Thursday, March 12, 2015

cc-Firdees-

Pelbagai kisah “suami dera isteri” yang kita pernah dengar dan baca. Tidak kurang juga “suami yang didera isteri”. Sangat tidak bermaruah lah seorang lelaki itu jika membelasah wanita yang tidak dapat mengapa-ngapakannya langsung.
Mari kita baca dan jadikan tauladan bagaimana Nabi Muhammad S.A.W. melayan isterinya.
1. Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
2. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
3. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’
4. Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’ Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
5. Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’ Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.’ ‘Aku tidak bertanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’
6. Pernah baginda bersabda, ‘sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
7. Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, ‘Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?’ ‘Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.’ ‘Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…’ desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. ‘Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan? ‘Lalu baginda menjawab dengan lembut, ‘Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?’ ‘Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.’
8. Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.
9. Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
10. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.
11. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
12. Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
13. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini? ‘Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.’
Subhanallah sungguh tinggi pekerti baginda Rasulullah SAW.

SURAT DARIPADA SEORANG IBU, UNTUK MENANTU LELAKINYA

Wahai menantuku,
Aku hanyalah seorang ibu yang berbicara atas nama diriku sendiri
Dengan melihat puteriku sebagai isterimu dan engkau sebagai menantuku.
Bila engkau membaca pesan ini
Semoga engkau melihat pula bayang wajah ibu yang telah mengandung dan melahirkanmu, berdiri bersamaku tepat dihadapanmu.
Wahai menantuku,
Bukankah engkau sudah berjanji akan menjadi imam dunia akhirat untuk puteriku.
Bukankah engkau juga telah bersumpah untuk membawanya hingga ke baka dan memberinya satu tiket ke syurga.
Wahai menantuku,
Bila ada KELEMAHAN dari isterimu dan seribu lagi keburukan yang dilakukannya akibat kelemahan dan juga karana kekurangan darinya,
Bukankah menjadi tugasmu untuk mendidiknya sekarang, begitu yang seharusnya.
Wahai menantuku,
diajarkan kepadamu oleh Nabi bahwa seorang suami tak boleh membiarkan mata isterinya basah walau hanya serupa titisan embun dini hari.
Bukankah engkau sebagai suaminya yang harus melindunginya dengan rasa tenteram dan aman.
Maka berikanlah keteduhan bagi jiwanya.
Wahai menantuku,
Engkau suami yang dipilih Tuhan untuk puteriku,
Bersabarlah terhadap isterimu dan tetaplah bersikap lemah lembut padanya.
Bukankah engkau menikahinya atas nama Tuhanmu
Maka sayangi dan peliharalah isterimu dengan jalan Tuhan.
Wahai menantuku,
Sebagian besar penghuni neraka adalah perempuan dan itu disebabkan mereka durhaka terhadap suaminya,
Maka selamatkanlah isterimu dari dosa yang lebih besar.
Bukankah nantipun engkau akan ditanya tentang tanggung jawab bagaimana kau mengurus mereka dan menjaga jalan surga untuk bisa di lalui oleh yang harus kau bawa serta.
Wahai menantuku,
Engkau diizinkan menghukum isterimu sewajarnya
Namun janganlah mengenai wajahnya dan jangan pula menyentuh tubuhnya hingga meninggalkan jejak luka.
Janganlah mengherdiknya dengan kata-kata kasar dan umpatan yang merendahkan
Seolah engkau turut menistakan dirimu sendiri sebab ia juga adalah pakaianmu.,,



Friday, February 27, 2015

RASA SYURGA

dalam kepenatan yang teramat
melihat si suami pulang bersama perempuan
INDAHNYA RASA ITU
RASA DI SYURGA...

akulah yang merasa...
yang lain menikmati bahagia...

satu yang ku mampu cuma...
menangis melawan derita jiwa...

TERKORBAN

inilah yang dikatakan nasib...
hidupku selalu jadi korban kerna orang lain...
inilah nasib yang perlu aku terima

suka tidak suka
sedih tidak sedih
kecewa tidak kecewa
segalanya harus ku telan jua

inikah nikmat yang dikatakan hidup
tergadai segala rasa dek gila baiknya
terkorban jiwa dek balas budinya
akukah mangsa korban yang malang itu?

sakit yang tak terendahkan sejak dulu...
akulah yang punya nasib itu

jika Tuhan tanyakan padaku...
Hidup atau matikah pilihanku?
pastinya MATI yang aku pilih
kerna rasa ini perit tak tertahan
sampai bila ku harus bertahan...

semoga matiku tidak sia-sia
mati kerna-NYA

Monday, February 2, 2015

Dunia Baru


Berkongsi hidup
Dengan orang asing pada mulanya
Gugup malu tak tentu rasa
Seolah aku terpaksa rela
Menghayati menerima ketidakbiasaannya

Waktu demi waktu
Hari demi hari
Minggu demi minggu
Bulan demi bulan
Aku masih mencari
Sedikit demi sedikit
Menerima kehadiran punya diri
Yang kekadang masih terasa mimpi

Kini
Meski belum setahun
Aku merasa selasa berdua bersama
Bermacam-macam rasa
Bukan setakat berduka, gembira
Rajuk, tangis, cemburu semestinya ada
Itulah dunia bercinta


Tuhan
Tumpahkanlah setia untuk kami berdua
Jauhilah kebrobrokan daripada melanda
Kuatkanlah ikatan iman ikatan cinta
Limpahkanlah kebahagiaan dan keberkatan dunia
Kekalkanlah rasa kasih sayang bersama mesra

Tuhan
Kau Maha Tahu segala
Menentukan baik buruk qada qadar hamba
Jaga si dia yang ku cinta
Mereka yang ku sayang sentiasa
Lindungi mereka daripada segala pancaroba
Tempatkan mereka di tempat yang sebaiknya
Semoga keberkatan hidup ini kekal hingga ke surga






Friday, January 30, 2015

RELA

Kekadang…
Kita harus merelakan…
Kerana apa yang kita sayang…
Bukan milik kita seorang…

Kekadang…
Kita harus bertahan…
Menahan kesakitan…
Dek ketidakfahaman…
Dek ketidakendahan…

Kekadang…
Kita harus melawan…
Menghadang kelukaan…
Agar luka tidak kian mendalam…
Sabar, reda, adu saja pada tuhan

Kekadang
Keseksaan tak tertahankan
Air mata jadi hiburan
Peneman siang malam
Penawar luka yang tak pernah padam

Tuhan
Kuatkanlah cintaku pada-Mu
Agar setia cintaku hanya untuk-Mu
Agar rebahku juga ada Kamu
Agar pengharapanku hanya pada-Mu
Kerana Engkaulah kekuatan abadiku

~shukachinta
930pm

30.01.2015

Tuesday, October 21, 2014

Masa bersama kawan dan insan tersayang :) serta kesibukan

Hujung minggu kuhabiskan masa berfoya-foya dengan kawan-kawan yang datang dari jauh menjelajah ke mana saja mereka suka. Semoga mereka membawa rasa suka pulang ke sana hari ini. Aku mengambil kesempatan untuk turut serta merasa senang, tenang dan gembira kerana aku sendiri bukannya selalu punya masa untuk bersuka-suka setelah bergelar pekerja. Hujung minggu yang indah sekali.

Semalam, aku menghadiri mesyuarat penyelarasan skor PT3 dan guru-guru yang turut sama berada di bawah tampuk daerah Padawan meluah dan bertukar rasa serta idea untuk menetapkan skor mengikut keberkesanan dan kerelevanan jawapan pelajar. Bertelagah itu perkara biasa untuk mendapat hasil dan kualiti terbaik. Ada juga yang menunjukkan kebocorannya di sini sana. HAHA. Guru mana yang tidak mahu anak-anak didiknya cemerlang dalam hidup mahupun sesudah hidupnya? Integriti. Ya, terpulang.

Hari ini, aku merasa sangat penat dek merantau dan menyemak. Skrip jawapan anak-anak seolah-olah meronta-ronta untuk meminta agar disemak dengan segera. HAHA. Pagi tadi, aku dan pasangan pengacara majlis, Hafiz sibuk menyediakan teks bagi melaksanakan raptai penuh sempena Majlis Graduasi yang bermula jam 10 pagi. Oleh sebab merasa terlalu mengantuk, aku mengambil kesempatan untuk tidur pada pukul 930 pagi sementara menunggu pukul 10 pagi. Aku tidur di dalam bilik rehat berpelukan dengan patung beruang besar kepunyaan anak murid yang dipinjam oleh seorang guru bagi melaksanakan satu program. Tiba-tiba kedengaran deringan telefon menyanyikan rentak irama nananana. Aku menerima panggilan daripada seorang guru yang meminta aku segera ke dewan sekolah untuk mengacara majlis. Jam menunjukkan 11 pagi. Hafiz selaku juniorku turut mencari aku. Aku sudah lewat sejam. Maka, akulah VVIP yang dinanti-nanti oleh puan pengetua, penolong kanan-penolong kanan, guru-guru dan murid-murid. Sekian. Akulah VVIP itu 


#hidup ini indah kendatipun perlu merasa gundah 
#Semoga majlis yang bakal berlangsung esok berjalan dengan lancar 
#fi hifzillah 

Monday, October 13, 2014

Pengalaman indah…

Semalam aku selaku penyelaras tingkatan 2 dan Cikgu Awang selaku penasihat mags 2 diarah oleh puan pengetua secara mengejut untuk meninjau keadaan SK Sibu Laut kerana pada bulan November nanti Mags 2 akan mengadakan program anak angkat di perkampungan Sibu Laut.

Perjalanan dari sekolah menaiki kereta yang dipandu oleh abang Zul selaku pemandu sekolah kira-kira setengah jam untuk tiba di Telaga Air, kemudian kami menaiki bot lahu untuk ke sekolah Sibu Laut kira-kira 10 hingga 15 minit. Tiba di jeti, kami berjalan pula kira-kira 800 meter lebih kurang 10 hingga 15 minit juga. Jenuh berjalan masuk ke dalam hutan, maka tibalah kami di sekolah. Suasanya mendamaikan dan menenangkan jiwa. Jika aku ditakdirkan mengajar di sini, aku sanggup dengan anak-anaknya yang comel.hehehe.

Kami disambut dengan baik. Namun, aku agak terkejut kerana kesemua yang berada dalam bilik guru cikgu-cikgu lelaki. Ohh.. agak logiklah sekolah jauh sebegitu dihuni cikgu lelaki. Nasib baik ada sorang kerani perempuan. Cikgu perempuan seorang lagi mengambil cuti untuk ke klinik memeriksa kandungan kata mereka. Memandangkan aku perempuan, biasalah akan disoal macam-macam. Soalan pertama, masih singlekah? Waktu akhir perbincangan dan percakapan baru aku menyatakan statusku. Ohhh.. sekadar bertunang masih ada peluang lagi, gurau cikgu-cikgu lelaki di situ. Aku hanya sekadar mampu ketawa. Hahaha.


Kami pun melawat sambil melihat kawasan dan infrastuktur sekolah. Keadaannya agak serba kekurangan dan aku harap, lawatan kami kelak sedikit sebanyak membantu mencantik dan melengkapkan hal yang kurang dan perlu dibaiki. Aku juga berharap akan ada insan-insan yang sanggup menderma dan menghadiahkan sesuatu yang diperlukan di sekolah ini. Anak-anak comel di situ membuatkan aku kagum dan rasa senang. Kami juga dipelawa minum dan makan. Apa yang melucukan, pada hari itu sepatutnya aku berpuasa. HAHA. Niat itu aku batalkan setelah dijamu air kopi dan kuih, kemudian tengah hari kami disajikan ayam rendang, acar dan sayur kobis. Aku sempat mengaminkan doa yang dibacakan oleh anak-anak di situ yang ada juga sebahagian daripada mereka merupakan adik-adik yang kakak, abang mereka aku ajar di SainsKu. Ya, aku ingin pergi lagi di sini. Kalau boleh, aku ingin menanda, menyemak kertas PT3 di sini sambil mendengar bunyi-bunyi cengkerik yang menyamankan. Sekian.






Sunday, October 12, 2014

Masih adakah yang mahal? Perempuan tak perlu cakap -,-

LELAKI,
Jadilah seorang lelaki yang sukar didekati dan sukar mendekati. Lelaki juga punya maruah dan harga diri. Jadilah seseorang yang tidak mudah mesra dengan mana-mana "bunga". Walaupun diri menjadi rebutan,tunjukkan diri itu bermaruah dan punya harga diri yang tinggi juga. Biar jadi yang mahal. Jangan mudah "terusik" dengan "teguran/hasutan/godaan" manja dari bunga-bunga yang sememangnya mereka fitnah yang besar buat diri kalian. Biar pun si bunga ingin mendekati dan dibelai, jangan terlalu mudah melayan dan jangan mudah biarkan diri itu didekati. Maukah kalian "membelai jiwa" mana2 wanita secara sembarangan tanpa ada batas?? Jangan. Biarkan diri itu disimpan untuk yang lebih layak. Itu semua ujian buat kalian. Ingin dapat mawar berduri , jadilah yang berduri juga. Yang sukar didekati dan sukar mendekati.

"Semoga sibukmu, sibukku, adalah sibuk yang baik, yang mendekatkan rezeki baik, yang mampu membuat Tuhan percaya kita berjuang di jalan yang baik."

You can’t change someone’s behavior, all you can do is remind them, and hope that Allah will change their heart.