2026-02-05

Difficult client

Semalam pagi En Wan ada sharing kat TRX secara online. Setiap pagi and malam dia ada sharing session untuk weekly progress. Ini benda biasa untuk orang-orang yang involve dalam sales.

Aku dulu masa kerja sales, setiap Isnin ada meeting untuk recap balik apa yang dah dibuat pada minggu sebelumnya, apa sales yang dah berjaya close dan apa plan untuk minggu depannya pula. Kebetulan semalam ofis dia buat online sharing, aku tumpang dengar sharing-sharing dari orang lain.

Kat training semalam ramai yang share dorang susah nak handle difficult client.

Difficult client tu macamana?

✅ Yang mintak agen calculate budget, last-last buat senyap.

✅ Yang tanya macam-macam soalan, rupanya sekadar nak compare price dengan takaful lain.

✅ Yang bagitahu agen dia berminat nak sign up tapi pastu krik krik krik.

✅ Yang nak coverage besar tapi bila agen calculate monthly kena bayar banyak ni, terus tak jadi. Padahal dia yang mintak coverage macam-macam.

✅ Yang ada history sakit, tapi nak cari takaful yang boleh cover penyakit yang sedia ada pitam.
Aku kat meja sebelah buat kerja sambil senyum sorang-sorang dengar sharing dorang.

Actually itu masalah biasa orang-orang sales, berdepan dengan karenah customer. Ikut pengalaman aku, difficult customer ni tak ramai. Around 3-4 orang je dalam setiap 100 orang. Tapi dorang punya drama tu lebih. Dorang punya kecoh tu mengganggu tumpuan kita nak buat sales pada 95 orang yang lain.

Customer jenis ni always rasa dia satu-satunya customer kita. Dia rasa macam kita takde customer lain selain dia sebab tu dia datang dengan permintaan yang macam-macam.

Awal-awal jadi sales dulu, aku layankan jugalah perangai customer gini. Mintak quotation 30 kali, belinya tak. Pastu baru first time beli dah mintak macam-macam free gift. Lepas tu mohon sumbangan bertalu-talu. Belinya RM5000, mintak sumbangan RM10K. Apo??

Bila dah lama in sales, aku tak kuasa nak layan customer macam ni. Sekilas ikan di air dah tahu ni jerung ke, bilis.

Bukan memilih customer tapi pengalaman buat aku selective because my time is precious. Tenaga, fokus and emosi aku limited. Bila dah bertahun hadap manusia, pattern tu aku boleh hidu dari ayat pertama lagi. Cara dia tanya, cara dia negotiate, cara dia cakap pasal harga sebelum fahamkan product value, aku dah boleh agak ending dia ke mana.

Awal-awal jadi sales dulu aku layan semua orang sama rata. Siapa email or text mintak quotation, aku terus buat quotation and hantar. Kadang tu bila dia bertanya aku educate satu-satu. Ending? Ramai yang ghosting. Drainkan otak aku je.

Ramai yang sebenarnya cuma nak rasa “dilayan” bukan nak beli. Dari situ aku belajar, bukan semua orang layak dapat akses penuh kepada masa dan tenaga aku.

Orang kata sales ni kena layan semua orang, baru rezeki masuk. Hakikatnya, rezeki datang bila kau letak boundary. Bila kau stop being desperate nak jual kat semua orang. Bila kau selective, customer yang betul lagi senang datang. Sebab energy kau pun lain, tak terkejar-kejar.

Selective bukan bermaksud pilih bulu. Selective bermaksud pilih customer yang serious. Yang tahu apa dia nak. Yang dah ready. Sebab setiap kali bagi attention pada orang yang salah, kau dah curi masa daripada customer yang sepatutnya dapat servis lebih baik.

Tahun 2003, ada sorang customer lelaki kat NIOSH. Asyik call ajak datang opis nak discuss pasal purchase. Sebulan aku kejap-kejap berulang ke sana. Quotation berlambak-lambak dah buat, belinya tak. Tapi asyik minta aku datang sana untuk discuss macam-macam.

Majikan aku bengang, sebab claim mileage ke NIOSH kemain tinggi, tapi sale tak masuk-masuk. Dah la NIOSH tu kat Bangi. Dorang ingat aku saja nak balik rumah Mak Aji. Last-last aku abaikan request dari customer tu. Tiap kali dia call, aku tak angkat. Setiap kali dia sms, after 2 hari baru aku reply. Itupun aku reply nak tak nak. Reply yang tak beria. Tak peramah macam biasa.

Tup-tup masuk Purchase Order RM10K. List barang yang dia beli tu sampai aku tak jumpa dah dalam quotation, punyalah dah lama quotationnya. Patutnya tak valid dah harga tu, tapi boss suruh hantar je barang dan stop pegi sana lagi.

Itulah customer aku yang palingggggg difficult. Nampak macam nice, macam nak beli tapi setahun tak beli-beli tapi asyiklah request quotation. Rupanya setiap kali dapat quotation kerjanya nak compare harga. 

Bukan tak boleh compare harga. Compare itu normal. Customer yang bijak memang akan buat comparison. Tapi ada beza antara compare untuk buat decision dengan compare untuk tengok harga. MOST people compare nak tengok harga saja padahal spec berbeza. Kalau takat nak tahu harga, takyah tanya macam-macam sepatutnya. Letih melayan.

Compare untuk buat keputusan biasanya datang dengan logik yang jelas. Customer tahu apa keperluan dia, faham kenapa dia bertanya, dan nak compare dari segi nilai keseluruhan, bukan sekadar harga. Dalam situasi ni, harga dilihat together with specs, with manfaat, dan apa yang sebenarnya dia dapat. Ini comparison yang masuk akal dan adil untuk semua.

Masalah jadi bila compare untuk tengok harga. Tanya banyak soalan, mintak explanation panjang lebar, tapi cuma nak tahu mana paling murah walaupun dah terang-terang spesifikasi berbeza. Bila benda yang dibandingkan tak sama, of coslah harga tak sama. Banding harga tanpa samakan spec sebenarnya bukan comparison, tapi sekadar curiosity yang membazirkan masa.

Usually, people like this don’t have just one mindset. They tend to fall into a few repeating patterns. Ada yang sebenarnya belum ready nak beli. Dia tanya banyak soalan bukan sebab nak buat decision, tapi sebab masih di fasa survey-survey kosong. Bertanya tu bagi dia seolah-olah dia dah buat something. Padahal belum ada niat sebenar nak commit. Ni sekadar nak strike off their list je. Nak sedapkan hati dorang sendiri konon macam dah buat something. Aaa gitu.

Ada yang jenis tak nak buat kerja sendiri. Dorang guna sales people sebagai alat research. Tanya satu orang untuk dapat info pastu bawak info itu untuk compare harga dengan tempat lain. Honestly, most of them are just obsessed with finding the cheapest price. Dalam kepala dia, murah = berbaloi. Value, risiko, kualiti dan perbezaan spec jadi number dua. So no matter how much you explain, it always circles back to, “Apesal mahal?”

Macam customer NIOSH tu setahun tak beli-beli ni, niat dia dari awal memang bukan nak beli. Dia nak kumpul quotation and test market je.

Difficult customer ni kau boleh terasa-rasa vibe negative. Jangan abaikan perasaan tu. Kalau dah terasa-rasa customer tu akan bagi kau susah, tinggalkan terus. Customer jenis ni umpama scammer. Dan juga ada ciri-ciri pembuli.

Jenis ni cepat marah, terlampau agresif, sangat kritikal and demanding. They think their demands are superior to everybody else’s. Bila tak dapat apa yang dia nak, komplen macam nak rak. Jenis ni, it doesn't really matter samada kau betul atau salah, they don't care dengan kau punya explanations. Maka tak rugi apa pun hilang customer macam ni. Lebih baik directkan energy melayan customer yang betul-betul interested nak beli.

Tapi aku faham, untuk sales person yang baru involve dalam dunia sales, tak senang nak identify difficult customer. Skill ni perlukan pengalaman. Takpelah, kalau rasa nak melayan, layanlah. Ambil pengalaman. Lama-lama nanti kau tahulah camana nak reject.

GreenAard pun ada beberapa pengalaman dengan difficult customer. Dah dibagitau kalau ambil GC Plus, kesannya berbeza antara satu dengan yang lain. Ada yang tak dapat effect pening, ada yang tak membuang kerap, ada yang kerap kentut, ada yang kerap kencing, ada yang cepat mengantuk. Setiap satu tu ada explanation kenapa.

Aku dah pesan kat staff jangan bagi dia ambil GC Plus. Bukan sebab dia ada penyakit, tapi aku dah boleh terasa dia ni akan menyusahkan GreenAard nanti. Tapi dia insist nak juga beli. Oklah bagi dia beli. Tak sampai seminggu dia nak pulangkan balik GC Plus. Katanya tak tahan asyik nak ke tandas. Kita dah bagi suggestion cara nak kurangkan kekerapan ke tandas, dia taknak. Tetap nak pulangkan balik botol yang dah dibuka dan dah makan 3-4 hari! Kau rasa??

Staff aku tak accept. Boleh pulak si customer ni membagi idea "Tolonglah jualkan balik murah-murah kat Shopee".

Dah kita pulak yang disuruh jual bagi pihak dia. Common sense, please? Ada ke orang nak beli bekas yang kau dah bukak, dik? Tu pasal aku cakap difficult customer ni dari awal dah boleh terasa vibe negatif tu.

Kawan aku buat bisnes training pun hadap benda yang sama. Another kawan aku homebaker pun ada customer yang pelik-pelik. Yang jadi agen takaful pun ada client macam ni. Ceritanya, takde yang mudah bila buat sales. Paling tak, dalam setiap 50 orang, jumpa 3-4 orang jenis ni.

Tu belum lagi yang joy buyer. Tanya macam nak beli, tapi tak beli-beli. Siap mintak kita asingkan free gift takut habis. Kejap lagi buat payment katanya. Sampai ke sudah tak nampak bayang payment. Bila dia beli? Bila promo habis hari ni, lusa baru dia beli. Lepas tu marah-marah kenapa tak simpankan gift. Lepas tu tak jadi beli. Konon merajuklah kita tak simpan gift dia. Adui letih.

Lagi satu, customer yang suka complain. Ok generally, customers complain. And it’s a good thing sebab complaints kadang-kadang ada yang bagus. Tapi kalau customer tu always komplen even about the pettiest of things, jaga-jaga. You may have a habitual complainer on your hands. Kena jaga-jaga sikit dengan pattern ni sebab attitude dia boleh exhaust and stresskan kau.

Kalau perlu, bagi dia silent treatment 30 minit. Tenangkan diri dulu and plan how to continue. Dah ready, baru reply balik. Kau perlukan ketenangan sebelum boleh respond calmly and nicely. Kalau tak, ujung-ujung kau pulak yang merempan lebih dari dia.

Ada sorang agen takaful cakap dia kerap dapat customer yang tak reti nak buat keputusan. Tanya macam-macam dah. Tapi masih lagi tak sign up.

Memang wujud orang macam ni. For some strange reason, this type of customer just cannot make a decision. Dia akan tanya kau soalan, even more questions, tapi masih tak beli-beli no matter the quantity of information kau provide. Jenis ni maybe someone yang perfectionist atau terlalu berhati-hati.

Selalunya orang macam ni nakkan the best deal, the best quality, dan the best price. Sejenis yang takut buat silap agaknya. Everything nak 101% sure. That’s why dia keep asking questions, buat perbandingan dan tak habis-habis dengan investigating. Yang ini pun aku tolak jauh-jauh. Letihlah melayan. Disebabkan nak melayan dia sorang tak settle-settle, terabai customer aku yang lain.

Aku pernah ada customer macam ni zaman buat biotech dulu. Bertanya macam-macam. Nak beli kit harga RM500 je, tapi soalan macam nak beli instrument RM50K. Aku ni gigihlah explain setiap soalan dia. Siap lukis! Serious, aku siap lukis gambarajah nak bagi dia faham. Ujung-ujung dah beli kit, dia suruh aku yang buatkan projek dia, boleh?

Punyalah dia tak nak bertanggungjawab. Dia takut kalau dia guna kit tu tak dapat result. Takut handling error katanya. Pelik betul, kau nak jadi saintist tapi takut buat silap. Kalau tak buat silap mana nak tahu kekdah yang betul. Kenalah buat silap dulu. Serious buang masa aku. Tu je la sekali aku berurusan dengan dia. Aku present kat Jabatan Perikanan 3 minggu, terus close deal 120K. Dengan dia pung pang pung pang 2 bulan, belinya RM500 je. Siap kena buatkan projek dia pulak tu! Selamat Jalan Romeolah jawabnya.

Aku cakap kat kau, kalau jumpa customer yang indecisive, tak reti nak buat keputusan, kau tanya direct je. Orang macam ni, kau kena press dia punya hot button. Tanya terus what exactly are they most concerned about? Quality? Quantity? Features? Ke nak tunggu sale?

Rasanya pernah cerita kat blog tentang boss Devils Wears Prada aku pernah shoot kat customer pasal harga sale.

Ceritanya gini. Kawan aku berulang-alik jumpa customer discuss pasal pembelian instruments. Dah present, dah demo, dan calculate budget, tetap tak beli-beli sebab masih berfikir-fikir katanya. Last-last boss aku ikut pi jumpa customer. Aku kat tepi join sekali. Gitu gini gitu gini boss aku explain masih lagi dia nak berpikir-pikir, terus boss aku cakap "You memang shopping time sale saja ke?"

Gitu je boss aku tembak. Berubah muka customer tu. Malu agaknya. Tak lama lepas tu helok je pun close deal.

Sometimes, kena hit hot button. When you know what their hot button is, it’s much easier to force them to make a decision. Kena strict dengan customer jenis ni, kalau tak, they will eat up your time and energy, and without a sale.

Tapi bukan sebarang-sebarang orang boleh buat gini. Pastikan kau ada strong foundation dan pengaruh yang kuat. Kalau bisnes masih bilis, janganlah buat. Melingkup awal nanti 😄.

Tapi dalam banyak-banyak hal, semua orang pasti ada pengalaman dengan customer yang segala benda nak cepat, macamkan dia sorang je customer kita nak layan. Jenis ni tak peduli kalau kau kata business hours until 6pm. Bagi dia, online sales mesti 24 jam balas whatsapp customer. Maghrib ke, pukul 11 malam ke, dia tak peduli. Yang dia tahu, whatsapp dia kena cepat-cepat reply.

Lepas dah buat payment 30 minit lepas, terus dia whatsapp lagi "Mana tracking number?"

Ini adalah ciri-ciri customer yang pertama kali beli barang online (selalunya).

Tapi yang paling best jenis customer yang know-it-all.

"Kan saya kata nak COD. Kenapa saya kena bayar delivery pulak? COD tu maknanya free postage!"

Matilanakkkk nak COD free takde caj.
Jem terus kepala otak.


2026-02-04

JOHNNY is the only celebrity yang dipilih untuk ke space tahun 2028!!


Semalam InterstellOr announce program Space Traveller.

JOHNNY is the only celebrity yang dipilih untuk ke space tahun 2028!!

Majlis semalam, Johnny sorang tak datang sebab dia masih di Ningbo shooting. Dia hantar video je.

Dia ni entah bila masa berehat. Schedule dia sangat padat. Entah bila masa dia bermeeting pasal projek space ni. Tau-tau je gempar C-Ent bila nama dia di-announced as passenger nombor 009 ke space. Yang dia-nya masih kat lokasi tengah shooting. Kita yang tengok berita tu dah bergegar. Dia-nya masih kerja. Takde dia kisah nak attend majlis ni.

Pagi Subuh ni Weibo masih sibuk perkatakan berita semalam. Mixed feelings. Tak tau aku nak express feelings aku macamana. Rasa proud, rasa happy, rasa terkejut, takut, semua ada. Dia ni memang betul-betul real influencer. Padahal dia takut TINGGI, tapi always challenge himself. Bungee jumping, paragliding, and now SPACE!

Aku kalau boleh nak apply DUDUK SEBULAN DENGAN HUANG JINGYU. Aku nak study and practice apa rutin harian dia dari bangun tido sampai nak tido malam semula. Aku nak absorb rutin dia, energy dia. Nak join ke-busy-an shedule dia. 

Aku nak tahu mana dia dapat energy, and disiplin sampai macam tu sekali. His drive sangat 👍🏻👍🏻👍🏻. Ni kalau retis lain dah kecoh dah malam tadi bergambar bagai nak rak. Tapi Johnny macam tu lah, orang lain dah kecoh dah pasal space, dia rileks je settlekan shooting.

Rupanya dia dah start training, ya! Entah bila masa dia start training untuk ke space. Padahal tahun ni aku tak pernah miss his schedule. 

Setahu aku last year, bulan January dia masih dalam shooting Punishment 2, sampaikan CNY pun dia cuti 1 hari je. 

Then lepas tu start program Top Car Racer. 

Pastu shooting Heavyweight. 

Lepas Heavyweight shooting filem Pegasus 3. Dalam pada masa yang sama dia start shooting Winner. 

Dalam pada shooting Winner, dia shooting Natural High S3. 

Natural High dah habis, dia masih dengan shooting Winner until now. Tu belum lagi program kecik-kecik macam menyanyi sempena New Year hari tu.

Maknanya sepanjang tahun lepas dia dah FULL. Eh tau-tau semalam announce dia akan join program ke space dan dah pun start training. Bila masa kau training??? Eh penatlah aku dengan schedule dia ni.

Aku pikir-pikir balik, now dia tengah habiskan Winner. Awal Mac start dengan shooting drama with Jin Chen. Lepas tu dengan Top Car Racer Season 2. Pastu dengan Natural High Season 4. Ni entah-entah ada 4 drama lagi in the pipeline yang dia masih blom announce. Bila dia nak training for space?

Aku betul-betul kagum dengan dia punya disiplin. Aku ni nak tahan makan 20 jam pun malas. Kahkahkah. Johnny punya determination sangat tinggi. Dengan job yang tak putus-putus. Job bukan calang-calang pulak tu. Dia ni memang enter entertainment to WORK, bukan to kejar fame. Sumpah! Gila punya workaholic dia ni.

Aku syak hari ni tak habis lagi Weibo bercakap pasal pemilihan dia ke space. Semalam masa launching Secretarial General China pun ada sekali. Dorang tunjuk the craft and the pod yang passenger akan duduk. Tetiba rasa sedih and seram. Semoga baik-baik je la untuk dorang ni.

Ok, mulai esok aku nak absord rutin Johnny. Esoklah tapi startnya. Mbhahahahaha.  


2026-02-03

Perkahwinan sepatutnya tempat paling selamat untuk kita jadi diri sendiri.


Bila aku terbaca post tu, kalau aku boleh call bini dia ni, aku nak cakap “RUNNNN!!”

Tapi ye lah, tak semua ada kekuatan nak keluat dari marriage. Sebab tu aku cakap PEREMPUAN KENA ADA DUIT. Bukan nak ajar besar kepala tapi kau nak stay ke dengan laki macam ni? Sikit-sikit ugut cerai.

Aku tak ajar korang jadi besar kepala, kurang ajar or lawan suami. Tapi kalau kau ada duit, itu boleh bagi kau pilihan. Without duit, kau tak dapat buat keputusan. Kau terpaksa bertahan. Kau stuck. Every time laki kau ugut cerai, bunyinya macam dapat hukuman mati.

Aku banyak kali perasan a really disgusting pattern in a lot of marriages like this. Lelaki yang suka ugut cerai selalunya tahu satu benda. Iaitu, isterinya takde sumber ke mana nak pergi. Takde savings. Takde income. Takde back-up plan. So that threat is not made randomly. It is a strategic plan yang disengajakan untuk memastikan isteri sentiasa “knows her place.”

Siapa perasan, lelaki yang betul-betul konfiden and secure dengan diri dia, dengan marriage dia, dengan value dia as suami, jarang main ayat cerai, let alone nak mengugut. Because he knows cerai bukan control tool. Cerai is the last resort. 

Orang yang kerap ugut cerai ni sebenarnya LEMBIK DAN INSECURE. Dia tak tahu cara handle konflik, jadi dia pilih cara paling kasar supaya dia cepat menang. Jenis narsistik ginilah. Apa-apa hal guna ugutan.

But the saddest part is, some women eventually start to normalize it. Everytime suami sebut cerai, dia pulak yang pujuk si suami. Dia yang mintak maaf. Dia betulkan diri walaupun dia tak buat salah besar pun. Over time, she learns in order to stay safe, kena diam, sabar dan bertahan.

That’s why bila aku cakap perempuan kena ada duit, aku bukan cakap pasal kemewahan. I’m talking about survival. Duit tu bukan untuk menunjuk, tapi untuk bagi kau kekuatan and keberanian bertanya soalan “Kalau aku keluar dari marriage ni, aku boleh hidup tak?”

If the answer is yes, then you are truly free to choose whether to stay or not. Kalau jawapannya tak, then whatever you call “sabar” sebenarnya hanyalah KETERPAKSAAN.

Aku benci bila orang kata perempuan yang ada duit susah nak dengar cakap. Konon besar kepala and tak hormat suami.

Dey! Tengoklah suaminya macamana. Kalau suami yang dah kawen 20 tahun masih lagi bil letrik and yuran skolah anak nak isteri tong-tong, macamana wife tak mengamuk? Akai ada??

Realitinya, bukan perempuan yang ada duit besar kepala tapi mereka ni SUSAH UNTUK DIPIJAK. Itu je bezanya. Dia masih boleh jadi isteri yang lembut, yang menyokong suami, yang setia, tapi sorry dia tak boleh diperkotak-katikkan. Perempuan jenis ni tahu if one day their husband goes too far, their life won’t end there. And just that knowledge alone is enough to shift the power dynamic in the marriage.

Imagine hidup dengan lelaki yang everytime tak puas hati, ugut cerai. Ugut dengan taklik. So what? Hari ni dia ugut cerai kalau kau tertinggi suara. Esok dia ugut cerai kalau kau jawab lambat. Lusa ugut cerai kalau muka masam. Boleh lama mana kau bertahan jadi “isteri”? Lama-lama kau hidup dengan sentiasa berjaga-jaga. Everyday you weigh your words, memendam rasa, menipu diri sendiri konon life kau baik-baik je. 

Lelaki macam ni selalunya akan guna ayat-ayat berbaur agama untuk justify perangai dia. Konon dia buat semua tu untuk mendidik isteri. Padahal dia tengah train isteri untuk takutkan dia. Takut nak bersuara. 

Bila agama digunakan untuk cover perangai manipulative and narcistic, itu bukan dakwah. Jangan nak perasan kau tengah berdakwah. Itu namanya gaslighting.

Post ni bukan suruh semua perempuan terus bercerai bila dapat suami yang kuat mengugut. That’s not realistic. Cuma aku nak mintak perempuan bukak mata. Ugutan cerai bukan benda kecik. Taklik bukan benda boleh buat main. Itu red flag terbesar. Kalau hari ini dia ugut cerai untuk kawal suara kau, esok dia akan guna cerai untuk kawal hidup kau sepenuhnya.

Kalau kau pilih untuk stay dengan lelaki macam ni, you need to have your own strength. You need to have your own money.

Bukan nak cakap apa la. Sebahagian besar lelaki takut isteri ada duit bukan takut isteri lagi kaya dari dia, tapi takut hilang kuasa. Sebab bagi lelaki ber-IQ dua digit like this, bila isteri ada duit, susah isteri tu nak dikawal dengan ugutan and pressure sebab isteri berduit boleh hidup sendiri. Itu yang buat lelaki ber-IQ dua digit rasa terancam.

Mindset macam ni datang dari ego dan ketidakmatangan. Dia rasa kalau isteri berduit, isteri susah nak setia, padahal ramai je isteri berduit tetap setia berpuluh tahun dengan sorang suami.

Masalah sebenar adalah pada lelaki tu sendiri. Dia yang insecure. Tak tahu cara jadi leader and suami yang matang. Ugut cerai konon nak kekalkan kuasa, padahal hanya menampakkan lagi kelemahan diri sendiri. LEMBIK! Macam budak tadika sikit-sikit ugut “Taknak kawan!” “Kita cakap mak kita nanti!” Sampai ke tua perangai nak mengugut. Kote je besar tapi akai sejemput. Kau ni elok disunatkan tetiap tahun. Biar hilang terus kote tu.

Kalau tanya aku, this is basically toxic masculinity. Dia rasa dia kena control untuk lead the house padahal nak kontrol isteri kau kena saling respect. Tu je. Ibarat sebilik dengan roommate. Nak bertahan, kena saling respect.

Lelaki macam ni tak boleh ubah. Kau tak boleh ubah ego dia. Kau cuma boleh ubah diri sendiri. Pastikan ada duit sendiri. Pedulik orang kata duit bukan segalanya tapi dalam konteks marriage dengan lelaki narsistik ni, kau kena ada duit. Sebab bila ada duit, baru kau ada kuasa atas diri sendiri. It’s literally the only weapon yang perempuan mesti ada bila dapat suami macam ni.

Cik Epal pernah cakap kat aku “Nasib baik saya ada duit sendiri”

YES! Exactly. Nasib baik ada duit kalau tak, dia agaknya masih bertahan dengan …. (sila sambung)

Post thread tadi, aku try letakkan diri aku kat tempat dia. Empat puluh hari selepas melahirkan, badan still belum heal sepenuhnya. Tidur masih tak menentu. Emosi turun naik. Dalam tempoh ni, perempuan bukan saja sedang belajar jadi ibu, tapi belajar terima keadaan yang dah berubah. And in that fragile state, suaminya tergamak buat taklik. Kau rasa??

Kalau aku dalam keadaan tengah letih, penat badan emosi segala, kau nak taklik-taklik dengan aku, memang aku tengking maki hamun terus. Jangan buat gila dengan aku. Aku punya gila kalau keluar, elok-elok siuman, dengan kau-kau terus jadi gila aku buat.

Ada beza ya antara tegur dengan ugut.
Ada beza antara mendidik dan mengawal.

Taklik tu sendiri tak boleh buat main-main. Taklik bukan tools untuk tundukkan isteri. Bila lafaz taklik tu digunakan as respon kepada kemungkinan suara isteri meninggi, mesej yang sampai bukannya “Kita kena sama-sama jaga adab”.

Mesej yang sampai ialah “Aku ada kuasa untuk tamatkan status kau as isteri bila-bila masa”.

Sorry ya. Dapat kat aku pengote jenis ni, jam-jam tu jugak aku tengking. Pegi mampus!

In a marriage, manners and the way you speak are important. Ini aku tak deny. Tapi hidup berumahtangga bukannya 24/7 kau bercakap dengan gentle. Ada hari kita penat. Ada hari kita tertekan. Ada hari suara naik sebab penat. Logik ke jadi manusia takde perasaan marah? Bingai.

The biggest problem in this situation, for me, bukan pada suara yang meninggi, tapi pada konteks bila lafaz taklik tu dibuat. Bini kau dalam pantang kot. Dalam fasa paling lemah fizikal dan emosi. Dalam fasa ni, it is NORMAL emosinya tak menentu. Kejap tenang, kejap marah, kejap mengamuk, kejap menangis.

Ini fasa sepatutnya isteri dilindungi, difahami, dipeluk dengan sabar. Yang kau bodo pi lafaz taklik hanya kerana kau nak balik rumah tenang-tenang takde marah-marah. Bodonya la hai. Mengote je kerja kau.

Aku selalu noticed, suara perempuan always jadi isu. Bila perempuan bercakap tegas, dia dilabel kurang ajar. Bila perempuan mempertahankan diri, dia dikata melawan. Tapi kalau lelaki tinggikan suara, ohhh itu namanya tegas. Sifat seorang ketua.  Eh pundeklah.

That’s why aku kata, kalau aku, aku tengking jam jam tu jugak. Because in moments like that, aku tengking bukan sebab marah. It’s about setting boundaries. It’s about saying, “I won’t live under threats!”

I don’t want a marriage that makes me filter every word out of fear of losing my status as a wife. I don’t want to live in a household that teaches me silence is the only way to stay safe. Perkahwinan sepatutnya tempat paling selamat untuk kita jadi diri sendiri. 

Maybe ada yang tak agree dan kata kenapa kena melawan, kenapa tak sabar je, kenapa tak bincang elok-elok. That question maybe comes from people who have never been in a situation where power is used to silence you. 

Aku pernah bersama dengan lelaki narsistik. Aku tahu rasanya macamana. Berbincang hanya wujud bila dua-dua pihak berada di aras yang sama. When one side holds the cerai button as a ugutan, the conversation is already unbalanced. Sorry, kau takkan dapat aku punya taat dalam situasi macam ni.

Aku percaya agama tak pernah ajar lelaki untuk menakut-nakutkan isteri dengan lafaz cerai/taklik. Aku percaya agama juga tak pernah suruh bersabar buta-buta sampai memudaratkan diri. Malangnya, dalam masyarakat kita, dalam culture melayu, sabar disalah guna untuk suruh perempuan bertahan apa keadaan sekalipun. Sabar dijadikan alasan to turn a blind eye to injustice. Dan bila perempuan bersuara, akhlaknya pulak dipersoalkan.

Aku tulis ni bukan untuk judge sesiapa. Aku pun tak tahu keseluruhan kisah rumahtangga dorang. But I know one thing. Melafazkan taklik dalam keadaan isteri sedang berpantang dan emosinya belum tenang adalah tindakan yang tak sensitif, tak empatik, dan akal pendek dari seorang suami. Kalau kau tak boleh tenangkan dia at least jangan tambah pressure dia. Faham ke tak, baghal??

Seorang suami yang benar-benar memimpin tak akan guna cerai sebagai ugutan. Dia akan gunakan kefahaman, kesabaran dan komunikasi. Dia tahu bila masa menegur, bila masa kena diam, dan bila masanya perlu peluk isteri. Dia faham emosi isteri, terutamanya dalam pantang, are not a threat to his honor, tapi amanah yang perlu dijaga.

Kau tengok video ni:


Inilah kepenatan seorang perempuan yang ada anak kecil. Emosi and fizikal sama-sama penat. 

Ya, aku tahu lelaki pun penat kerja cari duit tapi at least kau masih ada ruang berehat. Kau masih ada lunch hour boleh makan tenang-tenang. Kau masih ada waktu solat untuk nap kejap. Kau masih ada 10 minit sap rokok. 

Isteri kat rumah? Jangankan kata nak me time. Dapat mandi 5 minit pun besar rahmat. Wife tak mintak banyak. Kalau kau ambil pegang anak 1 jam bagi isteri berendam dalam bathtub kat rumah tu pun dia dah happy and bersyukur sangat.

Aku first time jadi mak, hari ni berdua, esok bangun pagi dah bertiga, terus dunia aku berubah habis. Everything berubah to the point aku tak kenal diri sendiri. Sebab dah ada tanggungjawab baru. Nasib Mak Aji and mok tolong jaga kejap. Kalau tak, aku pun lost.

That’s why walau dikecam netizen melepaskan jagaan anak ke bibik, I don’t care kau nak cakap apa. Aku perlu hidup tenang, rest yang cukup, makan dengan selesa, rumah berkemas dan tak penat supaya aku boleh function as isteri and ibu.

Suami, kalau nak isteri kau bercakap lembut 24/7, sediakanlah pembantu. Biar isteri tak penat. Takyah nak ugut dia dengan cerai walhal kau yang tak reti jadi leader. Nak jadi good leader tak payah garang dan tegas tak tentu hala. Janji tahu nak manage situasi jadi lebih baik. Nak manage situasi takyah guna kekerasan. Guna otak len kali!


2026-02-02

STOP BUAT BAIK


Aku perasan satu perangai manusia. Maybe ramai yang tak nak mengaku, but if you look at your own life, benda ni always jadi. Iaitu, bila someone yang pernah rapat dengan kita, buat khianat. Mesti rasa sakit gila, kan? Jenis ni memang takleh bagi muka, kena balas!

Tapi tahu tak, cara paling powerful nak respond sebenarnya bukan dengan membalas balik, tapi dengan STOP BUAT BAIK.

Aku kan bila orang yang aku menyampah atau rasa tak selesa, aku memang buat tak reti. Tak stalk, tak ambil tahu, tak call, tak DM, tak tanya khabar, tak buat apa-apa pun. Aku buat hal sendiri. Tak berminat nak ambil tahu pasal dia dah.

Kadang orang tak faham. Dorang ingat aku menyombong, or maybe ego atau overreact. Sebenarnya, aku just malas nak buat baik. Tu je. Tapi orang macam ni, kita stop buat baik pun jadi masalah pada dia. Pelik.

Ramai orang berasa nak balas balik kat orang-orang ni. That feeling is valid. Tapi aku dah praktikkan ni dari zaman muda lagi. Berhenti buat baik jauh lebih berkesan daripada buat jahat. There’s something about silence and withdrawing attention that hurts way more daripada kita buat jahat pada dia. 

Sebabnya, bila kita senyap, dia takde modal untuk respond pada senyap kita. Kalau kita buat jahat, dia boleh balas balik, dia boleh defend diri dia or dia boleh buat cerita and macam-macam alasan. Tapi kalau kita stop buat baik, dorang tak boleh nak manipulate kita dah. Mati akal dia nak cari pasal dengan kita. Ujung-ujung dorang yang sakit hati sendiri.

Bila kau stop reacting, stop explaining, stop ambil tahu, it hits their ego. Selama ni dorang ada access kat kau. So when all that suddenly disappears, that’s what unsettles them. Dia macam nak tanya apesal kau senyap, tapi macam malu pulak nak tanya sebab takkanlah senyap pun jadi satu masalah, kan? Hahaha. 

Lagi satu orang yang kau selalu buat baik. Selama kau buat baik, dia rasa kebaikan kau tu semua orang pun boleh buat. Manjang je dia kondem apa kau buat. Now bila kau stop buat baik, dia dah takde access pada kau lagi. That's painful to them. Because now they have no proof that you are the problem.

Aku perhatikan, jenis orang yang selalu cari pasal, bila kita stop buat baik, dia menggelabah beruk. Mulalah nanti dia mengumpat beria-ia kat belakang, cuba tarik attention orang lain untuk kutuk kita berjemaah. Nak tunjuk seolah-olah dia teraniaya dan kita yang salah faham kat dia. Padahal dia tahu apa dia dah buat.

Orang yang buat salah ALWAYS cari kawan dengan menjual kisah buruk orang lain. Dia ada masalah dengan kau, pastu dia cari new kawan dengan mengumpat pasal kau. Pastu dorang berdua menjadi kawan baik. Pastu dia cari kawan baru lagi dengan bermodalkan cerita pasal kau lagi. Pastu dorang pun jadi kawan juga. Tapi jenis yang berkawan dengan modal memburukkan orang lain, friendship tu tak kekal lama. Sebab friendship yang dibina atas cerita buruk orang lain memang fragile dari awal.

Orang yang buat salah tak berani hadap kesalahan sendiri. Jadi dia cari jalan paling mudah iaitu dengan jual naratif. Dia perlukan crowd baru yang bersetuju dengan dia, bukan the truth. Dengan mengumpat pasal kau, dia dapat dua benda serentak. Pertama dia dapat simpati. Kedua, dia dapat validation. Nampak macam dia mangsa, padahal dialah punca.

Dan orang yang jadi kawan melalui cara tu pulak selalunya bukan sebab connection yang genuine, tapi sebab shared negativity. Because shared negativity creates false sense of bonding. Bila dua orang jadi rapat sebab sama-sama mengata orang yang sama, apa yang sebenarnya dorang share bukannya trust atau understanding, tapi emosi. Dorang rasa dorang sekepala padahal yang dorang shared cuma tak suka orang yang sama. Tu je. Sama-sama benci, dengki and jeolous.

Emosi-emosi jahat ni memang kuat, jadi dorang rasa as if dorang ada connection yang dalam. Padahal itu bukan connection yang sebenar. Rasa macam rapat padahal tak.

Awal-awal tu feels like..

“Finally someone on my side”
“Finally ada gak orang yang pikir benda sama”


But there’s no real knowing each other pun kat situ. Friendship tu exists only as long as there’s someone else to point at. The moment perasaan negative tu hilang, friendship tu pun hanyut because it has nothing solid to stand on.

Lagi satu frendship yang macam ni, dia sama dia pun aware yang masing-masing is capable of doing the same thing to each other. Kahkahkah. So the friendship carries quiet distrust from day one. Dorang sama dorang pun berahsia and tak trust each other.

Kalau kau tanya dorang, “Apesal kau mengutuk aku? Aku ada buat salah kat kau ke?”, percayalah cakap aku, dorang takde jawapan. Sebab dorang takde reason. Kau tak buat apa-apa pun kat dorang. The only reason cumalah ada benda pada kau yang buatkan dorang sakit hati. It's something yang kau ada yang dorang takde. 

Yang nilah aku kata tadi, kalau ada orang khianat kau, kau better stop buat baik. Jangan provoke, jangan marah, jangan balas dendam. Buat macam dia tak wujud. Stop buat baik.

Logiknya, kalau kita buat baik, dia rasa lega. Kalau kita buat jahat, dia ada sebab untuk marah. Tapi bila kita stop buat baik, itu akan buat dia bengang, sebab dia tak tahu nak handle rasa sakit hati tu. Aku rasa inilah the real power of stopping yourself from being nice. Kau bagi orang tu rasa apa yang dia patut rasa sendiri.

Cuba tengok camana Johnny respond everytime ex dia meroyan kat internet. Dia buat dekkkk je. Buat kerja dia macam biasa. Sampai si ex terpaksa create fitnah Johnny bunuh anak dalam kandungan - to that extend menfitnah demi dapatkan perhatian Johnny. 

Ada Johnny kisah? Merentanlah kau sorang-sorang situ. Tak kuasa dia nak layan. 

Tu pasal every year ex dia meroyan sebab sakit hati bila tak dilayan. Padahal dia takde reason pun nak bengang sebab Johnny tak buat taik kat dia pun. Tapi sebab Johnny STOP BUAT APA-APA, itu sebenarnya lebih menyakitkan hati dia.

Berhenti buat baik ni bukan pasal dendam ke apa. Aku belajar dari pengalaman sendiri juga.

Kadang rasa letih bila buat baik dengan orang yang tak appreciate. Rasa macam dah terlalu banyak invest energy, terlalu banyak bagi attention, terlalu banyak percaya, spend time and money, tapi tak diappreciate. 

Pernah terfikir nak marah, nak balas balik, nak knock some sense kat dia tapi bila pikir balik jenis orang gini dia always ada jawapan dan alasan yang akhirnya akan buat aku bertambah sakit hati. Semua tu akan bagi dorang modal untuk respond and justify salah dorang. So aku pilih untuk stop everything. Surprisinglu, tak rasa sakit sangat. Sakit tu tak lama. Malah cepat heal and tenang.

Aku apply kekdah ni to all. Kawan, ex, colleagues, family pun sama. Orang yang kita pernah buat baik ni kalau dia start buat taik, stop buat baik adalah punishment paling best. Dorang ni time kita buat baik banyak nau songehnya. Banyak komplen dan kondemnya. Serba tak kena. Dia take advantage kebaikan kita. Dia anggap apa yang kita buat tu biasa-biasa je, semua orang pun boleh buat. 

Baik. Now aku stop buat baik. Aku tak buat jahat tau, aku stop buat baik je. Bila kebaikan tu hilang, eh berbunyi pulakkkkk. Dah tu kau nak apa, saitan?

Ada sorang kawan. Pernah rapat. Aku always jadi pendengar bila dia nak someone untuk mendengar. Tapi one day, dia buat benda yang aku tak sangka langsung. Aku tak pasti apa sebab dia buat macam tu. 

Benda ni terjadi by accident. Dia mengutuk bisnes aku kat someone. Yang someone ni tak kenal aku. Aku pun tak kenal si someone ni. Tapi si someone rupanya tak suka dia. So, si someone ni cari FB aku and screenshot semuaaaaaa yang dorang berdua sembangkan. 

Aku baca screenshot tu terkejut. Eh apesal dia mengutuk aku padahal elok je keluar makan sama. Rupanya, diam-diam dia berdengki. Tak tahulah apa yang didengkinya. Jadi dia mengajak si someone ni kutuk aku. Padahal that someone tak kenal aku pun. Tapi dek kerana dengki sangat sampai sanggup dia ajak orang bersembang pasal aku so that dia ada tempat untuk mengutuk.

Malangnya si someone ni pun tak suka dia dan share semua conversation tu kat aku. Aku baca terus aku diamkan diri sampai ke sudah. Memang takdelah aku nak respond apa-apa dah pastu. Kau takyah acah-acah konon tak tahu apa yang sedang berlaku. Kau sebenarnya tahu apa kau dah buat.

Dengan orang macam ni aku tak suka confront. Aku terus stop buat baik. Tak mesej, tak call, tak follow social media, tak ambil tahu langsung. And that’s when I realized stopping being nice is actually way more powerful than fighting back.

Sebabnya mudah. Bila kita stop buat baik, kita bagi ruang pada dia untuk rasa sendiri akibat dari tindakan dia. Orang yang ambil kesempatan, manipulate, atau khianat, usually tak expect kita berdiam. Dorang expect kita marah. Tapi bila kita diam, itu yang paling buat dorang tak selesa.

Dorang sakit hati sebab kita tak buat apa-apa. Itu lebih powerful daripada membalas. Balas ni predictable, tapi stop buat baik is unpredictable. They don’t know how to react. Dorang akan terus cari validation demi validation dan approval dari orang lain yang akhirnya akan buat dorang rasa bersalah dalam diam. Benda tu will eat them slowly. Hati dia takkan tenang.

Stop buat baik ni juga selamat untuk diri sendiri. Kau tak stress nak plan revenge. Takyah habiskan tenaga nak marah-marah. Kau cuma letakkan diri kau kat posisi neutral je. You just go on with your life like normal, focus on yourself, and their negative energy doesn’t affect you anymore.

Ini bukan selfish, ya. Ini LOGIK. Ini cara untuk protect diri sendiri without buat apa-apa yang merosakkan reputasi kita.

Kalau dalam environment ofis lagilah relevan buat macam ni. Kadang ada colleague yang kita selalu tolong, bagi idea, cover kerja, tapi last-last mengutuk kita kat belakang. Yang ni lagi senang. Stop buat segala kebaikan yang pernah kau buat dulu.

Cover kerja? Jangan buat.
Bagi idea? Jangan buat.
Tolong backup? Jangan buat.

Nanti kau tengoklah jadi apa. Merentan macam nak mati. Tapi berbaloi. At least kau tahu dia merentan sebab kau tak nak tolong. Daripada kau tolong tapi dia kutuk kau kat belakang. Baik kau stop buat baik. Kalau kena kutuk pun puas hati.

Satu lagi reason aku suka this approach is because not everyone can handle confrontation. Ada orang suka provoke, suka argue. Kalau kau balas, kau akan masuk dalam perangkap dorang. Kau bakal stress. Pastu mulalah emosi kau negatif 24/7. Tapi bila kau diam and stop buat baik, kau jauh dari terperangkap. Dorang takde ruang untuk manipulate emosi kau lagi.

In the end, what did I learn from all of this?

Dalam hidup ni bukan semua orang layak untuk kita invest energy, masa, dan KEBAIKAN. Ada yang kita boleh tolong, ada yang tak. 

Bila orang yang kita buat baik mula bercakap buruk pasal kita, maka berhentilah buat baik. Kau pun tak sakit hati. Dia pun harapnya berpuas hatilah bila kau senyapkan diri. 




2026-02-01

GreenAard: Kolesterol from 7.3 turun ke 3.2.


Hari ini ada customer beli 5 botol Nutrijuice. Staff perasan this customer konsisten beli, dia check history of purchase. Memang betul, customer ni konsisten beli Nutrijuice. So staff aku tanya:

Kolesterol from 7.3 turun ke 3.2.

Aku mintak staff aku bagitau he can stop consume Nutrijuice kalau nak, tapi kena jaga makan and stress-lah. Sebab kita masih makan everyday, and stress pun boleh tahan. But this customer nak continue untuk maintain the kolesterol.

Alhamdulillah, ni good news untuk GreenAard. Walaupun dah banyak feedback macam ni kita dapat tapi tetap seronok everytime dapat feedback yang sama. Seronok sebab 7.3 turun ke 3.2 tu bukan turun sikit.

Ini bukan cerita "Minum sebotol, lepas 2 minggu kolesterol turun terus ke paras normal". If that’s what you are looking for, you are going to be disappointed.

Kena faham badan kita perlukan kolesterol untuk buat hormon, untuk betulkan struktur sel, dan untuk fungsi otak. Masalah hanya berlaku bila kolesterol terlampau tinggi, especially LDL. Bacaan 7.3 indicates a serious level of risk. Ni bukan sekadar kena jaga makan dah. 7.3 tu bacaan yang usually doktor mula discuss pasal ubat.

Kolesterol kita tak naik dalam sehari. Dia naik slowly, built up from years of eating habits and tahap stress. Sebab tu secara logiknya, kolesterol takkan turun dengan satu botol Nutrijuice. It comes down when your body’s system actually starts to change. Kerana Nutrijuice bukan ubat. Dia bantu sistem badan bekerja dengan lebih efisien. Jadi progressnya perlahan, tapi steady.

Nutrijuice ada phytosterols. Phytosterols ni komponen tumbuhan yang fungsinya ganggu cara kolesterol diserap dalam badan. 

Basically, phytosterols look very similar to cholesterol. Bila kita ambil Nutrijuice with food, phytosterol akan bersaing dengan kolesterol dalam usus. Akibatnya, kurang kolesterol diserap masuk ke dalam darah. Lebihan kolesterol tu nanti dibuang dari badan.

Bila proses ni berlaku secara konsisten, jumlah kolesterol yang masuk everyday jadi semakin berkurang. That's why penurunan kolesterol usually tak berlaku dengan cepat. Dia berlaku bila sistem badan mula berubah slowly. That’s when you see numbers coming down.

Another fakta sains yang aku perlu share, Nutrijuice bahan-bahannya semua dari ekstrak tumbuhan. Tumbuhan banyak serat larut. 

Bila kita makan serat larut, serat ni akan bind asid hempedu dalam usus. Asid hempedu diperbuat daripada kolesterol. So bila dah terikat dan dibuang (melalui najis), badan terpaksa guna kolesterol sedia ada untuk produce new asid hempedu. This indirectly helps lower cholesterol levels in the blood. Ini bukan teori marketing Diana Ishak, ya. Ini BASIC biology.

Lagi satu, serat boleh slowkan penyerapan gula dan lemak. Bila paras gula darah lebih stabil, insulin lebih terkawal. Bila insulin terkawal, badan kurang simpan lemak dan kolesterol. 

Orang selalu ingat kolesterol hanya lemak. Sebenarnya, kolesterol sangat berkait dengan gula, insulin, dan inflammation. That's why kolesterol dikaitkan dengan penyakit 3 serangkai sebab memang ada kaitan.

Oh, jangan salah faham. Kolesterol BUKAN penyakit, tapi PUNCA penyakit. Selalunya penyakit 3 serangkai akan bermula dengan KOLESTEROL. Tu pasal kolesterol kena jaga.

Semua ni boleh berubah jadi lebih baik dengan satu syarat, iaitu KONSISTEN. Customer tadi tak minum sebotol pastu done. Consistency is the real key. Minum Nutrijuice sekali-sekala tak akan ubah bacaan kolesterol dari 7.3 ke 3.2. Hanya bila dia jadi sebahagian daripada rutin harian, the body gets the same signal over and over. So you are supporting this system.

Ramai orang sabotaj diri sendiri sebab nakkan hasil cepat. Bila tak nampak perubahan dalam sebulan, dorang stop. Sedangkan badan manusia berfungsi atas prinsip long-term adaptation. Perubahan kolesterol melibatkan hati, usus, hormon. Ni semua ambil masa.

Kebanyakan customer yang berjaya turunkan kolesterol kami noticed dorang bukan minum Nutrijuice celum-celum and makan sesuka hati. Sama macam yang beratnya konsisten turun dengan GC Plus. Dorang-dorang ni ada satu persamaan selain konsisten, iaitu JAGA MAKAN.

Sebab, bila kita mula jaga satu perkara, perkara lain ikut terjaga. Kita mula minum air lebih banyak. Kita kurang makan makanan proses. Kita mula kurangkan gula. Ini psikologi namanya.

Nutrijuice becomes the anchor for change. Bila kau start satu habit yang konsisten, habit lain lebih mudah mengikut. Dari perspektif medical, a drop from 7.3 to 3.2 significantly reduces risiko penyakit jantung. Bermaksud kurang risiko salur darah tersumbat, maka kuranglah juga tekanan pada jantung.

Nutrijuice bukan magic suplement. Kalau kau ambil dengan cara yang betul, insyallah hasilnya juga betul. 

Aku dapat idea buat Nutrijuice ni lepas buatkan projek customer biotek aku. Some customer aku dulu bila nak guna research kit, dia suruh aku buatkan dulu. Sebelum aku buatkan, aku of cos kena tahu dulu apa projek dia. Jadi aku pun studylah projek dia.

Projek dia bukan pasal nak produce suplemen, tapi something to do with kajian kolesterol dengan safron. Bila aku baca baca baca, terus dapat idea. Guinea pignya adalah aku and En Wan lah, siapa lagi. 

Alhamdulillah, bacaan kolesterol kitorang memang turun. Tak sempat turun ke normal reading lagi, aku terus procceed untuk produce sebab dah nampak result. That's why aku sangat yakin dengan Nutrijuice, cuma nak meyakinkan orang untuk konsisten tu payah sebab kebanyakannya nak hasil yang cepat.

Kolesterol dihasilkan EVERYDAY. Walaupun kita tak makan lemak langsung, badan tetap hasilkan kolesterol sebab kita memang perlukan kolesterol. Ditambah pula dengan hari-hari stress, tak cukup tidur, tak aktif, penat, banyak ambil process food - the liver receives mixed signals. Insulin jadi naik turun and badan start simpan lemak. 

Dalam keadaan ini, LDL (kolesterol jahat) mudah meningkat. That's why kita kena pandai jaga kolesterol once bacaan dah normal. Kalau nak senang, konsisten sajalah dengan Nutrijuice.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.

2026-01-31

GreenAard: Actually apa yang berlaku dalam badan lebih penting daripada apa yang mata kita nampak.



Testimoni atas ni dapat last week. Terima kasih.

Aku suka customer yang faham konsep GC Plus. Dia tahu GC Plus target untuk fat loss, bukan sekadar weight loss, jadi dia fokus pada penurunan lemak berbanding angka pada penimbang.

Testimoni tu membagi aku idea untuk tulis pasal weight loss journey. Kadang-kadang bila kita bercakap pasal weight loss, people focus straight away on the number.

Berat naik.
Berat turun.
Berapa kilo hilang.
Berapa cepat badan berubah bentuk.

As if the entire journey depends on penimbang berat. Tapi nak buat camana sebab kita pun diajar sejak kecil yang kurus tu bagus, gemuk itu bermasalah. Sedangkan badan manusia is far more complex than just a number.

Ada orang turun 1 kg tetapi yang dia hilang sebenarnya otot. Otot mengecut. Ada yang berat kekal sama tapi pinggang mengecil, baju dah longgar, badan rasa ringan, tekanan darah cantik. Actually apa yang berlaku dalam badan lebih penting daripada apa yang mata kita nampak. Tapi benda ni orang tak berapa nak kisahkan sebab masing-masing lebih fokus untuk jadi slim.

Some people ambil suplemen atau meal replacement hoping for just one thing - TURUN CEPAT. Kalau boleh dua minggu turun 5 kg. Kalau tiga hari turun 1 kg lagi bagus. But in reality, badan kita bekerja dengan lebih kompleks. Tak semestinya bila berlapar, kau akan kurus. Tak semestinya kau sekat makan, kau jadi slim. BELUM TENTU. Sebab badan kita pandai beradaptasi. Dia akan simpan lemak bila badan tak terima makanan yang secukupnya. Dia hanya akan bakar lemak ketika badan ada nutrisi yang cukup.

Kalau kau gi gym nak buat body tapi at the same time kat cut calorie, otot kau takkan terbina pun. Sebab badan hanya membina otot dalam keadaan cukup nutrisi. That’s why someone’s progress lebih slow atas penimbang tapi perubahan yang berlaku beneath the surface are far more interesting.

GC Plus ialah satu contoh produk yang fokusnya pada inch loss berbanding weight loss atas penimbang. GC Plus ada HCA (Hydroxycitric Acid). HCA is known for how it affects the body’s ability to store fat.

Macam ni. Badan kita suka simpan tenaga berlebihan sebagai lemak. Ini survival instinct. Evolusi manusia sejak zaman suka berburu dan merayau-raya dulu. Zaman dulu, makanan susah nak dapat. Jadi, masa susah dalam makanan, atau takde makanan, badan akan gunakan simpanan lemak ni. 

Masalahnya, zaman sekarang makanan berlebih! Everyday pun makan sedangkan tenaga (lemak) yang dibakar sikit. Jadi lemak terkumpul, especially visceral fat iaitu lemak yang duduk dalam abdomen. Lemak jenis ni balut organ sampai organ tak boleh berfungsi dengan baik sebab terbalut dengan lemak.

Jadi, HCA dalam GC Plus helps slow down the process of storing NEW FAT. Bukan stopkan terus pembentukan lemak, tapi signal kepada badan to chill a bit, jangan cepat nau nak convert access energy kepada lemak dengan cepat.

Dalam masa yang sama, HCA ada kesan lain iaitu mengawal selera makan. That's why aku cakap kalau korang fit untuk guna GC Plus, ambil saja GC Plus tak perlu ambil Maaltyd. Tapi kalau korang tak fit ambil GC Plus, contohnya sebab makan ubat, ok kau boleh ambil Maaltyd. Tapi tu lah, Maaltyd takde stok sekarang. Hehehe. Bersabar, ya.

Ok tentang GC Plus yang boleh kawal selera makan, bukan bermaksud tak lapar langsung. But it helps reduce junk food cravings atau makan tanpa sedar. Penting sebenarnya alat bantu untuk kawal selera sebab badan kita bukan lapar semata-mata sebab perut kosong. 

Kadang-kadang kita makan sebab stress, sebab bosan, sebab nampak makanan, sebab waktu rehat takde apa nak buat, atau sebab orang lain makan maka kita pun terdorong nak makan sama. Bila kita dapat kontrol craving, at least jumlah kalori yang masuk dalam badan kita dapat kawal tanpa rasa terseksa. Bila badan kurang simpan lemak baru, slowly dia mula bakar lemak lama.

This is why changes sometimes don’t look dramatic on the scale tapi bila pakai baju lama atau seluar lama, dah boleh fit. Sebab berat badan bukan hanya lemak. It’s a mix of air, otot, tulang, organ, gula simpanan dan macam-macam lagi. Kalau kita berjaya maintain atau increase muscle mass sambil turunkan lemak, berat kat penimbang maybe static, tetapi ukuran pinggang mengecil.

Just like customer tadi cakap. Berat dia around 74-76 kg, macam tak berubah selama beberapa minggu. Hanya bila dia buat analisis badan, baru nampak skeletal muscle naik ke 29.1 kilogram. Dalam masa yang sama, visceral fat (lemak perut) jatuh 9, masuk kategori sihat. Bila muscle bertambah, at the same time lemak berkurang, memang logiklah angka kat penimbang tak berganjak. Padahal lemak dalam badan dah berkurang. Bahagian lower body customer tadi dah almost standard, just the belly area left to tighten up a bit.

Ada beza antara lemak subcutaneous (lemak kat bawah kulit) dengan lemak visceral. Bila lemak visceral berkurang, usually bahagian luar lambat laun akan menyusul. No wonder doktor dia cakap dia boleh lose another 10 kg. Cuma kena slow and steady, somehow boleh turun punya sebab visceral dah berkurang.

Contoh paling senang nak diriakkan kepada semua, adalah aku sendiri. Aku punya berat dari 3 tahun lepas pusing-pusing kat 51-52-53 kg. BMI normal, tapi pusing-pusing kat area tu je, tak berkurang. But slowly seluar aku dari 28 turun 27, now dah pakai size 26. Bermakna pinggang aku 26 inci. Sikitttt lagi nak menyamai size pinggang aku zaman berat 45 kg dulu, tahun 2009, aku pakai jeans size 25.

Padahal berat aku sekarang bukan bawah 50 kg pun. Maknanya, dulu masa berat aku 45 kg, aku bukan saja kurang lemak, malah kurang otot! Kurus, tapi lembik. Now, at berat 51-52 kg, pinggang aku size 26 inci. Bermakna, now bukan saja kurang lemak tapi muscle mass aku increase. Terima kasih kepada Diana kerana mengeluarkan formula GC Plus ini. #doneriak. Kahkahkah.

Actually this journey teaches me a big lesson. Keberkesanan sesuatu produk tak boleh diukur dengan satu kaedah saja. Ramai orang risau bila berat tak turun. Give up, rasa produk tak berkesan, makin stress, ujung-ujung dah stress makan lagi banyak.

Apa yang berlaku dalam badan mungkin sedang berubah. Badan kita perlu masa untuk adapt. Kadang-kadang dua minggu pertama cuma turun air. Pastu berat naik sikit sebab penyimpanan glycogen. Pastu lemak start turun slowly. SLOWWWWWWLY, ya. Bila lemak dah turun sikit, otot pulak naik, berat pun naik semula. And the cycle just keeps repeating.

Pengguna GC Plus yang faham the long-term journey takkan panik bila penimbang tak bergerak. They look for other signs instead. Pinggang dah makin kecik. Seluar dah longgar. Baju lama dah muat. Tak mengah naik tangga. Tidur lebih nyenyak. Kurang craving manis. Bangun pagi tak lapar sangat. Mood lebih stabil. All of these are small effects that eventually add up to a big transformation.

Ada yang tanya kenapa ada orang cepat nampak kesan, ada yang lambat.

Jawapannya banyak.

Ada yang metabolism laju. Ada yang visceral fat tinggi dan senang turun. Ada yang otot kurang jadi penurunan awal cepat tapi pastu jadi plateau (statik). Ada yang hormon insulin dan kortisol kacau, makan sikit pun susah turun. Ada yang minum air banyak. Ada yang tak cukup air. Ada yang makan fiber. Ada yang suka jajan. Semua faktor itu menentukan pace.

That's why kita tak boleh ukur keberkesanan sesuatu produk dengan hanya satu kaedah. Apa yang lebih penting ialah KONSISTEN and fahamkan badan sendiri. Listening to what it’s trying to tell you. Kadang-kadang badan letih, dia perlu rehat. Kadang-kadang berat naik sikit sebelum dia turun dengan konsisten. Kadang-kadang, berat statik tapi badan sebenarnya tengah repair the root cause.

Kebanyakan suplemen weight loss kat market janjikan hasil yang cepat. GC Plus tak. TAK PERNAH janji makan 3 botol, lose 10 kg. Never. Sebab mekanisme GC Plus berbeza. Kita fokus pada kurangkan selera makan, increase serotonin supaya kurang craving, block formation of new fat, block kortisol supaya mood lebih baik. 

GC Plus gives the body space to adjust in a more reasonable and long-term way. Bila berat turun perlahan tapi stabil, bila otot maintain, bila lemak visceral berkurang, eventually you lose overall weight.

Ada yang nak try GC Plus? Silakan.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.

2026-01-30

Kalau cara fikir ni tak tak berubah, gaji naik pun masih kat survival mindset.


Aku nampak ada orang tanya "Korang, kenapa harga beg branded dari China semuanya RM1K ke atas? Memang betul ke harga macam tu?"

Tak sure beg brand apa yang dia maksudkan. Aku syak maybe LV sebab LV banyak orang pakai. Kalau betul LV, rasanya RM1K tu tersangattttttlah murah. Mana nak dapat LV harga bawah RM1000, dik? Maybe dia budget beg branded yang datang dari China semua bawah RM1K.

Aku nak bagitahu awal-awal, tulisan ni panjang. Sebab aku nak bercakap tentang mentaliti beli, psikologi pengguna and cara otak kita dibentuk oleh back ground hidup.

Dan tulisan ni juga BUKAN untuk semua orang. Kalau kau baca untuk cari point nak argue, sumpah penat. Tapi kalau betul-betul nak faham beza antara sekadar nak memiliki dan memang nak pakai, ok sila baca sampai habis.

Ramai orang bila dengar "China", otomatik terbayang MURAH.

Itu naratif lama. 20 tahun lepas punya naratif. China sekarang bukan sekadar kilang. China dah jadi pusat pembuatan global. From everyday items to medical devices and automotive industries, semuanya ada tapak kat sana. 

Sebab apa? 

Sebab dorang ada ekosistem lengkap. Dorang ada kilang raw material, kilang untuk memproses, tenaga kerja mahir, mesin canggih and logistik yang efisien.

Banyak major global brands actually do their OEM and ODM manufacturing kat China. Maksudnya produk tu dibuat di kilang yang sama, oleh pekerja yang sama, dengan standard yang ditetapkan oleh client. Bezanya hanya pada specs, quality control and branding.

Agaknya bila dapat tahu harga "henbeg from China lebih dari RM1K", that's something yang dia tak expect. Dia maybe ingat barang dari China around bawah RM500.

Actually soalan yang patut ditanya bukan "Kenapa mahal?”, tapi “Henbeg jenis apa?”. 

Sebab henbeg China are not just one single category. Now dah ada henbeg sintetik yang murah yang target mass market. Ada henbeg dengan original leather, yang jahit tangan, yang hardware custom segala. Original leather tak murah, ya. Alangkan leather bag yang bukan from big brand pun dah mahal, apetah lagi branded bags yang pakai kulit sama macam beg ori, memang tak dapat bawah RM1K, dik.

Kulit asli bukan murah. 
Upah pekerja mahir bukan murah. 
Mesin industri pun tak murah. 
Quality control bukan murah. 
Semua ni kos. 

Kalau harga ori LV RM8K, China jual RM2K pun masih sangat murah. Tapi bagi aku, kalau harga RM2K, baiklah simpan duit sampai boleh beli ori. Melainkan kalau bawah dari RM1000 bolehlah pejam mata beli yang fake. Kalau lebih dari 1K, kau simpan je la sikit sikit sampai dapat beli original. 

Sebab kalau harganya RM1k ke atas, at least kualitinya biarlah boleh tahan lebih 3 tahun. Boleh pakai berulang kali, bukan simpan dalam almari lepas 3 bulan warna nak lapuk zip dah sangkut. Sebab RM1K tu dah boleh dapat Bonia sebijik yang sah-sah ori. So kalau kau spend RM1K kat fake branded bags, agak tak berbaloi. Kalau bawah dari tu, ok lagi la bagi aku sebab tak ralat sangat kalau cepat rosak.

Hari tu someone tanya macamana aku jaga "telor" tak pecah kat Gotemba Premium Outlet.

Rahsianya - beli apa yang kita pakai, bukan apa yang kita nak memiliki. Kalau memang nak pakai, BELI. Kalau setakat nak ada sebab orang lain pun ada, JANGAN BELI.

Orang yang beli sebab nak pakai, dia fikir panjang. Macam seorang Diana masa pilih baju raya time kecil dulu. Hahaha. Aku pikir panjang sebab nak pilih baju yang AKU NAK PAKAI, bukan baju yang nak cantik semata.

Bila kita memang nak pakai, otak cenderung untuk tanya soalan yang praktikal.

Beg ni sesuai ke dengan rutin aku?
Personaliti aku sesuai ke dengan beg gini?
Berat beg ni masuk akal tak?
Size dia boleh fit apa?
Aku jenis yang rajin jaga leather tak?
Kat mana je aku boleh pakai beg ni?
Nak pakai selalu atau jarang-jarang?
Tahan lama tak?

Orang yang beli sebab nak pakai, dia fokus pada fungsi dan keselesaan. Dia tak kisah orang lain nampak ke tak. Yang penting, beg tu berfungsi dalam hidup dia. Orang yang beli sebab nak memiliki, soalan dia lain. Brand apa ni? Ada logo ke tak? Orang boleh kenal tak aku pakai beg apa?

Nampak tak bezanya?

Masalah dengan beli kerana nak memiliki ialah, kepuasan tu sementara. Hari ni puas. Esok nampak orang lain pakai brand lain, pesen lain, terus rasa tak best dah. Sebab yang dicari bukan fungsi, tapi validation.

Bila someone kata, “Luxury brand China pun RM1K? Mahalnya".

Tahu apa mesej tersirat kat situ? Itu tanda kau belum mampu beli.

Mampu beli bukan bermaksud kau ada RM1K today, maka boleh beli. Mampu beli bermaksud lepas beli, hidup kau tak terjejas. Perbelanjaan harian kau tak terganggu. Savings kau tetap jalan. Kau pun tak stress. Kau tak rasa bersalah spend RM1K.

Kalau RM1K buat kau perlukan justification kenapa China tak patut jual harga mahal, that’s a clear sign you are not at that stage of life yet. And there’s nothing wrong with that. Semua orang ada fasa hidup masing-masing. Yang jadi masalah bila we expect the world to match our financial comfort. Kita nak barang dengan harga yang selesa untuk kita.

Henbeg China RM1K, walaupun considered murah berbanding original bag, ia tetap bukan untuk semua orang. Sebab semua benda ada market sendiri, ada target customer sendiri. Kalau kau bukan target market dia, tak perlu question kenapa semua seller jual harga RM1K ke atas.

Sebenarnya beg RM1K lebih tu masih berbaloi dengan harga yang dijual. Kalau kau pakai beg tu every week selama 5-7 tahun, kos setiap kali guna (cost per use) jauh lebih rendah daripada henbeg RM200. Tapi otak kita jarang kira benda ni sebab kita lebih fokus pada harga. 

Ni sama macam prospek yang nak beli medical card. Tengok caruman bulanan, terus rasa mahal. Terus banding dengan caruman jiran dia yang cuma RM80 sebulan. Padahal pelan berbeza. Dia tak kira cost per use. 

Contoh, kalau ambil plan RM300 sebulan, bila sakit hospital cover 90–100%. Bermakna, kos sebenar per rawatan jauh lebih rendah daripada plan RM80 yang sebenarnya cover sikit je.

Beg RM1K yang kau nak beli tu pun sama logiknya. Kos setiap penggunaan jauh lebih rendah daripada beg RM200 yang koyak setahun pastu kau kena beli baru. Orang yang BELI UNTUK PAKAI akan faham konsep ni. Orang yang beli untuk memiliki selalunya susah nak terima.

Ada jugak orang yang appreaciate craftsmanship. Dia boleh bezakan jahitan mesin yang kasar dengan jahitan kemas. Dia boleh rasa beza kulit murah dengan kulit ori. Sama macam orang yang spend RM15 beli kopi sebab beans, roasting dan rasa, bukan sebab nak bergambar dengan cawan kopi tu saja. Orang yang beli kopi mahal sebab nak minum tak kisah pasal harga sebab dia go for rasa kopi tu. Tapi orang yang beli sebab nak validation, harga kopi tu naik sikit je, dia dah bengang.

Kalau kau beli beg semata-mata sebab nak logonya dan nak orang pandang, dengar cakap aku. Beli terus yang original! Baru puas hati. Kau beli yang tak ori, pastu spend RM1-2K, tapi hakikatnya kau tahu itu tak ori. Nanti kau rasa tak puas. Kejap-kejap nanti kau beli beg baru sebab kau tahu kau punya tak ori. Kalau nak validation, nak flex sangat, biar berabis.

Ramai orang dibesarkan dengan otak survival. Every life decision ada kira-kira. Bila gaji cukup-cukup, otak kita dilatih untuk tanya "perlu ke?".

Survival mindset ni tak salah. Masalah timbul when this mindset carries over into a stage of life yang sepatutnya dah berubah. Orang yang lama sangat hidup dalam survival mode usually carry hidden financial trauma. Perbelanjaan yang bukan keperluan feel like a threat to them. Bila nampak orang lain boleh berbelanja something dengan santai-santai, dia jadi defensif.

Kat sinilah social class ego masuk tanpa sedar. Bila someone dari latar belakang survival nampak henbeg branded dari China jual lebih RM1K, otak dia bukan kira kos material and workmanship. Otak dia terus rasa "Kenapa China pun mahal?” Dia treat harga as a personal attack. 

Ni takde kena-mengena dengan ada duit atau takde duit tau, tapi cara fikir. 
Kalau cara fikir ni tak tak berubah, gaji naik pun masih kat survival mindset.