Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa 15 Mei 2008 yang lalu adalah ulangtahun ke-60 penubuhan negara haram Israel. Rampasan tanah Palestin yang ada di dalamnya Masjidil Aqsa (tempat Nabi s.a.w. Mikraj ke langit dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj) oleh Israel adalah tragedi paling besar tercatat dalam sejarah Arab dan Islam.
Bermula dari tarikh 15 Mei 1948 lah mengakibatkan beribu-ribu para pejuang dan penduduk Palestin gugur syahid, jutaan pelarian Palestin yang meninggalkan tanahairnya sendiri akibat pebcerobohan ini, masyarakat Palestin berhadapan masalah pengangguran dan cacat anggota. Tidak kurang juga ramai anak-anak Palestin menjadi yatim kerana kehilangan ibubapa dan isteri menjadi janda kerana kehilangan suami yang terkorban mempertahankan Palestin dari terus dijajah dan dicabuli oleh tentera Israil ini.
Seharusnya sebagai orang Islam, kita perlu prihatin terhadap peristiwa penting ini dan tida duduk diam melihat kekejaman ini berterusan. Marilah kita berdoa agar Al-Aqsa tetap dalam keadaan selamat dan semoga Allah membuka pintu hidayah kepada kita untuk bangkit memperjuangkan Palestin dan Islam .
Lihat entri ini untuk renungan kita semua :
- Nakbah 60 Tahun
- Sempena Nakbah 60 Tahun Palestin
- 60 Tahun Terjajah, Hamas Kukuhkan Strategi Perjuangan.
- Khutbah Memperingati 60 tahun Nakbah di Palestin
- Nakbah: Bukan Lagi Harus Meratap!
- Masjid Aqsa Bakal Runtuh ?
- Baitul Maqdis Tanggungjawab Setiap Muslim
- Kewajiban Umat Islam Terhadap Palestin
- Meniti Jalan Ke al-Aqsa
Filed under: Islam, Palestin, Sosial, Umat Islam | 2 Comments »











Makkah al-Mukarramah
Madinah al-Munawwarah


