Pembaca Blog Setia

Showing posts with label Terapi Hati. Show all posts
Showing posts with label Terapi Hati. Show all posts

Wednesday, 12 November 2014

La Tahzan.. Innallaha Ma'ana

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Sebagai seorang manusia kan, kita tak lari dari perasaan sedih, kecewa dan rasa patah hati. Kadang-kadang perasaan tu berpunca dari seseorang atau sesuatu yang terjadi dan kadang-kadang ianya berpunca dari diri sendiri. Memang tak salah merasa sedih atau kecewa, cuma kalau boleh janganlah ia dibiarkan berlarutan pula..

Dalam keadaan yang sedih, sebaiknya kita kembali kepada Yang Maha Pencipta. Jumaat lepas mama hakim ada tengok rancangan Tanyalah Ustazah dan Ustazah Norhafizah cakap, merayu dan mengadulah hanya pada Dia. Merintih dan menangis lah sekalipun, Allah kan Yang Maha Mendengar dan Mengetahui.

Beberapa hari lepas mama hakim berbicara dengan seseorang yang sedang rasa sedih. Sedaya upaya mama hakim cuba naikkan kembali semangat dia sebab mama hakim tahu, dia memang seorang yang sentiasa bersemangat dan ceria. Moga-moga keadaan dia bertambah baik hari ini dan seterusnya.


Sumber : iluvislam.com

Sebenarnya, ada beberapa cara yang boleh kita lakukan bila kita rasa down dan sedih ni. Mama hakim nak kongsikan agar ianya memberi manafaat kepada semua. Semoga kita kembali gembira dan bahagia, takmo bersedih lama-lama.

Yang PERTAMA, cuba bantu orang lain yang dalam kesusahan. Dengan membantu orang lain, hati kita akan lebih bersyukur ‘Alhamdulillah, rupanya masalah kita takde lah seberat mana nak dibandingkan dengan orang lain’. Bantu dengan cara memberikan idea atau nasihat yang baik pun boleh. Kalau takde orang yang perlu dibantu disekeliling kita, cari sampai jumpa. Zaman Google ni senang je kan?

Yang KEDUA, hubungi mak ayah atau ahli keluarga kita. Bukan untuk mengadu masalah tapi cukuplah sekadar mendengar berita tentang mereka. Tanya khabar mereka, tanya mereka sedang buat apa. Kalau hubungi mak, tanya mak masak apa. Kadang-kadang perbualan ringkas macam tu pun  dah boleh memujuk hati kita yang lara..

Yang KETIGA, bersedekah terutama kepada kanak-kanak. Tak semestinya disini bersedekah duit pada fakir miskin atau peminta sedekah di tepi jalan. Memberikan sesuatu pada anak syurga kita pun boleh. Atau anak-anak jiran yang rapat. Senyuman tulus di wajah mereka memang akan membuatkan kita pun sama gembira.

Sumber : hayyatalinsan.blogspot

Cukuplah tiga cara mudah menggembirakan hati sendiri ni kan? Lainkali mama hakim kongsikan cara lain pulak. Tak susah sebenarnya nak hilangkan perasaan sedih tu, bantu dan gembirakan orang lain maka insya Allah kita juga akan lebih gembira.

Korang ada cara yang lain untuk merasa lebih bahagia? Meh la berkongsi dengan mama hakim.



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Monday, 10 November 2014

Sebarkan Kebahagiaan Sebarkan Kebaikan..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Salam hari Isnin, permulaan setiap minggu. Dah masuk minggu kedua kita dalam bulan November ni kan. Cepatnya masa berlalu sekarang ni. Tak lama dah nak masuk tahun 2015.

Hari ni, setengah hari sebelah pagi mama hakim habiskan dengan membaca mesej kat whatsapp. Ini la padahnya ada doblas (12) group tau tak? Hahahha.. tapi semua ni group yang memberi faedah tau. Group mak-mak dan group Shaklee.. Al maklumla dua hari kat kampung, dengan limited internet access mana tidaknya mesej berderet-deret.

Dalam banyak-banyak mesej, ada satu yang buatkan hati mama hakim tersentuh. Maka bermula lah sesi meluah perasaan.. Actually mama hakim memang tak kisah pun kalau ada sesiapa nak mesej mama hakim, nak pinjam telinga dan bahu (sesuai lagi ke istilah ni ye?) atau sekadar nak melepas geram..hehehe..(sms/whatsapp 018-2835816)  iolls memang pendengar yang setia sambil tutup mulut. Kecuali la kalau diminta memberi pendapatan. Eh!! Diminta memberi pendapat.

Mungkin tak banyak yang boleh mama hakim tolong tapi insya Allah sekurang-kurang nya kita tolong dengan cara mendengar. At least lega skit hati orang yang mesej kita tu kan.. Tak salah pun berkongsi kebahagiaan dengan orang lain, malah membuatkan hati kita lebih bahagia gittew.. Jikalau pun kita tak boleh membantu, jangan ditambah dengan menyusahkan atau beri komen-komen berbaur negatif.

Fly high.. and spread the happiness!


Lets spread happiness, lets spread goodness in life. Jika kita sentiasa bahagia, maka orang disekeliling kita juga dapat merasa tempiasnya. Kan best cemtu?



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday, 5 November 2014

Fikir Yang Baik-baik, Sangka Yang Baik-baik Je

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Bagi sesetengah orang (mama hakim yakin bukan korang pembaca blog TowMater nih) memang agak susah nak bersangka baik dengan orang lain sepanjang masa, kan.. Kadang-kadang mesti terdetik gak perasaan cemburu, menyampah atau meluat bila tengok perangai orang lain. Lagi-lagi skang ni zaman Facebook, semua perkara orang nak update kan.. Lagi la mudah kita buat dosa mengutuk orang dalam hati ni..huhuuu..

Malam tadi mama hakim dengar webinar yang bertajuk ‘The Power of Thoughts’ dan si penyampai ada memberikan beberapa contoh serta tips untuk kita tukar perasaan meluat, menyampah tu kepada sesuatu yang lebih positif. Ohh webinar tu macam seminar yang dihadiri secara online je. Dengar kat laptop, pc atau smartphone je, asalkan saja ada internetnya. Inilah salah satu kelebihan kalau join team Shaklee mama hakim. Kelas secara maya, dengar dari rumah je, tak perlu keluar malam tapi penuh dengan ilmu.

Ok berbalik kepada bersangka baik, Husnu Dzhon. Rasa-rasa korang kan, susah ke nak bersangka baik pada orang ni? Kenapa kadang-kadang kita bole terkutuk atau termengata orang dalam hati? Adakah sebab sebenarnya kita ada rasa tak yakin dengan diri sendiri? Kita tak yakin dengan kemampuan diri sendiri? Sebab tu kita pandang setiap perbuatan orang lain dengan perasaan iri? Yang ni mama hakim tak dapat jawab, tepuk dada tanya diri sendiri. Bersikap jujurlah pada diri sendiri..

Setiap kali scroll newsfeed Facebook, doakan yang baik-baik buat teman yang bermasalah. Kongsikan kebahagiaan bersama teman yang sedang bergembira. Lahirkan rasa simpati kepada yang sedang bersedih. Hulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Dan jangan lupa update status yang boleh memberi manafaat kepada semua.

Tapikan korang, bersangka baik yang paling baik adalah bersangka baik kepada Yang Maha Pencipta. Bila kita didik hati untuk pandang setiap masalah dan ujian dari sudut yang positif, maka secara tak langsung seluruh hidup kita akan berubah 360 darjah. ALLAH takkan menduga seseorang melebihi kemampuannya. Jadi bila kita rasa dugaan tu terlalu besar buat kita, ketahuilah bahawa ALLAH memandang tinggi pada kita. DIA tau kita mampu sebab tu DIA bagi dugaan sebegitu.


Sumber : misslobak.blogspot.com


Mulakan dari sekarang, mulakan dari saat korang habis baca entry mama hakim ni. Tarik nafas, dan bersyukur sebab masih boleh bernafas. Yakin dengan sepenuh hati seperti mana ALLAH yakin kita boleh tanggung setiap ujian dariNya.

Husnu Dzhon, perkataan seindah perbuatan. Mulakan hari ni ye kesayangans..



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday, 10 September 2014

Kemaafan Dendam Yang Terindah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Haa… Ini bukan pasal lagu Aisyah tau, walaupun pinjam tajuk lagu dia..heheh. Ini pasal kemaafan yang sebenar-benar lahir dari hati. Kemaafan yang tulus ikhlas sehingga kita dapat melupakan kesalahan seseorang tu pada kita. Walaupun ada orang cakap ikhlas atau tak tu, urusan Allah. Tapi adakah hati kita benar-benar sudah memaafkan kalau kita masih belum melupakan? ‘Things can be forgive but not forget’ gittew..

Mama hakim nak kongsikan satu kisah yang terjadi bulan lepas, insya Allah belum basi lagi..hihi. Al kisah, seseorang tu duk termenung ala-ala muhasabah diri fikirkan pasal hidup dia yang masih belum ada peningkatan. Segala usaha dirasakan belum cukup dan ikhlas sepenuhnya. Masih gigih mendidik hati agar melakukan segalanya hanya kerana Allah SWT.

Allah Maha Besar, mengilhamkan ahli keluarga dia.. Mula la terbayang wajah mak, abah dan adik beradik yang lain. Allahu..dia teringatkan dendam dan kemarahan terhadap seseorang dalam ahli keluarga. Dia pernah tekad dalam hati untuk tidak memaafkan sampai bila-bila, kerana baginya perkara tu tak sepatutnya berlaku. Walaupun dah 25 tahun berlalu, dia masih menyimpan perasaan marah tu.

Dengan airmata yang mengalir kat pipi, dia maafkan semua orang. Dia maafkan ahli keluarga yang pernah didendami dulu. Sehingga timbul rasa kasihan dalam hati sebab dia dimarahi terlalu lama.. Dalam masa yang sama, dia menghalalkan semua hutang orang pada dia. Apa yang dia perlukan sekarang ini adalah membersihkan hati dari perasaan marah, dendam dan prasangka buruk.

Nikmat Allah SWT tiba tepat pada masanya. Kini dia lebih mudah berurusan dengan semua orang. Kini dia lebih mudah mendoakan kebahagiaan orang lain. Kini dia lebih bahagia tanpa dendam dan kemarahan dalam hati.

Kadang-kadang, kita tak pernah terfikir pasal ‘roadblock’ yang menghalang kemudahan segala urusan kita. Selalunya, kita berusaha sehabis baik dan berdoa memohon pada Allah SWT agar dipermudahkan dan berjalan lancar. Namun tak perasan yang halangan kelancaran itu ada dalam diri kita sendiri.

Terima kasih Allah, di atas kelancaran idea menaip tentang kemaafan ini. Dan terima kasih juga kepada semua, sebab sudi baca sampai habis.



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Masalah Yang Di Undang..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Biasanya orang selalu cakap masalah datang tanpa diundang kan.. Betul ke macam tu? Dah betul-betul pasti yang bukan dari tindakan kita sebenarnya punca masalah yang timbul? Berapa ramai yang memang boleh pastikan yang masalah yang menimpa tu datang secara tiba-tiba, tanpa diundang..


Selalu gak terbaca status kat newsfeed Facebook (nampak sangat rajin scroll newsfeed..huhu) bila ada yang naik angin, ada yang meroyan, ada jugak yang menggunakan bahasa ‘indah’ memaki hamun bila tiba-tiba ditimpa masalah. Ada juga yang menyalahkan sesuatu keadaan atau seseorang bila ada masalah. Kadang-kadang, kita terlalu FOKUS PADA MASALAH dan menyalahkan sehingga terlupa nak FOKUS PADA PUNCA dan PENYELESAIANnya. Contohnya macam yang mama hakim cerita kat SINI.


Bila kita tukar arah pemikiran kita, dari mencari SALAH kepada mencari PUNCA maka cara penyelesaiannya juga pasti berbeza. Bukan lagi duk meroyan maki hamun kat Facebook semata tapi terus pada punca nya. Muhasabah diri cara terbaik untuk kita mencari punca masalah. Cermin diri sendiri dulu sebelum kita salahkan orang lain. Refleks dalam diri sendiri dulu sebelum kita tujukan pada keadaan dan situasi. Pastinya kita akan NAMPAK dari mana datangnya masalah tu.




Jangan guna jalan mudah menyalahkan orang lain ataupun situasi. Masalah takkan selesai dengan cara itu, malah mungkin menambahkan lagi bila ada yang terasa hati dengan tuduhan kita. BERTERUS TERANG dan BERBINCANG lah sekiranya kita pasti yang masalah itu berpunca orang lain. Jangan sekadar CAKAP BELAKANG dan memburuk-burukkan orang tu dengan teman-teman yang lain. Perbuatan ini juga MENGUNDANG MASALAH kan.. Jadi, dari mana datangnya istilah ‘masalah datang tanpa diundang?’



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday, 25 June 2014

Tatacara Dan Syarat-syarat Berdoa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Dah tak lama lagi kita nak menyambut Ramadhan Al Mubarak kan. Bulan mulia yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam. Bulan yang mana setiap amalan mendapat pahala yang berganda tau. Ramai yang mengambil kesempatan menambah amalan dan mengumpul pahala di bulan Ramadhan ni. Antaranya kita bole perbanyakkan berdoa dan berzikir.

Berdoa dan meminta adalah dua perkara yang berbeza. Dengan berdoa, kita merayu, merintih dan memohon pada Allah s.w.t. tetapi dengan meminta, kita seolah-olah memaksa dan tergesa-gesa. Mama hakim nak kongsikan syarat-syarat berdoa kepada Allah s.w.t. agar menjadi panduan dan bermanafaat buat kita semua.

Yang pertama, pastikan kita dalam keadaan suci dan berwudhu’ dan dalam keadaan menutup aurat. Adalah lebih afdal jika kita menghadap ke kiblat ketika berdoa. Berdoalah dalam keadaan yang khusyuk dan tawaduk, memohon dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

Mulailah setiap doa dengan puji-pujian terhadap Allah s.w.t. dan kemudian berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Selepas itu berdoalah dengan penuh pengharapan dan yakin bahawa doa tersebut akan dikabulkan. Akhiri doa dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w sekali lagi. Jika berdoa dalam Bahasa arab, adalah sebaik-baiknya kita mengetahui isi dan makna di sebalik doa tersebut.


TEKNIK BERDOA


Moga perkongsian ini dapat memberi manafaat pada semua. Perkara baik wajibla dikongsi, kan..!


Sampai jumpa lagi..wassalam

Tuesday, 17 June 2014

Keikhlasan Dalam Berniaga Atau Hanya Kerana Keuntungan Semata

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Mama hakim kan, ade tempat favorite baru tau untuk beli barang basah **itupun nak bagitau ke**. Alkisahnya sebelum ni mama hakim selalu beli kat kedai runcit peniaga Melayu yang sangat dekat ngan umah. Mungkin disebabkan dekat, jadi mama hakim buat tak tau je la dengan keadaan kedai yang agak kotor dan berlalat. Lantainya berair, dan barang-barang tak bape nak fresh termasuk sayur yang layu dan ikan yang sakit mata je.. (fakta sedih) Biasanya mama hakim dapat beli ikan atau sayur untuk dua tiga kali masak je.

Sampaila satu hari, bila tempe yang biasa mama hakim beli dengan harga RM1.20, saiz lebih kurang 4inci x 4 inci (lebih kurang je) menjadi saiz 4inci x 3inci naik harga ke RM1.50. Saiz makin kecik tapi harga makin mahal. Apekah? Sebagai mama yang kuat membebel, terpaksa la Incik Joni tadah telinga dengar mama hakim meluahkan perasaan pasal kedai tu. Abis bebel, Incik Joni cakap ‘gi kedai lain la mama, jauh skit takpe bukan jalan kaki pun.’ Orang laki ni respon dia memang cemtu kan..hihihi.

Jadi mama hakim mula la gi kedai seberang jalan (siap lalu traffic light hokey) untuk cari yang lebih memuaskan hati. Terjumpa dengan kedai yang tokeynya ca ya nun alif **tak berniat nak kondem kedai Melayu tapi ini fakta yang sangat sedih**. First impression, bole tahan kedainya. Padat dan penuh dengan barang tapi tersusun. Ikan dan ayam kat bahagian belakang kedai. Sampai je kat tempat ikan, terus pekerja dia tanya ‘nak tolong siangkan tak kak? Akak pilih je saya siangkan’. Sambil-sambil pilih ikan dan sayur, ada lori sampai anta stok. Tokey dia dengan selamba tolong turunkan barang dan asing-asingkan dengan pekerja lain. Diorang bekerja sambil gelak-gelak ngko.. Nampak macam pekerja dia memang di layan dengan baik.




Pekerja dia memang ramah, siap tolong kumpulkan barang yang kita pilih ke depan kaunter. Kalau kat kedai lama, terjerit-jerit la ngko nak mintak suh siangkan ikan atau nak kelapa parut. Selesai pilih, mama hakim gi kaunter dan tokey dia tanya ‘ini saja kak? Cukup ke ni? Ikan ni tak mau siang?’ Mama hakim angguk dan senyum je. Siap asingkan ikan kat plastik lain yang dilapik surat khabar.Oh lupa, pekerja-pekerja dia Melayu dan Indonesia.

Memang mama hakim tak berniat nak sentuh sensitivity sesiapa mahupun bersiftat perkauman. Tapi kadang-kadang kita dapat tengok cara dan keikhlasan orang lain dalam berniaga. Kita sebagai pembeli dan pengguna mesti la nak dapatkan perkhidmatan terbaik kan.

Dalam hati, terus simpan niat nak jadi seorang peniaga yang disenangi orang lain. Yang ikhlas dan dapat memberikan perkhidmatan terbaik buat customer tersayang. Yang baik, mestila dijadikan tauladan kan.



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Monday, 16 June 2014

Berhentilah Membuat Perbandingan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Kita adalah yang terbaik yang Allah jadikan sebagai diri kita sendiri. Janganlah kita membuat perbandingan di antara hidup kita dengan orang lain. Allah jadikan kita hari ini sebab Dia tahu kita layak dan mampu memikul tanggungjawab yang diberikan. Jadi berhenti mempersoalkan cara hidup, bilangan anak atau harta orang lain.




Sebenarnya kita ada amanah dan tanggungjawab kita sendiri yang perlu ditunaikan. Laksanakan ia dengan sebaiknya untuk menjadikan diri kita mendapat hasanah (kebaikan) di dunia dan akhirat. Itu adalah sebaik-baik cara kita mensyukuri dan menghargai nikmat Allah. Tipu la kalau mama hakim kata mama hakim tak pernah cemburu tengok orang lain bercuti ke sana ke sini, berbelanja di shopping complex terkemuka dan makan-makan bersama keluarga. Lumrah manusia dilahirkan dengan perasaan macam tu. Cuma, dari sudut positif ye.

Kalau kita salurkan perasaan jelly melly kita tu ke arah yang positif, maka kita akan berusaha sehabis baik untuk mendapat atau buat perkara yang sama jugak. Kita akan bekerja keras demi memastikan kita juga dapat gi bercuti dan berjalan bersama keluarga. Semestinya kita akan menunaikan semua tanggungjawab kita sehabis baik dan sehabis daya.

Jadi, jangan bandingkan dan hina diri sendiri. Ianya seolah-olah kita menghina ciptaan Allah. Ishh ishh..tak baik tu..

Muhasabah serta peringatan buat diri sendiri jugak ni..hihi.



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday, 11 June 2014

Mengambil Kesempatan Dalam Kesempitan Diri Sendiri dan Orang Lain

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Siapa sini suka ambil kesempatan? Angkat mouse..hihihi. Alaaa malu-malu lak nak mengaku kan, bukan mama hakim nampak pun. Diri sendiri je yang tahu. Sebenarnya kan jika perbuatan ‘mengambil kesempatan’ ni dilakukan pada keadaan yang betul, ianya akan adalah sesuatu yang sangat baik.

Selalu yang kita tahu, kita ambil kesempatan atas kebaikan orang lain kan.. ataupun kita ambil kesempatan bila boss takde, kita mengular ke buat kerja lain ke.. No no no! itu tak bagus ye. Yang mama hakim nak bagitau ni yang baik-baik dan yang bagus-bagus je.. Echeh!! Sambil-sambil mengingatkan diri sendiri jugak. Sebab…bila bosan-bosan mesti kita ni bukak blog sendiri dan baca balik apa yang ditaip! Siapa mengaku angkat mouse lagi..hahahha.

Mengambil kesempatan dalam kesempitan yang mama hakim maksudkan BUKAN lah perbuatan ambil kesempatan ke atas orang lain yang tengah susah atau bermasalah. Mengambil kesempatan dalam kesempitan ini ialah perbuatan menggunakan waktu sempit untuk buat sesuatu yang mendatangkan kebaikan. Contoh? Ketika kita sakit, terlantar sebab demam atau sakit kepala, tak mampu nak angkat hatta sebatang jari pun.. apalah sangat yang boleh kita buat, kan? Haa..inilah masanya untuk kita betul-betul muhasabah diri, banyakkan berzikir, istighfar dan berdoa pada Yang Maha Agung.. Kalau tak mampu gerakkan mulut, maka berzikir dan berdoalah dalam hati.

Allahu.. betapa melimpah ruahnya kasih sayang Allah kan? Dalam apa-apa keadaan pun Dia tetap bagi kita ruang untuk mengingati dan beribadah padaNya. Sebab tu mama hakim kata, jika kita mengambil kesempatan pada keadaan yang betul maka hasilnya juga yang baik-baik aja.

Itu namanya mengambil kesempatan pada diri sendiri. Pada orang lain pulak macam mana? Kalau kita tengok orang sakit, maka ambil peluang ziarah dan doakan mereka. Jika kita nampak orang susah, ambil kesempatan untuk lakukan sesuatu dengan membantu mereka. Jika kita nampak seorang ibu yang mendukung anak sambil membawa barang, ambil kesempatan pegangkan barang tu.




Banyak cara nak mengambil kesempatan pada diri sendiri dan orang lain dengan membawa kebaikan kan? Tapi sesetengah orang agak skeptical dengan istilah MENGAMBIL KESEMPATAN tu sendiri. Tepuk dada tanya iman. Yang mana satu pilihan kita. Mama hakim percaya, antara kita semua yang sukakan kebaikan dan kebahagiaan.



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Thursday, 22 May 2014

Remembering MH370, Pray For MH370

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Some of you might already forget about MH370 tragedy. Some of you might still pray for the crews and passengers.. Its been almost 11 weeks since then. As for me, they are still in my mind, still in my prays and still in my heart. 

I may not know anyone on board in person, but the bond that once created between us make me feel like I am part of the family. One of the couple boarded MH370 as passengers, is one of my Shaklee family. (‘is’ selagi takde pengesahan yang tepat) One of the cabin crew, a senior crew if I’m not mistaken is one of my Shaklee sister’s uncle.


REMEMBERING MH370


Mula-mula mendengar khabar tentang MH370, hati tersentak dan terus mendoakan keselamatan mereka. Mama hakim memang sensitif sangat bila ada apa-apa yang related dengan kapal terbang ni..huhuhu. Walaupun dari dulu dah tahu segala risiko dan doa banyak-banyak agar takde la insiden macam ni berlaku, tapi siapalah kita nak lawan kehendak dan takdir YANG MAHA ESA.


REMEMBERING MH370


Kematian memang datang dalam berbagai cara. Kematian datang tanpa boleh kita tahan, tak pernah awal dan tak pernah lewat. Satu ketika, mama hakim agak geram dengan segala tuduhan dan isu yang seperti dipermainkan oleh sesetengah pihak yang tak bertanggungjawab. Langsung tak memikirkan perasaan keluarga krew dan penumpang. If we cant say something good, be silent. Its much better than saying something bad.

Sekarang ni selalu doa agar dikuatkan hati untuk terima semua, untuk redha dengan ketentuan. Kerja apa pun sama, penuh dengan risiko dan bahaya. Entry ni ditaip pun secara tetiba..out of the blue. Maybe sebab Incik Joni reminds me of something about going outstation again.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Ampuni dosa-dosa kami..
Kuatkan hati kami..
Tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kami..
Ya Rabb,
Kami mohon petunjukMu
Kami mohon pertolonganMu
Kerana hanya Mu Ya Allah,
Pentadbir sekalian alam..
Yang Maha Mengetahui
Kejadian di langit dan di bumi..
Aaminn..



Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday, 19 March 2014

Bila Diuji Dengan Masalah, Fokus Pada Masalah Atau Penyelesaian?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Korang ingat lagi tak lagu Bangau oh Bangau? Meh nak nyanyi skit ye..hihi

‘Bangau oh Bangau
Mengapa engkau kurus
Bagaimana aku tak kurus
Ikan tak mau timbul’

Kesian kan kan bangau ni. Masalah dia adalah ikan tak timbul dipermukaan air, maka dia hanya fokus pada masalah. Dia sanggup berlapar sehingga kurus kering menunggu ikan timbul. Malah bangau meletakkan kesalahan kepada ikan – kerana ikan tak timbul maka dia kelaparan dan kurus.

Bangau dianugerahkan Allah dengan sayap dan berkeupayaan bebas bergerak terbang ke tempat lain. Mengapa tidak si Bangau menyelesaikan masalahnya dengan bergerak mencari ikan dari tasik lain? Jika diteruskan lagu Bangau oh Bangau ini, memang tak habis-habis menyalahkan orang atau benda lain.

Itulah yang terjadi kepada kita jika hanya fokus pada masalah. Apabila kita terlampau memandang berat terhadap masalah yang menimpa, secara tidak langsung kita menutup pintu dan mata hati kita untuk melihat kepada cara penyelesaian masalah. Menyalahkan keadaan atau orang sekeliling memburukkan lagi masalah yang sedia ada.

Wahai si Bangau, sedarkah kamu akan kaki dan sayapmu yng hebat? Yang membolehkan kamu bergerak dan terbang bebas mencari sumber makanan. Sedarkah kamu mempunyai leher yang panjang? Yang membolehkan kamu menyelam mencari ikan di dalam air. Mengapa di tunggu ikan terhidang di depan mata? Mengapa tidak kamu menggunakan segala potensi dirimu untuk mencari ikan yang terbaik buat mengisi perutmu?

Sayang sekali si Bangau. Hanya kerana tersalah fokus maka kamu lebih senang menyalahkan ikan dan membiarkan dirimu kurus dan kelaparan. Sedangkan kamu mempunyai segalanya untuk mengubah keadaan dirimu.


“FOKUS PADA KELEBIHAN DIRI KITA, 
BUKAN PADA KEKURANGAN YANG ADA”


Sumber : MommyLyna



Sampai jumpa lagi..wassalam. 

Wednesday, 19 June 2013

TUTUP PERIUK NASI ORANG..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Biasa je kita dengar istilah ‘tutup periuk nasi orang’ dan periuk nasi ditutup orang’ ni kan.. Malah dalam zaman berbisnes online ni, makin kerap kita dengar pasal ni. Sebab apa? Sebab makin ramai persaingan yang menjual produk atau barangan yang hampir sama.

Tapikan.. kadang-kadang kita terlupa SIAPA yang sebenarnya pegang periuk nasi kita? Siapa yang tentukan rezeki kita?

 

“Dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin ALLAH rezekinya” ~ Hud:6

 

“Siapakah yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika ALLAH menahan rezekiNYA” ~ Al Mulk:21
 
“Barangsiapa bertakwa kepada ALLAH, nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan mencukupkannya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan yang dikehendakiNYA. Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu” ~ at Talaq:2-3
 

Peringatan buat diri sendiri juga, jangan mudah menyalahkan dan mengharap pada manusia. Kerana hati manusia bisa berbolak balik, berpaling dari kita. Sebaliknya serahkan lah pengharapan dan bergantunglah pada yang MAHA MENDENGAR, walau apa pun yang terjadi kita akan kuat dan bertambah kuat.

 

“Usah bersedih bila disisihkan manusia,
tetapi menangis dan merataplah bila disisihkan ALLAH s.w.t”

 
 
 

p/s: memetik kata-kata mentor saya, Master Lyna Noh.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday, 26 April 2013

I AM NOT PERFECT #22 - AL QURAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
 
 
 
Salam hari Jumaat yang penuh barakah..! Pagi-pagi lagi dapat berita kematian ibu mertua seorang sahabat Shaklee. Al Fatihah... Moga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman, Insya Allah.
 


 
Jom sama-sama kita amalkan!
 
 
 
Sampai jumpa lagi..wassalam.
 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, 22 April 2013

SAKIT KAFARAH DOSA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Sakit itu penghapus dosa kan.. Yang penting IKHLAS dan SABAR menghadapi sakit tu.
 
 

 

Sejak minggu lepas, hati ni sedikit serabut dan runsing. Risau bila orang-orang yang dekat dihati jatuh sakit. Risau bila insan-insan tersayang kurang sihat. Bila mama hakim bagitau pasal keresahan hati ni, jawapan yang diterima “tak perlu la bersusah hati, ini bahagian saya. Insya Allah dengan berdoa dan berubat, sembuhlah tak lama lagi”.


 
 
Mama hakim susah hati selagi tak dapat membantu meringankan ‘bebanan’ tu. Hanya doa yang tak penah putus agar yang sakit segera sembuh. Moga yang kurang sihat akan bertambah sihat.. Insya Allah..

Mohon sahabat-sahabat maya tolong doakan jugak ye. Terima kasih sangat-sangat..!!

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday, 22 March 2013

SALAM HARI JUMAAT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Salam Jumaat yang penuh barakah..!


Yeay dah ari Jumaat dah..!! Tapi esok mama hakim keja (-_-) sebab minggu lepas udah cuti balik kampong. Tenggelam timbul tenggelam timbul je tuan tanah ni kan. Sambil menaip ni sambil layan lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee kat Hotfm ni..best pulak layan lagu lama pepagi ni. Sempena ape ntah, mama hakim tak ketahuan pulak.

 

Mama hakim tinggalkan kata-kata ini sebagai perkongsian di hari Jumaat..







 

 
 
Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday, 1 March 2013

I AM NOT PERFECT #21 - DOA PERLINDUNGAN UNTUK ANAK

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Mama hakim nak kongsi doa yang bole kita baca bila kita risau atau terfikir-fikir atau rindu kat anak. Semoga Allah s.w.t. sentiasa melindungi ahli syurga kita walau di mana saja mereka berada sekarang..



 
 
 
Sampai jumpa lagi..wassalam.
 
 

Friday, 15 February 2013

I AM NOT PERFECT #20 - KOMUNIKASI DUA HALA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Salam Jumaat yang penuh berkat..
 

 
 
p/s : Rindu bonda..


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, 28 December 2012

I AM NOT PERFECT #19 - ALLAH SAYANGKAN KITA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Salam Jumaat terakhir di tahun 2012. Jujur nya, ada macam-macam perasaan bila tahun 2012 dah pun nak meninggalkan kita. Mama hakim sendiri rasa macam cepat nya masa berlalu. Adakah masa yang berlalu tu digunakan dengan bermanafaat? Diisi dengan segala kebaikan? Muhasabah diri sendiri sambil bersyukur dengan kesempatan yang diberi untuk memperbaiki diri..

 

Betapa Allah sayangkan kita kan..!
 
 
Allah knows everything, and your intention.
Don't feel distressed, because Allah has rewarded you for your intentions.
Remember that Allah gives His Highest Mercy to Mothers.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday, 7 December 2012

I AM NOT PERFECT #18 - CATATAN BUAT DIRI SENDIRI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Peringatan buat diri sendiri di hari Jumaat.
 

 

p/s: Finally its Friday, appraisal day..! And my soulmate will be back today, eventho he will only arrive home around 2.00am (its saturday morning already..!)

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday, 23 November 2012

I AM NOT PERFECT #17 - PETUA IMAM SYAFIE

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Mama hakim dilanda kesibukan.. Banyak nak diselesaikan berikutan minggu depan mama hakim akan bercuti dari 27 hingga 30 haribulan. Oh bukan sebab Incik Joni, dia balik lambatttt lagi..uhuk!!

 
TERIMA KASIH pada yang mengambil berat J Ye, ye, tau mama hakim memang berat..hihi. Yang sudi singgah blog Towmater dan memberi komen yang memberangsangkan. Dan minta maaf pada yang tersalah paham J

 
Salam Jumaat. Sayang selalu.. Dan perkongsian hari ini Petua dari Imam Syafie yang mama hakim dapat dari FB Ustaz Don J
 
 

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger