Showing posts with label Overseas. Show all posts
Showing posts with label Overseas. Show all posts

Saturday, January 16, 2016

Hujan Di Hong Kong 2012

Tugasan sebagai Tour Leader seterusnya ialah ke Hong Kong Shenzhen (April 2012). Kali ini aku ditemani oleh Izah adikku. Disamping berjalan-jalan, Izah dapat membantu dan belajar tugasan sebagai Tour Leader.


I'm ready to go :)


Setibanya di Hong Kong, kami telah disambut oleh Tour Guide dan terus dibawa ke tempat lawatan yang pertama iaitu Aberdeen Fishing Village.  Kami menaiki bot sampan melihat rumah bot, bot nelayan dan restoran terapung. Tiada aktiviti daripada penduduk tempatan, sekadar melihat pemandangan kerana kami tiba sudah lewat petang.  Tambahan pula hujan renyai-renyai dan hanya bot kami sahaja yang meredahi perkampungan sungai ini.


Restoran Terapung di Aberdeen Fishing Village.

Siapa yang dapat menjangkakan, dengan kehendak Allah hujan turun sepanjang trip kami ini.  Keterujaan untuk melihat pemandangan bandar Hong Kong daripada Victoria Peak tidak kesampaian.  Ini kerana hujan turun dengan lebatnya disertai angin kuat.  Puncak Victoria Peak terpaksa ditutup atas faktor keselamatan.

Menaiki tram ke Victoria Peak.

Berjalan-jalan dibawah saja kerana tidak dapat naik ke puncak.

 Makan malam di Islamic Centre. Pusat ini sedang dalam proses renovation.

Perjalanan diteruskan ke Ladies Street, Mong Kok iaitu tempat membeli belah yang terkenal di sini.  Pelbagai barangan dijual pada harga yang berpatutan antaranya pakaian, beg tangan, kasut, permainan kanak-kanak dan cenderahati.



Selesai aktiviti pada hari pertama, barulah kami check-in di Panda Hotel.

Inilah Panda Hotel..hotel yang sangat best sebab ada panda..hehehe..





Hari kedua lawatan lebih menarik. Selepas sarapan di hotel, kami ke Avenue Of The Stars iaitu tempat yang dibina bagi memperingati selebriti Hong Kong.






Seterusnya ke kota keriangan Disneyland! Yayyy!!!  Kami berada di sini dari tengahari hingga tamat acara iaitu lebih kurang jam 8.30 malam.

Setibanya di Disneyland, rombongan diaturkan untuk menunaikan solat di City Hall iaitu pejabat taman tema ini yang terletak di sebelah kiri selepas pintu masuk.  Selepas itu, rombongan dibiarkan bebas bermain-main di taman tema ini.




Rumah Tarzan.



Selesai program di Disneyland, kami meneruskan perjalanan ke Shenzhen. Keluar saja dari taman tema ini, hujan turun dengan lebatnya.  Habis semua basah kuyup.  Semua orang kepenatan namun tetap berasa gembira.


Jika semalam semua orang kepenatan, namun hari pertama di Shenzhen mereka bersemangat semula untuk meneruskan aktiviti lawatan.  Kami ke Windows Of The World tempat di terletaknya replika mercu tanda negara-negara di dunia.  Seterusnya ke Mineral Museum dan Herbal Burning Cream Centre.









Hari keempat, shopping di Shenzhen.  Rombongan dibawa melihat pembuatan teh seterusnya membeli belah di Luohu Commerical Centre.  Pelbagai barangan boleh didapati antaranya pakaian, kasut, beg, alas meja dan banyak lagi.





Makan tengahari.

Menunaikan solat di masjid yang dikatakan terbesar di sini.  Satu-satunya masjid di Shenzhen.
Tanpa sedar, air mata menitis.



Trip kali ini meninggalkan kenangan dan pengajaran yang tersendiri.  Faktor cuaca adalah sesuatu yang tidak dapat dihalang.  Ada aktiviti yang tidak dapat dijalankan yang meninggalkan rasa kecewa kepada rombongan.  Ianya diluar jangkaan travel agency.

Aku sendiri mengalami bengkak kaki kiri selama hampir dua minggu.  Berjalan kaki meredah hujan, kasut basah menyebabkan kaki bengkak.  Terasa mencucuk-cucuk apabila berjalan.


Pun begitu jika diberi peluang, aku tetap mahu ke Hong Kong lagi.

Tuesday, December 9, 2014

Beijing Musim Sejuk 2012-2013


Hip Hip Hoorayy..!!! Dua tahun di Beijing tuu...eh tak laa...sebenarnya trip ni dari 27 Disember 2012 hingga 2 Januari 2013.. Dua tahun la tu kan...hahaha...

Trip kali ini adalah tugasan aku yang ketiga sebagai Tour Leader bagi POTO Travel. Seramai 20 orang yang mengikuti trip musim sejuk ini. Kami menaiki penerbangan Cathay Pacific dari KLIA transit di Hong Kong dan kemudian menaiki penerbangan domestik ke Beijing. Di Beijing, Tour guide yang mengiringi kami ialah Hassan.  Hassan bukan Islam dan boleh berbahasa Melayu. Memandangkan Beijing menerima ramai pelancong dari Asia, maka kebanyakan Tour Guide berbahasa Melayu dan menggunakan nama yang mudah untuk disebut. Memandangkan kami tiba di destinasi hampir lewat malam jadi kami terus sahaja ke hotel untuk pendaftaran masuk. Esok barulah pengembaraan kami bermula.


Pada musim dingin di Beijing, waktu siang adalah lebih pendek dari waktu malam jadi banyak aktiviti yang menyebabkan kami seperti terkejar-kejar. Jam 5.00 petang cuaca dah gelap dan kedai mulai tutup.

Cuaca pula sangat sejuk hingga mencecah -8... Terasa pedih pipi seperti dihiris pisau... Air mata mengalir bukan kerana menangis tapi disebabkan kesejukan melampau.. Pakaian yang dipakai pula setebal empat lapis, dengan stoking tebal dan pashmina yang membalut leher lagi..Berjalan pun dah macam robot..

Apa yang membuatkan ahli rombongan sangat teruja ialah salji turun pada hari kedua kami di sini. Waktu itu kami baru saja keluar dari Chinese Medicine Centre. Cuaca sudah mulai gelap dan kami sangkakan hujan turun, rupa-rupanya salji... Apalagi melompat kegembiraan lah semuanya... Rombongan bergambar sakan lebih kurang 15 minit sebelum menaiki bas menuju ke restoran untuk makan malam.



Hari ketiga kami ke Tembok Besar China - rasanya tak ada orang lain yang naik hanya kami saja. Cuaca tak mengizinkan untuk tempat ini dibuka kepada orang awam. Hanya di bahagian yang kami naik ini sahaja yang dibuka itupun dua tingkat sahaja. Nak mendaki tangga pun perlu berhati-hati sebab keadaan tangga yang tinggi dan licin serta angin yang bertiup.  Pun begitu ahli rombongan kelihatan gembira dan seronok kerana impian untuk menjejakkan kaki ke salah satu keajaiban dunia tercapai...


Hari keempat kami ke Summer Palace pula. Tasik menjadi beku sepenuhnya dan rezeki kami waktu untuk berjalan-jalan diatas permukaan air yang telah mengeras.

Ahli rombongan bergambar di Zoo Panda

Yashow Market - pusat membeli belah



Alhamdulillah perjalanan kami dari awal hingga pulang semula ke tanah air berjalan lancar. Terima kasih diucapkan kepada ahli rombongan. Semoga perkenalan ini akan berpanjangan hendaknya.

Tuesday, June 3, 2014

Tugasan Pertama Sebagai Tour Leader

16 - 20 Nov 2011 (Rabu-Ahad), tugasan pertama aku sebagai Tour Leader ke Jakarta + Puncak + Bandung mewakili syarikat POTO Travel & Tours Sdn Bhd...deborr wehh....
Ahli rombongan seramai 17 orang daripada 7 buah keluarga termasuk ayah dan adikku. Memandangkan ini tugasan pertama aku ke luar negara, jadi sambil bawa mereka berjalan-jalan dapatlah ayah dan adik menemaniku di samping mengetahui tugasan yang aku lakukan.

Hari pertama: Bersedia berlepas dengan penerbangan KLM dari Kuala Lumpur ke Jakarta...

Alhamdulillah, rombongan selamat tiba di  Jakarta. Kami disambut oleh Pak Ali, Tour Guide yang akan bersama-sama kami sepanjang tempoh lawatan ini.




Tiada aktiviti lawatan sebab hari pun dah malam. Yang ada ialah aktiviti mengisi perut. Lepas makan malam terus ke Hotel Gren Alia Cikini, tidur satu malam sebelum bertolak ke Bandung pagi esoknya.

Hari kedua: Aktiviti lawatan bermula. Rombongan bertolak ke Bandung melalui Puncak untuk melawat Safari Park dan membeli ole-ole di Bogor. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam melalui jalan berbukit dan berliku-liku.

Pak Ali tak henti-henti berceloteh, bercerita tentang sejarah dan kisah dongeng di daerah ini.





Di Safari Park, haiwan-haiwan ini tidak berada di dalam kandang sebaliknya dibiarkan bebas berkeliaran. Jadi kita dapat melihat haiwan-haiwan ini dari jarak dekat iaitu dari dalam bas. Kita tidak dibenarkan turun demi keselamatan. Peserta dapat merasai sendiri pengalaman memberi makanan kepada haiwan-haiwan yang tidak berapa ganas seperti kuda belang ini. Makanan yang diberi ialah lobak merah yang ada dijual di sepanjang jalan menuju ke Safari Park.



Nampak tak apa ada kat dalam air tu?

Amboi, berlagak betul orang utan ni kan dapat hisap rokok. Nak tau, siap terbatuk-batuk lagi dia..comel betul...


Sebelum meneruskan kembali perjalanan, rombongan kami singgah di masjid untuk solat jamak. Eh, apa yang dorang dok buat tu? Haa, sebenarnya kat situ ada parit @ kolam kecil dan airnya separas buku lali.. Kita kena lalu kat situ sebelum naik tangga masjid.. Kiranya kena bersihkan kaki dulu la..Kasut dah simpan awal-awal di tempat penyimpanan khas di sebelah kanan.


Singgah makan tengahari di tebing bukit. Di bawah tu ada ladang teh.

Membeli manisan dan keropok sebagai ole-ole untuk dibawa pulang. Perjalanan kemudiannya diteruskan menuju ke Bandung.

Akhirnya rombongan kami tiba di Bandung dan terus menuju ke Donatello Jl Dago...It's shopping time!!
Dari satu kedai ke satu kedai ahli rombongan sibuk mencari apa yang diingini.




Jalan agak macet sebab masa ni orang balik dari kantor ye buk!

Selesai membeli-belah terus ke restoran untuk makan malam dan kemudian check in di Hotel Sukajadi.


Hari ketiga: Kami melawat Tangkuban Parahu iaitu kawasan kawah gunung berapi yang masih aktif.
Suhu pada waktu ini sejuk berangin tapi masih boleh bertahan tanpa memakai jaket.




Terdapat deretan gerai yang menjual pelbagai barangan dan cenderahati.



Aktiviti membeli-belah lagi, kali ni di Rumah Mode. Agak lama di sini sebab pada masa ini dah masuk waktu solat Jumaat. Yang perempuannya membeli-belah sementara menunggu yang lelakinya selesai solat.


Solat sudah berbelanja pun sudah. Makan tengahari pulak ...isi perut dulu..sekejap lagi nak sambung jalan-jalan lagi...berbelanja lagi! Ke mana? Ke Pasar Baru pula...


Selamat pagi semua!
Hari keempat lawatan. Check out hotel, jalan-jalan pastu terus ke Jakarta semula.

 Melawat Taman Mini Indonesia Indah.


Solat jamak di masjid yang terletak di atas bumbung Tanah Abang. Kemudian membeli-belah lagi.


Selesai berbelanja kami menuju ke Dataran Medan Merdeka untuk melihat Tugu Monas iaitu sebuah tugu peringatan yang dibina bagi memperingati perjuangan rakyat Indonesia dalam merebut kemerdekaan dari pemerintahan Belanda.


Hari terakhir di Jakarta kami melawat Masjid Istiqlal dan solat jamak di sini. Masjid ini merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara yang dapat menampung 200,000 jemaah dalam satu masa. Pada hari kebesaran umat Islam seperti Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha, presiden Indonesia akan mengadakan kegiatan keagamaan di masjid ini yang disiarkan secara langsung di televisyen.





Terima kasih kepada Pak Ali dan Pak Saryo yang banyak membantu sepanjang lawatan kami di Jakarta Bandung. Semoga kita dapat ketemu lagi ye pak!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...