Showing posts with label rekomended. Show all posts
Showing posts with label rekomended. Show all posts

Sunday, October 24, 2021

Malaya - P. Ramlee and Saloma sing popular music of the Far East

 Antara yang baru dibeli...

P. Ramlee & Saloma - Malaya P. Ramlee and Saloma sing popular music of the Far East (Reissue / Remastered 2021)

Sebuah album lama yang dikeluarkan semula oleh sebuah syarikat yang berpengkalan di UK. Asalnya diterbitkan pada tahun 1960. Ianya adalah kali pertama di terbitkan dalam format cd.

Satu yang menarik tentang cd ini adalah dari segi sound. Walaupun ianya adalah rakaman yang dah berusia lebih dari 60 tahun tetapi bunyinya sangat bersih.Mendengarnya seolah-olah ianya adalah rakaman baru bukannya rakaman dari tahun 1960. Memang sedap.

Harapnya akan ada lagi terbitan-terbitan berkualiti seperti ini. Sayangnya agak terlambat untuk membeli versi piring hitam. Ianya dah pun "sold out". Kalau tak, tentu seronok kalau ianya dihadiahkan kepada abah. Lama dah beliau mencari piring hitam P. Ramlee. Tapi tak pernah terjumpa dengan harga yang mampu milik.


Wednesday, January 2, 2019

The Sound Of Perseverance

Tahun 2018 dah habis dah. Banyak perancangan cerita perihal ulang tahun album gagal untuk di tulis. Tuan punya blog semakin malas dan tak cukup masa. Faktor umur pun mungkin iyer juga. Habiskan sedikit mana-mana yang tersangkut dalam draf. Jom layan antara album kegemaran dari 20 21 tahun yang lalu...


Death - The Sound Of Perseverance (1998)

Progressive Technical Death Metal? Tak kisah la apa genrenya. Yang penting telinga dan hati berkenan. Solo-solo berhantu dan rif yang melodic. Permainan muzik tahap tinggi. Memang lazat. Cover Judas Priest - Painkiller antara yang terbaik pernah dihasilkan.


Tak kisah la kalau ada yang kata ini bukan death metal yang sebenar. Vokal Chuck dah lain. Tapi memetik kata seorang peminat...

This album is not death metal. It is Chuck Schuldiner!

Thank for the music Chuck. Rekomended!


Thursday, September 13, 2018

Prequelle

Antara cd yang menarik untuk tahun ini...


Ghost - Prequelle (2018)

Sedap. Tu jer kot nak cakap pasal album ni. Tak kisahlah kalau ianya dah terlebih pop berbanding album-album yang lalu. Terlebih Depeche Mode atau Pet Shop Boys juga. Pengaruh rock 80an nya juga memang kuat. Melodinya memang catchy. Sekali dengar dah menangkap kat kepala.


Produksi bersih. Sound mantap. Kemas. Kisah apa kalau ianya kurang metal. Semestinya salah satu album terbaik untuk 2018. Period!


*best betul dorang cover It's A Sin (Pet Shop Boys)...walaupun Gamma Ray punya versi lebih metal...tapi yang ni lebih Pet Shop Boys dari Pet Shop Boys...haha..



Sunday, September 2, 2018

The Keeper Of The Seven Keys Pt 2

yang dah 30 tahun pada 29hb Ogos yang lalu...


Helloween - The Keeper Of The Seven Keys Pt 2 (1988)

Sebuah lagi album yang membuatkan rasa diri ini dah tua...haha...

30 tahun dah rupa-rupanya. Rasa macam baru semalam. Cepat betul masa berlalu. Masih tak rasa jemu-jemu mendengarnya. Antara album yang masih dimainkan cdnya sehingga kini. Dari zaman muda remaja hingga dah nak jejak umur boleh keluar KWSP...hahaha...

Rasanya tak perlu kot nak ulas pasalnya. Ini memang album lagenda. Pernah menulis pasalnya 9 tahun yang lalu. Zaman tengah bersemangat menulis blog. Nak baca klik >SINI<


Memang banyak kenangannya. Terutamanya ketika zaman menuntut di ITM Caw Segamat. Antara kaset kesayanagan. Memang pantang nak bagi orang pinjam. Antara yang sering berputar dalam walkman untuk peneman study. Inlaynya pun dah naik lunyai.

T-shirt dengan gambar cover album ini pula adalah tshirt band rock pertama yang di beli di Rock Station, Komtar, JB. Ianya juga jadi penyebab bermulanya t-shirt tidak berkolar tidak dibenarkan untuk dipakai di ITM Segamat. Terserempak dengan pengetua ITM ketika menuggu bas untuk keluar ke bandar. Beliau dengan muka nak marah berkata "Baju apa ni?". Esoknya satu surat pekeliling dikeluarkan yang semua pelajar tidak dibenarkan lagi untuk memakai tshirt tidak berkolar jika hendak keluar bandar...hahaha...kalau zaman sekarang pun masih ramai yang memandang serong bila kita memakai tshirt rock hantu...apatah lagi 30 tahun yang lalu...hmmm. 😁


Tetapi yang paling best sudah semestinya dapat menyaksikan mereka secara langsung pada bulan April yang lalu. Memang tak sangka lah dapat tengok dan dengar lagu Dr Stein, March Of Time, Eagle Fly Free, Keeper Of The Seven Keys dan I Want Out di mainkan secara langsung di depan mata. Tak kisah lah walaupun dah botak dan berperut buncit. Kita yang dulu-dulu remaja pun dah tua...apatah lagi mereka...



Monday, August 27, 2018

... And Justice For All

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 25hb Ogos..


Metallica - ... And Justice For All (1988)

30 tahun dah...cepat betul masa berlalu. Masih teringat-ingat kali pertama mendengarnya. Antara kaset asli yang terawal di beli. Penghujung 80an adalah tahun-tahun yang kebanyakan kedai-kedai kaset mula menjual kaset asli. Kalau tak silap harganya dalam RM9 untuk kaset melayu dan RM11 untuk kaset orang putih.

Ini adalah kaset kedua Metallica saya selepas Garage Day Re-Revisited. Antara album yang membuatkan saya mula terjebak dengan muzik yang lebih ekstrim. Mula tahu perkataan thrash dan membuka ruang untuk mula menjejaki band-band thrash yang lainnya.

Sebuah album yang bagus biasanya memerlukan lagu pertama yang terus boleh memberikan mood dan kesan untuk jatuh cinta dengan pendengaran pertama. Ini yang berlaku kepada saya dengan track pertama, Blackened. Sudah semestinya ini adalah antara album kegemaran.


Ianya juga adalah antara cd kegemaran untuk dimainkan didalam kereta apabila saya mula berkereta dan mempunyai cd changer. Zaman tu sekitar pertengahan tahun 90an, kereta masih belum mempunyai pemain cd. Cuma ada kaset player. Nak main cd dalam kereta kena beli cd changer. Ianya dipasang di bonet belakang dan boleh diletakan paling maksimum 12 keping cd sekaligus. Generasi K-Pop zaman sekarang pastinya tak boleh terbayang macamanalah rupanya yer...haha... Sekarang kereta model baru pun dah tak ada cd player. Semua pun dah pakai usb untuk dengar mp3. Generasi cd sememangnya semakin pupus.

Produksi dan sound AJFA walaupun tanpa bunyi bass yang berdentum dah cukup untuk membuatkan rasa nak gugur jantung bila mendengarnya dengan full blast dalam kereta. Kena pula zaman tu zaman kemaruk modified sound sistem untuk kereta. Memang berdentum dentum bunyi ketukan drum Lars Ulrich.


Untuk saya ini adalah album terbaik yang terakhir yang dihasilkan oleh Metallica. Saya kurang gemar dengan album-album yang selepasnya. Mereka berubah dan ianya bukan pun salah mereka. Mungkin peminat seperti saya yang tidak mahu berubah. Selera muzik masih tersangkut di era 80an....





Wednesday, April 11, 2018

Seventh Son of a Seventh Son

Ulangtahun ke 30 pada hari ini, 11hb April...


Iron Maiden - Seventh Son of a Seventh Son (1988)

Cepat betul masa berlalu. 30 tahun dah rupa-rupanya. Kenangan membeli dan mendengar album ini buat kali yang pertama 30 tahun yang lalu masih segar dalam ingatan. Kasetnya yang asal pun dah hilang ntah kemana.

Ini adalah album Iron Maiden yang kedua selepas Somewhere In Times didengar pada tahun ianya dikeluarkan. Sudah tentu-tentu ianya banyak kenangan. Kenangan tahun terakhir persekolahan. Zaman kemaruk rock. Topik perbualan pun tak pernah lari dari cerita muzik rock. Kisah awek kelas sebelah lima minit, berbual kisah Iron Maiden 15 minit...haha...


Ini adalah antara tahun yang muzik rock dan heavy metal betul-betul berada di kemuncak. Sampaikan TV3 pun sering kali memutarkan video clip "Can I Play With Madness" sebagai selingan. Sempat juga lah merakamnya dalam tape video VHS. Tengok berulang ulang kali tanpa jemu. Walaupun video clip tersebut tak nampak sangat pun wajah anggota band. Tapi dapat tengok Iron Maiden kat tv arus perdana pada ketika itu memang rasa dah best sangatlah. Maklumlah zaman Tok Mat dan tak ada youtube.


Tak boleh dinafikan, ini adalah antara album kegemaran. Semua lagu pun sedap. Tetapi apa yang pastinya, Seventh Son Of A Seventh Son adalah permulaan muzik Iron Maiden berubah menjadi lebih progressif.


Rekomended!



Thursday, April 5, 2018

Thundersteel

Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada 24hb Mac yang lalu...


Riot - Thundersteel (1988)


Kalau sebut "speed metal" selain album-album awal Helloween, ada 2 album lain yang cukup melekat di dalam kepala. Satunya adalah "Painkiller" dari Judas Priest manakala yang satu lagi adalah album ini.

Memang lazat. Laju tetapi dalam masa yang sama cukup melodic. Sekali dengar melodinya dah menangkap. Jika anda sukakan heavy metal 80an, Ianya sememangnya sesuatu yang perlu anda cuba. Sangat rekomended!


Sayangnya album ini agak kurang promosi. Tak ramai yang tahu. Riot sendiri berubah dengan album ini. Mereka asalnya lebih kepada muzik hard rock. Tetapi gitaris mereka, Mark Reale (satu-satunya anggota asal yang tinggal) mengubah Riot menjadi heavy/speed metal. Makanya tanpa promosi yang meluas, peminat metal tak tahu pun yang Riot versi Mark Reale telah menjadi sebuah band yang lain.

Mendengarnya semula sekarang memang rasa kagum yang muzik sebegini ditulis dan dimainkan pada 30 tahun yang lalu. Susah dah nak jumpa muzik sebegini sekarang. Vokal Tony Moore pun banyak membantu. Thundersteel adalah sebuah album klasik heavy metal yang perlu didengari oleh generasi masa kini.

Rekomended!                                                         





Wednesday, February 28, 2018

Somewhere In Time (russian press cd)

Saja nak kongsi apa yang dapat dari Encik Posmen semalam.


Iron Maiden - Somewhere In Time (Russian digipak bootleg mini-lp based on the Japanese vinyl pressing)


Tak support pirate. Tapi pirate yang ini memang berbaloi. Di datangkan dalam bentuk digipak siap dengan obi strip. Memang sebijik bulat-bulat diciplak dari versi pring hitam cetakan Japun.


Digipaknya ada jaket di kiri dan kanan. Sebelah untuk cd dan inlay yang lengkap manakala sebelah lagi adalah untuk poster, lirik dan write-up berbahasa Jepun. Memang cantik dan detail buatannya. Cdnya pula sebiji dengan versi remastered tahun 90an.


Rasanya versi cd ini di Jepun pun tak wujud. Memang best ciplak buatan Russia ni. Sangat berbaloi-baloi untuk peminat Iron Maiden. Tambah pula bila ianya adalah album kegemaran sepanjang zaman.


Tambah satu lagi keluarga Somewhere in Time. Dah ada yang asli...so kira boleh maaflah bila ada yang pirate..hahaha...

Apa-apa pun terimakasih Deaf untuk cd ini.






Friday, October 20, 2017

Melissa

Akhirnya...berjaya juga dimiliki...


Mercyful Fate - Melissa (1983)

Semenjak timbulnya minat untuk mengumpul cd-cd King Diamond / Mercyful Fate, ini adalah antara cd yang terawal di cari. Sayangnya agak sukar juga nak jumpa dengan harga yang mampu milik. Terimakasih kepada seorang rakan yang membantu mencari sehinggakan cd ini berjaya juga dimiliki.

Album yang ada kenangannya seperti ini memang rasa teruja bila dapat beli. Ianya pengalaman pertama penulis mendengar King Diamond di sekitar tahun 1987 ataupun 1988. Teringat kenangan mendengar lagu Melissa waktu tengah malam dalam gelap tanpa membuka lampu. Suara mengilai King Diamond memang menyeramkan.

Pada ketika itu penulis memang rasa takut untuk mendengar mereka. Dah lah liriknya pasal setan. Memang rasa inilah band yang paling setan. Itu adalah antara puncanya tak membeli kaset mereka pada ketika itu. Tetapi dalam takut-takut tu dengar juga. Maklumlah lagu-lagunya sedap. Melodic dengan solo-solo gitar yang memang berhantu.



Rasanya lagu Melissa tu adalah antara lagu wajib untuk budak -budak rock zaman tu. Kalau dengar melodi, sound dan susunan muziknya memang boleh agak pengaruhnya kepada banyak band-band rock melayu pada zaman itu.

Contohnya, lagu Melissa - Helter Skelter. Mesti tajuk tu di ambil dari album ni. Jangan cakaplah ianya pasal Melissa Saila walaupun zaman tu dia tengah hot...haha...Tapi Helter Skelter biasalah...mana nak ngaku..."Tiada Lagi Airmata" pun katanya hanya satu kebetulan...huhu...

Rekomended!






Thursday, August 3, 2017

Hysteria

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada hari ini, 3hb Ogos...


Def Leppard - Hysteria (1987)

30 tahun dah. Lagi album yang banyak kenangan silam. Dulu masa kali pertama dengar memang rasa berbeza. Bagi sesiapa yang bermula dari sini memang tak akan sangka yang mereka adalah seangkatan dengan Iron Maiden dalam memulakan pergerakan NWOBHM. Hysteria memang tak ada sound NWOBHM. Malah ianya langsung bukan heavy metal.

Def Leppard memang banyak pengaruhnya kepada budak-budak rock zaman 80an. "Foolin" tu kira lagu wajib. Bila Hysteria keluar memang rasa pelik. Sangat Pop. Tapi dalam masa yang sama memang sedap. Tiada lagi pengaruh ACDC. Mereka dah jumpa sound dan trademark yang tersendiri. Mungkin juga kerana keadaan fizikal Rick Allen. Mereka kini lebih santai, melodic dan yang penting lagu-lagunya memang mudah melekat dalam kepala.


Hysteria membawa mereka ke puncak. 25 juta unit terjual. 7 hits single. "Women" (no 80 carta Billboards), "Rocket" ( no 12 carta Billboards), "Animal" (no 19), "Pour Some Sugar on Me" (no 2), "Armageddon It" (no 3), "Hysteria" (no 10) dan yang paling berjaya "Love Bites" (no 1 dalam carta Billboards). Rekod yang sukar nak diulangi oleh mana-mana band termasuk mereka sendiri.

Malah lagu-lagu yang tak jadi single macam "Don't Shoot Shotgun", "Run Riot" dan "Gods of War" pun sedap. Ini memang betul-betul album yang "All killer no filler".


Ianya juga penampilan terakhir Steve Clark. Aura Def Leppard memang tak sama selepas ketiadaan beliau. Ingat lagi dulu-dulu agak sukar juga nak bezakan solo Steve Clark dan Phil Collen. Tapi dengan adanya Encik Google, segalanya di hujung jari...

WomenPhil – Steve does a solo during the final chorus, then Phil again for the ride out
RocketPhil and Steve
AnimalPhil
Love Bites Steve
Pour Some Sugar On MeSteve and Phil, Steve does ride out
Armageddon ItSteve main solo, Phil ride out
Gods Of WarSteve
Don’t Shoot ShotgunSteve
Run RiotPhil
HysteriaSteve and Phil, Steve does ride out
ExcitableSteve and Phil
Love And Affection Phil main, Steve does ride out


Apa-apa pun album ni memang terbaik. Tak mampu pulak nak beli edisi Hysteria [5 CD/2 DVD] - 30th Anniversary tu. Ada cd yang asal ni pun jadi la....

Rekomended!




Friday, July 21, 2017

Appetite for Destruction

Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada hari ini, 21hb Julai...


Guns N Roses - Appetite for Destruction (1987)

Siapa-siapa yang ikut blog ni dari awal pastinya tahu yang saya peminat Guns N Roses. Malah 2 daripada 4 entri awal (tahun 2008) adalah berkenaan Guns N Roses. Dan inilah album yang mengenalkan saya kepada mereka. Dan ianya juga adalah salah satu album kegemaran sepanjang zaman untuk saya. Tak sangka dah 30 tahun. Memang terasa tua dah...


Kenal secara tak sengaja. Tahun 1988, pinjam kaset rakan sekolah. Asalnya pinjam kaset Poison - Look What The Cat Dragged In untuk dubbing. Tapi beliau cadangkan juga yang ini. Sekali dengar terus berkenan. Ianya lebih berat dari band-band glam/hair metal yang banyak saya dengar dan ianya juga berbeza dengan band-band thrash metal yang baru saya kenal pada ketika itu. Muzik yang segar dan lain dari yang lain. Serta merta menjadi album kegemaran dan seterusnya adalah sejarah....


Paling menarik pada ketika itu nama GNR tidak dikenali pun. Seingat saya pada penghujung tahun 88 baru nama mereka meletup-letup. Hebat juga rakan saya tu. Dia lebih dulu kenal GNR sebelum mereka boom di US. Beliau jugalah orang yang mengenalkan saya kepada Metallica. Satu satunya yang berseluar bell bottom di sekolah.

Terjumpa beliau di Facebook beberapa tahun yang lepas. Beliau sudah berubah. Lama dah meninggalkan muzik dan metal. Hanya saya yang tak berubah. Tak tahu nak jadi apa...tapi rock/metal bukanlah suatu kerjaya...mana ada pencennya...hanya rock sampai tua....haha...



Wednesday, March 22, 2017

Among The Living

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada hari ini, 22hb Mac...



Anthrax - Among The Living (1987)

Kalau bercerita perihal Anthrax, ada 2 album yang sangat terkesan di jiwa. Dari segi nostalgianya mungkin State Of Euphoria. Kerana ianya album  (kaset) Anthrax saya yang pertama. Tetapi kalau yang paling diminati sudah tentu-tentunya Among The Living yang menjadi pilihan hati.

Memori pertama tentangnya adalah menonton tape video vhs Oidivnikufesin N.F.V. kepunyaan kawan sekolah. Ketika itu tak pernah dengar pun Among The Living. Malah ianya adalah pengenalan pertama saya kepada Anthrax.

Ada beberapa lagu yang memikat hati ketika menonton video tersebut. Aksi Joey yang memakai headdress ala Red Indian ketika lagu Indians adalah momen yang saya tak boleh lupa bila bercerita pasal Anthrax selain seluar pendek paras lutut mereka dan topi depannya di lipat ke atas yang menjadi ikutan saya.



Tak pernah ada kasetnya. Tak pernah jumpa dan tak pastinya sama ada ianya ada di jual di kedai kaset pada ketika itu. Tak ingat dah dari mana dan siapa punya kaset yang dipinjam. Tetapi yang pentingnya terus jatuh hati bila kali pertama mendengarnya.

Kesemua lagunya sangat catchy. Riffs gitar thrash yang sangat kental. Memang semua lagu boleh hangguk kepala. Mungkin ini adalah salah satu contoh album thrash yang sebenar benarnya.

Lagu lagu seperti "Among the Living", "Caught in a Mosh", "I Am the Law", "Indians" dan lain-lain sehingga kini masih menjadi antara thrash anthem untuk saya.

Rekomended!




Saturday, January 14, 2017

Throwback 2016 - Breaking Bad


Lagi hal duniawi dari tahun lepas. Kalau sebelum ni pasal muzik, kali ini berkenaan siri tv yang digemari sepanjang tahun lalu. Tetapinya ianya bukanlah terbitan tahun 2016...tetapi lebih kepada siri tv yang ditonton sepanjang tahun lepas.

Sebenarnya banyak, tetapi banyak juga yang sekadar 2,3 episod dah give up...tetapi yang ini memang terbaik. Membuatkan rasa tak boleh nak tidur selagi tak abis tengok...

Breaking Bad - Season1 hingga 5 (2008 - 2013)

5 season yang ditonton secara "back to back" sebanyak 62 episode secara keseluruhannya. Sebulan lebih juga nak habis...tapi memang tak akan puas hati selagi tak habis...betul-betul mengujakan...

Breaking Bad Season 1 (2008)

Breaking Bad Season 2 (2009)

Breaking Bad Season 3 (2010)

Breaking Bad Season 4 (2011)

Breaking Bad Season 5 (2012-2013)

Copy paste sipnosis dari imdb..."A high school chemistry teacher diagnosed with inoperable lung cancer turns to manufacturing and selling methamphetamine in order to secure his family's future."


Macamanalah boleh tak perasan cerita ni dulu. Tak pasti cerita ni pernah ditayangkan di Astro ataupun tidak. Saya mengetahuinya melalui cadangan dari page movie di Facebook. Saya tak rasa yang saya berseorangan mengatakan cerita ini sangat menarik. Rating tinggi 9.5/10 di IMDB dan 95% di Rotten Tomatoes mengesahkannya. Jarang jumpa rating yang tinggi sebegini.

Menang banyak anugerah dalam Emmy Awards termasuk Outstanding Drama Series (2013 dan 2014)Outstanding Lead Actor in a Drama Series untuk Bryan Cranston (2008,2009,2010,2014), Outstanding Supporting Actor in a Drama Series untuk Aaron Paul (2010,2012,2014), Outstanding Supporting Actress in a Drama Series untuk Anna Gunn (2013,2014) dan banyak lagi la. Malah MythBusters pun ada buat edisi Breaking Bad Special untuk mereka.


Ada berita yang mengatakan tahun ini akan ada sambungannya. Khabarnya sedang dalam proses pengambaran. Memang tak sabar la nak tunggu...

Sesiapa yang sukakan genre crime dan thriller, ini memang tak boleh anda lepaskan...

REKOMENDED!




Saturday, December 31, 2016

A Matter Of Life And Death

Entri penutup untuk 2016...album yang dah pun berusia 10 tahun...


Iron Maiden - A Matter Of Life And Death (2006)8

Save the best for last...mungkin ianya sesuai untuk entri terakhir tahun 2016. Kalau ikutkan nak buat masa 28hb Ogos yang lalu. Tetapi terlepas pula tarikh tersebut.

Tak mahu tulis panjang. Tetapi yang pastinya album ini jenis "grower". Makin lama dengar makin sedap. Kalau dulu saya katakan di era "3 amigos" paling saya suka adalah Brave New World, tetapi selepas 10 tahun, ada masa dan ketikanya ini adalah album pilihan utama saya.


10 lagu semua sedap. Sampai hari ini masih tak jemu dengan "Different World", "These Colours Don't Run", "Brighter Than a Thousand Suns", "The Pilgrim", "The Reincarnation of Benjamin Breeg", "For the Greater Good of God"....semua la...

Tak syak lagi...inilah album pilihan saya untuk tahun 2006....Rekomended!


btw...selamat tahun baru...semoga 2017 adalah tahun yang lebih baik untuk kita semua...




Tuesday, October 25, 2016

Sweet Charity Boxset

Semalam Rafi Xyrus Zone dah tunjuk dia punya boxset...hari ni blog ni pulak...


Saja nak bakar line pada siapa-siapa yang belum ada...haha..


Lengkap semua album ada termasuklah yang koleksi..koleksi tu penting pasal ada lagu dalamnya yang tiada dalam album yang lain.


Sebenarnya taklah boxset sangat pun. Sekadar kertas lipat yang dimasukkan cd didalamnya. Tetapi bila dah susun semua cd didalamnya...hasilnya jadi cantik la juga...Terbaik!


Bagi sesiapa yang belum ada tu inilah peluangnya. Beli satu-satu pun boleh. Taklah rasa berat sangat banding nak beli sekaligus. Tapi yang pentingnya beli cd "Berita Gempa" dulu untuk dapatkan kotak.


Untuk saya dah cukuplah kot. Dua versi cd dah ada. Lepas ni kalau ada lagi cd reissue Sweet Charity memang tak beli dah...lainlah kalau dalam bentuk piring hitam...tergoda jugak tu...heheh..


Dengan ini kira lengkap dah semua lagu dah ada kecuali "Seri Hari Raya". Harapnya lepas ni ada la pula reissue cd hari raya yang ada lagu tu.



Sweet Charity ni sejarah rock melayu. Sesiapa yang sebaya saya pasti terkesan. Dengan keluarnya cd-cd reissue macam ni sekurang-kurangnya muzik mereka akan terus hidup untuk generasi yang seterusnya.

Tahniah kepada sahabat-sahabat yang berusaha menjayakannya. Tabik!





Monday, October 24, 2016

To Hell With The Devil

Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada hari ini, 24hb Oktober...


Stryper - To Hell With The Devil (1986)

Lagi album kegemaran dari tahun 1986. Seperti yang dikatakan sebelum ini, banyak betul album album rock dan heavy metal yang best di tahun 1986. Sesiapa yang membesar pada masa itu pastinya akan bersetuju. Mungkin itulah zaman kemuncaknya. Terutamanya bagi genre yang dikenali sebagai glam atau hair metal.


Menulis ini sambil menonton video clip "Calling On You". Kali pertama menontonnya di tape video (vhs) "Kerrang! Video Kompilation 2" kira-kira 29 tahun yang lalu.  Video yang mengenalkan saya kepada Stryper. Sejak itu terus menjadi peminat mereka.

Mungkin ada yang was -was dengan lirik mereka. Tetapi muzik mereka bagus. Harmonic vokal dan rif gitar yang sangat catchy. Twin guitar solo antara Ozz Fox dan Michael Sweet yang dasyat. Semua lagu sedap. 30 tahun dengar pun masih rasa sedap. Tak ada satu lagu pun yang tak sedap.


Salah satu album kegemaran saya untuk genre yang sebegini. Album terbaik yang dari mereka. Sangat rekomended bagi yang minat genre heavy/glam/hair metal 80an atau kat Malaysia ni orang panggil Rock Kapak. Terbaik!


*** bandingkan permulaan Dari Kacamata - MAY dan To Hell With The Devil...dapat cam persamaan dia?...