Friday, June 22, 2012

kisah bapak dan kesetiaan mak ;'(


dari dulu sehingga kini bapak diuji
dengan pelbagai ujian
aku sendiri tidak pasti berapa kali
namun aku ingat peristiwa yang pernah terjadi
menimpa diri bapak tanpa henti

aku ingat lagi
tapi mungkin ada lagi kisah yang aku tidak ketahui
atau tidak aku sedari
- kemalangan teruk di jb
- pembedahan jantung tersumbat akibat penghisap rokok sejati
- masalah-masalah kesihatan lain turut menimpa diri
- penyakit kaki yang terkini dan tidak dapat dikenalpasti

kini, di badan-badan bapak penuh dengan kenangan
kenangan yang mengingatkan segala yang terjadi

mak sebagai isteri
sentiasa di sisi
menemani dan setia menanti
menerima dengan tabah apa yang terjadi
itukah cinta sejati

hari ini malam ini
ku melihat dengan mata sendiri
aku sering leka dengan hidup yang tak pasti
bapak makan ubat yang bwarna-warni
banyaknya mesti ditelani setiap hari
sampai bilakah nanti
sehingga bapak bilang bosan
bosan menalan ubat-ubatan

malam ini
bukan saja malam ini
batuknya menjelma lagi
apa mampuku ya Robbi
doa ku mohon setiap kali
wuduk membasahi diri
diiringi deruan ombak membasahi pipi

di sini
selaku anak walaupun tidak begitu sejati
aku sentiasa mengingat diri
mati itu pasti
untuk siapa-siapa, termasuk aku sendiri
maka persiapkanlah diri
supaya terbela di kubur nanti
mengabdilah pada yang Abadi tanpa henti

* sHukAcHintA *

moga bapak terus kuat!!!