Thursday, June 26, 2014

Seminggu

Seminggu bersama di rumah. Apa yang aku dapat perhatikan, dia jarang sekali berenggang dengan telefonnya. Begitukah aku nanti selepas berkahwin dan tidak melampau aku katakan telefon itu lebih layak berkahwin dengannya jika dibandingkan dengan aku. HAHAHA. Memang benar. Penyakit telefon ini bukan sahaja menggila dalam kalangan remaja malah dewasa dan tua. Bayangkan jika ibu bapa gila berdampingan dengan telefon dan mereka mempunyai anak. Tapi itulah realiti hidup masyarakat zaman ini. Jika tidak memegang telefon, itu hal yang pelik, aneh dan ganjil atau tidak moden! Hehehe. Agak terkilan juga kerana kalah jika digandingkan dengan telefon. Bunuh diri! Hihihi. Bayangkan jika aku pun berbuat sedemikian, pasti aku tidak akan menyeterikan baju, memasak, mengemas, membersih dan membuat segala kerja rumah dengan baik. Kalau aku datang amarah, aku pasti akan berkunci dalam bilik dan berinternet sepanjang masa, biar dia rasa seperti rasaku juga.

Kahwin? Entahlah… rasa bertukar-tukar. Tidak pasti dan belum ada keyakinan yang benar. Aku cuma bersebab untuk kahwin awal kerana tidak mahu berbuat dosa berpanjang-panjangan atau terus-menerus. Aku takut. Sebab aku tahu mati itu tiba-tiba dan bila- bila. Alangkah indahnya jika aku dapat berkahwin dengan orang yang benar-benar aku faham dan memahami aku dan menghormati apa yang aku suka dan tidak suka… tapi itu mustahil.. kerana aku pun banyak cacat celanya. Alangkah indah juga menjadi gadis yang cantik, ayu, jelita.. pasti menjadi tumpuan mata dan hati dia… aku ini apalah adanya… tiada apa-apa……………
Sobbbb… sobbbbbb….
Moga aku bisa Cantik dan mulia di sisi Allah saat aku menutup mata… aaaaaminnnn….


Ramadhan bakal tiba. Mudah-mudahan sepanjang bulan ini, aku dan keluarga mampu menikmati Ramadhan dengan kesihatan yang baik dan dapat menyempurnakan dan menambah ibadah dengan sebanyak mungkin. Moga dosa-dosa lalu mampu dilenyapkan meskipun sedikit demi sedikit. Aaminnn…

Thursday, June 12, 2014

Rasa Bersalah

Sungguh aneh rasaku malam ini. Alhamdulillah, sempat juga membaca yassin sebanyak tiga kali meminta dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan ditetapkan iman sampai mati sempena malam nisfu sya’ban. Hmmm.. bercerita tentang rasa yang tidak nyaman, aku menghantar mesej kepada mak cik Harfah, iaitu emak kepada tunangku  untuk bertanya khabar dan mengucapkan salam nisfu. Sebenarnya aku rasa takut dan bersalah untuk bermesej dengan mak cik dek keberjayaan tunangku berpindah mengajar di Kuching. Bukankah sepatutnya aku merasa gembira akan perpindahan itu? Namun, jauh di sudut hati aku rasa berbelah bahagi dan rasa bersalah serta merasa diri aku perampas. Kenapa? Aku kasihankan mak cik Harfah kerana aku tahu dia sangat perlu perhatian anak-anak lagi-lagi perhatian daripada tunangku. Mungkin salah aku kerana meminta tunangku untuk cuba memohon perpindahan ke Sarawak dek kepentingan sendiri. Mak cik, maafkan kmk. Sik da niat langsung nak memisahkan perhatian anak dengan mak. :”(  Jika aku diberi umur yang panjang dan berjodoh dengan anakmu, insya-Allah, aku akan menyayangi dan menjagamu seperti mana aku menyayangi emak dan bapakku sendiri.

Ya Allah, mungkin ada hikmahnya Kau putuskan segala ini berlaku sebegini. Berikanlah hamba-hamba-Mu ini kekuatan untuk menghadapi ujian hidup. Berilah nikmat yang menjadikan kami hamba-Mu yang bersyukur dan semakin cinta kepada-Mu ya Robb.


#aku yang rasa bersalah. Sekian.

Wednesday, June 11, 2014

Hidup Suami Isteri

Pesanan Buat Suami – Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela tak nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali baik.
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kamu rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.
Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan.

Tuesday, June 10, 2014

Persoalan Jiwa


Bagaimanakah keadaannya apabila kita sudah mulai dekat. Masihkah ada rindu? Masihkan cinta mekar? Masihkah aku bertahan melawan rasa? Masihkah aku kuat bertahan...

Aku cuma berharap besar. Tiada rasa muak, bosan, jemu, benci, marah, dendam menerjah tatkala aku disatukan denganmu duhai jodohku. Aku mahu hubungan halal kita lalui dengan rasa baru, punya rancangan dan punya hala tuju menuju surga-Mu. Mampukah kita? Bukan bahagia dunia semata yang aku pinta... Moga kesucian cinta mampu kita pupuk biar dilanda gelora derita... Sanggupkah engkau memimpin dan memegang erat tanganku untuk bersamamu menuju surga-Nya? Bimbinglah aku kerana aku tahu aku tidak sempurna.

Baik dibalas baik,
jahat dibalas jahat.
Bukan karma,
tapi kafarah dosa.


"Penyakitmu adalah dosa-dosa, ubatmu adalah istighfar (Meminta Ampun)."

Doa dan terus berdoa. Aaminnn…

Monday, June 9, 2014

Hidup ialah UJIAN.

http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140607/ke_02/Reunion-musnahkan-rumah-tangga-kami


ARKIB : 07/06/2014

Reunion musnahkan rumah tangga kami

Sembang-sembang
Tidak semua pertemuan semula (reunion) menggembirakan. Ada juga yang membawa derita dan memutuskan ikatan perkahwinan. Namun jika itu takdir Allah, apa lagi yang mampu dilakukan, terimalah dengan reda dan mohon Allah beri petunjuk agar hidup lebih bermakna.
Tidak dinafikan reunion menjadi fenomena pada masa ini. Di mana-mana sahaja orang bercakap tentang reunion, tidak kiralah sama ada dengan kawan sekolah, jiran, universiti atau pejabat.
Memang ada baiknya reunion, sekurang-kurangnya ia dapat menemukan rakan-rakan yang sudah berpuluh-puluh tahun tidak ditemui dan mengeratkan silaturahim. Tetapi reunion juga boleh memusnahkan sebuah perhubungan.
Inilah kisah yang saya paparkan minggu ini, kisah reunion yang meninggalkan titik hitam dalam hidup Nora (bukan nama sebenar) dan pasangannya Nasri (bukan nama sebenar).
Mahu tidak mahu Nora terpaksa menerima kenyataan yang suaminya kini telah kembali kepada bekas kekasih lamanya setelah menghadiri majlis reunion bekas pelajar universiti tempat mereka belajar.
Ingin tahu lebih lanjut, ikuti kisah Nora.
"Saya telah bernikah dengan Nasri sejak lapan tahun lalu setelah setahun bercinta. Pertemuan semasa menghadiri satu seminar anjuran tempat kerja menemukan saya dan dia. Kami dikurniakan seorang anak lelaki berusia tiga tahun.
"Saya bekerja di sebuah syarikat swasta dan suami penjawat awam. Sepanjang lapan tahun, tidak ada masalah yang berlaku dalam hubungan kami. Nasri seorang suami yang baik dan penyayang.
"Setiap tahun, kami selalu melancong ke luar negara dan juga menghabiskan masa bercuti dalam negara bila ada kelapangan. Pendek kata keharmonian rumah tangga kami sangat menyerlah.
"Sehinggalah hujung tahun lalu, kebahagiaan itu tergugat apabila suami bertemu semua dengan bekas kekasihnya pada zaman universiti dahulu. Ini semua gara-gara reunion rakan universiti yang dihadirinya.
"Saya tak kisah suami mahu ke majlis itu sebab saya percaya dengan kesetiaannya. Sebelum ini, saya tidak pernah cemburu atau buruk sangka dengan suami, sebab tahu dia ikhlas dalam perhubungan kami.
"Selesai majlis itu, saya nampak perubahan dalam dirinya. Tingkah laku, tutur kata dan sikapnya jauh berbeza berbanding sebelum ini. Dia tidak berenggang dengan telefon bimbitnya. Setiap saat, telefon bimbit ada dalam genggamannya terutama pada waktu malam.
"Di rumah pun sama, dia tidak pernah letak telefon. Ke mana sahaja pergi mesti dipegangnya telefon. Kalau anak kami nak pinjam main game, dia akan marah-marah. Sebelum ini, suami tidak pernah meninggikan suara dengan anak.
"Pada hujung minggu, dia selalu menghabiskan masa di luar. Tidak seperti biasa membawa saya dan anak keluar bersiar-siar atau makan-makan. Jika tidak pun menemani saya dan anak di rumah.
"Tidak cukup dengan keluar di hujung minggu, dia mula out station, kononnya untuk berjumpa kawan-kawan lama selepas reunion tersebut. Itu pun saya masih tidak syak apa-apa sebab masih percayakan dia.
"Satu hari, dia memberitahu saya untuk out station selama tiga hari. Alasannya untuk menghadiri majlis perkahwinan salah seorang stafnya. Saya tidak tanya banyak kerana saya tahu dia tidak bohong, malah saya tidak nampak tanda-tanda dia berbohong dengan saya.
"Sehinggalah semua rahsianya terbongkar, tiga bulan kemudian apabila saya terjumpa resit sewa hotel di dalam beg pakaiannya. Berderau darah saya melihat resit tersebut, makan minum untuk dua orang dan resit pembelian di sebuah kompleks membeli-belah di luar negara.
"Sehari suntuk saya menangis dan hati berdebar-debar. Perasaan saya mula tidak tenang. Saya mula syak yang bukan-bukan dan berdoa semoga apa yang saya syak tidak akan menjadi kenyataan.
"Tapi Tuhan tahu apa yang ingin diujinya untuk saya. Melalui seorang teman pejabat, saya dimaklumkan yang suami saya sudah bernikah lagi dengan kekasih lamanya di seberang.
"Lalu saya teringat permintaan dia untuk out station tiga bulan lalu. Saya yakin itulah masanya dia bernikah dengan kekasih lamanya itu. Saya tidak menangis. Saya tidak mahu jadi bodoh memikirkan kecurangan seorang lelaki bernama suami.
"Saya mahu buat penyelesaian dengan lelaki yang kononnya setia kepada saya tetapi beralih kasih.
"Mencari masa yang sesuai, saya bersemuka dengan suami. Saya tunjukkan sekali resit hotel dan pembelian yang saya jumpa. Juga saya beritahu dia yang rahsianya sudah terbongkar.
"Tanpa rasa sedih, saya ucap selamat pengantin baru kepadanya. Tanpa memberi dia peluang untuk bercakap, saya sudahkan kata-kata saya dengan, "saya nak abang bebaskan saya!"
Berulang kali saya sebut perkara itu.
"Saya tidak mahu lagi memberi dia peluang. Sekali kepercayaan saya hilang, saya tidak akan memberi peluang kedua kepadanya. Saya kecewa dan kesal dengan perbuatannya.
"Melihat saya menyerangnya bertubi-tubi, dia akhirnya mengalah. Dia mula berterus-terang dengan saya, menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Dia mengaku telah menikahi perempuan itu secara rahsia di negara jiran.
"Kononnya, dia menerima perempuan itu kerana kasihan sebab sampai sekarang dia belum berkahwin kerana kecewa ditinggalkan dahulu.
Mudahnya lelaki menyusun kata.
"Dalam sekelip mata, dia terlupa kepada saya yang sudah lapan tahun berkorban untuknya. Menjaga makan, pakai, sakit demamnya. Hanya kerana jumpa semula bekas kekasih, sanggup dia bernikah lagi.
" Saya ralat kerana dia bertindak tanpa meminta izin saya, ajak saya berbincang sedangkan saya tahu, perbuatannya itu dalam keadaan tidak sedar sebab terkejut dengan kehadiran semula wanita itu dalam hidupnya. Mudah sungguh bagi lelaki.
"Apa pun semuanya sudah terlambat. Hati saya sudah terluka, pedih dan tidak mungkin akan terubat lagi. Saya kecewa yang amat sangat. Saya tidak mahu lagi hidup bersamanya kerana kecurangannya itu.
"Saya tidak menolak takdir. Saya reda tetapi saya kecewa dengan perbuatannya yang tidak berfikir panjang dan tidak mempedulikan perasaan saya sebagai isteri.
"Sanggup pula berbohong untuk menghadiri majlis perkahwinan staf, sedangkan dia sendiri yang bernikah. Perlukah lagi saya menghormatinya sebagai suami setelah apa yang dia lakukan ini?
"Keluarga menentang keras keputusan saya terutama sebelah mentua. Tetapi saya nekad. Saya ada hak saya sendiri sebagai isteri. Saya tidak mahu selama-lamanya diperbodohkan. Jika dia sanggup menipu saya untuk bernikah lagi, tidak mustahil sepanjang perkahwinan kami nanti dia akan berbohong lagi untuk menyelamatkan dirinya untuk berpoligami.
"Walaupun saya sedih sebab anak terpaksa hilang kasih sayang ayah untuk tinggal sebumbung tetapi saya berjanji akan menjaga anak saya dengan sebaik-baik mungkin. Saya tidak kisah untuk berbaik-baik dengan dia demi anak.
"Saya harap permohonan saya untuk berpisah diterima. Saya tidak mahu lagi hidup bersamanya. Hati saya telah hancur dan jiwa saya telah lama hilang lenyap bersama kepercayaan saya kepadanya.
"Saya minta maaf kepada keluarga kerana tidak menerima nasihat mereka. Saya tahu apa yang terbaik untuk masa depan saya. Orang hanya memandang, yang menanggungnya saya. Saya benar-benar terluka hati. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya ini.
"Saya nasihatkan para isteri di luar sana, hati-hati apabila suami anda menghadiri majlis reunion. Jika diajak, jangan lupa ikut sama. Jangan biarkan mereka pergi seorang diri. Banyak drama yang akan berlaku dalam majlis itu terutama apabila bertemu semula dengan rakan lama yang satu ketika pernah singgah di hati mereka.
"Semoga Allah lindungi saya dan anak untuk hari-hari mendatang dengan rahmat dan nikmatnya di dunia dan akhirat. Amin.’’ Nora menamatkan ceritanya.
Saya turut simpati dengan apa yang Nora lalui. Memang betul apa yang Nora katakan, sekali terguris hati selamanya hati akan tercalar. Siapa yang pernah melaluinya akan merasa peritnya apabila suami diambil orang.
Saya ucap syabas dan tahniah kepada Nora kerana berani bersemuka dengan suaminya secara berhemah. Jarang isteri bersikap terbuka tentang perkara orang ketiga dalam rumah tangga. Namun, Nora mengambil pendekatan berbeza setelah mendapatkan bukti-bukti yang sah.
Saya setuju dengan Nora bahawa reunion jika tidak digunakan dengan cara betul akan membawa masalah. Seelok-eloknya bawa pasangan masing-masing untuk dikenalkan kepada rakan-rakan lama agar tidak timbul perkara negatif di kemudian hari.
Apa pun semuanya terpulang kepada hati. Tepuk dada tanya selera. Jika nawaitu kita positif, maka akan positif juga akhirnya tetapi jika sebaliknya, hanya Allah jadi penentu.
Semoga Nora dan anaknya sentiasa dalam rahmat Allah dan tabah menghadapi hidup.
Menamatkan coretan, pesanan saya, jangan berputus asa dengan apa yang hilang daripadamu dan jangan terlalu bahagia dengan apa yang bakal datang kepadamu kerana segala-galanya hanya sementara.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140607/ke_02/Reunion-musnahkan-rumah-tangga-kami#ixzz3481YnaRV
© Utusan Melayu (M) Bhd 


.................................................................................................................................................................

Suka dengan satu komentar berdasarkan artikel ini yang berbunyi: Ini akibatnya melanggar batas syariat Islam dengan bercinta sebelum masanya. Bila cinta bukan diletakkan pada yang maha Esa dan pd yang sah, masalah ini takkan selesai sampai bila-bila walaupun tiada reunion. Oleh itu, bataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan, yang berkahwin lebih-lebih lagi perlu jaga batasan kerana ada tanggungjawab besar yang sedang digalas.

Reunion itu tidak salah.... tapi..... Haaaa.. heheheh


Semalam aku terbaca artikel atau berita ini. Hal ini memberi kesan mendalam juga kepadaku. Lumrah perempuan yang azalinya dicipta dengan rasa cemburu. Namun, bukan itu masalah besarnya. Semuanya berpunca dari akar umbi yang memulakan sesuatu yang salah di sisi agama. Ya, aku setuju dengan komen salah seorang komentar di FB. Sepatutnya tiada istilah EX, bekas dan masa silam. Semua itu yakni hubungan cinta sebelum nikah harus dihindari sebaiknya agar masa hadapan dapat dijalankan dengan bersih dan aman. Namun, sudah dinamakan hidup, sememangnya penuh dengan ujian meskipun kita tidak mempunyai bekas kekasih. Godaan syaithan itu sentiasa ada. Astaghfirullaha'azim... Ya Allah, sesungguhnya aku ialah hamba-Mu yang hina.

Jauh di sudut hati, kendatipun takut untuk menghadapi ujian-ujian mendatang sama ada berstatus bujang, kahwin atau berkeluarga, aku menyimpan impian untuk jadi yang terbaik dan mencapai nikmat hidup dunia akhirat yang baik. Dalam masa yang sama, kebaikan itu harapnya mendapat respon, balas dan tindakan yang baik juga daripada orang sekeliling terutamanya orang yang aku sandarkan harapan dan kongsikan cinta. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa silam, dosa-dosa kini dan selamanya. Tuhan, berikanlah aku zuriat yang soleh dan solehah untukku dan zaujjku kelak. Jadikanlah mereka lebih baik daripada kami. Aku tahu, segala dosa-dosaku ada balasnya, kifarahnya di dunia. Ampunkanlah kami ya Allah. Tuhan, berikanlah pengakhiran yang baik untuk kami. Mekarkanlah cintaku hingga bersua dengan-Mu.

Maaf saya tak berminat chat dgn lelaki terutama yg saya tak kenal... Kalau yg kenal pun hanya bertegur sapa mengikut keperluan yg diizinkan sahaja... Saya tak suka dan tak minat kenal lelaki melalui cara tersebut atau yg sewaktu dgnnya.. Saya malas.. Saya sangat2 bimbang kalau saya tetiba rajin melayan.. jadi saya lebih selesa jadi MALAS macam ni untuk perkara tersebut... Bukanlah saya ni seorang yg BAGUS sgt tp tak salahkan andainya kita cuba untuk menjadi lebih BAIK dari sebelumnya? Elakkan dari ulang perkara yg dianggap biasa pada zaman sekarang? Tak nak tambah dosa yg dah sedia menggunung? Bolehkan?
Ya Allah tolong JAUHKAN, ELAKKAN, HINDARKAN aku dari melakukan perkara yg bertentangan hukumMU.. Janganlah Engkau campakkan aku ke dalam lubuk kebinasaan setelah Engkau sinari hatiku dgn HIDAYAHMU dan semaikan dlm hatiku benci kepada sesuatu yg membawa MURKAMU.. Tolong jangan biarkan aku jatuh Ya Allah... 
Sahabat, tolong ingatkan jika saya terlupa.. tolong hulur tangan andai saya hampir terjatuh.. tolong muhasabah saya andai mujahadah makin menjauh..


Friday, June 6, 2014

Hari ini

Dua kali kak Ann telefon aku meluah dan membincangkan masalahnya dengan kak Herlina yang ingin membawa suami dan bayinya tinggal ke kuarters yang mereka berdua diami. Haduh.. aku pun buntu nak bagi nasihat. Kak Ann buat keputusan untuk menginap di bilik warden selama sebulan dan meminta aku menemaninya untuk tinggal di situ bersama. Insya-Allah. Hmm.. lazimnya pada bulan Ramadhan, aku gemar tinggal di rumah sendiri. Namun, ada baiknya aku tinggal di sekolah, dapatlah aku mendirikan solat terawih di sekolah bersama anak-anak kelak. Bertadarus bersama anak-anak.


Sementara cuti masih muda ini, aku berkeinginan untuk lepak malam di waterfront melihat kumpulan Belio Buskers yang pernah membuat persembahan sewaktu pertandingan Puisi dan Lagu. Mereka menjadi band jemputan pada hari tersebut dan mereka juga selalu busking di water front. Maka, aku akan singgah di situ malam kelak. Bercerita tentang lelaki kacak. Ya, vokaliz Belio Buskers sememangnya kacak dan suaranya pun boleh tahan sedapnya bak kata anak muridku Isma Amirul… cikgu, macam Aaron Aziz Cuma sik tinggi gilak.. kaco cgu.. waseh.nyaman nyuruh cgu ngaco laki. Jawabku, susah nak jaga lelaki kacak. Kenak tanyak Isma.. Banyak gilak ujian.. Banyak ompuan suka. Hehehe. Aoklah ow jawab Isma tersengih-sengih. Hahaha. Lalu teringatku waktu embak Bai pegi SMK Pending diat ku pktiz blagu an Band cgu Andy & Cgu Roslan.. Mbak cuco k bekal dpolah emak. Bai ngegeh nak ngekotku di sekolah. Lalu ditemu Zana. Zana madah, susah ko jaganya tul. Kacak gilak, rami ompuan suka. Hahaha.aku senyum jak. Nang bena pun. Kacak, smart, tinggi gilak untuk aku. Jodoh xda. Tapi, aku perlu laki yang dapat bimbing aku ke surga. Bukan semata-mata nak nyedap mata. Utamakan yang utama. Hehehe. Selain pentingkan agama, lelaki yang mudah mencairkan aku ialah lelaki yang nampak pendiam, tetapi pandai buat lawak. Tidak suka melayan berlawanan jantina, kiranya punya malu yang besar. lelaki yang tak menggunakan perkataan sayang secara sesuka hati dan perkataan itu hanya untuk seorang yang dia benar-benar cinta. Lelaki yang tidak mementingkan yang lain daripada keluarga sendiri dan orang yang disayangnya. Lelaki yang pandai menggunakan masa yang ada, menghargai apa yang ada di hadapan mata. Lelaki yang tidak meninggikan suara, tidak menyumpah dna berkata kasar. Tapi, nak dapat yang begini, memang sukarlah... kerana tiada yang sempurna.



Haish. Lelaki yang sama berkursus frog vle dan layakku panggil pak cik menghantar sms lagi kepadaku menanyakan id instagramku. adeh. Riya mintak install watsapp... madahku mala ngelak mun dsruh addny d watsapp. gilaa melayan olah org. bah, Nenek Oneh belah bapak nyeruk datang pengilan majlis cucunya yang akan nikah esok. Aku diminta untuk menghiburkan penduduk kampong dengan lagu Siti Nurhaliza kata nenek an Embok.. uihhhh.. Siti Nurhaliza kohhey.. mahwakkkuuu. Holiday ke Serian weekend tok. Boleh melawat keluarga angkatku di Tebekang. Ya Allah, lamaknya xbetanyak khabar berita... Layannnn…

Wednesday, June 4, 2014

Mengapa kau Mimik? & Selamat Hari Lahir Kawan baikku, Fawiz Bakri & anak buahku yang mancal, ARIQ IRFAN.


Mengapa Kau Mimik? Tersebar video sekumpulan anak remaja perempuan membelasah teruk seorang junior. Salah seorang remaja yang terlibat menggelarkan dirinya samseng pailang itu merupakan bekas anak muridku. Sedeh aku. Dulu, sewaktu dia masih bersekolah asrama, dia lebih baik daripada sekarang. Dia selalu mengadu dia dicubit sehingga berdarah oleh warden. Nak kata dia tak pandai, dia pandai kalau belajar sungguh. PMR dulu, dia pernah memaklumkan kepadaku di dalam mesej FB bahawa dia dapat 2A. Itu dah cukup bagus bagiku. Mungkin ada masalah dalaman yang aku tidak tahu tentangnya. Namun, tindakannya bersama kawannya itu sangat melampau. Malu dan sedih aku mengetahui hal itu Mimik. Apa nak jadi dengan kau nak. Cikgu harap kau tidak merosakkan masa depan kau.


05 Jun 2014 ( 26 tahun, HAHAHHA )

Selamat Hari Lahir Fawiz Bakri, kawan baikku. Terkenang masa mula-mula kenal dengan mamat poyo ini yang berkumis tebal dahulu. Dari awal masuk upsi lagi aku dah ditemukan dengan Fawiz sebab kami dalam kumpulan yang sama sewaktu orientasi. Fawiz baik orangnya dan banyak berkorban untuk kawan-kawannya termasuk aku. Saat butuh pertolongan, dia selalu ada lagi-lagi saat aku nak meminjam keta. Pernah juga aku digosipkan dengan mamat ini. Namun, kami hanyalah sekadar berkawan. Semoga Fawiz dapat menemui bidadari yang cocok buatnya kerna aku tahu dia baik dan layak dapat yang baik juga, aamin….

Hari ini juga merupakan hari lahir anak buahku yang ceredit mulutnya iaitu Ariq Irfan. Nyalah teman yg slu dgnku klaie. hahaha. Moga Ariq jadi ustaz dah besar kelak, aamin. sayang cik an Ariq! mmmmuahhhh... Mun ditebalit tarikh tok jd tarikh lahir kak Nor. waa.. senang mok ingat hari lahir Ariq n Kak Nor.. tebalit jak.. Apa-apapun, moga keluargaku selalu dalam jaga Allah. aamin.

KAKANDA ZAMANIKU

Gilanya aku an ZAMANI SLAM. OH, terubat rasa rindu diat kakanda Zamani ku belagu dlm rncgn Kliauan Emas. Aku pernah memasang impian untuk berduet dengan ZAMANI tok. Belum ada suara lelaki lain mampu menandingi suaranya di hatiku ini. HEHEHE.

.......................................................................................
Tak mungkin ku berpaling lagi.


Tidak mungkin kuberpaling lagi 
Salah sangka yang direncanakan 
Gelora melanda 
Adalah dendammu 
Setelah diriku 
Tak mampu menjadi milikmu

Cukup sudah hati berdarah 
Usah ditambah cerita yang sudah 
Di mana kekasihmu 
Yang pernah kau sanjungi 
Mengapa pula padaku 
Menjadi pelepas ceritamu 
Dan jua sepimu

Usah menabur budi 
Mengharapkan simpati 
Sedangkan kau menitip 
Cemburu iri hati

Tak mungkin kuberpaling lagi
Padamu yang meracuni 
Rimbunan kasihku 
Sehingga berguguran 
Kelopak cinta kita 
Kerana mu tak lagi mengerti hatiku

Sehingga berguguran 
Kelopak cinta kita 
Kerana fitnahmu 
Walau segunung sesalmu 
Tak mungkin kukembali 
Cukuplah sekali 
Kejelekanmu 
Menggamit pilu

Tidak mungkin kumaafkan lagi 
Salah sangka yang direncanakan 
Adalah dendammu 
Setelah diriku 
Tak mampu menjadi milikmu 
Sepenuhnya

Pain changes people

Jemputan kahwin sanggup pergi walaupun jauh
Beratus-ratus batu sebab takut orang terasa hati.
Jemputan Allah ke surau masjid sebelah rumah
Buat tak kisah saja. Hati manusia dia jaga sangat, tapi dengan Allah dia buat tak reti bahasa! Inilah manusia yang biadab dengan Allah. -UAI

Sebelum nak suap makan anak dara orang,
Rajin- rajin dan usaha bertungkus lumus suap makan mak ayah tu sampai 'kenyang'.
Jangan 'menggatal' sangat nak bernikah,
Tapi dengan mak ayah suka dan banyak membantah.
Udah- udah fikir soal nikah,
Kalau tunggang langgang soal ibadah.
*Cengkerikberbunyi.

Jika kamu berani Bercinta.
Maka kamu berusahalah Menghalalkannya.
-Habib Ali Zaenal Abidin-

~ “Kita derhaka dalam cinta kita kepada Allah. Allah memberi nikmat yang bukan sedikit. Kita balas dengan taat yang sekelumit. Malah, ramai antara kita yang bukan sahaja tidak menggunakan nikmat itu untuk taat, malah digunakan ke arah maksiat.”

Orang-orang tua pernah berpesan :
"Jangan terlalu membenci, nanti jadi suka satu hari nanti. Dan jangan terlalu suka, nanti jadi benci satu hari nanti."
Hati manusia memang berbolak-balik.
Hari ini kita tak suka sesuatu,
tidak selamanya ia akan tetap begitu.
Bersederhana itu lebih indah.
Allah. :')

Kita nak dapat pasangan dan anak-anak yang soleh/solehah. Tapi nak dapat semua tu, kena mula dalam diri kita terlebih dahulu, didiklah diri jadi soleh/solehah.
Jadi hamba kesayangan Allah.
Jadi umat kesayangan Rasulullah.
Jadi anak kesayangan ibu ayah.
Jadi daie kebanggaan agama.

Andai kamu berjumpa dengan seorang wanita yang menenangkan hati, redup pada pandangan, sejuk hati bila mengenangkan, jauh setia merindu, dekat kasih berpadu.. Maka segerakan lah urusan utk jadikan dirinya isteri buatmu..

Berlalunya masa bermakna semakin pendeklah umur kita..
InsyaAllah semoga amal kita dicatat di sebelah kanan..


Carilah Lelaki Jenis Ini Sebagai Suami Iaitu Lelaki Yang Bertegas Denganmu Dalam Hal Agama Dan Berlembut Denganmu Untuk Hal-Hal Dunia.