hari Ahad sampai semlm, saya bersin kaw2 mcm nk tercabut bumbung umah. Kepala rasa ting tong, hidung tersumbat, tekak gatal dan kering. Dahsyatnya penangan kerang bakar tu. Sungguh tak berbaloi mkn kerang bakar 3 hinggit, binasa badan sampai 3 hari.

Lepas ni i will be extra cautious when concuming seafoods.

Sitisifir cadangkan saya makan product HPA,
Biras saya cadangkan produk keluaran Dr azimuth

ada sesiapa boleh bagi testimoni untuk produk-produk ni?

Mekaseyy...

.

Saturday, November 15, 2008

THE WEEKEND

Penat belum hilang sepenuhnya. Tapi kepala rasa ringan dan lega. The jamuan has ended - surprisingly, it was above expectations! Despite the last minuteness, everything runs smoothly. And the crowd was walla! Hat tu yg saya paling risau, buat makan2 tapi takde org. Alhamdulillah.

Enuff with that. No photos of the event will be uploaded here - in this little blog of Mencah's. It will be published here and here. I am managing 2 other blogs and a website yer kawan-kawan. Kiasu tak aku?

Balik jer dari ofis, I have to surrender myself to this little princess. Layan rengek2 manja dia. In someways, I enjoyed this moment coz I got chances to hold her, hug her, kiss her, carry her...

Kalau dia tak demam, sihat walafiat...jgn harap nk duduk atas riba walau seminit dua. Nak peluk2, nk kiss2 lagilah dia tak hingin. I told you, this little princess kalau tak demam very the sporting and indipendent kan? Kalau dah demam, dia menyerah jerla....

The 3 of us was watching TV. Lepas 10 minit si budak demam mula merengek serba tak kena, gosok2 mata. Sleepy la tu. I put her in buai, enjut dlm 5 minit - terus belayar.



Nilah bahana kalau Babah dia yg jaga anak. Dah mcm pesen punjabi jadinya. Pakai gown dgn tracksuit. Kata dia, budak tu asik nk menggaru, tu yg abg bagi pakai suar panjang. Agaknya nk cari T-shirt dah tak menyempat kot. Hihihi... anyway, I really appreciate your kindness for taking care of our little sweetheart bang. Sayer kan membizi jer mingguni...


While she sleeps, saya bergegas ke dapo membasuh dan merebus botol2 susu dia yg berderet atas sinki. I have to admit, I am very the cerewet when it comes to kebersihan of my baby's stuff. Especially kebersihan botol susu dia. Paling tak suka tengok kesan2 putih (susu) melekat kat puting dan botol berbau masam. Kerana saya sedar tahap kecerewetan saya, makanya saya tak bagi nenek onah bersusah payah membasuh botol Aisyah. Sebabnya, kalau saya tau dia basuhkan botol Aisyah, saya akan basuh semua. Kan membazir air kan. Saya tak salahkan dia kalau dia basuh tak bersih..org tua kan. Mana nk larat nk menyental botol susu lagi, nk melayan Aisyah yg melasak lagi, memasak, membasuh bla..bla..bla..



I dont have sterilizer. Dah berapa kali nyaris nk beli. Tapi mandangkan saya ni dok numpang umah nak mertua, malas lah nk poyo2 sampai nk beli sterilizer bagai kan. Kang nampak mcm aku nk nunjuk2 sgt kat ipar duai kan? Makanya, saya pakai besen besau nenek onah jerlah. Masak air satu cerek, pastu siram dan rendam botol2 ni.


Masa tgh merendam botol, si budak demam dlm buai dah mula merengek. Lepas tu, tgn mama dia terpaksa 'berendam' dlm buai sampai ke lewat ptg...


.


Friday, November 14, 2008

POOR LITTLE AISYAH

Yesterday, when I got back from work, Aisyah tgh tersedu-sedan merengek kat Babah. As she saw me entering the house, makin kuat plak rengeknya. Terus nk berdokong dgn mama.

Mlm tadi tak yah citerla. Serba tak kena. Benar-benar menguji kesabaran Mama dan Babah dia yg agak kepenatan sikit mingguni. Bila pandang wajah sayu dia dgn air liur meleleh-leleh, lahai.... tambah kesian menengoknya.

She's still crying. Downstairs with Nenek Onah. Asik nk berenjut dlm boyan. Lenguh tgn nenek!


~Today, another hectic day~

.

Thursday, November 13, 2008

AISYAH DEMAM - TEETHING


Its that time again. Seketul geraham dah tumbuh sebelum ni. Ni nak tumbuh lagi.

Ptg semlm lepas bgn tido, tetiba rasa badan dia panas. Rengek2 makin menjadi bila babah dia balik. So, magrib semlm bagi mkn ubat. Mlm tadi dia mula ekk..ekk... Pagi ni alahai...siannya lah tgok. Nenek Onah kata air liur meleleh-leleh - sign og teething.

Aisyah kuat kan! So, sabar ekk. Sakit sikit jer.

Pandai jer suh anak sabar. Yg mak nya kengkadang naik hangin juger bila ank merengek-rengek. Hihihi....

Bizi tahap indera sakti kat opis now. Tgh print kad jemputan. Very the last minute. Tu pon asik ada jer nk kena betulkan. Mencik ahh dgn Pengerusi PID nih. Kejap kata kol 3, skang dah jadi kol 12 tgh plak. Tadi dah pass cash rm300 kat dia. Tatau la cemana gaya majlis hari Sabtu nnt.

.

Thursday, October 9, 2008

MENCAH DEMAM

My Little Monster demam lagi. Maybe sbb kena tempias hujan. Maka terganggulah tidur kami laki bini utk kesekian kalinya. Tak apalah...all this while Mencah memang tak penah bagi masalah kat kami time tidur. She sleeps early (around 9 pm) bangun menyusu sekali...dan terus tidur sampai pagi. Malam yg dia mula-mula demam, dia merengek susah nk tidur sbb tekak sakit. Mencah ni tido sambil gonggong botol. Kalau sakit tekak, kan susah nk isap puting botol. Maka serba-serbi tak kena... Kejap menepek kat mama, kejap kat babah..habis 360 darjah satu katil tu dia pusing. Dalam pukul 2 pagi rengek dia makin menjadi. Saya bangun turun bawah nk ambil cawan, sudu dan air badak. We assume she is hungry. So, ingat nk suap susu guna sudu. Air badak tu konon utk sejukkan badan dia. Jenuh pujuk...semua tanak!

Aduss..camana ni... dia tak nangis, tapi nk duduk atas riba..pasang lampu terang2. Hahaha...

'Abih la Babah mcm ni... tak kan sampai pagi kita tamau tido' Kelakar jer when Babah said that...

Then babah dapat satu idea (cewahhh...). Babah pasang PHDC. Kebetulan ada Thomas n Frens. Uhhh...happynya anak mama! Ampu bantal tinggi kat belakang....layan Thomas sambil mama suapkan susu guna sudu. Sebijik mcm anak raja taww! dapat lah dalm 5-6 sudu..ok la tu..buat basahkan tekak. Lepas tu Babah tutup TV and said : Ohh....dah habis dahhh...., ok kita tidurr....'

Dia sambung merengek sikit lagi...tapi kami buat tak layan. Sebab mata dah mengantuk sgt....

Semalam lepas maghrib bawak pegi klinik. Mcm biasa...meronta2 la bila doktor nk check. Last2 doktor tu bagi ubat without checking her body. Mujurlah demam dia mild jer...

Balik dr klinik, berlaku lagi la adegan penderaan. Bagi makan ubat. Nasib baik tak muntah. So, mlm tadi kurang sikitla rengek dia.

This morning shes getting better. Satgi balik kerja harap-harap Aisyah dah jadi Aisyah yg sebenar semula!

.

Saturday, September 20, 2008

ENTRY YG PANJANG

Nak mula yg mana dulu ekk?

Oh ya, pasal Mencah yg kena diarrhea - Alhamdulillah, she's getting better. Rasanya dah tau punca... my hubby admitted that he gave Mencah a slice of cheese yg actually still within the expiry date tapi dah lama tersadai dlm fridge. One thing, Mencah lurvvvess cheese to the max. Kalau dilayan, dia boleh habiskan the whole packets of 6's cheddar cheese at one time! And the next day she will po poo more frequent than usual. Cuma this time yg paling teruk. Almost 4 days! Now, we both have learnt the lesson.

And thanks to all my cyber pals (they are mommies too!) for their advices. Now I know...cut their FM intake to stop their purging and vomitting. I did that... plus giving her some medications. My Mencah sudah buas seperti sediakala :P

Now, about buka puasa...

Since the Buka Puasa kat Templer Park that day, we've been attending 3 more (sponsored) Buka Puasa. Satu kat Shah Alam - Thai Restaurant (serious, I jarang hambek tau nama2 restoran nih..) - Food was nice (take note : I am no fussy eater). Another 1 kat Pizza Hut Rawang and recently kat Tropicana. Ohhh... I love the scenaries at Tropicana. I wish I could have a chance to stay there at least a week. (Berangan jer la...) Rumah-rumahnya (its not rumah i could say...its mansion!) was super marvelous! Macam istana pon ada! Banyak nya duit mereka dan keluarga mereka. Saya rasa, kalau saya duduk rumah besar giler mcm tu..kalau hilang brg mesti tak jumpa sampai ke sudah! Haihh....Anyway, we should be grateful of what we have rite?











Tropicana Golf Resort...

I can feel the sense of familiarity whenever I passed by the route from home to the clubhouse. There are bunches of memories there. My previous office was only a-minute-drive from Tropicana. Mead Johnson (my previous employer) has been having numerous gatherings, lunches, dinners, product launches... etc. there. On our way (from parking area) to the restaurant, I bumped into my ex-company directors - playing tennis with the GM. Huh...bodek sungguh!! I saw Jimmy (Supply Chain director) and the Medical Sales Director (sudah lupa nama beliau :P) sedang main tenis (membodek) dengan MJ's New GM and Finance Director - both are Mat Saleh.



I wonder how was the situation now at MJ...hurmmm....


A visit to the Dentist.


Ya Allah mengantuknya saya.... esok2 lah saya sambung...time to sleep.


Updated :
Since this week saya dpt pelepasan puasa (sengih..), I've decided to give my teeth a 'total makeover' (iyer2 jer kan.. :P). Sudah lama sgt tak jumpa dentist; last was during my pregnancy - end of 2006. Almost 2 years kan. So, mcm biasa i terjah jer mana2 klinik gigi yg ada kat Rawang nih.

KLINIK PERGIGIAN CHEK
Sbb klinik ni yg paling dekat dgn umah, easy access, easy to get parking space. Takde org, so cepat jer masuk jumpa doc. My intention is to tampal semua lubang2 kat gigi. Dan gigi saya ni memang dah byk yg 'missing' menyebabkan byk sgt empty space. Luckily kat corner lot. Hehehe. I never bother about those empty spaces until this very-pandai-pujuk doc lecturing me on the concequences of leaving those empty spaces unattended.

She said :

Oh my...you have removed so many gigis yea... You know what, lemme tell you something (sambil menanggalkan face mask dan menghulurkan cermin kat saya - tu nk mula ler tu...) Look at your below part of teeth, see... all your teeth is moving and 'comforting' themselves due to wide space at corner here (pointing to the right side of my below teeth). (My gigi kapak kat bahagian bawah dah renggang sikit). But luckily your below lip manage to 'hide' it whenever you smile. But, I tell you...when this things happens to your upper teeth...YOU WILL CRY!! Both your front teeth up here (now pointing to my upper, front teeth!) will slowly move and become apart. And... you cannot hide it in anyways!! That time surely YOU WILL CRY ....


And now, she's offering a solution...ceh!


But luckily you are still young and it haven't move yet (the teeth) So, what u can do is, u can place a fake one into that space so that, the rest of your upper teeth will be tighten up.

Dang! Dung! Deng! Bla..bla...bla....

Ringkaskan cerita, sayer telah bejaya di POW oleh doktor tersebut. Setelah mendapat greenlight from my hubby, maka Dr Chek terus proceed buat mould for my gigi pelesu. Melayang rm550! Ohh..thats includes tampalan 4 btg gigi, scaling, gigi pelesu 2 batang (the best quality kononnya which comes with a 'C' wire hook) and a half an hour lecture + demo on how to use floss! Nasib baik dia tak buat demo cara2 berus gigi macam zaman kita sekolah2 dulu... remember those days...misi (nurse) bawak replica gigi yg besarrr...berus gigi yg besarr.... and we all holding a paper cup, bertenggek kat tepi longkang...then she showed us brushing techniques ...the DOs and DONTs..bla..bla..bla...

Luckily, its claimable. Ohh...sayang PERODUA! Anyway, my gigi pelesu akan siap esok! Mesti Aisyah pelik dengar saya bercakap nnt, coz doc dah pre alert me... pronunciation will slightly be 'affected' especially in the first few days as your mouth is adapting with the new gigi pelesu. Oh my...mcm tak percaya!! I am going to wear gigi pelesu at the age of 29! Dr Chek said... when you have enough fund, u should consider do tanam gigi (i forgot the medical term). There will be no wire or plastic part that hooked into your gum. Its pricey...approx. rm4k something. Huh.... I wont ever do that for the sake of beauty. Never ever! Its HARAM ok...

Hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah.”

Just a recap from my Syariah and Quran Sunnah lesson masa kat Taayah : Larangan mengubah kejadian diri adalah termasuk menyambung atau menanam rambut (very famous nowadays esp. among celebrities kat Indon), mencabut atau mengukir kening (need i say more..?), membuat tatoo, memakai rambut palsu (termasuk wig).

Pengecualian yg ada : Harus jika ingin memperbaiki sebutan dan bacaan Al-Quran, berhias untuk suami dan faktor2 kesihatan.

Bacaan lanjut, klik sini.


Ohh...sudah panjang kan? Ok then, I will upload Mencah's pic in my next entry.
What a lazy Saturday.....zzzz......


.

Thursday, September 18, 2008

SICK AGAIN

Mencah sakit lagi. Bukan demam, bukan batuk. Tapi sakit montot! Betul...tak tipu...

Balik keja hari Selasa lepas, nenek onah cakap Mencah dah berak 4 kali harini! Baru jer nk rehat2..nk tanggal tudung..tetiba Mencah menonggeng2 kan montotnya sambil merengek-rengek. Sampai terjengket2 kaki, berkerut muka dia macam org tgh tahan pedih.

Saya cek diaper dia...berak! And, that makes pemberakan (boleh ker pakai word mcm ni) dia yg kelima for that day. Tanggal suar, dokong dia ke luar. Cuci kat paip luar senang. Masa nk basuh montot dia tu...melalak tak hengat!! Melecet dah rupanya.....

Cirit birit....

Sebelum dia tido, 3 kali lagi saya tukar diapers dia haritu. Dan masa bgn sahur semalam pon, dia berak lagi.

Dan siang tadi (nasib baik kebetulan cuti Nuzul Quran) sampai mlm ni...12 kali dia cirit! Dan melecet kat montot dia semakin teruk. Segala minyak gamat, afiat, calamine lotion saya sapu...tak jalan! Merah mcm udang kena bakar. Kesian tawww.....

Bagi makan ubat cirit birit (nk bagi makan ubat dah satu hal punya payah!) dan ORS pon tak jalan. Mencah memang pantang datuk nenek kalau mkn ubat atau kita campurkan ubat dlm susu dia. Sanggup puasa kekdahnya daripada minum susu bercampur ubat. Haihhhh.... boleh naik angin mama dia nih!

Saya update babah dia via sms from time to time. Mujur dia tak demam. Menangis masa nk basuh berak dan sapukan ubat jer..lepastu mengganas mcm biasa balik...haihhh.... monster kan??

Bila babah dia balik, we decided to bring her to see doctor. Lepas berbuka, kami pergi Klinik Tan (Paed kat Rawang nih) Tapi, utk kesekian kalinya...klinik tu tutup! Rugi taww Dr Tan, saya dah 3,4 kali nk terjah klinik u..tp asik wrong timing jerk. Apsal u suka-suka tutup klinik u erkk? klinik org lain semua bukak (apehal aku nk marah doktor tu plak ekk?)

What?? Klinik Ng dan Singh lagi?? Ohhh...melalak sambil muntah tahap dewa dewi la anak ku ini nnt. Instead, kami try Poliklinik Keluarga...( ape tah nama penuh klinik nih. Main terjah ajer...) Dr Faizal Yusof on duty.

Lepas register...si Mencah nampak slide u olls... apa lagi...lupa terus keperitan kat montot dia tu... terus beraksi gerdix nk menggelongsor kat slide... haihhh...

That Dr was soo...gentle! Mencah tak nangis pon. Maybe sbb doktor tu nampak 'normal' tak mcm itu Dr Bhagwant Singh! Hahahaha.... Doc said she might be kena mild food poisonous. Mild sbb she tak develop fever...tak muntah...tak ilang selera...tak batuk etc. Alhamdulillah. Doc said, she will recover bila semua 'racun' to dah habis keluar. Before balik, saya mintak terus ubat cacing untk Mencah. Nanti bila dia dah sembuh dr diarrhea, saya nk bagi minum ubat cacing lak. Asik tido menonggeng jer....org kata itu tanda kecacingan kan?


Sampai umah terus berlaku adegan ibu bapa mendera anak - makan ubat lerrr....
Jenuh kena kepit kaki tgn. Kemain lagi Mencah ni... dikatupnya mulut rapat2! Hehehe..kalini mama dia buat hati kering, sumbat jugak. Pastu tuka diaper dia dan sapu ubat kat montot dia yg melecet teruk tu. Esok pagi masa bgn sahur, harap2 dia tak berak dah....


Enuff said, nk tido dah. Menyampah dgn laptop ni..makin menjadi2 rosaknya. Malam ni saja dah 4,5 kali dia padam tiba2. Nasib baik blogspot ni autosave. Kalau tak, memang malas dah la saya nk mengulang taip apa yg dah hilang. Apekah itu tandanya kami kena beli laptop baru? Ohhh tidak....


Gd nite.


Nota kaki : sapa2 nk sedekah jariah sebuah laptop atau sebijik PC silakan berbuat demikian. Hubungi saya segera sementara kita masih di bulan Ramadan - pahala berganda taww. (mereng ke hapa nih...)


UPDATED : Mencah masih cirit lagi. Mlm tadi masa saya masuk bilik nk tido, tercium bau yayak dia. Tukar diaper. Pagini masa bangun sahur, sekali lagi...yayak lagi. Tukar lagi. Waduhhh...risau nya Mama dia nih..... Haruskah sayer mengambil MC? Atas alasan menjaga anak yang sakit montot?

Hehehhee....nampak gaya mcm tak harus jer. Baru teringat mlm tadi my assistant dah pre-alert me, dia nk cuti harini KALAU GAJI MASUK. Ohhh.... gaji bergandalah katakan. Terima Kasih Pak Lah kerana memberi kami bonus sebulan untuk tahun ini. Hehehehe....


.


Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker


Lilypie 2nd Birthday PicLilypie 2nd Birthday Ticker