Showing posts with label Iced Earth. Show all posts
Showing posts with label Iced Earth. Show all posts

Thursday, June 23, 2022

Gila Format - Something Wicked This Way Comes

Lagi album yang berjaya di"gila format"kan... (bersempena dengan ulangtahunnya yang ke 24 semalam)

Iced Earth - Something Wicked This Way Comes (1998)

Pertama kali tahu tentang album ini adalah dari satu iklan di majalah rock/metal berbahasa melayu yang wujud pada penghujung 90an. Tak ingat majalah apa. Mungkin majalah "Konsert". Ianya adalah cinta pandang pertama. Berkenan dengan gambar covernya dan jadi minat pula bila kali pertama mendengar muziknya. 

Something Wicked muziknya agak melodic. Ianya adalah diantara sempadan US power metal dan thrash. Lagu-lagunya berselang seli antara yang rancak dan perlahan. Yang perlahan pun bukanlah jenis betul-betul balada. Ianya ala-ala "Fade To Black" atau "Cemetary Gates". Memang yang jenis mudah hadam dan sedap. Sekali dengar pun dah jatuh minat.


Versi kaset dibeli pada penghujung 90an. Menjadi rutin hampir setiap hari mendengar kasetnya di dalam kereta sambil membaca suratkhabar di tempat parking Plaza Kotaraya JB. Sampai cepat kerana menghantar isteri makanya itulah rutin harian untuk menghabiskan masa sambil menunggu masa untuk masuk kerja. Setiap kali mendengarnya pasti akan mengembalikan kenangan ke zaman tersebut.

Versi cd di beli ketika zaman kemaruk e-bay. Tak ingat tahun bila. Ianya merupakan satu-satunya cd dari Iced Earth yang dimiliki sebelum cd Alive in Athens yang dihadiahkan oleh Deaf.


Versi lp pula adalah reissue terkini (2022). Di beli dari seorang penjual Discogs dari Greece dengan harga mampu milik (kos pos murah).

Maka bertambah lagi satu koleksi "gila format". Satu penyakit yang tak semua orang boleh paham 😅


Monday, February 1, 2021

Posto dari Singapura

Pemberian dari seorang sahabat dari Singapura...


Ingatkan dia nak bagi sekadar sekeping dua cd dan lp tetapi rupa-rupanya sekotak besar yang tiba. nak bayarkan duit pos pun dia tak mahu. Terharu sungguh....


Saxon - Unplugged and Strung Up (double disc special edition cd), Unisonic - Light of Dawn  (Double disc special edition cd + For The Kingdom Ep) dan Iced Earth - Alive In Athens (special 3 disc cd/dvd Japanese with OBI)

UFO - A Conspiracy Of Stars ( Double 12″ Blue Vinyl in Gatefold Sleeve) dan UFO - BBC Radio 1 Live in Concert cd)


Diamond Head - Canterbury (vinyl), Rage - Extended Power (Mini lp vinyl), Camouflage - Voices & Images (vinyl) dan Class Acts (vinyl)


Wild Dogs - Reign of Terror (cd), Savage Messiah - The Fateful Dark (cd), Trivium - Ascendancy (special edition cd/dvd) dan Witchseeker (Singapore) - When The Clock Strikes (cd)


Ross The Boss - Australia - New Zealand 2019 Tour t-shirt (dibeli masa dia tengok tour ni di Australia)


Iron Maiden - Run To The Hills (Single 7" /with Phantom Of the Opera), Iron Maiden - Run To The Hills (Single 7" /with Total Eclipse) dan Iron Maiden - Twilight Zone (Single 7" /with Wratchild)

Dan yang paling mengujakan.... Iron Maiden - The Book Of Souls ( Limited Edition Triple Vinyl), Iron Maiden - Twilight Zone (Single 12" vinyl), Iron Maiden - The First Ten Years vinyl III - Purgatory / Maiden Japan, Iron Maiden - The First Ten Years vinyl X - The Clairvoyant / Infinite Dreams, Iron Maiden - The First Ten Years vinyl V - Flight of Icarus / The Trooper.

Terimakasih Deaf Angel. Semoga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang berpanjangan...



Monday, January 8, 2018

Playback 2017 - Incorruptible



Iced Earth - Incorruptible (2017)

Lama sebenarnya dah tinggal Iced Earth ni. Kali terakhir yang betul-betul dengar adalah ketika Matt Barlow masih menjadi vokalis mereka di album Tribute To The Gods (2002). Agak "lost" di zaman Tim 'Ripper' Owens, malah tak ambil tahu juga ketika Matt Barlow kembali menjadi vokalis di album The Crucible of Man (2008).

Tetapi entah mengapa dari suka-suka cuba dengar di spotify tiba-tiba rasa suka pula dengan Incorruptible. Akhirnya terbeli juga cdnya. Nampaknya majoriti band-band lama yang masih aktif telah kembali ke pangkal jalan. Tiada lagi cubaan dan eksperimen. Mereka kembali dengan apa yang sepatutnya. Mereka mungkin berubah tetapi peminat asal tidak. Kita mahukan Iced Earth yang berbunyi seperti Iced Earth. Itulah yang Jon Schaffer berikan.

Iyer, Jon Schaffer adalah Iced Earth dan Iced Earth adalah Jon Schaffer. Dah tak boleh nak ikut dah berapa kali anggota lainnya bertukar. Tetapi selagi dia ada, Iced Earth tetap ada. Saya adalah peminat vokal Matt Barlow tetapi saya cukup berkenan dengan vokalis barunya, Stu Block. Nak kata baru pun ini adalah album ke 3 beliau. Range vokalnya luas . Sangat sesuai untuk lagu-lagu yang thrash mahupun yang power metal malah mampu juga menyanyi falsetto ala King Diamond.


Rasanya sejak beberapa album lepas, Jon Schaffer cuba untuk kembali kepada "Something Wicked This Way Comes". Dan untuk telinga saya rasanya Incorruptible berjaya sampai ke situ. Mungkin tidak sehebatnya tetapi sekurang-kurangnya jika anda sukakan "Something Wicked This Way Comes, pastinya anda tidak akan kecewa dengan "Incorruptible.

Lagu-lagu seperti "Black Flag", "Raven Wings", "The Veil" dan "Brothers" membuatkan kita kembali kezaman kegemilangan mereka di tahun 90an. Tetapi yang menjadi pilihan saya adalah lagu epik 9 minit lebih ala Iron Maiden, "Clear The Way". Memang sedap!

Kesimpulannya ini adalah apa yang saya harapkan dari Iced Earth. Mungkin juga tak cukup dan ada sedikit filler tetapi jika anda peminat Iced Earth zaman Matt Barlow, rasanya ini tidaklah mengecewakan.








Monday, August 22, 2016

The Dark Saga

Yang dah 20 tahun pada 23hb Julai yang lalu.


Iced Earth - The Dark Saga (1996)

Ini adalah antara yang menarik untuk peminat heavy metal di tahun 1996. Album ke 4 Iced Earth yang berdasarkan komik Spawn ini pada saya adalah penyambung nyawa heavy metal di zaman kegelapan pertengahan 90an. Sayangnya saya terlambat mengikuti muzik mereka. Hanya bermula ketika album Something Wicked This Way Comes (1998). Kalau tidak sudah tentu muzik di tahun 1996 tidaklah terlalu bosan sangat untuk saya.

Walaupun ada yang beranggapan Iced Earth telah berubah menjadi lebih melodic dan tidak lagi sekeras seperti 3 album sebelumnya, tetapi bagi saya ianya jauh lebih bagus dari apa yang ada di pasaran pada ketika itu. Mungkin untuk standard Iced Earth, ianya bolehlah dikatakan sedikit perlahan. Tetapi jika anda peminat heavy metal, ianya masih boleh di maafkan.


Bukan thrashing power metal seperti sebelumnya tetapi saya suka melodi lagu lagunya. Mereka masih ada rif-rif thrash pada beberapa lagu rancak mereka seperti The Dark Saga contohnya. Violate dan The Hunter pun bagus. Tetapi lagu di track-track terakhir kecuali A Question Heaven agak kurang menyengat. Tetapi saya cukup tertarik dengan lagu Died For You. Power ballad yang memang power!!!

Terbaik dari Matt Barlow. Suka atau tidak, tiada siapa yang boleh menafikan yang The Dark Saga adalah antara persembahan vokal terbaik beliau.