Showing posts with label how to. Show all posts
Showing posts with label how to. Show all posts

Friday, June 1, 2012

22 Tips Menangani Anak


1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita untuk memukul anak dan jangan sesekali menampar anak dengan menggunakan tangan.  Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control..

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.

5). Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16). Luangkanlah masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam
20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. 
Insyaallah akan praktikkan 22 tips di atas terhadap anak sulung kami, Shaheem dan anak kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam, ketujuh, kelapan eh ehhh hehehehehehehe

Wednesday, May 30, 2012

Petua Untuk Mendapatkan Anak Kembar

GENETIK - Jika dalam salasilah keluarga kita terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar kita juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan kat kita. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.

UMUR - Perempuan yang berumur 35- 40an dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.

BILANGAN ANAK - Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

BERAT dan KETINGGIAN - Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Info dari kajian saintifik.

DIET - Pengambilan makanan-makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

PENGAMBILAN FERTILITY DRUG - Atau ubat untuk kesuburan. Pengambilan ubat tersebut meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.



Syoknye, bestnye kalau dapat anak kembar kan? Mesti meriah je hidup hehe.. Meriah dengan kerenah 2 orang anak kecik! Macamanala nak menjaganya. Aku jaga Shaheem sorang ni pun dah berpeluh-peluh haha... Aku ada 2 pasang cousin kembar. Cousin pertama anak uncle yang sulung (abang sulung mak aku). Kembar lelaki. Cousin kedua pulak anak mak cik bongsu (adik bongsu mak aku), kembar lelaki dan perempuan. Dua-dua dari belah mak aku sebab ayah aku anak tunggal hehe.. So agak-agak ada chance tak aku nak dapat anak kembar jugak? Hehehe berangans! Tapi kalau Allah nak bagi, aku suka! :D

Tuesday, June 28, 2011

Macamana Nak Tahan Lama

Assalamualaikum...

Apa yang tahan lama tu? Kehkehkeh.. Jangan pikir bukan-bukan ye :P

Ini tips macamana nak buat bateri henpon tu tahan lama. Aku amik dari blog ini. Cuba try test..


Untuk bateri yang tahan lama:-



1) OFF telefon sewaktu ‘charge’ telefon


2) Charge telefon sehingga maksimum, kemudian barulah gunakan telefon


3) ‘Turn Off’ mana-mana perisian yang tidak digunakan, contohnya WiFi, Bluetooth dan sebagainya


4) Sewaktu ‘charge’ telefon, jangan buat panggilan atau membalas sms


5) Jangan ‘charge’ telefon guna ‘car-charger’ kerana akan menyebabkan bateri ‘kembung’ dan tidak tahan lama. Ini kerana arus elektrik kereta tidak stabil.


6) Kurangkan kecerahan skrin. Lebih cerah skrin – lebih banyak kuasa digunakan


7) Gunakan kuasa bateri sehingga habis – kemudian barulah ‘charge’.


Henpon ni yang selalu buat hal baterinye lah kan. Aku memang cuak cuak sket kalau bateri rosak. Rasa macam the whole phone tak function huhuh.. Bayangkan baru cakap telepon 2 3 saat, tetiba tret tet tettt.. bateri abes. Rasa cam nak baling baling je henpon tu kat dinding. Since dah beli henpon baru yang suam-suam kuku mahalnye eheh, maka saya dah beriltizam nak menjaga baterinya dengan baik. Mari kita sama-sama amalkan! :D

Tuesday, June 21, 2011

8 Tips to Heal Cracked Heels

Assalamualaikum!

I have kinda serious cracked heels. Really serious I would say. Ni sume selepas kawin hari tu. Haish malu gak ngan husband ada tumit berkerak-kerak nihh..

So hari ni I googled on tips on how to cure cracked heels. Silalah baca dan selamat beramal!

Source: http://www.associatedcontent.com/article/1344072/8_tips_to_heal_cracked_heels_.html?cat=69

Very easy peasy ways.. Kat rumah pun boleh buat :)

1. Use banana pulp. Apply the pulp of a banana over the cracked heels. Leave the pulp on over the skin for 15 minutes, and then rinse it clean. This is a popular home remedy for cracked heels.






2. Use vegetable oil. First, wash the feet clean over the cracked heels. Then apply hydrogenenated vegetable oil over the area. Wear a pair of thick socks. When left overnight, this can soothe and heal the cracked heels in a few days.



3. Use lemon juice. Soak the cracked heels wet in a concentrated lemon juice solution. Initially there may be some pain when the lemon juice hits the cracks. Do this process for 15 minutes. Doing this every week will help the skin of the heels to get a glowing texture and the skin would not crack easily.


4. Use pure coconut oil. This is a popular East Asian remedy. Look for pure, virgin coconut oil or skin creams that are based on coconut oil. Coconut oil has been proved to have a soothing effect on the skin, and cracked heels tend to heal faster when coconut oil is applied on them.


5. Use shea butter. Clean the area over the cracked heels then apply some shea butter. The butter retains the moisture content of the skin and helps heel the cracks. It is inexpensive and can be purchased at any retail store.

6. Use bees' honey. Spread some bee honey over the cracked heels. Then put socks over your feet. Allow for full bedtime to pass. Then you can remove the socks and the cracks would have become softer and soothing.

7. Use Vaseline. Experiences vary on this one but some people have reported that Vaseline works. Many people say Vaseline acts as a moisture barrier. But you may be able to find short-term relief using Vaseline. It's inexpensive too.

8. Use Dr. Scholl's massaging gel. Although not specifically oriented towards treating cracked heels, Dr. Scholl's is a well-known name in foot care. Try applying their massaging gel over the cracked skin for relief.



Mari kita perangi kerak-kerak di tumit!
yihaaaaaa~

Wednesday, February 16, 2011

Petua Menghilangkan Bau Bawang Di Tangan

Assalamualaikum,


Remember that day aku cerita tangan aku berbau bawang? Buat pengetahuan korang, tangan aku masih berbau bawang until today! Adoiyaiii, lama betul bau ni melekat kat tangan yang mulus ni. Seriously, aku dah guna macam-macam sabun dah buat basuh tangan. Awal-awal memang takdela bau bawang, melekat bau sabun. Lama-lama bau sabun hilang, bau bawang datang balik. Huhu benci!

Jadi, balik dari keje tadi, terus bukak google, taip, "How to get rid of onion smell on hand." Bahasa oram putis tu, gedik! ehehe.. Dalam banyak-banyak list website yang keluar aku berkenan dengan yang satu ni, http://www.wikihow.com/Remove-Onion-Smell-From-Hands.

Jom ikut petua-petua yang diberikan!

Satu, Take a tablespoon or more of everyday table salt in the palm of your hands


Amik garam sket, letak atas tapak tangan yang berbau tu, campur dengan air sikit. Nanti dia jadi macam paste, melekit-leikt camtu. Gosok-gosok, basuh dengan air pastu keringkan. Selain menghilangkan bau bawang, garam ni boleh buat tangan korang menjadi lembut! Wah wah sukeee! :D Kalau takde garam dekat rumah, boleh try guna bikarbonat soda ataupun gula. Kalau guna gula, takkan ada rasa pedih-pedih kalau ada luka dkat tangan.


Dua, Dip your hands in tomato juice for at least five minutes


Dah lepas rendam tu, basuh tangan dengan sabun dan air sejuk. Make sure jus tomato yang korang guna tu belum expired ye..... Jus tomato, bukan sos tomato tau huhuhu


Tiga, Rub your hands against stainless steel metal (a kitchen sink works well) under cold running water for about a minute; rubbing with a large metal spoon works, too


Di bawah air yang mengalir, korang gosok-gosok tangan dekat paip tu. Katanya steel ni akan meneutralizekan bau bawang tu. 


Empat, Squeeze some lemon juice into a bowl


Squeeze squeeze lemon dalam mangkuk pastu rendamkan tangan dalam 3 minit camtu. Lepas tu basuh. Tangan akan berbau lemoneseee gitu :D Kalau takde lemon, boleh guna cuka atau mouthwash!


Lima, Rub your hands in peanut butter


Lumurkan tangan korang tu dengan peanut butter. Nanti akan ada rasa berminyak sikit tapi bau boleh hilang. Kalo takde peanut butter kat rumah, boleh guna ubat gigi jugak.
Kalau satu badan korang berbau bawang, bolehla buat macam ni hikhikhik..


Enam, Peel a large orange, cut into it, or break the outer skin


Amik isi oren ni, gosok-gosok kat tangan selama 2 minit. Lepas tu basuh.
Tangan takkan ada bau bawang lagi dah lepas tu, akan bau orangey pulak :D
Haa korang cuba la ye tips-tips yang diberikan ni. Salah satunya pasti menjadi. Aku nak try tips nombor satu tu. Sambil hilangkan bau bawang, sambil lembutkan tangan. Hikhik.. Selamat mencuba!!

Korang juga bleh tengok website ni, 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...