Shopping Online Di Sini :) :)

Shopping Online

Rakan2 MayaKu

Showing posts with label kosmo. Show all posts
Showing posts with label kosmo. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

Wow....Bayi Perempuan Gergasi Britain

Emmm....entah macam mana agaknye rupa bayi gergasi iye. Itu yang aku tengah duk fikir masa mula2 terbaca header berita ni kat Kosmo. 2 kali ganda berat dari bayi normal...fuh memang jenuh nak lahirkan bayi seberat itu. Tak dapat aku nak bayangkan...:)


Credit:Kosmo


WIGAN, Britain - Seorang wanita, Gemma Woods, 28, melahirkan bayi perempuan terbesar di Britain seberat 5.6 kilogram (kg), dua kali ganda berat bayi normal pada Oktober lalu, lapor sebuah akhbar semalam.


Walaupun saiznya besar, bayi yang bernama Libby itu dilahirkan secara normal dengan proses bersalin pendek iaitu selama enam jam di sini baru-baru ini.


"Saya seperti tidak percaya apabila bidan memberitahu berat Libby, bunyinya seperti mendengar berat sesuatu barang," kata Gemma.


Sepupu Libby, seorang bayi lelaki bernama Thomas yang lahir tiga minggu lebih awal hanya mempunyai berat 3kg.


Bayi paling berat di dunia setakat ini dilahirkan di Aversa, Itali pada September 1955 yang mempunyai berat mencecah 10.17kg. - Agensi

Saturday, October 16, 2010

Ada Masalahkah Kalau Burger McDonald's Tidak Busuk selama 6 Bulan?

Sumber:Kosmo

Baca berita ni dulu:

NEW YORK - Burger daging dan kentang goreng McDonald's didapati tidak busuk selama enam bulan selepas ia dibiarkan berada di atas pinggan di dalam apartmen seorang wanita, Sally Davies di New York.

Wanita itu membeli set Happy Meal McDonald's enam bulan lalu dan dia tidak memakannya.

Apa yang dibuat dengan burger itu ialah dia merakamkan gambar makanan tersebut dengan kamera bagi melihat sama ada ia mengalami perubahan selama enam bulan. Dia membeli burger dan kentang goreng itu pada 10 April lalu.

Burger dan kentang goreng yang tidak busuk itu pernah disiarkan dalam beberapa program televisyen dan menjadi perdebatan semasa orang ramai memikirkan bagaimana makanan segera boleh menunjukkan perubahan bentuk selepas enam bulan berada di atas pinggan....berita lanjut: MCDonald's

Emm...apa pandangan kawan2 semua? Kalau burger MCDonald's selama 6 bulan tidak busuk, inikan burger tu dah ada dlm perut kita...elok ke utk kesihatan. Masih mjadi persoalan lagi. Tiada bukti kukuh terhadap perkara ini. Lagipun pihak MCDonald's belum mjelaskan bhubung perkara ni lagi.

Pelik jugakan. Selalunya kalau dah 6 bulan, makanan pasti akan berbau busuk, berkulat or nak luput sudah. Ni lain pula kesnye. Maybe ada daya menahan penyakit burger MCDonald's agaknya. Entahlah...kena tunggu pjelasan dr pihak yg tlibat dulu. Tk boleh komen yg bukan2, nanti reputasi MCDonald's terjejas pula. Tak pasal2 kena saman free je...hahaa....anda fikirlah sendiri ye.

Friday, June 18, 2010

Saiful Apek, Penagih Dadah? Ya Ka?

Credit:MiloSuam

Aku ada ternampak post pasal cerita Saiful Apek pakai baju lokap ni semalam. Aku taklah kisah sangat. Sebab aku fikir maybe cerita pasal movie beliau ke apa. Tapi bila aku baca pasal berita Saiful Apek Sembunyi di Kosmo. Terkejut pula. Takkanlah Saiful Apek salah seorang penagih dadah?? Entahlah...info belum pasti lagikan.

Saiful Apek sembunyi

SUBANG JAYA - Pelakon dan pelawak, Saiful Apek (gambar) dibebaskan dengan jaminan polis selama dua minggu atas tiga tuduhan berkaitan penyalahgunaan dadah setelah tahanan reman terhadapnya berakhir semalam.

Ketika dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, pada pukul 4.20 petang semalam, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd. Saiful Azam Mohamad Yusoff, 41, cuba mengelak daripada pihak media dengan melalui pintu belakang balai polis.

Friday, March 19, 2010

Sofia Bergambar Dengan Anjing...Betul Ke Mata Aku Ni??

Biar btl minah ni.
Diakan muslim, knp boleh bmain dgn anjing pula??
Sapa2 boleh bgtau...knp???



Gambar pelakon drama terkenal, Sharifah Sofia Syed Hussein yang lebih dikenali sebagai Sofia bersama dua ekor anjing di laman sosial Internet baru-baru ini menimbulkan rasa kurang senang peminat-peminatnya.

Gambar yang dimuat turun oleh Sofia sendiri dalam laman blog miliknya sejak Mei tahun lalu mendapat pelbagai reaksi negatif daripada khalayak khususnya masyarakat Islam.

Salah seorang peminatnya, Siti Nazariah Isa, 20, berkata, sebagai selebriti Sofia tidak sepatutnya mendedahkan gambar tersebut untuk tatapan umum kerana ia boleh menimbulkan perasaan marah terhadapnya.

"Saya terkejut melihat gambar tersebut dan pada mulanya tidak percaya dia ialah Sofia. Selepas dilihat betul-betul, saya agak kecewa," katanya di sini semalam...petikan KOSMO.

Saturday, February 20, 2010

Jambatan Khas Untuk Haiwan Melintasi Hutan.....Special Gitu!!

Menarik je dgr....baru 1st dgr ada jambatan utk binatang ni.
Eloklah tu...mybe dpt juga binatang tu guna..kan kan??

 
Bimbang memusnahkan habitat haiwan terancam, Majlis Daerah Hampshire kelmarin membina sebuah ‘jambatan’ gantung khas sepanjang 18 meter dengan tinggi lima meter dari tanah bagi membolehkan hidupan liar melintasi ke hutan berdekatan. 
 
Jambatan kabel bernilai £2,000 (RM10,527) itu dibina bersama dengan sebuah terowong konkrit khas sepanjang 12 meter untuk kegunaan biawak selamat menyeberang ke hutan bersebelahan yang melibatkan kos sehingga £5,000 (RM26,317).

Majlis tempatan itu berkata, skim pemuliharaan alam sekitar kawasan tersebut yang bakal dibangunkan untuk projek letak kereta awam juga meliputi penanaman 10,000 batang pokok baru selain puluhan kotak untuk burung membina sarang.

Wednesday, February 10, 2010

Poster Model Malaysia 'Bogel', Ye ke?

Smcm bogel kalau tgk seimbas lalu, kalau tgk btl2.
Tak pasti pula..apa2lah asal bahagia...hahahaha.


Poster seorang model terkenal Malaysia kelahiran Ipoh, Perak, Amber Chia dengan tubuhnya seperti berbogel tetapi dihiasi dengan lukisan belang seperti harimau dipamerkan semalam.
 
Aksi terbaru Amber 28, yang berlakon seperti seekor harimau terkurung di dalam kandang itu merupakan poster kempen terbaru pertubuhan hak asasi haiwan, Layanan Beretika Untuk Haiwan (PETA) Asia Pasifik.

Menurut satu kenyataan PETA Asia Pasifik, dengan bergambar di dalam sebuah kurungan, badannya yang bagaikan berbogel itu dilukis dengan belang harimau dan beraksi dekat ayat yang mengandungi mesej: 'Biarkan Haiwan Liar Bebas.'

Friday, February 5, 2010

Pekerja Tengok Gambar Bogel Tidak Akan Dipecat..Tak De Kerja Lainlah Tu!!

Mcm2 hal...mcmlah tk de tpt or ms lain nk tgk benda tu.
Time keje...kejelah.
Nasiblah bos ok...kalau tk, kena tendang dah...buat malu je.


SYDNEY - Seorang ahli perbankan Australia, David Kiely yang menjadi popular di Internet kerana dia melihat gambar bogel model Miranda Kerr pada skrin komputer semasa rakannya diwawancara menerusi siaran langsung berita Channel 7, tidak akan dipecat, kata Bank Macquarie dalam satu kenyataan semalam.

"Dia akan kekal menjadi kakitangan Macquarie. Macquarie dan kakitangan meminta maaf berhubung sebarang kesalahan yang mungkin telah berlaku," kata bank tersebut.

Tuesday, February 2, 2010

Bestnye Tengok Bola Sepak 3D

Kalau ada tpt utk lepak tgk bola sepak 3D kan best!!
Baru lebih terasa kehangatannye...hahaha.
Sy ni bukan peminat setia bola sepak.
Dulu mmg hantu bola...lbh2 lg ms world cup...sanggup pagi2 tgk pasukan kgemaran beraksi.
Then dtg keje dgn muka mgantuk....kenangan dulu.
Skrg agak jarang dah...bukan jarang lg..tk lsg tgk dah.

Ni kisah pub di Britian yg myiarkan bola sepak 3D...best kan??


Sejarah televisyen tercipta kelmarin apabila penonton-penonton menyaksikan perlawanan bola sepak pertama disiarkan dalam bentuk tiga dimensi (3-D) di sembilan buah pub di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Stesen penyiaran Sky Sports menyiarkan perlawanan antara kelab bola sepak Manchester United dengan Arsenal yang ditonton oleh pengunjung sembilan pub tersebut dengan menggunakan cermin mata 3-D.

Friday, January 29, 2010

Lelaki Cium Ayam....Ye Ke Ni? Biar Betul!!

Mcm tk pcaya je...skadar nk main2 dgn ayam tu agaknye.
Pelik...pelik manusia akhir zaman skrg.
Agensi pengangkutan awam New York melakukan siasatan berhubung satu rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki mencium seekor ayam hidup di dalam sebuah tren bawah tanah.
 
Seorang arkitek, Kylie Kaiser berumur 27 tahun merakamkan imej video itu semasa dia bersama dua rakannya menaiki tren tersebut pada pukul 7 malam pada waktu tempatan Selasa lalu.

"Lelaki itu berbaring di atas lantai, cium, memeluk dan mengangkat ayam itu di dalam tren itu," kata Kaiser kelmarin.

Apa Dah Jadi?...Ibu Disyaki Bunuh 2 Anak

Isss...bahaya btl org sakit mental ni.
Sampai bunuh anak sendiri...ye ke??
HEATHFIELD - Polis Britain menangkap seorang ibu, Fiona Donnison kerana disyaki membunuh dua anak kandungnya yang masih kecil setelah mayat mereka ditemui di dalam but keretanya, lapor sebuah akhbar semalam.

Pembunuhan kejam itu terbongkar apabila Donnison, 43, (gambar) memasuki sebuah balai polis di sini dan menyuruh beberapa anggota polis supaya menggeledah keretanya yang diletakkan berhampiran balai berkenaan.

Polis kemudian menemui mayat anak lelakinya yang berusia tiga tahun iaitu Harry dan mayat adik perempuannya, Elise yang berusia dua tahun.

Thursday, January 28, 2010

Usaha Tangga Kejayaan.....Guru 100 Tahun Dapat Ijazah

Bak kata pepatah...disitu ada kemahuan, disitu ada jalan..btl ke ni?
Mcm warga tua ni....impiannya utk mgapai sgulung ijazah tcapai setelah payah b'usaha.
Kita yg msh muda ni...mcm mn pula?
Takkan nk kalah pd warga tua kot.
Teruskan usaha pasti bjaya.


Seorang bekas guru, Harriet Richardson Ames menerima ijazah sarjana muda pendidikan kira-kira tiga minggu selepas hari jadinya yang ke-100.

Seorang anak perempuannya berkata, ibunya meninggal dunia pada Sabtu lepas sehari setelah ijazah tersebut diletakkan di atas katilnya.

Monday, January 25, 2010

Coca-Cola Penyelamat Dalam Kegelapan Selama 11 Hari?

Kuasa Tuhan...syukurlah kerana di beri peluang kedua di dunia ni.



Seorang lelaki yang berumur 35 tahun, Wismond Exantus yang diselamatkan kelmarin selepas 11 hari berada di bawah runtuhan sebuah kedai runcit di bandar raya Port-au-Prince, Haiti menyatakan dia hidup kerana minum minuman ringan Coca-Cola pada setiap hari.

"Saya berasa (diri) dalam keadaan baik," katanya selepas dia menjadi mangsa terbaru gempa bumi Haiti yang berjaya diselamatkan oleh anggota-anggota penyelamat antarabangsa.

Saturday, January 23, 2010

Bunuh Lembu Sebelum Bunuh Diri....Apa Kes???

Alahai, apalah nasib engko lembu ye...jd mangsa pula.


POLIS di Amerika Syarikat (AS) dikejutkan dengan kejadian seorang petani di sini membunuh 51 ekor lembu tenusu miliknya dengan sepucuk raifal sebelum membunuh diri.

Polis menemui mayat mangsa, Dean Pierson, 59 di sebuah bangsal ladangnya, kira-kira 185 kilometer dari sini pada Khamis lalu.

Menurut polis yang dipetik sebuah akhbar tempatan, mangsa menghadapi tekanan perasaan sebelum membunuh diri tetapi pihak berkuasa enggan mengulas lanjut.

Friday, January 22, 2010

Si Tanggang, Sanggup Engko Halau Mak...Ya? Nanti Aku Sumpah Jadi Batu Baru Tau

Alahai...apalah punya anak.
Dah hidup senang kat negeri org, lupa mak yg 8 bulan mgandungkan engko.
Sanggup engko buat2 tk kenal mak ya.
Mmg nk kena sumpah dgn aku ni.
Kurang ajar punya anak....elok aku buang dlm sungai dulu...hahaha.


Kasihan btl makcik..kena halau dgn anak yg tk kenang budi.
Nanti dia pati akan mdpt pembalasannya.

SERDANG - Hajat seorang ibu tua, Tumi Wongsorujo mahu melawat anaknya bagi melepaskan rasa rindu setelah berpisah selama tiga tahun bukan sahaja tidak tercapai, malah hatinya hancur apabila dihalau anaknya itu.

Wednesday, January 20, 2010

Untungnye Lelaki....Sebab Dapat Banyak Kelebihan Selepas Kahwin





Jom kahwin...sng hidup...hehehe

Sebelum ini perkahwinan dianggap sebagai laluan untuk jaminan keselamatan kewangan untuk golongan wanita.

Namun, satu kajian terbaru menunjukkan lelaki yang sebenarnya mendapat banyak kelebihan ekonomi setelah mereka berkahwin dengan wanita.

Penemuan itu didedahkan di sini semalam menerusi laporan Pusat Penyelidikan Pew yang menunjukkan semakin ramai isteri yang bekerja sejak lebih 40 tahun lalu dengan mendapat pendapatan lebih tinggi berbanding suami mereka.

Pandainye...Kecik2 Dah Pandai Merokok

Skrg ni mcm2 pkara blaku bkait dgn facebook ni.
Psl kes mahkamah pun ada, ugut m'ugut, pbunuhan & mcm2 lagilah.
Yg ni pula psl budak 6 bulan merokok disiasat polis selepas mdpt laporan dr...entahlah dr sapa yg melihat gambar budak itu di laman facebook ibunya.
Nk tahu lbh lanjut..jom terjah bwh tu...hehehe


Cewah...bukan main lg!!

Seorang ibu muda di England, Rebecca Davey, 18, disiasat polis selepas gambar bayinya berusia enam bulan yang menghisap rokok disiarkan di laman Facebook, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa rakan wanita itu membuat laporan polis selepas mereka melihat gambar tersebut.

Monday, January 18, 2010

500 Rumah Terbakar, Gara-Gara Bertengkar!!

Apalah pasangan suami isteri ni..kalau nak gaduh..btengkar ke apa.
Jgnlah myusahkan org lain...ni tk, nk melibatkan semua org.
Buat malu je.

Perbuatan sepasang suami isteri membaling lampu minyak tanah ke arah satu sama lain semasa bertengkar menyebabkan kebakaran sehingga 4,000 orang penduduk setinggan di Manila kehilangan tempat tinggal kelmarin. 
 
Pihak polis kini menyiasat sama ada laporan mengenai perbuatan pasangan itu menyebabkan kira-kira 500 buah rumah hangus dijilat api di Manila.

Monday, January 11, 2010

Lelong.......Robot Seks Wanita RM23,642

Waa...tak sangka manusia ni, mcm2 difikirkannya.
Entah apa akan tjadi ya!
Buat seks dgn robot....tk dpt sy bayangkan.



Robot seks pertama di dunia bernama Roxxxy mencuri perhatian orang ramai semasa ia diperkenalkan pada Ekspo Hiburan Dewasa AVN di sini.

Roxxxy yang setinggi 1.7 meter dengan berat 54 kilogram, menyamai saiz kebanyakan wanita dan dilengkapi program kepintaran tiruan (AI) serta kulit sintetik mirip manusia.

Saturday, January 9, 2010

Kerana Cemburu,Bunuh kekasih Gelap Isteri

Manusia boleh buat apa saja, bila perasaan cemburu mguasai diri.
Tk caya, baca berita ni.
Menakutkan kalau ada laki mcm ni.
Cemburu boleh tp jgnlah sampai nk bunuh org.
Buat dosa je. Bukan tambah pahala pun.


SEORANG penduduk, Shah Kuruddin Mas Kur menunjukkan lubang dipercayai tempat mangsa 
ditanam di Taman Damai Utama, Bandar Kinrara 6, Puchong semalam. 
 

Friday, January 8, 2010

Ye ke???....Telefon Bimbit Ubat Penyakit Nyanyuk

Bolehkah mcm tu....mcm2 hal!!


TAMPA - Telefon bimbit kini menjadi perhatian untuk digunakan bagi memerangi penyakit nyanyuk atau Alzheimer, kata beberapa penyelidik Ameriksa Syarikat kelmarin dalam satu kajian.

Kajian perintis yang diketuai Profesor Gary Arendash (gambar) dari Universiti Florida Selatan di sini mendapati kesan positif itu pada sekumpulan tikus makmal yang menghidap penyakit mirip Alzheimer.

Related Posts with Thumbnails

Komen Dr Blogger

Grab This Widget

Blog Anniversary!!

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary Day :)

Daisypath Anniversary tickers

Radio Rentak Hidup Maya

Disclaimer

"All images are sourced from the internet and are in the public domain. We claim no credit for any images or videos featured on this site unless otherwise noted. All visual content is copyright to it's respectful owners. If you own rights to any of the images or videos, and do not wish them to appear on this site, please contact us via e-mail and they will be promptly removed. We are not responsible for content on any external website, and a link to such site does not signify endorsement. Information on this site may contain errors or inaccuracies; the site's proprietors do not make warranty as to the correctness or reliability of the site's content."