
Emm saja nak citer2 pasal hari merdeka.. dimana2 ada bendera digantung sempena bulan merdeka dan ada ada pulak buat sales merdeka.. macam2 lagi.. tapi ntah seolah2 kosong penghayatannya.. Semasa jalan2 aku berkata pada teman.. tengok tu ada jualan merdeka.. Respond yang aku dapat..katanya emm ntahla..Tak rasa ape2 pun pasal hari merdeka.. Terasa sedih pun ada bila dengar respond macam tu.. Mungkin hanya sekadar meraikan bendera2, melihat bunga api, konsert dan macam2 hiburan.. tapi erti kemerdekaan tu sendiri tak dihayati...Di mana silapnya...
Kalau sekarang perayaan merdeka tak dapat dirasai mungkin sebab kita tak merasa penat lelah untuk mendapatkan merdeka..Aku mendengar topik pagi tadi dari satu radio station..
Seorang pemanggil mangatakan dia berada di airport semasa rombongan yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman dengan wakil-wakil hendak berangkat ke London untuk menuntut kemerdekaan...Dia berada di sana kerana datuknya merupakan orang yang diamanahkan untuk membaca doa selamat ketika itu..
Walaupun begitu kecil peranan dia hanya sebagai pemerhati tetapi dia berasa sangat terharu bila teringat peristiwa tersebut....
Dan bila nak dibandingkan dengan zaman2 sekolah dulu penghayatan merdeka lebih bermakna kalau nak dibandingkan dengan sekarang nie... Kalau dulu masa nak merdeka macam2 aktiviti dilakukan dan secara tak lansung kita pun sama terlibat meraikannya.. kalau sekarang nie.. hari merdeka dok rumah..tengak bunga api
- Dengan aktiviti pentomen sempena merdeka...
- Telibat dengan kawad kaki sempena sambutan merdeka kat Dataran Shah Alam peringkat negeri selangor.. Dok berkawad malam sebelum merdeka.. pelik benar rasanya kawad kaki malam2 hari ni.. tapi yg bestnya tak panas.. he he..
- dan yang paling terasa masa terlibat secara lansung dengan sambutan merdeka peringkat kebangsaan tahun 2000 ... Masa ni yang paling best ... Dari selepas subuh dah terpacak kat dataran shah alam tu sampai la opening die dalam kol 8 lebih.. Sebab persembahan kitorang masa opening hari merdeka..Membuat formation bendera Malaysia, bunga raya, logo hari merdeka dam macam2 lagi la... kalo tak silap aku ada 7 formation yang kitorang wat masa tu.. Aku jadi yg kaler kuning.. So ape2 yang kaler kuning cnth: bulan sabit kat bendera malaysia, debunga kat bunga raya dan macam2 lagi... Itu belum lagi ngan latihan lebih 3 bulan sebelum merdeka... Hitam legam la muka ni
yg sememangnya hitam.. >Walau macam mana pun tetap best dan bergumbira meraikan hari merdeka.. Sekarang semuanya tinggal kenangan...
Apa pun selamat hari merdeka.. Negaraku...Tanah tumpahnya darahku...



