Showing posts with label Skid Row. Show all posts
Showing posts with label Skid Row. Show all posts

Friday, March 28, 2025

Remembering my youth - 30th anniversary.

Skid Row  - sUBHUMAN rACE  (28/03/1995)

Ramai la geng yang minat "I remember You" tak boleh masuk dah bila mereka keluar dengan  album "Slave To The Grind". Bila tiba yang ni lagi la dorang pening. Skid Row menjadi semakin berat.

Ini adalah zaman yang saya terus beli cd. Dah kurang beli kaset. Versi lp ini pula adalah dari boxset The Atlantic Years.

Nantilah ada rezeki mungkin akan di"gila format"kan.


Friday, August 2, 2024

Child Within the Man

 Lagi album baru terkini di pasaran...

Sebastian Bach - Child Within the Man (2024)

Tak pernah beli apa apa album pun dari Sebastian Bach semenjak beliau keluar dari Skid Row. Bukan tak berminat cuma tak rasa terpanggil untuk beli dan tak terjumpa pula di jual di depan mata.

Berbeza kali ini. Mungkin promosinya sampai. Rasa terpanggil untuk mencuba dan tak sangka ianya bagus. Mulanya rasa biasa sahaja tetapi mula rasa tertarik bila masuk pendengaran kali kedua dan ketiga. Ternyata ianya sebuah album yang "grower".

Sebastian Bach masih seperti dulu. Beliau tidak menjadi "mellow" seperti sesetengah penyanyi yang lain bila meningkat usia. Masih rock n roll masih metal. Kolaborasi beliau dalam 3 lagu bersama 3 gitaris (John 5, Orianthi dan Steve Stevens) juga idea yang menarik. Steve Stevens memang tidak menghampakan. Solo dia sedap.

Secara keseluruhannya memang sangat menghiburkan. Ada beberapa lagu yang mengingatkan kita kepada Skid Row. Dan lagu baladanya, To Live Again pun sedap.

Ini adalah jawapan tepat Bach kepada album terbaru Skid Row tahun lepas. Dua-dua pun bagus tapi zaman dah berubah. Mereka hanya untuk bernostalgia. Tapi kalau mereka nak kaut duit, lupakan ego, buat konsert reunion...pasti "sold out".


Friday, February 3, 2023

The Gang's All Here

Album pilihan 2022

Skid Row - The Gang's All Here (2022)

Dah lama tak ambil tahu perihal Skid Row. Kali terakhir membeli produk album baru dari mereka adalah "Thickskin (2003)". Tanpa Sebastian Bach dan arah tuju muzik mereka yang berlainan membuatkan jadi kurang berminat untuk terus mengikuti album yang seterusnya. 

Desas desus di media sosial yang mengatakan album terbaru mereka telah kembali kepada muzik Skid Row yang asal menyebabkan sedikit rasa teruja untuk mendengarnya. Dan ternyata ianya memang betul.

Scott "Snake" Sabo, Scotti Hill dan Rachel Bolan akhirnya kembali memberikan senyuman kepada peminat asal mereka. "The Gang's All Here" sememangnya membawa kita kembali ke era tersebut. Mendengarnya secara "back to back" bersama "Skid Row (1989)" dan "Slave to the Grind (1991)" seolah-olah ianya dalam satu jangka masa yang sama.

Membawa masuk Erik Grönwall di posisi vokal ternyata satu keputusan yang tepat. Kehebatan vokal beliau yang ada masanya mirip kepada Sebastian Bach ternyata mengembalikan aura Skid Row yang asal.

The Gang's All Here adalah salah satu dari album pilihan Top 10 untuk tahun 2022 saya...


Thursday, September 29, 2022

Gila Format - B-Side Ourselves

Bersempena ulang tahunnya yang ke 30 pada 22hb September yang lalu...

Skid Row - B-Side Ourselves (1992)

Antara yang tak sangka akan di"gila formatkan". Kalau tak pasal kerana piringnya disertakan sekali dalam vinyl boxset The Atlantic Years (1989 - 1996), memang tak akan beli versi lp kecuali terjumpa dengan harga yang murah. Bukan pasal tak minat. Tetapi keutamaan lebih kepada mencari album penuh berbanding EP seperti ini.

B-Side Ourselves adalah himpunan 5 lagu cover dari pelbagai genre rock yang menjadi pengaruh kepada muzik Skid Row. Pernah menulis tentangnya dulu. >SINI<

Versi kaset dibeli pada tahun ianya dikeluarkan. Manakala versi cd pula adalah seperti kebanyakan cd-cd lain yang kononnya adalah versi "upgrade" daripada koleksi kaset. Tak boleh ingat bila dan dimana ianya di beli. Tetapi tak pernah pula terpikir yang ianya pada suatu masa nanti akan menjadi modal untuk ber"gila format".

Antara kenangannya, ia menjadi penyebab untuk saya mendengar muzik Ramones. Sebelum itu sekadar membaca namanya di majalah. Lagu "Psycho Therapy" yang dinyanyikan oleh Rachel Bolan membuatkan saya membeli kaset Ramones kemudiannya.

Ianya adalah berbaloi jika anda adalah pengemar Skid Row atau pun seseorang yang gemar melengkapkan kesemua discography sesuatu band. Tetapi untuk pendengar kasual...cukuplah kot sekadar cuba dengar di youtube ataupun Spotify...



Monday, January 3, 2022

The Atlantic Years (1989 - 1996)

Yang terakhir diterima untuk 2021...


Skid Row - The Atlantic Years (1989 - 1996) vinyl boxset

Bila dapat berita yang boxset ini akan diterbitkan pada 3hb Dec yang lalu, memang tak berfikir panjang untuk terus membuat pre-order. Maklumlah agak sukar untuk mendapatkan versi piring hitam Slave To The Grind dan Subhuman Race dengan harga mampu milik.

Di poskan dari Jerman pada 2hb Dec dan selamat sampai pada 29hb Dec. Antara yang agak lambat kerana biasanya pos dari Jerman hanya mengambil masa 2 atau 3 minggu untuk sampai. Mungkin kesan dari kes Covid-19 yang semakin meningkat di kawasan Eropah.

Saspen juga lah bila dapat surat yang macam ini. Ini adalah pengalaman pertama menerima surat sebegini setelah bertahun-tahun membuat pembelian terus dari luar negara.

Di tambah pula dengan keadaan kotaknya yang hampir barai dan basah lencun. (mungkin ianya terdedah kepada hujan ketika di KLIA). Memang dah terbayang yang buruk. 

Tetapi nasiblah isinya perutnya selamat. Penjual meletakkan satu kotak lain dan gabus didalamnya. Kondisi kotak dan piring hitamnya dalam keadaan tip-top. Lega....

Nanti la bila-bila ada masa lain boleh bercerita tentang kesemua 5 album yang ada didalamnya. Ada yang diantaranya boleh dibuat entri 'Gila Format'.

#hatigembirapoketmenangis


Monday, July 1, 2019

Piring Hitam



Ini adalah beberapa keping piring hitam yang dibeli sepanjang setengah tahun 2019. Ada lagi yang lainnya. Tetapi samada ianya dah pernah dibuat ceritanya ataupun ianya bukanlah didalam senarai kegemaran.

Tetapi yang 4 ni memang beli kerana minat. Lama dah cari tetapi baru ni dapat dengan harga yang mampu milik. Kononnya nak buat gila format. Sayangnya 3 daripada 4 album di atas tak tau kemana dah hilang kaset-kasetnya. Yang Waysted tu memang tak ada, Dulu pun sekadar pinjam kawan - kawan.

Makanya kalau ada yang nak jual kaset-kaset di atas, roger-roger la yer...😀



Saturday, February 2, 2019

Skid Row

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 24hb Januari yang lalu


Skid Row - Skid Row (1989)

Umur 18. Darah remaja. Hidup simple. Dunia kita yang punya. Tak pikir masa depan. Memang kena betul dengan lagu-lagu seperti 18 & Life, Youth Gone Wild dan Piece of Me. Ia sememangnya anthem anak muda pada ketika itu. Sekurang-kurangnya itulah yang saya rasa.

Majalah Metal Edge Vol 33 No 12 June 1989

Kali pertama tahu pasal Skid Row melalui artikel dari Majalah Metal Edge. Kisah janji setiakawan Jon Bon Jovi dan Dave The Snake Sabo. Terjumpa pula kasetnya di kedai kaset di Komtar, JB. Dan ianya terus menjadi antara album kegemaran sehingga kini. Memang hafal dari kulit ke kulit. (Sayangnya kaset tersebut dah hilang ntah kemana )


Mereka walaupun berada di dalam kelompok hair/glam metal, tetapi muzik mereka tidaklah terlalu pop seperti Poison. Ini antara band yang tak malu nak mengaku minat walaupun kita berada dikalangan rakan-rakan thrasher.

Dah 30 tahun dah. Album yang dah tua apatah lagi tuan punya blog. Tetapi dalam hati masih tetap dengan 18 & life dan youth gone wild... 😀



Tuesday, March 31, 2015

sUBHUMAN rACE

Yang menyambut ulangtahun ke 20 pada 28hb Mac yang lalu.


Skid Row - sUBHUMAN rACE (1995)

Salah satu lagi cd terawal dalam koleksi. Sememangnya tahun 1995 adalah tahun saya mula mengumpul cd berbanding kaset. Dibeli di Plaza Kotaraya JB. Sememangnya pada zaman tersebut boleh dikatakan hampir hari-hari selepas balik dari kerja (kecuali time berdating) melepak di kedai kaset di Plaza Kotaraya. Maklumlah ofis pun di bangunan berdekatan. Kadang-kadang time berdating pun sempat juga menyinggah ke kedai kaset...hahaha..

Saya sememangnya peminat Skid Row. Sayangnya 1995 bukan lagi zaman mereka. sUBHUMAN rACE sekadar meduduki tangga ke 35 dalam carta Billboard berbanding album sebelumnya "Slave to the Grind - 1991" yang berjaya menduduki no 1.



Muzik mereka tidak terpengaruh dengan grunge. Tetapi yang mengharapkan lagu-lagu seperti "I Remember You" pasti tak akan suka. Skid Row telah berubah. Tetapi bukan ke arah grunge atau pop seperti kebanyakan band-band rock/metal 80an. Sebaliknya mereka berubah menjadi band yang lebih berat. Sound yang lebih aggresive dan metal. Tak banyak band yang begini. Yang saya boleh terfikir mungkin Pantera.

Jika anda mahukan straight heavy metal 90an yang aggresive, harsh, angry bukannya meleweh depressing gloomy sound, Inilah yang patut anda cari. Memang tiada dah lagu-lagu radio friendly ala "Wasted Time" ataupun "In a Darkened Room". Sayangnya inilah album terakhir Sebastian Bach bersama mereka. Dan sehingga kini memang tiada ura-ura dia nak kembali bersama.






Monday, October 14, 2013

Thickskin

Diam tak diam dah 10 tahun..


Skid Row - Thickskin (2003)

Menukar vokalis tidak seperti menukar gitaris. Impaknya memang berbeza. Tambahan pula bagi band yang sudah ada nama. Lagi parah bila mereka mengubah arah tuju muzik mereka. Thickskin mengingatkan saya kepada album Motley Crue 1994. Menunggu lama akhirnya rasa kecewa.

Thickskin bukanlah Skid Row yang kita kenali semasa era album Skid Row (1989), Slave to the Grind (1991) atau Subhuman Race (1995). Graf peningkatan semakin heavy setiap album terbantut dengan Thickskin. Kali ini mereka benar-benar kedengaran seperti modern rock. Banyak lagu-lagu yang terutamanya mid tempo mengingatkan saya kepada band2 modern rock awal 2000 seperi Creed, Staind, Nickelback, Matchbox 20, Three-Doors-Down dan lain lain yang seangkatan dengannya.

Bukanlah nak kata lagu-lagunya tak sedap. Lagu-lagunya bagus. Tulang belakang Skid Row yang menghasilkan lagu-lagu klasik Skid Row seperti Rachel Bolan dan Dave "The Snake" Sabo masih ada. Mereka masih berkemampuan menghasilkan lagu-lagu yang melodic dan sedap. Solo gitar Scotti Hill pun masih ada walaupun kurang menyengat. Tetapi menukar hala tuju muzik secara mendadak hanya kerana untuk kekal relevan adalah sesuatu yang tak dapat di terima oleh majoriti peminat mereka termasuk lah saya.

Hasilnya Skid Row terperangkap di tengah-tengah. Tidak dipedulikan oleh generasi muda kerana dikaitkan dengan glam metal dan dipinggirkan oleh generasi lama kerana telah berubah arah. Sayang sungguh. Kerana album ini memang bagus sebenarnya. Kalau betul promosinya, ia boleh pergi jauh. Sememangnya ianya jauh lebih bagus dari mana-mana album band modern rock ketika itu.


Bayangan Sebastian Bach memang tak dapat dihilangkan. Tak pasti kenapa mereka merakamkan kembali lagu "I Remember You" dalam versi laju ala Punk. Johnny Solinger bukanlah lawan Sebastian Bach. Jauh....Dan saya kecewa tiadanya solo feeling mendayu Scotti Hill dalam lagu tersebut.

Banyak juga lagu yang sedap. Terutamanya lagu-lagu mid tempo seperti "Ghost", "Born a Beggar" dan "See You Around". Lagu-lagu begini mengingatkan saya kepada Creed dan band-band modern rock yang lainnya. Satu-satunya lagu yang betul-betul perlahan adalah "One Light". Bayangkan jika Sebastian Bach yang menyanyikannya. Pasti lebih sedap. Manakala yang heavy saya lebih tertarik dengan lagu "Thick Is the Skin". Sound dan riff berat metal alaf baru.

Kesimpulannya Thickskin adalah sebuah album modern rock yang cemerlang. Memang bagus dan sedap. Tetapi jika anda mengharapkan ianya sebuah album Skid Row era Sebastian Bach, anda seperti juga saya...akan merasa kecewa.




Wednesday, April 18, 2012

B-Side Ourselves

20 tahun yang lalu...salah satu band kegemaran aku meriliskan EP ni...



Skid Row - B-Side Ourselves (1992)

Ok...jangan nak bandingkan ni ngan Garage Days Re-Revisited....yang tu memang klasik...tapi yang ni pun boleh tahan...

iyer ni hanyalah sebuah EP...lagu kaver...5 lagu jer pun...tak sampai pun 20 minit...tapi aku suka...tak kisah la kalau nak kata aku bias pun...pasal aku memang kipas susah nak mati Skid Row zaman Sebastian Bach...yang menariknya pada aku cuba korang perhatikan lagu2 yang doarang pilih untuk dikaver...

Psycho Therapy (the Ramones)
C'Mon and Love Me (KISS)
Delivering the Goods (Judas Priest)
What You're Doing (Rush)
Little Wing (Jimi Hendrix)

Semuannya menunjukkan yang Skid Row ni mempunyai pelbagai pengaruh...dari Punk (Ramones) ke hard rock (KISS), metal (Judas Priest), progressif (Rush) ke gitar hero (Jimi Hendrix)...dan yang lebih menariknya lagu2 yang di pilih pun bukanlah lagu2 yang biasa bagi kumpulan2 tersebut...ambik contoh KISS la...sapa la sangka dalam banyak2 lagu best KISS...dorang pilih yang kurang glamer macam ni...



Aku rasa kesemua lagu2 ni dorang bawak dengan baik...cara Skid Row..."Little Wing" tu pun bukannya senang nak kaver...patut bagi pujian untuk Scotti Hill...ok ada orang cakap Sebastian Bach nyanyi lagu ni tak sedap...tak soul....tapi jujurnya aku cakap...aku tabik permainan gitar Jimi Hendrix....tapi dari segi vokal...aku rasa dia kurang...so aku takder masalah dengan cara Sebastian Bach bawak....ada soul ker tak soul...benda ni semua subjektif....dan perlu di ingat...aku memang bias...heheh...

Tapi yang paling aku tak lupa pasal lagu "Psycho Therapy"...ni Rachel Bolan yang nyanyi....kaver ni punya pasal buat aku teringin nak dengar Ramones...siap beli kaset Acid Eaters lagi...padahal sebelum tu bukannya aku tak pernah dengar pasal Ramones...tapi tak pulak rasa teringin nak dengar...senang betul di pengaruh...heheh....



Satu lagi yang aku nak cerita pasal lagu "Delivering the Goods"...rakaman live duet ngan Rob Halford....korang boleh dengar Sebastian Bach jerit  "I love this guy!!" pada Rob Halford...tak pasti pulak dia tergamak tak nak cakap macam tu kalau dia tau pada masa tu yang Rob Halford tu gay...pasal masa zaman tu kan ada kontroversi Sebastian Bach  pakai baju anti gay....heheh...

Apa2 pun...ni memang untuk die hard Skid Row...tapi pada yang lainnya pun takder hal...cd EP pun biasanya murah jer....kecuali la kalau dah capai tahap rare macam Garage Days Re-Revisited tu kan...



Wednesday, July 22, 2009

Slave To The Grind

Sebenonya aku nak review 1st album Skid Row...tapi disebabkan untuk tidak menghampakan permintaan dari pengantin baru kita yang tak berapa nak baru tu iaitu En Jairo...so ok la...album ke 2 dari Skid Row...Slave To The Grind..




Nak tau sejarah atau siapa Skid Row...ni untuk yang bukan kaki rock la kan..klik je kat sini..

STTG adalah satu album rock yang heavy (tolak yg 3 lagu slow tu la)..jauh lebih berat kalau nak dibandingkan dengan album pertama dorang..Tidak seperti kebanyakan band lain yang makin slow dengan setiap kemunculan album baru...Skid Row pulak sebaliknya...semakin heavy setiap album sehingga album Ke 3 Subhuman Race(album last Sebastian Bach bersama mereka)..

Teringat aku dizaman ITM dulu...ada sorang kawan peminat tegar Aerosmith meminjam kaset STTG aku untuk preview sebelum dia buat keputusan untuk beli atau tidak..(zaman tu tak der internet untuk disedut buat preview..untung zaman sekarang kan)...dia mengharapkan adala lagu2 yg ala2 18 & Life...tapi lepas je dengar 3 lagu awal...dia serender...heavy sangat la... tak masuk katanya...haha..gitu la summary untuk album ni...memang heavy...tapi bukan la heavy tu maksudnya heavy macam death metal tu...tapi straight heavy metal la..ala2 Guns N Roses 'Appetite For Destruction'..



Bagi aku walaupun Dave 'The Snake' Sabo bukanlah seorang gitar hero...tapi beliau sentiasa dapat menghasilkan rif-rif dan melodi yang best untuk Skid Row..tambah pulak dengan lirik2 Rachel Bolan yang menarik walaupun kali ni kurang anthem kemarahan remajanya seperti di 1st album...tapi lebih berkisar kepada tema yg lebih luas seperti politik, dadah dan kritikan sosial..

Vocal Sebastian Bach memang tidak boleh dinafikan la..antara vocalist terbaik genre heavy metal..live pun sebijik...memang aku suka vocal dia...tu pasal bila dia blah...Skid Row dah jadi tak best..walaupun aku suka Rachel Bolan...nampak cool ajer ngan anting2 berantai kat hidung tu..haha..

3 lagu pertama Monkey Business,Slave To The Grind dan The Threat memang best..tak senang duduk dibuatnya layan lagu heavy macam gini..tak perasan kepala terhanguk2..hehe..manakala Get The F**k out (lagu ni kalau edited version cd tak der...ganti lagu lain) sekadar filler..aku kurang berminat..tu pasal dorang pun tak kisah kot lagi ni kena edit..lain2 yg heavy yang menarik hati aku adalah Psycho Love,Creepshow dan Mudkicker..

Antara 3 lagu slow dalam album ni...Wasted Time la paling best...suara Sebastian lunak je menusuk kat telinga aku..In Darkened Room pun boleh tahan...Sebastian ni lagi slow ker heavy ker...memang masuk la..cuma Quicksand Jesus jer...bukan tak best...tapi kalau nak kena pilih...ni pilihan terakhir la...tapi kalau korang nak harap balad ala2 I remember You macam kat 1st album memang takder la...balad kali ni agak kasar sikit soundnya..



Kesimpulan...album ni memang menarik...kalau tak...tak kan boleh capai no 1 kat Carta Billboard kan (yang pertama oleh band metal di era 90an...lepas tu baru Metallica,Pantera dan GnR menyusul...zaman ni tengah gila NKOTB kan...huhu)...cuma ianya bukan untuk orang yg berjiwa Aerosmith (macam kawan aku tu...hahaha)

*gambo sedikit kelam kerana percubaan mengambil gambo tanpa silau diwaktu malam tanpa flash..hehe

*latar belakang gambo dgn complete discography era Sebastian pula adakah untuk tujuan riak skid rowi..huhuhuhu..