Pages

Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Sep 8, 2011

Nilai hantaran kahwin

Assalamualaikum

saya agak tertarik dengan one of my friend status dekat facebook. dia tulis nilai hantaran kahwin. ramai pulak tu yang comment. saya baca satu2 comment. most of them tak setuju. post die;

Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran diSeluruh Semenanjung :-
UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000
i think the one who write this need to watch this pulak!


saya tak tahu nak cakap camne. klau bakal suami tu kaya raya, boleh lah nk ikut. anak dato ke, tan sri ke, tapi tu pon sume duit makpak die. tapi klau bakal suami tu sederhana? haa? tak kawen lah ko! ekeke. tak pon kawen umo 40. merana!

act, dalam bab jodoh ketentuan ni kita tak tahu apa yang Allah dah tentukan untuk kita. klau saya cakap camni kang ada pulak mulut cakap "ko tak pelah ko dah kawen" pulak. ni mak sentap ni. hahaha. tapi betul lah, kita jangan terlalu memilih atau terlalu tetapkan benda yang tak logik dek akal. pernah satu masa saya dengar Hot FM. nilai hantaran kawen. satu pemanggil tu cerita, die baru pulang dari merisik wakil adik dia. masalahnya, nilai hantaran kawen ditetapkan tak masuk akal. hantaran kawen die keluarga pihak perempuan cakap depends on berapa banyak tiang dekat rumah dia. tak silap saya time tu farah tny. berapa byk tiang? then die kate, klau 10 batang tiang tu lebih!!. Logik tak tetapkan camtu? hurmm.

it is too much. macam saya cakap tadi, kita kadang2 boleh berangan, nak kawen mewah. dapat laki kaya. keluarga mertua baik. but, the thing is, berpijak di bumi yang nyata. barulah kita tau dimana kedudukan kita. ye dop?

same goes to yang terlalu memilih untuk dapat pasangan hidup. nak yang perfect aje! macam seth tan cite nora elena. yg laki pulak nak perempuan dahi licin aje! adoyyy. kita tak tahu sapa jodoh kita. so tak yah la nak memilih sangat. once you'll get married people will say. "tengok, tuhan dah buat berpasang-pasangan cantik belaka" -refer kepada orang yg mulut baik only!. klau mulut kepoh sangat tu, u'll never get hati tenteram pon dok mengata orang. go fix urself first lah.

Aug 17, 2011

Photobook Majlis Bertandang sudah dapat. double yeay!


Salam peeps! :)






can't talk much. i need to go to bazar ramadan. hehe :)
will update later okey!

Aug 10, 2011

Save the Date!



Assalamualaikum
sekarang ni banyak btol orang buat video save the date, 
comei nye alahai. nak-nak lagi dari CST Production ni
dlu kawen kekangan duit tak de nye nak buat video bagai ni.
lagipon tak reti la belakon-lakon ni.hehehe
layan orang lain punya jela
 






Amir & Nurul Syuhada | Dating
from cstproduction on Vimeo.

Aug 9, 2011

ops! saya sudah kahwin.


Assalamualaikum

sudah 2 bulan lebih saya kawen. tapi setiap kali bukak pc, cucuk tenet, bukak blog
apa yang saya terjah?
mesti wedding preparation!!
omg! kadang-kadang saya khayal terasa macam belum kawen,
perasaan excited buat preparation tu datang dengan tiba-tiba.
seronok baca preparation orang kawen ni.hikhikhik
excited.

actually, dunia blog ni banyak membantu saya buat persediaan my big day
dari la baju, kad, door gift, hantaran, so on and so on.
and apa yang saya sangat seronok,
ialah
my readers

mostly, before ni. saya berblog tentang life seharian yang memboringkan. *sigh
tapi lama kelamaan, saya share my preparation
and so you guys too right, bride to be?
and we also become friends dekat dunia maya ni.
seronok bukan?
walaupon kita tak kenal satu sama lain, tapi dari hal kawen remeh temeh ke sebesar-besar hal,
mesti ada yang sanggup drop by some opinion dekat comment.
bersyukur, ada jugak yang sanggup membaca celotehku. 
ada yang bg idea, ada yang share idea,
ada yang rajin share DIY. 
seronok betul. 
cerita pasal kawen, tak kan pernah habis kan?
:)
klau habis pon, akan disambung cerita kedatangan orang baru pulak. hehe
*berharap

eh, saya dah kahwin. ;)

p/s: tunggu je mane la jemputan dari BFF ni. excited!

Jun 7, 2011

The moment that Ive become a wife | Akad Nikah

The night that I can't forget. Alhamdulillah =)

From this moment life has begun
From this moment you are the one
Right beside you is where I belong
From this moment on

From this moment I have been blessed

I live only for your happiness
And for your love I'd give my last breath
From this moment on



p/s; I Love You Mr.Husband!

Rindu blog rindu blog rindu blog

Assalamualaikum

rindunye saya nak berblog. tadi bukak blog tengok list Bride to be sebelah ni. ramai yang dah selamat kahwin. Alhamdulillah =) bermula la hidup baru. congrats semuaaaa~!

sekarang nk mulakan dengan review my wedding day. kita mulakan dengan yang biasa orang tanya.
1. Andaman, Pelamin, Busana, Makeup
klau yang mana mengikut perkembangan blog saya yang tak seberapa ni. mesti tau saya memang ambil package dengan makcik saya je. Anita Bridal. so far Alhamdulillah. memang menepati cita rasa saya. sebab saya just gtau color tema je dekat makcik saya. then tengok result puas hati. (saya malas nk cerewet2 ni.pening kepala je)

so inilah rupa pelamin saya.

 theme actually blue. tapi makcik suggest combine color lagi cantik. so saya combine light pink sikit. hehe

hiasan bilik. saya pinjam katil along je.haha.sebab saya bukan dok kampung. takpelah, kte posing katil pinjam sat.hehe


color dinding bilik ni memang dah biru.so kena la tema. cuma cadar pilih pink bagi menyerlah sikit. biasa je hiasan. simple yet beauty. hehe.

bagi meja makan beradab pon makcik saya buat sekali. die package 3 in 1. saya buat meja tu dalam garage kereta je sbb tak perlu nk sewa khemah banyak-banyak. kesian ayah. hehe.

bila buat bawah garage.so memang background dia akan nampak motor2. tong gas. dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannye.hehehe.

khemah temamu, saya mmg tak amek tau sebab ayah yang pilih sume. saya malas nak fikir benda-benda camtu. bia ayah uruskan. hehehe


so far Alhamdulillah, saya suke all the color theme. walaupon saya tak beriya pilih color theme. tp hasil ok. dan cuaca on that day panas. i better prefer panas instead of hujan. nanti leceh. (tapi orang kate, klau hujan rezeki murah.hehe.)

next entry akad nikah! =)

Jun 1, 2011

Wordless Wednesday


I enjoy every each of my wedding picture =)

May 30, 2011

Alhamdulillah, saya sudah menjadi Puan


Alhamdulillah dengan sekali lafaz kami selamat diijab kabul pada Jumaat, 27 Mei 2011 tepat jam 9.35 malam. Kenangan yang akan kekal selamanya dalam hidup saya bersama suami. =) Perasaan yang tak dapat digambarkan kerana ikatan perkahwinan terlalu suci untuk diterjemahkan. Saya berharap kalian semua sudi mendoakan kebahagiaan kami seumur hidup selamanya. Amin.

May 20, 2011

Last post before i get married

Assalamualaikum

harini last day saya dekat office before saya balik rumah dan insyaAllah selamat menjadi Puan. Lepas ni tak de dah cik puan. lepas ni puan terus. wuuuu~ (saya balik rumah confirm saya tak online okay.sbb busy dengan benda lain. most important is nak jumpa my Rania~)

so saya berharap semua dapat mendoakan majlis saya berjalan dengan lancar. dikurniakan cuaca yang elok pada hari tersebut dan paling penting diberkati Allah swt.

so far, arini nye hal da settle. tak de ape dah kot. insyaAllah sumenye ok.

doakan saya ye kawan-kawan,
saya nk update banyak pon tak boleh. sekarang tan of work. T_T



see you in 2 weeks I think =)

May 16, 2011

Settle another hantaran from him

Sekarang ni progress hantaran yang saya 6/9 da siap. yang lagi 3 sumenye makanan. tak kan nak beli awal-awal kan. hehehe. so tak kisah. itu dekat rumah punya hal. sebab minggu ni minggu last dekat kl before i go back.weee~

semalam ktorang pegi hunting last hantaran dia nak bagi saya. Alhamdulillah. semua dah settle. wuu. skrg ni dah tak de masa. jantung pon macam berdegup laju semacam je ni. lagi tak sampai 2 minggu. nervous nak jadi isteri orang ni. adoii

yeay~ D3100 is mine! yosh.

Apr 18, 2011

Wedding wishes

saya selalu klau attend orang kawen nak bagi adiah mengarut-ngarut. dulu ade member uniten kawen, saya belikan tempat letak barang dekat Lovely Lace. sebab saya fikir.alor.comeinyee.ade kain lace sume bagai.
tapi bila fikir ape orang nak bagi aku pulak lepas ni (berangan awal-awal dah) tapi saya berharap sangat ade yang sudi bagi Knife set. huhuhu. walaupon agak macam pelik. bagi pisau pulak kan. tapi saya berharap sangat dapat. hehehhe

klau dapat yang macam ni kan best.

waaa..siap ade tempat letak terus. suke! suke! ade tak orang sudi agak-agak? hehehe. lagi satu benda yang saya nak toaster. boleh buat roti bakar untuk breakfast. hehehe.


waa..siap boleh letak telur. best-best


comeinye biruuuuu. i loikeee

yang ni mesti encik tunang suke gler babeng punye. ntah-ntah die tak sanggup nak makan. hahaha

Apr 1, 2011

Door gift nye cerita

ha.sempat lagi ni saya nk update something sebelum saya balik.hahaha. Project DIY door gift saya hampir-hampir siap. brown paper beg da dapat. sekarang aktiviti tempek menempek kertas dan gunting riben. yuhuu! seronok you nak kawen. tak de la masa terbuang begitu sahaja.

tampal menampal

yang sudah siap.dipack balik
yo!! saya nak balik da ni. babai~

Mar 30, 2011

Majlis Perkahwinan or Majlis Kesyukuran

Assalamualaikum
tadi saya ada terbaca blog Rahsia Hatiku (my friend from Uniten) she also gonna married in June ^_^. dia confius tentang Kad Kahwin yang ditulis Majlis Perkahwinan or Majlis Kesyukuran. ok. Klau base on my experience, belah Pantai Timur senang cerita Kelantan la. sbb saya orang Kelantan, memang akan ada 2 jenis cetakan which is Undangan Majlis Perkahwinan or Undangan Majlis Kesyukuran.

Macam apa yang telah terjadi, kedua-dua kakak saya kad kahwinnya dicetak Undangan Majlis Kesyukuran (pelik ke klau tulis Undangan Majlis Kesyukuran?) sebab? ok. Here the things (ini la perbezaannya klau orang Kelantan cetak Kad.haha) Klau tulis Majlis Kesyukuran ni memang ajak orang makan free je. Biasa tetamu akan datang lenggang mak minah dengan bawak gula.biskut etc. etc. atau pon bawak hadiah untuk pengantin. Kiranya keluarga pengantin nak buat amal la. bagi orang makan free. sbb tu tulis kesyukuran. (banyak pahala klau kte bagi orang makan). ada jugak orang cakap klau majlis kesyukuran ni tak ramai tetamu. eh tak jugak. sbb kakak saya kawen. majlis kesyukuran tapi tetamu datang Alhamdulillah meriah lebih la seribu orang datang. pastu biasanya Majlis Kesyukuran ni keluarga pengantin tak sediakan banyak door gift. (sbb dah makan free.biasanya lah. klau nk sediakan pon lagi bagus)

And then, bila kad kahwinnya dicetak Undangan Majlis Perkahwinan, means tetamu yang datang akan bagi sumbangan la untuk keluarga pengantin. biasanya klau mak saya pegi kenduri paling tak pon bagi rm10 sekepala. klau dia bawak saya atau adik saya. ah! korang darab la sendiri. hehehe.

itu je perbezaan die.

memang klau ikutkan negeri lain tak macam ni. semua pon tulis Undangan Majlis Perkahwinan. tapi Kelantan tak. Klau nak print tu siap boleh pilih nk tick mana satu. Majlis Perkahwinan or Kesyukuran.

Macam before ni ayah saya buat kesyukuran sebab nak memperingati atok nenek yang dah takde. pergi meninggalkan kami. (macam tu la biasa orang cakap) memang orang akan cakap. hah! habis duit banyak la? yelah! tapi kira lah pulak pahala brapa banyak ko dapat ko buat kebajikan tu (tiba-tiba menaip dengan nada marah.haha)

macam kawan saya Nana tu. dia niat tak nak amek sumbangan, tapi dah tercetak Majlis Perkahwinan. so tak de ape la Nana. dont worry. ur mom will handle it ^__^

so, sape-sape agak confius. macam ni la biasanya terjadi di Kelantan. Lain negeri lain cara dia kan? yang penting niat kita elok. iaitu Mendirikan Masjid.

Mar 17, 2011

Nak kahwin jangan panic

Assalamualaikum
eh saya baru perasan la. blog saya ni dah bertukar ke wedding blog. act, tak de niat pon. tapi dah saya tak de bende lain dah nak buat selain fikir pasal kerja kawen. so saya update la cerita-cerita kawen saya. hihihi.

so mari list update terbaru wedding saya;
kelantan side;
pelamin - done
baju - done
photographer - done
door gift (vip) - almost done
door gift - almost done

kajang side;
pelamin - done (dintan collection)
baju - done (aku suke baju niii!!)
photographer - done with www.sallehnasruddin.com

waa.byk lagi ke ek tak siap? saya rasa saya da buat preparation awal da ni. insyaAllah takde pape berlaku kelam kabut.amin

Mar 16, 2011

Lagi cerita door gift

Weekend lepas saya sempat la pegi semua house nak cari door gift untuk tetamu VIP. ekceli bukan ler VIP datuk datin. VIP tu rombongan belah lelaki je. dan terbeli lah sekali benda untuk bg time merenjis tu. sbb saya tak nak cabut bunga telur. nanti nampak tak cantik plak pelamin.hahahaha. jahat btol. dummy je kt atas pelamin.
so saya tengok ada dekat kedai yin riben ke ape ntah dekat semua house tu. potpouri 20 bijik harga rm50. kira ok la tu kan.

ini lah bende alah potpouri tu
so lepas da beli saya punya excited nk letak tag memori perkahwinan. (tak abes-abes aku ni.haha) pegi la beli riben dekat S&J mines ni. cantik-cantik riben die. terus saya ikat je dekat benda comei ni.

waa.bersepah tau bilik aku kerjakannn
ini lah hasilnya da ikat memori perkahwinan,.awww
 p/s; ayahhh!! dah tak de duitt ;(

Mar 15, 2011

Review kek kawen

Assalamualaikum =)
brape hari da tak mengupdate.huhu.rajin nak menjenguk blog orang je. nk mengupdate talarat la.
arini saya nk cerita pasal kek kahwin. saya tak decide lagi nk beli kek kat mana. so saje-saje la google kek kawin. dah terjumpa Mad About Cake. Fuiyo.chanteekkk~ geram. rasa tak sanggup nak makan

comei nye design
yg ni best.mcm present
tapi paling saya berkenan
waaaa. sukeeee!!!
rajin-rajin la menjenguk mad about cake ye b2b. kot-kot ada yang nk tempah sila cepat-cepat

Mar 10, 2011

Door Gift untuk tetamu

Assalamualaikum
hais.saya tak sempat lagi nk blog walking blog-blog bride to be yang lain. sibuk kerja. dan sibuk fikirkan idea door gift untuk majlis saya nanti. Lagi 2 bulan lebih. pejam celik pejam celik. da sampai 2 bulan. kejap je tau.

so, after I've done a few survey. Brown paper bag telah memikat hati saya. =) disamping cantik dan creative, saya jimat banyakkkk untuk paper bag. hehehehe.

curi-curi idea. picture diambil dari : Prima Donna Bride
Tag yang akan ditampal depan brown paper bag ni buat sendiri je. pastu print dekat office. muahahah. so klau orang buang tak de la rasa nak menanges sangat kan? kikiki. tapi printer office ni sengal sikit. black and white je boleh ;( hentam saje lah labu. tapi saya print kertas color la. fuhh. agak-agak patah tak belakang saya nak membelek satu-satu smp 700 ke 800 pcs? T_T


Pengedar brown paper bag da jumpa. Credit to Iszmir Nazmi. hehehe. sbb tolong cari paper bag ni. dapat murah wooo. 1000 pcs baru rm32. waa. jimat jimat. hehehe

Ape yang serabut kepala sekarang ni. mane nak cari orang jual reben murah-murah? (ceh.aku semua nak murah.)

Mar 9, 2011

Gubahan Hantaran

Assalamualaikum
Hari ni mood nak cerita pasal hantaran pulak. Memandangkan satu habuk pon tak buat lagi, saya tengah search gubahan hantaran dekat blog-blog bride-to-be yang lain terjumpa lah tema hantaran bantal. alaa. yang macam bantal-bantal tu. comei btol. saya ingat saya nk DIY la bantal ni. da jumpa pon tutorial ni. hehehe



Ini adalah contoh bantal tu. cantik kan? nk try buat? Boleh la jenguk blog MEEYA. B2B ni rajin menDIY. so kte boleh la try buat, since die pon da kongsikan tutorial bantal hantaran ni. Senang je sebenarnya.

Selamat mencuba ya kawan-kawan di luar sana yang rajin nak buat sendiri. macam saya ni memang buat sendiri jela sebab nak upah ni kena tengok cost budget plak. hehehe

Mar 7, 2011

Update dengan pantas

Assalamualaikum =)
Happy monday everybodyyyy!! (dalam hati cakap happy ke monday datang??? T_T) hahaha.
Semalam saya menyetelkan benda benda kawen yang tak settle-settle lagi. fuhh. penat gler. menguji keimanan betol la nak kawen ni kan. sabo jela.

sekarang ni benda yang saya terfikir dalam kepala saya ni nak buat or beli je Guest Book. at first saya tak terfikir pon nak ada Guest Book. tapi bila saya fikir, member-member ramai datang nanti mesti la kita nak diorang tulis sepatah dua kata untuk pengantin.aww.malu la pulakk (mengadanya engkau mimi oi)

Setelah berfikir bersama encik tunang, die pon bersetuju nak ada jugak Guest Book. nanti boleh la ye kawan-kawan tulis "Selamat pengantin baru mimi dan ridzwan, aku da bagi hadiah TV kat korang ni. lepas ni boleh la tengok TV bersama-sama- dari; senah bin senoh" mcm tu la lebih kurang. bahahaa

antara yg terpilih untuk dibeli atau dibuat sendiri (klau rajin);
i loikeee ;p
 
cantik tak cantik tak??


butterfly.pewit pewit
Mostly kale putih yang berkenan. huhuhu. tengok la camne. buat ke beli. tak fikir lagi yang ni.

Mar 4, 2011

Pameran Pengantin 2011

Assalamualaikum. 
dah berapa hari saya tak mengupdate blog ni. Alor, kesian pulak tinggalkan blog lama-lama. Arini just nak share information tentang Pameran Pengantin the latest sekarang ni berlangsung di MINES pada 4, 5 dan 6 March 2011. So sapa-sapa nak kahwen boleh la berkunjung. Saya insyaAllah esok baru ke sana. Arini kerja la. Walaupon saya baru balik dari Mines, tp esok boleh pegi dengan encik Tunang. hehehe

dengar cite Hatta Dolmat Colture pon ada weh. (tapi i tak mampu la nak Hatta Dolmat)
Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com