Showing posts with label world cup. Show all posts
Showing posts with label world cup. Show all posts

Thursday, November 26, 2020

In the hands of God

Satu lagi berita sedih tetapi bukan pasal muzik.... 

Ketika zaman budak-budak, ada 3 pemain bolasepak yang cukup saya minat dan kagumi. Bryan Robson, Zico dan Maradona. 

Nama Maradona ni dah saya dengar ketika awal tahun 80an lagi. Tetapi biasalah pada zaman tersebut. Bukannya ada siaran langsung bola setiap minggu di tv. Yang ada punya hanyalah rancangan mingguan bolasepak Inggeris Big League Soccer. Yang betul-betul dapat tengok live depan tv pun hanyalah pada ketika Mexico 86. Memang dia betul-betul hebat. Kerana dia saya menjadi penyokong Argentina untuk beberapa siri Piala Dunia sebelum munculnya zaman Argentina (Messi) yang saya tak minat. 

Ada yang membandingkan beliau dengan Pele. Tetapi saya tidak hidup pada zaman tersebut. Bagi saya Maradona sudah membuktikan yang secara berseorangan pun dia telah berjaya membawa Argentina dan Napoli ke puncak kejayaan. Dia adalah yang terbaik dan legenda sebenar bolasepak untuk generasi seperti saya. 

Terimakasih lejen. 


Diego Armando Maradona 

October 30, 1960 - November 25, 2020

"Rest in peace" 




Monday, July 2, 2018

RUSSIA 2018



World Cup datang lagi. Dan dah separuh jalan pun. Meneruskan tradisi menulis pasal World Cup semenjak South Africa 2010 ( 8 tahun dah), kali ni nak cerita sedikit pasal World Cup walaupun sekarang semakin malas dan tak ada masa untuk menulis.

Rasanya semenjak betul-betul mengikuti Word Cup dari zaman Espana 82, edisi World Cup kali ini lah yang paling rasa kurang feel dan kurang bersemangat untuk menonton. Entahlah mungkin juga atas faktor usia. Tiada lagi beriya-iya menyokong mana-mana negara mahupun sanggup berjaga malam demi menonton perlawanan secara langsung.

Kali ini lebih kepada berminat dengan team underdog. Tak kisahlah team apa pun. Tak berminat dah dengan Argentina seperti ketika zaman muda remaja dahulu. Tak minat dengan Messi. Batigol 10 kali lebih bagus dari Messi. 😀

Sehingga hari ini, hanya ada beberapa game yang berjaya ditonton sepenuhnya. Game pukul 2 pagi memang lansunglah tak larat nak tengok. Rakam. Bangun subuh baru tengok. Itupun sekadar fast forward tengok gol. Kang nanti terngaga pula bila kawan-kawan cerita pasal bola di opis…haha…

Apa-apa pun rasa sedih juga bila negara-negara yang dulunya setaraf dengan Malaysia, sama-sama bermain dalam kejohanan Pesta Bola Merdeka pada tahun-tahun 80an dahulu seperti Korea Selatan, Jepun dan Senegal dah jauh meninggalkan kita. Tak tau kat mana silapnya...

Akhir kata...May the best team win...walaupun sebenarnya dalam Word Cup, nasib adalah sebahagian dari penentunya.




Friday, July 11, 2014

Album Piala Dunia Espana 82 Ovaltine

Seperti yang dah dijanjikan sebelum ini...dah bersempena dengan hampir tamatnya Piala Dunia Brazil 2014...aku tampal buku Ovaltine ni..


Aku rasa siapa yang lebih kurang sebaya dengan aku, pasti pernah tengok buku ni. Free ajer pun...tapi secara pos...tak silap aku kena sertakan bukti pembelian ovaltine baru diaorang pos buku ni...

Aku tampal sikit la isi kandungannya...khas untuk kenangan bagi sesiapa yang pernah ada buku ni tapi dah hilang...


Dalam ada sejarah Piala Dunia..ini lah sumber pengetahun aku yang pertama tentang siapa pemenang dan di mana Piala Dunia yang terdahulu di adakan...sekarang senang ek...tanya jer pakcik google...

(kalau perasan aku ada tulis darjah 5 merah...ni memang kelas aku masa sekolah rendah...tahun nak ambik UPSR Penilaian Darjah 5....giler tua...hahaha...)


Ni pulak jadual perlawanan. Dulu lain sikit...takder suku akhir...tapi guna pusingan ke 2. Mata pun masa tu menang dapat 2 mata bukannya macam sekarang 3. Negara bertanding pun cuma 24 bukannya 32 macam sekarang.

Tu bukan tulisan aku. Abang aku yang tolong tuliskan. Kalau aku yang tulis sendiri...jahanam...tulisan macam doktor...hahaha...


Yang paling aku suka pasal buku ni dia ada bagi info negara-negara yang bertanding. Pasal buku ni lah aku tahu sepanyol dan argentina tu kat mana. Apa ibu negara dia, bangsa dia, bahasa dia, matawang, keluaran negara, bendera (siap kena kalerkan sendiri), peta, pakaian tradisi. Kira tak payah selak buku geografi ilmu alam (iskh...tua lagi..) pun dah tau dah...

btw...masa ni Sepanyol dan Maradona belum glamer lagi...


Zaman ni masih ada Jerman Barat dan Jerman Timur....cuba check nama-nama player...ada tak yang korang ingat...Karl-Heinz Rummenigge kalau tak tau...tak yah sibuk nak sokong Jerman la final nanti....tapi favourite player aku Pierre Littbarski...hampeh Ovaltine...takder gambar dia...

Gambar Itali lagi la...dari gambar tu...cuma 4 player yang main masa Itali menang final...Gambar Dino Zoff pun takder...Paolo Rossi tu paham la...dia last minit baru dapat panggil...tapi ada gambar Carlo Ancelotti  kat situ...walaupun sebenarnya nama dia tak kena panggil pun untuk world cup 82...


Gambar Brazil ni pun sama...takder gambar Zico....dulu aku pernah menyumpah macam mana Ovaltine boleh letak gambar yang takder Zico...grrrr...favourite player aku la kan...siapa la editor dia ni....zaman ni Brazil tak harap seorang star ajer...ramai...tapi kalah gak ngan Itali dan Paolo Rossi...tapi takder la kena kitai sampai 7-1..huhu..

Algeria tu 1982 pun dah layak world cup dah...team ni pun kuat macam sekarang...Siap menang lawan Jerman...sayangnya Jerman dan Austria berpakat masa last game untuk singkirkan Algeria. Hawau betul. Sejak tu FIFA buat undang-undang baru, semua perlawanan terakhir mesti main serentak supaya tak jadi lagi kes macam ni.


Ni satu lagi Ovaltine buat silap...Macamana gambar Poland tu takder Zbigniew Boniek? Pasal dia lah tahun tu Poland dapat no 3.

England pulak rasanya ni antara team yang terkuat pernah mereka hasilkan. Bryan Robson, Kevin Keegan, Glenn Hoddle, Peter Shilton, Steve Coppell dan ramai lagi star...tapi tak kemana jugak...


Zaman tu masih guna USSR...belum Rusia.

Belgium walaupun teamnya tak seglamer macam sekarang...tapi buat upset kalahkan Argentina masa perlawanan pembukaan.

Banyak lagi gambar...tak larat pulak aku nak tampal semua..


Tu la rupa tin Ovaltine pada zaman tu...sekarang macam maner ek?...tak perasan pulak aku...lama dah tak beli Ovaltine...Orang rumah suka Milo.

Dulu mak aku beli tin yang 500g, dalamnya dapat 6 keping gambar. Maknanya kena beli 4 kali untuk lengkapkan satu buku. Aku dengan abang aku apa lagi...pagi petang siang malam minum Ovaltine. Nak kasi cepat abis...boleh suruh mak beli lagi...heheh...tapi yang lecehnya...gambar tu bukannya boleh pilih-pilih...dia kat dalam tin bukannya nampak...mungkin nasib aku baik...3 kali beli semua dapat set gambar yang lain-lain...cuma kali ke 4 dapat set gambar sama...nasib member sebelah rumah pun kumpul dan kebetulan dia ada 2 set gambar yang aku takder...so tukar suka sama suka...


Ni mukasurat belakang dia...panjang dah ni...aku stop sini arr...

Cumanya untuk final kali ni aku tak tahu nak sokong mana...team yang tak pernah menang macam Belanda kalah lah pulak...Aku lebih suka Jerman menang. Rekod tu kalau pasukan Eropah menang kat Amerika Selatan. Tapi tu la...mulut kata Jerman..dorang pun main best....tapi aku ada sedikit rasa lain macam kat dalam hati yang katakan Argentina yang menang...pengalaman aku sejak tahun 1982 selalu benar team yang main tak best yang jadi juara...hampeh! tapi kalau betul Argentina menang...memang kesian la Brazil...musuh tradisi menang kat rumah sendiri...pedih tu...








Monday, June 16, 2014

World cup pt 2

Sambung dari part 1...

4 - Mexico 1986



Ini world cup yang paling meriah buat aku...maklumlah dah besar...dah sekolah menengah. Ketika kawan-kawan sekelas/sekampung menyokong Brazil, aku satu-satunya penyokong Argentina. Ni semua gara-gara Maradona. Tak kisahlah walaupun aku penyokong Manchester United...tapi aku seronok giler bila Argentina kalahkan England dengan gol "Hand of God" Maradona tu.

Mungkin juga ini World Cup yang paling aku suka...pasal pasukan yang aku sokong jadi juara. Tak silap aku masa ni bulan puasa. Senang tak payah nak berjaga malam. Lepas sahur terus layan...pagi raya mak sibuk rebus ketupat, aku pulak sibuk layan bola...nasib tak miss sembahyang raya...heheh...


Antara yang menarik, penaja siaran langsung tv masa tu adalah rokok Benson & Hedges. Sampaikan Dato Rahim Razali pun pakai blazer kuning emas B&H. Dan inilah pertama kali aku dengar perkataan 'mexican waves'.

Satu lagi yang popular masa tu adalah buku sticker Figurine Panini. Boleh kata semua budak kat sekolah yang kaki bola ada buku ni. Ikat perut kumpul duit sekolah semata-mata nak kasi complete semua sticker negara-negara yang bertanding tu. Yang jahatnya siap curi sticker orang...heheh...



5 - Itali 1990



Zaman remaja...tengah belajar kat ITM Segamat. Tapi world cup ni masa cuti semester. Memang melanguk jer takder buat apa-apa. So ini world cup pertama yang aku berjaga malam pun orang tua tak bising.

Masih sokong Argentina. Kali ini bukan pasal Maradona ajer. Tapi pasal Claudio Caniggia. Sebagai peminat heavy metal, sesiapa yang gaya rambut panjang macam mat metal, Andre Agassi contohnya mesti kau suka punya. Sayangnya perlawanan pertama pun Argentina dah bungkus dengan Cameroon. Tambah malang Argentina kalah kat final. Tapi gol Caniggia masa Argentina kalahkan Brazil tu paling best la..


Tak silap aku zaman ni dah mula dah Dunhill jadi penaja siaran tv. Pada aku world cup kali ni yang paling bosan. Kebanyakan pasukan main defensive. Buang masa. Tak banyak gol.  Sebab tu jugak back-pass rule dikuatkuasakan selepas tu..

Nasib ada Roger Milla dari Cameroon Tua-tua pun masih boleh score gol. Siapa yang boleh lupa gaya dia celebrate menari kat tiang bendera corner tu kan...



4 - USA 1994



Zaman aku dah mula kerja. Masa tu kat Menara Kotaraya. Kerja ngan Amanah Saham Johor. Tak bestnya perlawanan banyak mula pukul 8 pagi. Ngam-ngam time masuk kerja. Jawapnya lepas punch card, terus melepak kat Restoran Rakyat depan pintu masuk Bangunan Sultan Ibrahim (dah kena roboh dah sekarang kedai ni)...besar punya ular...heheh..

Tak bestnya nama naik masa meeting mingguan syarikat kes sarapan pagi kat luar layan world cup. Ada pulak yang kaki report. Tapi boss sporting...tak kena apa-apa tindakan pun...heheh...

Masa ni masih sokong Argentina. Boleh tahan kuat team ni. Ada sorang lagu bintang baru rambut panjang, Gabriel Batistuta. Siap buat hat-trick masa 1st game. Sayangnya bila Maradona kena tendang kes doping selepas 2 game. Argentina terus merundum....



Antara World Cup yang aku tak suka...pasal Brazil menang...walaupun aku tak suka Itali...tapi aku lebih tak suka Brazil...tak kira lah Sepultura tu asal Brazil...pada ku Brazil ni kira mainstream sangat...aku nak yang underground juara...heheh...

Tapi Bebeto punya goal celebration tu antara yang jadi ikutan kan...Kalau tak silap World cup yang ini England tak layak...TV malaysia pulak masa tu sharing antara TV1 dan TV3 tayang live...dua-dua pun Dunhill taja...untung la zaman tu...takder astro pun boleh layan semua game live...


Kalau rajin...tapi tak janji...akan sambung cerita World Cup yang seterusnya...




Thursday, June 12, 2014

Throwback : World Cup Pt 1

Sempena demam World Cup yang sedang melanda...

Tak seperti masa budak-budak dulu...excited nak nengok world cup dah berkurangan...mungkin dah tua kot...heheh...4 tahun dulu pernah cerita pasal ni >SINI<. cepat betul ek masa berlalu....

Tahun ni tak pasti nak sokong mana walaupun secara tradisinya aku cenderung pada Argentina. Tapi aku tak suka Messi. Mungkin sokong Belanda. Van Gaal dan Van Persie punya penangan. Mungkin nak tengok yang underdog menang...mana tau Belgium ker....harap Adnan Januzaj dapat main...

Tapi untuk kali ni aku cerita sikit pasukan-pasukan yang aku sokong dari mula aku hidup kat dunia...


1- Jerman Barat 1974


Aku budak lagi...tak tau apa.


2 - Argentina 1978


Aku darjah 1. Masih tak tau sangat. Zaman tu bukan macam zaman sekarang. Info bukannya senang nak dapat. Tiada internet tiada Astro. Tambah aku duduk kampung. Tapi yang aku ingat sangat adalah si rambut panjang Mario Kempes dan team Argentina. Nama yang sering disebut-sebut pada masa tu. Pak cik jiran rumah kat kampung sebelah siap frame poster Mario Kempes ni gantung kat hall rumah dia. Main bola petang-petang pun semua berangan nak jadi Mario Kempes.


Benda ni memang aku tak boleh lupa bila sebut pasal World Cup 1978 walaupun aku tak pernah pun tengok macamana Mario Kempes ni main. Tu jam rumah aku pun tv hitam putih lagi. Rumah pun takder elektrik. TV  pun pakai bateri kereta. Lampu pun pakai lampu pam. (generasi sekarang mesti tak terpikir macamana tv guna bateri kereta kan?..) Setau aku takder pun siarang langsung. Mungkin ada siaran tertunda kot. Ntah aku pun tak ingat sangat...

Yang pastinya bapak aku siap ada beli beg adidas yang ada logo Argentina' 78. Beg tu aku pakai buat pergi sekolah. Tak main ler beg gambar ultraman...heheh...

Mungkin ini permulaan mengapa aku ada soft spot pada team Argentina..


3- Sepanyol 1982



Bolehlah dikatakan secara rasminya ini adalah world cup pertama aku. World cup yang aku betul-betul follow. World cup yang aku betul-betul kemaruk dan excited nak nengok. Sanggup berjaga malam nak tengok. Maklumlah dah besar sikit. Dan seperti kebanyakan budak-budak di zaman tu aku menyokong Brazil.

Semuanya gara-gara Zico. Tu jam memang minat giler kat dia. Time main bola semua berebut nak jadi Zico. Walaupun zaman tu aku minat juga dengan Bryan Robson. Penyebab utama aku jadi penyokong Manchester United sampai sekarang. Tapi Zico ni lain. Dia kira macam Lionel Messi ataupu Cristiano Ranaldo bagi budak-budak sekarang. Tambah-tambah pula team Brazil zaman tu memang hebat. Ada Sócrates, Eder, Falcão, Júnior dan lain-lain. Ini kira all time favourite team piala dunia aku la...Sayangnya team ni kalah dengan Itali dan Paolo Rossi. Frust giler. Pertama kali dalam hidup aku rasa macamana rasa kecewa bila team bola yang kita sokong kalah. Ingat lagi bila pergi sekolah semua muka sedih dan muram. Macamlah kita semua rakyat Brazil....(sampai sekarang aku tak berapa suka Itali....ni semua salah Paolo Rossi...hahaha...)


Antara kenangan yang aku tak boleh lupa ini pertama kali RTM buat siaran langsung hasil dari derma orang ramai. Kira siaran langsung di taja sendiri oleh rakyat Malaysia. Ni la mulanya Dato' Rahim Razali jadi popular dengan trademark ulasannya tu. Aku dengan abang sanggup berjaga malam nak tengok walaupun kebanyakan malamnya aku tertidur di depan tv. Mak memang bising lah maklum tahun tu tahun aku nak ambik UPSR penilaian darjah 5...iskh...terasa tua betul la....hahaha...

Siapa ingat buku sticker world cup Espana' 82 dari Ovaltine....aku baru jumpa balik buku ni kat kampung....nanti rajin aku tampal....

bersambung.............kalau rajin.




Monday, July 12, 2010

Baju raya dan world cup

Bajunya dah ada...ntah bila la pulak bandnya nak sampai Malaysia...


***t-shirt adalah dari Kelab Peminat Iron Maiden Malaysia



Last kopek pasal world cup...

Tahniah la Sepanyol....juara berganda...eropah dan dunia...kesian jugak la kat Belanda...3 kali dah kalah kat final...

Tahniah jugak buat Diego Forlan pasal menang Golden Ball....dan kalah sipi kat Thomas Mueller untuk Golden Boot pasal kurang assists walaupun sama jumlah 5 gol....

Sesuatu Untuk Sir Alex pikir....kalau lah dia tak jual Forlan...dan bagi lebih banyak peluang untuk dia main 1st eleven...rasanya mungkin manchester united tak kalah musim ni...

Untuk Sir Alex (macam la dia baca :P )..Lupakan la player2 tua tu terutama macam Gary Neville tu....bagi can budak2 muda main...beli player tapi tak bagi can main nak buat apa kan...rasanya kalau Gerard Pique masih duk Manchester United ada can ker dia nak cium world cup??...

Apa2 pun World Cup dah abis...dah boleh tido lena...rasanya yang paling dingati untuk World Cup kali ini bukan pasal star playernya...semua pun hampeh....tapi pasal Paul si sotong....lagi sekali tepat ramalan dia...hahahaha....

Moga berjumpa di Brazil 4 tahun dari sekarang...

Thursday, July 8, 2010

sotong bakar



Cis!...terer sungguh paul the octopus ni....100% tepat ramalan dia....jangan lepas ni dengar2 ada penyokong Jerman jadikan dia sotong bakar dah ler....hahahaa...maklum la dia pun asal dari England kan....akhirnya force of metal dari Jerman bungkus jua....

Apa2 pun tahniah la Belanda dan Sepanyol...dua2 pun bukan team pilihan aku...so tak kisah la sapa2 yang menang final nanti...tapi aku nak Belanda menang...kesian dah tengok dorang berapa kali masuk final tapi tak menang2....


****lega dah nak abis...lepas ni boleh dah tido lena setiap malam...kesian orang rumah asik tido sesorang...heheh...

Monday, July 5, 2010

forlan

Letih nak cerita pasal world cup...Argentina dah jadi lauk...hahaha...power metal betul la Jerman ni...tak agak2 sampai 4 bijik....bak kata Maradona pun "England weren't so bad after all"...huhu...

Rasanya favourite masuk final Jerman Vs Belanda kot...tapi alang2 tinggal satu jer team selain Eropah...aku harap2 Uruguay boleh go all the way...kasi upset skit la kan....baru best...

Tambah pulak Uruguay kan ada Diego Forlan...budak2 Liverpool sure tak leh lupa mamat ni kan...Kat Manchester United sapa2 yang score lawan Liverpool mesti dapat status cult punya...tambah2 pulak score 2 bijik dalam masa 2 minit...ingat tak EPL tahun 2002 dulu yang Dudek kena otek2 ngan dia tu..



apa2 pun may the best team win...harap2 kali ni top scorer dapat la score lebih dari 6 bijik...dah berpuluh tahun 6 bijik je kan...

Wednesday, June 30, 2010

Bola...

Hola Amigos!

World Cup 2010 dah masuk pusingan suku akhir dah...rasa seronok tengok team2 underdog layak dan team2 rock star macam England,Perancis,Itali dan Portugal bungkus...

Paling kesian England la...aku rasa kalau gol Lampard tu pengadil kira...belum tentu jugak Jerman boleh menang ngan gol2 counter attacknya tu...Karma tahun 66 kot...44 tahun tu....tapi karma Perancis lagi cepat....penyokong Republik Of Ireland sure suka punya...



Apa2 pun tak kisah la kalau Jerman ada force macam Kreator,Sodom,Destruction,Helloween,Gamma Ray,Blind Guardian dan otai Scorpions...malah walau awek macam Diane Kruger sekalipun...hati aku tetap dengan Argentina....tunggu jer la suku akhir ni Argentina akan titik Jerman...hahaha..

So far so good la untuk Argentina....harapnya boleh go all the way...dan aku harap2 the so overated Brazil bungkus....boleh la Argentina lawan Ghana kat final kan...huhu..

Satu lagi yang menarik World cup kali ni ialah team2 dari Asia membuktikan dorang bukan lagi sekadar pengcukup bilangan...tahniah la Korea Selatan dan Jepun...dorang betul2 takder luck untuk ke suku akhir...ntah bilanya la Malaysia nak jadi macam gitu...asyik la jaja sejarah silam iklan Chin Aun layak Olimpik tahun 1980.."Hasan...cucuk...Hasan..." tu kan...

Tapi yang pasti the so called big star masih gagal dalam world cup ni...Rooney paling hampeh...Ronaldo pun...harap gol nasib satu tu jer la...Torress???..Kaka???Drogba??? hancus...salahkan jabulani...vuvuzela...hmmmm....cuma kesian kat Messi la...main cantik tapi sampai sekarang pun masih takder luck untuk score...

Apa apa pun...Go Argentina!!!!

Friday, June 18, 2010

Clash Of The Titans,1990 dan Metal Forces

Baca pasal The Big Four tour terjumpa pulak aku majalah Metal Forces tahun 1990 cover pasal tour Clash Of The Titans…pada sapa yang tak tau...ni bukan pasal movie Clash Of The Titans tu...tapi satu konsert tour seluruh Eropah yang berjaya mengumpulkan nama2 besar dalam thrash metal…band2 tersebut adalah Megadeth,Slayer,Testament dan Suicidal Tendencies…ni kira yang paling hampir dengan The Big Four la kan...dan tahun ni selepas 20 tahun...akhirnya baru la The Big Four Tour jadi kenyataan kan..



Walaupun tour ni bukan sampai Malaysia pun…tapi dulu2 zaman aku bebudak rasa excited jugak la kan..yang paling aku tak leh lupa aku photostat poster Clash Of The Titans dari majalah ni dan letak kat cover file plastik aku time gi kelas masa kat ITM dulu…kalau pikir2kan sekarang….rasa lawak la pulak kan…tapi tu jam…rasa dah paling thrash la tu….hahaha..


ni la rupa posternya...yang aku punya dah hilang kemana ntah...ni gambo aku cilok dari ultimatemetal.com

Metal Forces ni dulunya adalah salah satu majalah metal yang top dari UK…zaman2 80’s tu memang banyak majalah metal yang best2 dari sana macam Kerrang dan Metal Hammer…jarang jumpa dari US…tak silap aku hanya Metal Egde je kot yang dari US yang ada jual kat kedai…tak pasti pulak aku ujud ker tak lagi majalah ni…

Tahun 1990 jugak adalah tahun world cup...tu jam Italia 90...Argentina ngan Maradona kalah gol penalti ngan Jerman...seingat aku ni world cup paling bosan...tak banyak gol...game final pun bosan...yang tak boleh lupa Roger Milla dan team Cameroon la...sampaikan dengan Argentina pun dorang menang masa pusingan awal tu kan..

Tapi tahun 1990 juga mengingatkan aku banyak album2 metal yang best rilis pada tahun tersebut…Tahun 1990 jugak merupakan tahun yang aku paling aktif membeli kaset…tu jam dah tak layan rock melayu sangat dah…jarang bebeno aku beli kaset melayu masa tu…dapat duit loan memang perkara pertama buat singgah kedai kaset dulu la…biar tak makan...janji dapat beli kaset…heheh…

Diam tak diam dah 20 tahun berlalu kan...antara rilisan best tahun 1990 yang aku suka adalah Megadeth – Rust In Peace, Slayer – Seasons In The Abbys, Iron Maiden – No Prayer For The Dying, Judas Priest – Painkiller, Kreator – Coma Of Soul, Testament – Souls Of Black, Pantera - Cowboy From Hell, Annihilator – Never Neverland, Anthrax – Persistence Of Time, Death Angel – Act 111, Suicidal Tendencies – Light…Camera..Revolution!, Poison – Flesh & Blood, Tesla – Five Man Accoustical Jam, Entombed – Left Hand Path, Sacred Reich – American Way, Death – Spiritual Healing, Extreme – Pornograffitti, Queensryche – Empire, Obituary – Cause Of Death, Gamma ray - Heading For Tommorrow….apa lagi ek…nanti kalau aku ingat aku tambah lagi la…


ni antara cd rilisan tahun 1990 yang aku ada dalam simpanan aku...ada lagi sebenarnya...cuma malas aku nak mengembur..

Nanti la kalau rajin aku buat entry bagi setiap album yang aku taip kat atas tu…tapi ada yang antaranya aku dah hilang kasetnya dan belum berjaya upgrade ke cd…tengoklah macamaner nanti…kalau aku rajin…ada la…


Sikit pasal World Cup...

Argentina dah pun layak ke pusingan ke2..sayangnya walaupun Messi main cantik tapi dia lum berjaya score...takper la..dulu masa Espana 82 pun Poalo Rossi masuk suku akhir baru start score dan akhirnya jadi top scorer...tapi hampir semua star besar macam Ronaldo,Rooney,Kaka,Torres,Drogba dll tu pun lum berjaya score..tapi yang bestnya budak baru Manchester United dari Mexico Javier 'Chicharito' Hernandez dah pun buat gol...so bye bye la Berbatov...

Tu hari tengok world cup dalam HD kat mamak memang terasa bestnya...ntah bila la 2 mat saleh tu nak sampai kat rumah aku...heheheh...

Friday, June 11, 2010

South Africa 2010

Pejam celik pejam celik sekejap jer 4 tahun dah…World Cup datang lagi…tak macam masa aku kecik2 dulu…excited terlebih…siap beli buku tampal2 Panini tu…sekarang ni gitu gitu ajer la..sambil2 layan anak aku yg no 2 tu…walaupun dia pompuan…kemana tumpahnya kuah kan…

Pengalaman world cup pertama yang aku ingat adalah Argentina ’78…darjah 1 beb…tapi ingat2 lupa la...tapi apa yang aku tau brother2 yang lebih tua dari aku sibuk cerita pasal Mario Kempes…dan jiran sebelah rumah aku siap frame gambo besar beliau kat hall rumah dia…dan aku pernah gi sekolah bawak beg yang ada logo Argentina ’78…tu jer la memori aku pasal 78…lain2 dah lupa…banyak makan semut la…hahaha..



Tapi ada 1 world cup yang paling aku tak boleh lupa…paling terbestest rasanya adalah Espana 82..aku dah darjah 5..dah tau Manchester United…dah kenal Bryan Robson…tapi tu jam kalau negara aku sokong Brazil…minat gila dengan Zico…tambah pulak team Brazil ada Socrates, Eder dan Falcao tu semua kan…main memang cantik giler…tapi sayang kalah ngan Paolo Rossi Itali yang tunggu bola depan gol tu…aduh..frust giler la tu jam…

antara paling aku tak lupa…time ni Ovaltine ada keluar buku tampal2…satu tin ada satu set 6 keping gambo…so kalau nak complete kena beli 4 tin la…tiap2 hari minum Ovaltine banyak2 supaya cepat abis…nanti boleh suh mak beli tin baru…hahaha…

time ni jugak seingat aku takder sponsor nak taja live…so ada orang bagi idea suh rakyat Malaysia sorang sikit derma…akhirnya projek ni jadi kenyataan…siaran langsung yang ditaja oleh rakyat Malaysia sendiri…bangga ooo…dan time ni jugak la Dato Rahim Razali jadi popular dengan trademark ulasannya tu…dan tak lupa jugak tahun tu bersahur dengan world cup….pagi raya time mak aku sibuk berjaga rebus ketupat...kita orang pun sibuk berjaga tengok bola...aku rasa meriah betul la world cup tahun tu…

World cup kedua yang best bagi aku adalah Mexico 86…time ni aku duk sibuk kumpul pelekat buku panini tu...sapa yang dapat penuh dulu kira bangga la bawak gi sekolah...tapi...tu jam aku dah berubah arah…walaupun majoriti kat sekolah aku sokong Brazil…aku sorang sokong Argentina…semuanya Maradona punya pasal…selain dari manchester unitednya legend...aku memang suka maradona...start dari ni la tiap2 world cup aku sokong Argentina…dari Maradona ke Claudia Caniggia ke Gabriel Batistuta...so korang boleh agak la team apa aku sokong world cup kali ni kan...tambah maradona jadi coach pulak tu kan...

Tapi tu la...sejak Italia 90...aku punya excited time nak Piala Dunia tu dah tak macam zaman aku kanak2 dulu...mungkin aku dah tua kot...Apa2 pun....orang rumah aku dah paham la kalau sebulan ni aku conquer tv sepanjang malam....tambah pulak start esok aku cuti seminggu...dah siap2 nak gi afrika selatan ni...heheh...