Showing posts with label Paul Gilbert. Show all posts
Showing posts with label Paul Gilbert. Show all posts

Tuesday, June 17, 2025

Racer X

Dah lama tahu tentang Racer X terutamanya kerena mereka adalah band asal Paul Gilbert. Tetapi entah kenapa perasaan untuk mendengar mereka itu tiada. 

Hanya mula mendengar mereka ketika zaman MP3 di awal 2000an. Album Street Lethal (1986) dan Second Heat (1987), tetapi tak ada rasa tertarik. Mungkin kerana keadaan dan masa yang tidak bersesuaian. 

Tetapi percubaan mendengar semula mereka pada masa sekarang menghasilkan satu perasaan yang lain. Faktor usia mungkin memainkan peranan. Semakin berusia semakin banyak bernostalgia. Muzik cara lama yang mengimbau kenangan zaman remaja lebih mudah untuk meresap perasaan.

Hasilnya...dari sekeping cd ketika beberapa bulan yang lalu telah beranak pinak menjadi 5. Cukup sudah kesemua album studio mereka berjaya di miliki. Tak sangka agak mudah juga untuk mendapatkannya. Dan kesemuanya di beli di Shopee dengan majoritinya adalah harga rahmah yang tak sampai pun RM30.

Dan yang terkini mendapat pula sekeping album live mereka. Bahaya ni. Harap tak lah beranak pinak (ada lagi 3 album live  mereka yang lain 😁)...


Thursday, August 10, 2023

The Dio Album

 Antara album terbitan 2023 yang dimiliki...

Paul Gilbert - The Dio Album (2023)

Saya tak pandai bermain muzik. Naik main gitar pun tangan bangku. Disebabkan itu memang jarang membeli album instrumental. Rasanya tak sampai 3 pun di dalam simpanan. Tetapi yang ini ada sedikit pengecualian. Mat Rock memang jarang tak minat Ronnie James Dio.

Secara ringkasnya album ini adalah album tribute Paul Gilbert kepada Dio. Lagu-lagu yang dipilih adalah lagu-lagu kegemaran beliau dari zaman Rainbow, Black Sabbath dan Dio

Semua alatan muzik kecuali drums dimainkan oleh beliau sendiri. Malah bahagian vokal juga. Tetapi ianya bukanlah menggunakan suara, sebaliknya semua bahagian melodi suara dimainkan dengan gitar. 

Sususan muziknya hampir sama seperti asal. Mungkin beliau juga memberikan tribute kepada gitar hero beliau (Ritchie Blackmore, Tony Iommi dan Vivian Campbell) dengan cuba bermain seperti yang asal.

Tak ada siapa yang boleh menyangkal kehebatan Paul Gilbert. Percubaan beliau meniru melodi vocal Ronnie James Dio sememangnya berjaya. Ianya sebuah album khas untuk peminat tegar beliau. Jika anda hanya sekadar pendengar kasual, seeloknya dengar sahaja versi yang asal.