Alhamdulillah. Hari Isnin. Hal yang paling indah pada
malam ini ialah berbuka puasa dengan kek keju buatan sendiri. Sedap!!! Hahahah.
Nikmat berpuasa mungkin yang menjadi penyedap kek itu. Aku ubah resipinya
menjadi resipiku sendiri dan hasilnya menakjubkan! Aqil dan Aqilah pun
bertambah makan kek yang aku buat. Puji sendiri bukannya selalu. Serasa mahu
membuat kek cheese sempena ulangtahun ke-4 MFiRA, 05.02.10 – 05.02.14. Jika aku
kirim ke JB, masih sempurna dan kekal sedapkah kek itu? Masih memikir
risikonya. Hahahha. Aku hanya mungkin mengirim sekali untuk hari lahirnya
kelak, yakni sekaligus. Maka, aku tidak perlu menerbangkan barang itu untuk dua
kali. Hmmm... aku juga bercadang untuk membuat agar-agar oreo lagi tetapi untuk
anak muridku di tingkatan tiga pula.
Usai maghrib dan
mengaji surah Ar-Rahman mengingatkan aku semasa berada di zaman universiti.
Kawan sekelasku, yakni kawan yang sama mengambil pendidikan Bahasa Melayu yang
digelar ustaz, lazimnya menjadi imam di surau KHAR, kolej kediamanku. Ketika
beliau menjadi imam, beliau sering memilih surah Ar-Rahman untuk dibaca dalam
solat. Beliau membacanya beriring tangis. Subhanallah, beliau mengerti akan
makna ayat dalam surah tersebut. Sedangkan aku, perlu menyelak helaian tafsir
untuk membaca maknanya. Kini, aku mengerti hal yang membuatkan beliau bisa
mengalirkan air mata. Aku dengar, beliau sudah memperisteri seorang wanita yang
berpurdah, alhamdulillah. Moga sentiasa dalam redha Allah.
Baru-baru ini, lapan orang murid telah dibuang sekolah
dek kes membeli minuman keras dan mabuk di asrama. Kata mereka, kononnya mahu
meraikan perpindahan kawan ke sekolah lain, namun didapati terdapat murid
beragama Islam juga terlibat sebagai pengedar dan peminum. Hal ini turut
merisaukan aku sebagai salah seorang guru kerana dalam kalangan anak murid aku
di tingkatan dua, terdapat anak yang kehidupannya miskin tegar, malah bapanya
seorang pemabuk. Aku memasang niat untuk mendekati murid tersebut dan berharap
dia akan menjadi anak yang bukan sahaja bahagia dunia, malah di akhirat. Tiba-tiba
aku rasa kagum dengan seorang guru lelaki awal 30-an mungkin yang sangat jarang
kelihatan di bilik guru kerana semua guru mempunyai bilik subjek masing-masing,
al-maklum la sekolah aku itu mengamalkan system Subject Best Classroom. Guru
tersebut merupakan warden yang menguruskan masalah disiplin di asrama dan
kebanyakan murid sangat takut kepadanya. Bagus jugalah kerana dalam kelompok
guru, perlu ada guru yang digeruni untuk mengawal murid yang sukar dibentuk
tingkahnya. Beliau pada penglihatanku sangat menjaga jurang sosial antara rakan
guru. Beliau bertegur dan berkawan dengan rakan sekerja perempuan, namun tidak
rapat, tidak begitu mesra dengan perempuan dan bekerja secara profesional.
Beliau turut mempunyai isteri yang sangat cantik pada penglihatanku dan anak
lelaki yang sangat comel. Aku cuma mengagumi cara beliau bersosial dan menjaga
status beliau sebagai seorang suami dan bapa. Bukan mudah melihat tingkah yang
perlu dicontoh oleh orang lain. Namun, itu pada pandangan aku, di luar
pandangan aku? Wallahualam. Tiada manusia yang sempurna, apatah lagi aku yang
maha hina ini. Tetapi daripada hal yang aku saksikan, dengar, rasa, aku banyak
belajar tentang realiti kehidupan. Di samping itu, aku juga pernah dengar,
dalam kalangan guru pun ada yang berskandal lagi-lagi yang sudah berkahwin. Hal
ini sebenarnya berbalik kepada akar, yakni sesiapa yag mempunyai dan berusaha
dalam mendapatkan kekebalan iman dan mengutama yang Utama, in sha Allah,
hidupnya dipelihara dunia dan akhirat, aaminnn. Teringat aku cerita KCB yang
penuh hikmah dengan pembawaan kisah cinta yang hebat mengikut hukum sebenar.
Hari Ahad kelak merupakan hari ramalan untuk kawanku
Miju, melahirkan bayi keduanya. Aku berdoa moga proses mengeluarkan bayi
berjalan dengan lancar dan selamat. Aku terus terfikir fasal umurku yang bakal
menjangkau 26 tahun. Angka yang menggerunkan dan tidak aku gemar mendengarnya.
Aku berdoa dan berharap pada umur ini, aku akan bertukar status dan mempunyai
kekasih halal, dengan izin Allah, aaminnn.. hehehehe. Pada bulan 12, aku dapat
menyimpan RM500, dan pada bulan Januari ini, aku berhasrat untuk menyimpan
RM500 lagi. Alhamdulillah, hutang sudah dilangsaikan.hehehe. bil air sebanyak
RM79 yang tertunggak juga sudah dilunaskan. Pada bulan ini, bil elektrik ku
lihat sebanyak dekat RM100. Aku percaya, dengan membantu dan menyenangkan orang
lain, kelak kita juga bakal disenangkan. In sha Allah, membantu tanpa
mengharapkan balasan, itulah yang dinamanya ikhlas.
Salah satu hal yang membimbangkan aku berada di rumah
sekarang ialah sikap bapa yang suka melanggar pantang. Segala makanan yang
selama ini dikawal oleh emak dihentam dan dibedalnya pada minggu ini. Batuknya
makin menjadi, perutnya mengembung dan dia tidak peduli itu semua, asalkan
makanan yang dimakannya sedap. Malam ini, aku tertangkap bapak makan telur yang
direbusnya sendiri dan makan ketika orang lain tidur, khususnya mem besanya
tidur. Aku mengintip di dapur dan melihat bapak makan telur rebus yang boleh
menyebabkannya gout. Tapi, sejak bujang lagi, telurlah makanan kegemaran bapak.
Bapak sejak kebelakangan ini tidak mahu makan nasi. Kelak aku cuba beli beras
mahal yang sedap dimakan, mungkin bapak kelak mahu makan nasi. Kalaulah emak
tahu hal yang bapak perbuat malam ini, pasti mak bising. Dan bijak pula bapak
menyembunyi evidens kulit telur kerana tidak dapat dikesan kewujudannya.. =,=” Ya
Allah, jadikanlah makanan yang dimakan oleh bapak itu tidak mendatangkan
mudarat dan sakit kepadanya. Aku tahu, jika bapak sakit, emaklah insan yang
akan berjaga dan bersusah untuknya. Kekadang, aku tidak faham, manusia memang
suka melawan dan membuat hal yang mereka sudah tahu tidak baik untuk mereka.
Mungkin seperti itu juga halnya mak bapak apabila mendapat tahu aku mempunyai
‘gerek’ pasti mereka juga bimbang. Bapak pula sememangnya menginginkan aku
untuk kahwin awal kerana aku merupakan anak perempuan yang beliau kira manis
sekiranya dihalalkan dengan kadar segera. Dan mungkin begitulah bimbangnya aku
ketika menghadapi mak bapak yang mempunyai penyakit dan bapa pula sukar dikawal
perihal pemakanannya. Emak baru-baru ini diserang darah tinggi, tapi mak pandai
mengawal makannya. Hmmm.. baru aku ingat, malam tadi, aku makan buah mangga
yang sangat besar dibeli oleh mak di pasar minggu. Wah! Rasanya seakan
mempelam. Masam-masam manis! Sedapnya! Memang sedap! Dulu, aku tidaklah suka
sangat akan buah-buah masam, mungkin berjangkit dengan makanan kesukaan
tunangku. Pasti pada musim perayaan tahun baru Cina ini, encik tunang gigih
membeli berkotak-kotak buah mandarin untuk dibedal! HAHAHAHAHA. Hantu buah oh
hantu buah. Oh ya! Aku baru teringat juga cerita mak petang tadi semasa emak
dan aku sama-sama mengangkat kain jemuran. Mak berkata bahawa kera-kera di
belakang rumah sudah berani merayau di kawasan belakang rumah dan mendekati
pokok buah. Mak beritahu lagi, “bunyi kera itu seperti memanggil-manggil
dirinya sendiri, rak rak rak rak rak”,.. cerita mak kepadaku. HAHAHAHHAA.
Terasa aku dengan panggilan itu. Lama juga sudah tidak mendengarnya. Bagus
juga. Hari ini baru ku dengar lagi. Arghhh... abaikan! HAHAHAH.
Sewaktu perhimpunan tengah hari Isnin tadi, murid
tingkatan satu mempersembahkan lagu tema dan hari tersebut merupakan hari
penutup mereka berorientasi. Bagiku, muridku di tingkatan dua lebih ramai yang
comel daripada mereka yang kelihatannya matang-matang belaka, persis murid
menengah atas. Hahaha. Aku teringat akan janjiku kepada anak-anak tingkatan dua
bahawa jika kumpulan mereka dapat mempersembahkan lakonan yang baik,
pembentangan yang baik dan hasil kerja yang baik (peta minda dalm kertas
mahjung dan skrip lakonan berdasarkan cerpen tingkatan dua), aku akan memilih
satu kumpulan untuk dibawa keluar makan. Hahahaha. Sekurang-kurangnya anak
muridku bersemangat dan menghasilkan kerja yang berkualiti walaupun kurang
ikhlas (ikhlas itu sepertinya semut hitam berjalan di atas batu bewarna hitam).
Hahahaha. Bersangka baiklah aku :p Aku juga mahu menjadi guru yang sedikit
tegas pada tahun ini, kerana aku bercita-cita untuk melahirkan murid yang
cemerlang bukan sahaja dalam subjek Bahasa Melayunya bahkan dalam bidang agama,
In sha Allah. Aku akan memohon resit saman dan dimerit daripada cikgu Maselin
selaku guru disiplin sekolah. Aku juga berharap dapat menjadi contoh yang baik
untuk muridku yang aku kasihi meskipun mereka kekadang membuat aku mabuk dan
pening dalam kelas. Mungkin orang fikir, murid yang terpilih di sekolah aku ini
pandai-pandai dan baik-baik belaka. Mengajar mereka mempunyai cabaran
tersendiri, lagi-lagi sekolahku padat dengan aktiviti dan majlis serta
mesyuarat yang tidak henti-henti. MashaAllah, ku kira panjang sudah ceritaku
malam ini. Moga ada masa terluang lagi. Andai dunia bisa ku lupa buat seketika.
Masa untuk FROG VLE. Ongggdeygeyydekkk! Erghhhh...
Hari Selasa! Wowww! Hari ini pun aku nampak lebih tinggi
daripada yang lain dek kasut wedges ku ini! Aku sempat membawa kek cheese untuk rakan-rakan kerja. Pagi tadi aku sempat merempit babyozku dengan memakai topi tunangku. hahaha. kak Zarina ketawa dengan olahku dalam kereta kerana dia ingat ada lelaki yang menghantar aku ke sekolah. hahaha. Pergh... aku risau akan urusan
mesyuarat pada hari ini bersama consultant Frog Asia. Moga Allah beri kesabaran
dan kemudahan. Hari ini aku rasa, aku dapat mengajar lebih baik daripada
semalam. Alhamdulillah, tuhan... berikan aku kekuatan dan aku tahu Kau
mengetahui segala doaku. Aamin... Lop u Allah ;)
Tiba-tiba, aku terkenang zaman kejahilanku di UPSI. hehehe. Slow it down, make it stop, or else my heart is going to pop!