Showing posts with label soundtrack. Show all posts
Showing posts with label soundtrack. Show all posts

Monday, June 19, 2023

Last Action Hero

Yang menyambut ulangtahun ke 30 pada 8hb Jun yang lalu... (runut bunyi bukan cerita wayangnya)..

Last Action Hero: Music from the Original Motion Picture (1993)

Dah pernah tulis dah pasal ni 12 tahun yang lalu. Tetapi secara kebetulan, terjumpa pula cdnya di jual di Shopee.

Apa yang saya boleh ingat filemnya tak lah menarik sangat. Saya menontonnya di panggung. Lupa dah samada Rex atau Lido Johor Bahru kerana panggungnya bersebelahan. (Lama dah pupus 2 panggung ni. Sekarang kat situ dah jadi Zenith / Hotel Suasana). 

Memang teruja nak tengok. Maklum lah pada ketika itu nama Arnold Schwarzenegger sememangnya tengah popular. Filem beliau yang sebelumnya Terminator 2: Judgment Day (1991), memang filem pecah panggung. Sayangnya Last Action Hero sekadar ok ok sahajalah.

Tetapi yang paling diingati tentangnya adalah album soundtracknya. Jarang nak jumpa satu album soundtrack yang hampir keseluruhannya adalah lagu rock. Mungkin juga penangan populariti You Could Be Mine (Guns N' Roses) dalam soundtrack Terminator 2 atau sememangnya genre rock adalah genre utama di dunia pada ketika itu. Mungkinlah...


Kalau nak pilih satu lagu pilihan dari album ini sudah semestinya "Angry Again" dari Megadeth. Best!


Tuesday, June 11, 2019

The Dirt

Cerita pasal filemnya sudah >SINI<  Kali ni pasal cd soundtracknya pula...


Mötley Crüe - The Dirt (2019)

Lebih berminat nak bercerita tentang 4 lagu terbaru dari mereka. Yang lain-lain tu memang dah lagu wajib. Yang biasa dengan Motey Crue memang dah hafal dah. Yang tak berapa nak tahu, boleh juga bermula dengan cd ini. Ini dah kira macam album kompilasi best of juga.


Tapi perlu di ingat, Motley Crue dah lama berubah muziknya. Zaman 80an dari Too Fast for Love (1981) hingga ke Theatre of Pain (1985) membawa ke Dr. Feelgood (1989) pun dah lain muziknya, Inikan pula era John Corabi dan dekad 90an. Menggunakan semula khidmat Bob Rock sebagai penerbit mungkin kerana mereka mahu kembali kepada sound album Dr Feelgood. Album yang paling berjaya dalam sejarah kerjaya mereka.

Ternyata lagu-lagu barunya ada perisa Dr Feelgood. Mungin tak lah sama seratus peratus. Nak kata sedap mungkin melodinya agak catchy. Tetapi untuk peminat Mick Mars, yang sukakan rif rif membunuh yang menjadi iconic dalam lagu-lagu klasik mereka seperti "Shout at the Devil", "Looks That Kill" dan sebagainya tentu akan rasa kurang berminat. Lagu-lagu baru mereka ni rasanya macam kurang umphh di bahagian sound gitarnya. Mungkin zaman dah berubah...


Tapi yang paling rasa kelakar adalah lagu cover Like A Virgin dari Madonna. Macam tak kena. Macam tak masuk kepala asalnya. Tapi bila ulang dengar beberapa kali rasa macam sedap pula 😀. Hmmm...mungkin kerana melodinya memang kuat atau mungkin juga dah terbiasa dengan lagu ini...



Sunday, July 21, 2013

Sgt Pepper's Lonely Hearts Club Band



Sgt. Pepper's Lonely Hearts Club Band (1978)

Ini bukan The Beatles. Tapi filem muzikal yang diterbitkan pada tahun 1978 lakonan Peter Frampton dan adik beradik The Bee Gees (Barry, Robin dan Maurice Gibb). Filemnya teruk kena kritik (boleh cari kat youtube, rating 3.5 jer kat IMDB) walaupun barisan pelakonnya bintang-bintang belaka. Aerosmith, Alice Cooper dan Earth Wind And Fire pun ada. Malah boleh juga tengok Steve Martin ketika muda dan menyanyi pulak tu. Memang filem ini menggunakan lagu-lagu Beatles walaupun tidak ada seorang pun anggota Beatles yang terlibat. Cuma George Martin, producer mereka sahaja yang menjadi producer untuk soundtracknya.

Dah tersebut pasal soundtrack. Entri ini sememangnya bukan nak cerita pasal filemnya. Tapi LP ni...



kondisi kavernya agak teruk...tapi isi perutnya masih ok


Sayangnya LP made ini Malaysia ni (dulu harganya cuma RM6.90) cuma ada satu disc. Soundtrack yang sebenarnya ada 2 disc. Walaupun begitu lagu-lagu penting tetap ada. Menarik juga bila mendengar Peter Frampton, Bee Gees featuring Peter Frampton on guitar, Aerosmith, Alice Cooper malah Earth Wind & Fire membawakan lagu-lagu Beatles. Maklumlah ketika itu zaman disco. Tak kisah lah kalau filemnya flop, tapi siapalah yang tak suka lagu-lagu Beatles kan. Memang best!

Merujuk kepada entri >INI<.  Ianya juga di tujukan kepada mereka-mereka yang deman vinyl dan the Beatles, bolehlah layan album ini semoga demam anda semakin kebah.

heheh...






Friday, April 22, 2011

Last Action Hero

Baru2 ni tertengok pulak cerita Last Action Hero kat Astro...apa yang aku ingat dulu (tahun 1993)...selepas Terminator 2...ini lah filem Arnold Schwarzenegger yang ditunggu2...(serius susah betul nak eja nama mamat ni...siap kena google..heheh..)

Tapi bila filem ni main kat panggung...rasa nyesal lak nengok...memang hampeh...tapi ada satu benda yang aku suka pasal Last Action Hero...soundtrack dia...giler best..



Yang paling aku suka dalam soundtrack ni ialah Angry Again dari Megadeth...Satu lagu ni pun aku rasa dah cukup berbaloi untuk aku beli kaset ni...dan lagu ni memang takder kat mana2 album studio Megadeth kecuali Hidden Treasures dan album kompilasi...Angry Again bagi aku anytime je boleh beat mana2 lagu dari Countdown to Extinction...period!

Lagu lain yang best...Big Gun - ACDC...walaupun aku bukannya fan ACDC...banyak lagu dia susah aku nak hadam....tapi ini antara lagu pop dorang yang aku boleh layan...mungkin pasal terlampau kerap sangat ternengok video klip dia kat MTV tv singapore dulu...

What The Hell Have I - Alice In Chains...ni pun meletup gak kat MTV time tu...tapi aku kurang masuk la...ntah la...lemas aku lagu2 yang jenis moody gini...satu2nya lagu Alice In Chains yang masuk kat benak aku cuma "Would?"..(ni pun dari soundtrack jugak kan...)

Dream On - Aerosmith...aku memang tak jemu ngan lagu ni...dulu2 puas aku cari dari album mana la lagu ni...iskh..zaman2 takder internet la kan...soundtrack ni jer la yang dapat aku layan lagu ni...beli cd Big Ones pun frust takder lagu ni...

Two Steps Behind - Def Leppard...ni wife aku suka lagu ni...lepas More Than Words - Extreme meletup...semua pun nak buat stail unplugged camgini...1st time nengok kemunculan Vivian Campbell...ingatkan lepas ni Def Leppard semakin best...sekali.....aduh...pesal la dorang tak ambik John Sykes jer???..

Poison My Eyes - Anthrax...kira ok la...layan jugak..bunyi macam lagu2 dari Sound of White Noise...

Real World - Queensrÿche...lagu ballad ni pun sedap...ciptaan bersama Michael Kamen...tak kenal Michael Kamen??..klik >SINI<....dulu mula2 ambik masa gak nak hadam...



lagu2 lain tu aku tak berapa ambik pot sangat...walaupun aku suka Tesla...tapi lagu dia kat soundtrack ni tak berapa menarik pada aku...complete track listing adalah seperti berikut

1."Big Gun" - (AC/DC)
2."What the Hell Have I" - (Alice in Chains)
3."Angry Again" - (Megadeth)
4."Real World" - (Michael Kamen and Queensrÿche)
5."Two Steps Behind" - (Def Leppard)
6."Poison My Eyes" - (Anthrax)
7."Dream On" - (Aerosmith)
8."A Little Bitter" - (Alice in Chains)
9."Cock the Hammer" - (Cypress Hill)
10."Swim" - (Fishbone)
11."Last Action Hero" - (Tesla)
12."Jack and the Ripper" - (Michael Kamen & Buckethead)


Kesimpulan...filemnya sucks...tapi soundtracknya ROCKS!!!

Wednesday, April 14, 2010

Love Kills

Ada 2 perkara yang tetiba tergerak hati nak buat entry pasal lagu Love Kills dari Vinnie Vincent Invasion ni..pertamanya ternampak lagu ni kat Zan punya FB beberapa minggu yang lalu...pastu jalan kat depan opis aku ni ternampak pulak gezet movie A Nightmare On Elm Street...movie remake kot...coming soon bulan May nanti...makin kuat la ingatan aku kat lagu ni...salah satu lagu slow berhantu yang memang aku tersangat minat pada zaman2 penghujung 80an dulu...



Kenapa dengan A Nightmare On Elm Street?...pasal lagu Love Kills ni terdapat dalam soundtrack cerita tu...kalau tak silap Nightmare 4 : The Dream Master tahun 1988 dulu...memang aku kenal lagu ni pun melalui filem ni... kebetulan tertengok pulak video clip dia kat TV5 Singapore...terus minat...ada satu lagi lagu dari siri filem Nightmare ni yang aku suka...Dokken Dream Warriors...tu Nightmare 3 kalau tak silap...

Kecik2 dulu siri filem Nightmare ni memang kegemaran aku...dedulu rasa takut jer nengok citer ni...seram aku nengok Freddy Krueger tu...walaupun setiap kali Freddy keluar...mesti aku terbayang watak pelakon dia Robert Englund dalam siri tv sains fiction popular 80an "V" yang makan tikus tu...macam lawak pulak...tapi ntah la...sekarang ni...tak der la pulak perasaan takut nengok cerita ni...

Berbalik pada lagu Love Kills...Siapa Vinnie Vincent ni?...kalau korang peminat KISS tentu korang tau...dengan watak Ankh Warrior...pengganti Ace Frehley masa album Creatures Of The Night dan Lick It Up...memang aku kenal dia masa zaman KISS...tapi lepas kena tendang dari KISS...terus senyap tak dengar berita...sehingga aku dengar lagu Love Kills...


suka aku tengok gitar jackson cabang 4 dia ni...model apa ni ek?

Tapi Vinnie Vincet ni bukan lah salah seorang gitar hero aku...walaupun boleh tahan dasat jugak permainan dia...tapi yang lebih buat aku tertarik kat lagu ni selain melodi dia yang memang membunuh tu...adalah vocalist yang nyanyi lagu ni...sapa lagi kalau bukan Mark Slaughter...sesapa yang tak minat vocal suara halus ni mungkin tak suka vocal macam gini...tapi dia punya vokal bab high pitch tu memang dasat...tinggi oo..aku tak reti bab teknikal ni...tapi ikut wiki tulis "His vocal range without falsetto spans from the low C, or C2, up to the D above soprano C, or D6"...er tu tinggi ker apa tu...

Dan buat sapa2 yang tak tau...Mark Slaughter tu la vocalist kumpulan Slaughter yang popular sekitar tahun2 awal 90an dulu dengan lagu2 hits macam Up All Night,Fly To The Angels, Real Love (video clip ni featuring Shannen Doherty...nyum..nyumm)...sebenonya lepas gaduh ngan Vinnie Vincent...Mark Slaughter dan Dana Strum(bass) belah dari VVI ni dah tubuhkan Slaughter..


L-R Bobby Rock,Mark Slaughter,Vinnie Vincent dan Dana Strum

Apa2 pun memang feeling ahh lagu ni...sesuai untuk yang tengah bercintan...antara lagu2 yang jadi modal dubbing kat kaset...bagi kat awek..huhu.


ntah bila kalau rajin nanti aku review la kaset Vinnie Vincent Invasion ni...kaset ni dulu beli kat Komtar JB memang semata2 pasal lagu Love Kills ni...masa test kaset ni...memang aku suh mamat kedai tu fwd bukak lagu Love Kills...pastu ada pulak satu brader datang kat aku tanya kaset apa dan terminat lagu ni padahal tu baru 1st time dia dengar dan berhajat nak beli jugak...kebetulan mmg tu ajer la satu2nya stok yang ada...tak abis2 sampai aku nak keluar kedai pun dia ngendeng aku nak kaset tu...hehe


So long since I've waited
To live again
You've brought my world to an end
Love takes its victim and leaves its remains
My broken heart has died in vain
Tell me why have we forsaken the dreams we had
The pain makes it so hard to understand
You're a lifetime ago but a memory away
And I'll love you till my resurrection day

Love kills the fire's gone
Dying embers still remain
Love kills and now you're gone
Girl, I'll never be the same again

Without your love, seems so dead and unreal
And now there's nothing left to feel
Someday we'll meet again--girl that much I know
At heaven's gate we'll say hello
Now I hear the wind is calling my lonely,
Lonely soul
For sorrow's trembling hands please let me go
Love's dying sin is just dust in the wind
I face the other side of no tomorrow

Love kills the fire's gone
Dying ember still remains
Love kills and now you're
gone--Girl I'll never be the same
Love kills and love is just a dying ember in the rain
Love kills a heart betrayed--Lord please, please--
Please ease my pain--love
kills--girl I need your love
Love kills with all its heart


song/lyric : Vinnie Vincet

Tuesday, December 8, 2009

Wayang Gambo

Aku memang hantu tengok movie…tapi semenjak makin celik IT…kenal rapidshare..megaupload..hotfiles tu semua…dah bertahun aku tak membeli dvd movie (err…pirate la…tapi…sekurang2nya aku dah tak support beli piracy..si “Panjang” tokey kedai dvd Smart Pandan dah hilang satu regular customer…Holiday Plaza bertahun dah tak pegi..)..panggung wayang lagi ler pulak…walaupun opis aku sebelah Cathay Cineplex…pintu masuknya kat mana pun aku tak tau…tapi setiap kali pegi surau atau toilet kena lalu situ..selalu jugak la menjeling2 poster dan gezet2 movie baru…menjeling awek jual popcorn pun ada jugak..tapi tu nanti jadi movie lain…hahaha…

Dan boleh dikatakan sekarang ni hampir tiap2 hari mendownload movie…kat opis..kat rumah…dah nak naik penuh hard disk aku ni ha..nasib baik bulan ni ada PC fair…kena beli external hardisk lagi nampak gayanya.. iyer la..kalau tak download rasa rugi pulak…bill streamyx rumah tiap2 bulan pun nak kena bayo jugak..bill opis…company dah bayo…hihi..tapi tu la bab nak menengoknya yang jadi masaalah….asik la tak dapat mencari masa..

Tapi 2 minggu kebelakangan ni..memang aku bantai2 tiap malam nengok movie…sampaikan orang rumah aku naik bising pukul berapa aku nak masuk tido…heheh..antara yang dah berjaya aku khatam…The Wrestler (baru nengok malam tadi..best), Zombieland (lawak citer ni), Advetureland (boleh tahan), Inglourious Basterds (rekomended), Up (Boleh la), Jennifer’s Body (Megan Fox…nyum..nyum..), The Hangover (ni pun best..lawak), The Proposal (biasa la..citer cintan), Drag Me to Hell (ending dia aku suka), The Last House On The Left (Ok la..), The Ugly Truth (cintan lagi..Katherine Heigl..nyum..nyum..tp aku suka la lakonan Gerad Butler), The Taking Of Pelham 123 (boleh tahan), Bride Wars (ok..ok ajer), I Love You Beth Cooper (coming of age punya comedy movie..untuk remaja tapi orang tua macam aku tengok pasal Hayden Panelttiere…hehe),The Day The Earth Stood Still (agak boring dipertengahan jalan..) dan apa lagi ek..lupa dah…

Cerita2 dia atas tadi antara yang aku tengok sampai abis tanpa forward2…maknanya boleh masuk la kat kepala aku…tapi citer2 seperti ni 2012, GI Joe, Surrogates, Street Fighter dll… malah Transformer 2 pun (ni nengok semata2 pasal Megan Fox..huhu ) antara cerita yang aku bosan…harap berdentam dentum kesan CGI…jalan cerita hampeh…bukan untuk aku la..

Banyak lagi tunggu giliran nak nengok..antaranya District 9, The Final Destination,Watchmen, Knowing, Public Enemises, 500 Days Of Summer. Gamer, The Box, The Uninvited, Paul Blart:Mall Cop, I love You Man, Valkyrie, Planet 51, Cloudy With A Chance Of Mearballs, In The Loop..iskh banyak lagi la..kekadang sampai lupa filem tu aku dah download…tu lum masuk citer Melayu,Jepun dan Korea lagi…

Sekarang ni pula tengah dok usha2 The Twilight Saga : New Moon…belum keluar la versi screener maupun R5..dvdrip lagi la lama nunggu…tapi…ni bukan untuk aku…untuk anak aku la…(konon)hehehe..

Dah tercerita pasal filem…ada satu lagu dari filem yang aku betul2 suka…suka lagunya…filemnya tak berapa suka…lagu lama dari tahun 1993…di petik dari soundtrack filem Last Action Hero…lagu ni memang tak terdapat dalam mana2 studio album Megadeth…Angry Again…Terbaek..layannnnn…



* Sebenonya tujuan asal aku untuk entry ni adalah untuk mereview salah satu filem yang aku dah tengok…tapi lain yang di kepala lain pulak yang kat tangan menaip…review filem lain kali ahh…hehe..

Monday, August 17, 2009

Top Gun Anthem



Dalam entry The Hunter sebelum ni aku ada cerita pasal 2 orang dj rtm tahun 80an Pok Pok Dan Tu Tu..selain dari dorang mengenalkan aku dengan lagu Dokken tu...ada satu lagi lagu yang pasal dorang...aku minat..kalau dengar je melodi ni...aku tau rancangan dorang dah start...lagu yang dorang jadikan pembukaan untuk setiap kali rancangan dorang ke udara iaitu Top Gun Anthem oleh Steve Stevens dan Harold Faltermeyer

Iyer...ni lagu instrumental...aku bukan la minat sangat lagu2 instrumental ni...tu pasal aku tak minat sangat Joe Satriani,Steve Vai apatah lagi Kenny G...bukan pasal lagu2 dorang tak best...tapi aku lebih prefer muzik yang ada nyanyian...pasal senang aku nak karaoke sama2..kalau instrumental macamana nak nyanyi...humming buat2 bunyi gitar eh...ah susah ahh...ni En. Portdy je pandai karaoke macam gini...hehe..(ni boleh refer kat entry ni)



Tapi dah tiap2 hari dengar...aku jadi terminat pulak kat instrumental ni..ramai orang salah anggap ingatkan ini petikan gitar Eddie Van Halen ataupun Joe Satriani..tapi tidak..Ini Steve Stevens...entry lepas pasal Michael Jackson aku ada letak lagu Dirty Diana...beliaulah gitaris untuk lagu tersebut..siapa beliau?..klik sini..secara ringkasnya...beliau adalah gitaris Billy Idol..dan pernah juga bermain untuk album solo Vince Neil (Motley Crue) disamping album2 solo gitar beliau sendiri..



Dulunya aku tak tau pun lagu ni dari filem Top Gun..iyer la..tahun 86..zaman budak sekolah..mana ada duit nak tengok wayang..beberapa tahun selepas tu bila dapat tengok Top Gun dan part yang mula2 masa dorang terserempak ngan MIG dan masa Maverick (Tom Cruise) bagi middle finger kat pilot MIG tu..keluar la lagu ni...baru terperasan dari sini rupanya lagu ni...

Memang layan ahh gitar work lagu ni..masuk pulak part piano Harold Faltermeyer...syahdu je bunyinya..bermula dengan perlahan akhirnya semakin laju dan semakin kuat..struktur lagu macam gini memang best...lagu ni juga pernah memenangi anugerah Grammy untuk tahun 1987 bagi kategori Best Pop Instrumental Performance..dan pada sapa2 yang layan Guitar Hero III: Legends of Rock pun ada lagu ni..

Info pasal Top Gun pulak kat sini..salah satu all time fav. movie aku..biasa la kecik2 dulukan cita2 nak jadi pilot..boleh main tembak2 macam citer Baa Baa Black Sheep la kan..haha..

ok jom layan lagunya...terbaek!

Wednesday, July 29, 2009

In-A-Gadda-Da-Vida



Baru2 ni Eddie ada letak lagu In-A-Gadda-Da-Vida - Slayer kat blog dia..tetiba buat aku teringat balik bila 1st time aku dengar lagu tu.

Tahun 90 ker 91..tak ingat..ada sorang member zaman aku kat ITM dulu..beliau peminat lagu2 rap..(Yo!..What's up in Doha bro?..)tapi bukan la rap 4U2C,KRU,Nico,Feminin dan Res2 tu...tapi Res2 tu boleh tahan la kan..bukan muziknya...orang2nya la kan...huhu..tapi member ni more to rap omputeh..eh..rap negro lebih tepat...dari beliau la aku kenal gangster rap macam NWA,Public Enemy,Beasty Boy dan macam2 yang aku dah tak ingat lagi...maklum la zaman tu Anthrax kan berkolabirasi dengan Public Enemy...so bila aku berkawan ngan dia terasa la aku ni macam Scot Ian (walaupun rambut aku lebat :P) dan dia macam Chuck D...hahaha..tapi walau dia mat rap..aku metal..tapi kami dua2 minat kumpulan Belantara..hehe..(lain kali boleh cerita pasal Belantara pulak)..

Berbalik pada cerita asal...aku macam biasa la..bila berkawan ngan member yg kaki muzik..benda pertama yang aku buat kalau lepak bilik dorang ialah selongkar koleksi kaset...selain dari koleksi kaset2 rap dia yang menimbum tu..aku terjumpa kaset soundtrack Less Than Zero...yang aku perasan ada Poison cover Kiss "Rock & Roll All Nite dalam tu dan oleh kerana Poison punya pasal (au...huhuhu) aku pinjam kaset tu.

Bila balik bilik pasang dan dengar...baru aku perasan ada lagu2 cover lain yang best terutamanya Hazy Shade Of Winter - Bangles (syok oo lagu ni..) tapi yang betul2 menarik perhatian aku adalah lagu In-A-Gadda-Da-Vida - Slayer..camner aku tak perasan ada Slayer masa mula2 pegang kaset tu..nasib Poison punya pasal..kalau tak.. tak tau aku pasal lagu ni...huhu...tapi memang best la lagu cover dari kumpulan Iron Butterfly ni...kena dengan sound thrash Slayer..memang terbaek!

Dulu aku pernah cari soundtrack ni kat kedai2...tapi tak pernah jumpa..ni list lagu dari soundtrack tersebut

1. Rockin' Pneumonia and the Boogie Woogie Flu - Aerosmith
2. Life Fades Away - Roy Orbison
3. Rock & Roll All Nite - Poison
4. Going Back to Cali - LL Cool J
5. You & Me (Less than Zero) - Glenn Danzig,
6. In-A-Gadda-Da-Vida - Slayer
7. Bring the Noise - Public Enemy
8. Are You My Woman? (Tell Me So) - Black Flames
9. She's Lost You - Joan Jett
10. How to Love Again [#] - Oran "Juice" Jones, Alyson Williams
11. Hazy Shade of Winter - Bangles

kalau cerita pasal movienya pulak..Less Than Zero ni diterbitkan pada tahun 1987..rating IMDB tak tinggi pun 5.9 ajer..lakonan Andrew McCarthy dan Robert Downey Jr...aku pernah tengok citer ni kat Astro beberapa tahun yang lalu...tapi aku dah lupa macamana jalan ceritanya...so aku tak berani nak komen...mungkin tak best kot..tu pasal aku tak ingat...hahaha...boleh jugak la korang check kat wiki..

ok..berbalik kepada In-A-Gadda-Da-Vida..walaupun aku pernah terbaca yang Slayer pun bukanlah suka sangat lagu ni...Rick Ruben yang suh dorang buat untuk soundtrack ni..tapi tak kisah la..cakap banyak pun tak guna...jom layan lagunya...