31 March 2014

Beijing Trip 2014

Sudah dua tahun rupanya dah tidak update blog, skill nak menulis pun dah semakin tumpul.
Mungkin kerana laman web social media yang lain telah menyediakan pelbagai platform yang lebih mudah seperti facebook dan instagram menyebabkan ramai blogger semakin menyepikan diri termasuklah aku sendiri...

Actually nak cerita pasal trip Beijing yang baru2 ni. Tak tahu kenapa special sangat trip ni sampai nak kena update di blog sedangkan vacation yang lain sudah cukup upload di FB dan Instagram sahaja dan membiarkan gambar-gambar tersebut berbicara..ewahhh..

Okay jadi ada banyak point sangat dan aku lebih senang berbicara di sini maka dengan gigihnya aku menulis di sini setelah 2 tahun blog ni menjadi sarang labah-labah. Antara point ialah:

Point yang pertama: Tragedi MH370


 Dua minggu sebelum plan kami ke Beijing, negara kita digemparkan dengan berita tentang Tragedi MH370. Sesungguhnya tragedi ni memberikan impak yang sangat besar terutama ahli keluarga dan sanak saudara kepada penumpang dan anak kapal MH370. Sesungguhnya pencarian masih kabur dan sebaiknya kita doakan yang terbaik untuk mereka dan kami rakyat Malaysia sentiasa bersama anda keluarga MH370 tidak kira agama mahupun bangsa.

Ekoran dari tragedi tersebut  ramai juga yang merasa ragu2 untuk  kami meneruskan plan untuk ke Beijing. Tetapi hati kami semua tetap cekal untuk meneruskan  trip ni dan berdoa semoga semua selamat.

Keadaan di Beijing seperti biasa dan tiada apa-apa perkara yang pelik sehingga senerima mesej whatapp dari rakan2 di Malaysia pada hari ke-2 iaitu mengenai kekecohan yang berlaku Kedutaan Malaysia di China.  

Breaking New: Families, Friends now walking to Malaysian Embassy in Beijing.....

Rakan2 terus menyarankan kami supaya berhati-hati sepanjang kami berada disana dan pada malam tersebut juga aku dan rakan-rakan cuba untuk search latest news mengenai MH370 tapi malangnya Facebook dan banyak website yang berkaitan dengan update MH370 telah disekat dan tidak dapat diakses sewaktu kami di Beijing.

Point Kedua: Kisah Ditipu oleh Tour Guide di Beijing

Perjalanan kami di Beijing telah ditemani oleh tour guide yang bernama Rebecca. Dari hari pertama aktiviti kami di sana berjalan dengan lancar seperti dalam perancangan yang diaturkan oleh Travel Agent di Malaysia.Tetapi malangnya pada hari ke-3 di sana terjadi sati insiden yang paling tidak diduga iaitu kami telah terperangkap dengan tipu muslihat tour guide kami iaitu Rebecca.
 Kami tidak dapat mengetahui niat dia kerana sepanjang perjalanan kami dari hari pertama dia memberitahu tempat lawatan especially Mall akan memberikan harga promosi untuk pelajar. Rebecca juga kata memandangkan trip kami ada teacher and student maka kami boleh mendapatkan harga promosi tersebut.

Taktik Rebecca mengena jarum apabila dia secara senyap-senyap tarik tangan aku pada hari ke-3 tersebut sewaktu kami melawat Pearl Center. Rebecca beri kertas kosong kepada aku dan menyuruh tulis total number student dan teacher.  

She keep on said:  "It okay you can just write the number and you need to write more number of student than teacher. You don't worry because that for discount purpose only."

 Lastly dia suruh aku tulis nama dan part ni memang aku mengaku aku sangat naif dan lurus bendul sebab boleh senang-senang diperdayakan oleh Rebecca. Oh! sampai bila-bila pun aku tidak akan lupakan kejadian ni sebabnya selang 10 minit setelah declaration yang aku buat di atas kertas kosong ni rakan aku wakil di Malaysia mendapat mesej spt di bawah:

Dear Sir,
We have already informed Ms Rebecca to collect the surcharge USD70/student x 9 students = USD630 from teacher. But if they can't pay it to Ms Rebecca by today, the service will be stopped, which is ordered  by our financial director Elva

Hoh menyirap jer darah bila baca mesej ni dan mood  perjalanan kami sepanjang hari spoil disebabkan oleh rancangan tipu muslihat tour agent di China. Sepanjang hari masa dihabiskan dengan pergaduhan dengan agent di China kerana aku memang tidak berpuas hati kerana amount yang kami perlu diabayar adalah disebabkan oleh perkara yang sia-sia.

Untuk dipendekkan cerita Rebecca ni pandai berpura-pura seolah-oleh dia tidak bersalah dan mengatakan masalah ni dapat diselesaikan.
Namun memang hanya harapan palsu semata-mata kerana sehingga ke malam selepas kami pulang ke hotel agent kami di Malaysia mesej aku dan menyuruh kami membayar  amount yang telah dituntut oleh wakil agent di China (boss rebecca).

Sekali lagi aku jadi marah dan kami lagi sanggup service tour agnet terminate pada hari tersebut daripada kami perlu membayar kepada agent china yang penipu.
Akhirnya aku dan rakan-rakan yang lain tidur kerana penat bergaduh dan kami bertekad kami akan pulang ke Malaysia pada keesokan harinya tanpa meneruskan trip tersebut.
Pada keesokan harinya aku mendapat mesej dari wakil kami dari Malaysia mengatakan masalah telah diselesaikan dan boleh meneruskan aktiviti seperti biasa.

Jadi tanpa ragu-ragu aktiviti kami pada hari terakhir diteruskan seperti biasa sehingga kami telah selamat pulang ke Malaysia.
Semasa perjalanan pulang dari LCCT ke rumah aku mendapat mesej dari wakil di Malaysia dan minta aku refund untuk bayaran yang agent China kenakan kepada group trip kami.
Sekali lagi aku tidak berpuas hati kerana perkara ini berbangkit semula sedangkan masalah ini telah diselesaikan sebelum kami pulang ke Malaysia.
Kemudia wakil agent di Malaysia mengatakan dia telah mendahulukan duitnya kerana tidak mahu kami tarik diri.

Sekali lagi pergaduhan dan perasaan kurang senang terjadi sedangkan aku sememangnya sangat letih kerana baru pulang dari trip di Beijing.
Oleh kerana kami memang mengenali antara satu sama lain sejak waktu sekolah dan lebih menyedihkan aku pula telah dipersalahkan tanpa usul periksa dan menyuruh aku cover 50% dari kerugian yang disebabkan oleh trip kami.
Maka aku jadi lebih panas hati dan marah sehingga akhirnya rakan aku  beralah dan mengatakan semua bayaran tersebut tidak perlu dibuat kerana dan mungkin ada kata-kata aku yang membuat beliau menarik balik tuntutan duit tersebut.

Tapi dalam hati aku masih menguji rakan aku ni dengan mengatakan aku akan membayar 50% seperti yang telah dituntut sebagai ganti rugi dan beliau terus memberikan akaun bank.
Dalam hati eh........laju jer kau terus bagi akaun bank sedangkan antara ayat terakhir kata:

"Tak pe aku rugi duit, tapi aku tak nak rugi kawan.. aku rasa tour guide tu yang cuba trap ko"

Pada aku disebabkan tindakan aku menyebabkan kerugian kepada bisness kawan jadi aku pun perlu membuat bayaran tersebut walaupun saat akhir beliau mengatakan tidak perlu bayar.


Pesanan untuk pembaca: Jangan mudah terpedaya dengan tipu muslihat dari tour guide di Beijing. Sebolehnya ambil iktibar dari apa yang terlaku kepada aku dan harap-harap tidak terjadi kepada orang lain.
 Aku juga menyarankan supaya kalian semua untuk berhati2 semasa menerima duit tukar dari penjual di Beijing kerana senang-senang jer kami tertipu dan dapat duit palsu.


Tempat lawatan kami seperti berikut:

Hari Pertama 24th March 2014: 

Tiananmen Square, Forbidden City, Niu Jie Mosque, Silk Store

Hari Kedua 25th March 2014

Jade Museum, Summer Palace, Crystal Shop, Burning Cream Centre, Niu Jie Muslim Supermarket, Acrobatic Show, Tea House

Hari Ketiga: 26th March 2014 (Hari kejadian di tipu oleh wakil agent China - Ms Rebecca)

Fresh Water Pearl Centre, Nan Dou Ya Mosque, Herbal Medicine Center, Great wall of China.

Hari Ke empat: 27th March 2014

Zoo Beijing (Panda), Bird Nest Olympic Stadium, Hong Qiao Market, Ya Xie Market


30 October 2012

Testing

Baru perasan ada android app for blogger application. Dah lama cari dari dulu dan kebetulan jumpa.. ok check it out later

20 September 2012

Patah sayap kanan dan kiri

Sudah sekian lamanya menyepi di blog...
Sedar tak sedar sudah setahun masa berlalu...

Perlbagai peristiwa pahit dan manis berlaku..
Setiap yang manis sentiasa terpahat di hati..

Ada orang kata patah tumbuh hilang berganti..
Tapi apa yang patah memang tiada pengganti..
Seumpama patah sayap...
Sayap kanan patah...
Kini sayap kiri juga patah
Natijah patah kedua-dua sayap

Suatu ketika dahulu hidup pernuh warna warni
 Menjadi peneman untuk meluahkan isi hati...
Setiap aktiviti menjadi penghibur hati...
Tapi kini sudah sampai satu titik
Untuk berdiam diri
Semuanya sudah pasti..
Hakikat yang perlu diakui...

Setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi
Masih mencari ruang untuk memperbaiki diri
Masih perlu teguh berdiri
Perjalanan masih jauh yang perlu dilalui
Sila tabah wahai hati..
Semoga menemui kebahgian suatu hari nanti
Mungkin ini adalah jalan terbaik untuk menjauhkan diri..
Namun telah banyak yang dipelajari
Pahit dan manis sentiasa terpahat dihati...
Merindui saat dan waktu yang telah pergi..
Masihkah ada lagi ruang dihati...

09 November 2011

Bicara tentang hati


Actually aku bukan big fan of anuar zain tapi kadang-kadang aku layankan juga lagu-lagu dia especially masa tengah melayan perasaan... hurmmm lagu baru dia ni sungguh mengusik perasaan dan aku perasan ramai juga yang share video ni kat FB...

Aku pula suka share kat blog sebab boleh mengomel panjang- panjang... Apapun jum dengar lagu ni bersama-sama...






 Aku pinjam gambar kat bawah ni dari FB Syia... huhu..

Wahai hati silalah kuat dan sentiasa kuat..Jangan mudah kalah.. Walaupun kelihatan kuat dan teguh...Luruh dan berderai menjadi serpihan kaca
Tidak mampu untuk dirawati..
Bagaimanakah cara untuk mencari kekuatan itu...Aku perlukan kekuatan itu...adakah aku juga perlu simen hati supaya lebih teguh dan tidak mudah terusik...



Petikan dari FB juga mengenai HATI...
Kita ada satu saja HATI..
Jika gembira, HATI itulah..
Jika bertakwa, HATI itulah..
Jika beriman, HATI yang satu itu juga.. ...
Jika bercinta, HATI itu juga..
Jika terluka pun, HATI nan satu itu..
Terlalu satu HATI untuk banyak perkara..
Maka, jagalah HATI mu..
Dan HATI orang-orang yang menyayangimu..

04 November 2011

Don't cross the line!


Kisah semalam tidak berapa enak sejak dari pagi lagi...Bermula dengan `kes free parking dah full tapi ini atas kesilapan sendiri maka terima dengan hati yang redha... So aku pun malas nak pikir just beratur queue yang agak panjang juga kat LG 4..

Then sementara tunggu kat parking ni sempatlah buka FB baca blog kawan-kawan akibat bosan dan tiba-tiba dapat mesej dari Angah tentang berita yang tak best juga.. Bibik sudah resign dengan alasan kami bayar dia rm500. Aku rasa baru jer seminggu lebih sudah demand... Kiranya kami sudah cukup lenient dengan bibik ni sebab mak aku bagi dia balik pukul 4.30... Haih aku yang keje opis ni pun balik pukul 5.30.... hurm tak mengapa mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

Setelah sabar menanti akhirnya aku pun berjaya masuk kat parking LG 4 dan lega... Bila naik atas aku pun pelik mana perginya semua orang ni... Lepas tu baru aku tahu rupa- rupanya internat down.. LAN dan juga wireless tak berfungsi... Nasib baik aku tak rush masa nak masuk parking dan instict pun kata okay masih boleh tunggu kat parking LG 4 lagi...

Bila aku tahu ada satu lagi wirelsss luar boleh berfungsi aku pun masuk juniper network untuk aceess email. As expected tak banyak email sebab orang lain pun tak boleh nak access internet juga. Tak lama selepas tu aku dikhabarkan dengan cerita yang kurang enak untuk.didengar.. Mula-mula memang kami nak diamkan sahaja sebab aku tahu intention orang yang hantar emel tu sebab nak menunjuk-nunjuk.. Maksud tersirat disebalik emel yang dihantar lebih kurang macam nilah

oh tanpa engkau aku pun boleh dapat, so sekarang aku dapat dan aku nak bagitahu kau aku dah ada la..

Aku sebenarnya paham kenapa orang tu marah sangat tapi aku still disagree dengan tindakan dia yang agak emotional tu..Setelah aku fikirkan semula biarlah diorang ni dan cuba memujuk kawan-kawan untuk tidak menghebohkan dan lebih kepada tunggu dan lihat..
Anggap jelah mereka tidak matang dan sebenarnya pada aku itu lebih kepada provokasi dan dan aku pun malas nak layan biarkan mereka yang menunjuk- nunjuk pandai  mempamerkan kebodohan mereka...
Rasakkan biarlah labu terjun bersa dengan luncai- luncainya... Ada aku kisah!

Aku cuba untuk calm down dan dalam masa yang sama memujuk rakan-rakan supaya bersabar tetapi mereka seolah menguji tahap kesabaran kami dengan tindakan yang lebih tidak matang. Emel yang kedua aku tidak boleh terima sama sekali kerana sebelum itu aku sendiri mendengar conversation diantara mereka. Sungguh gah menceritakan kehebatan mereka dan this time you had crossed the limit.

Aku dah tidak dapat menahan diri & okay lets go for a meeting which is aku rasa ini adalah pilihan yang terakhir setelah beberapa peluang aku bagi kepada mereka tetapi masih bertindak melampau. Natijahnya ibarat singapura dilanggar todak. Bagi mereka mungkin ini hanya sekadar joke untuk memperlekehkan kawan aku yang innocent. If you want to declare  war with my friend thats mean you have war with me too, and please remember that.

Apa yang aku lebih tidak puas hati sudah buat salah tapi masih ego dan berpura-pura seperti tidak tahu apa-apa.. Geram jer aku sebab tidak boleh nak masuk campur. Memang terserlah sungguh percakapan yang berputar belit dan berdrama. Macamlah kami semua tidak tahu agenda yang tersembunyi disebalik semua itu. If you think we are not helping you and you think you can do your job more easier without us... its your pleasure.. We don't mind at all.

Selama ni pun kami yang bersungguh nak tolong korang and make sure everything run smoothly. You have no idea at all how difficult to get those stuff. We always think and do for the sake of our team, but YOU? I'm really disappointing with your immature action. Sangat kebudak-budakkan dan tidak rasional. Again setiap apa yang berlaku hikmahnya dan secara tidak lansung kami dapat melihat who are real and who are fake. Sungguh terselah YOU ARE FAKE.

Peace no war!!!