Monday, January 12, 2026

Bergambar dengan Kuromi

enZaf ajak ke Central i-City Mall. Agak lama juga tak berjalan ke sana. Eh! jap... ada la pergi sebelum ni, tapi tak jalan sangat dalam mall ke situ untuk parking saja 🚗😅. Kami ke i-City Theme Park. Lupa pula nak masukkan dalam blog huhu.. Okay berbalik pada shopping mall. Masa kami kat sana rupanya ada The Kuromi 20th Anniversary Event. Tengah lalu kawasan itu, di sapa dengan staf situ dengan memberi nombor giliran untuk sesi Meet & Greet bersama Kuromi. MasyaAllah rezeki Qaireen sangat. Bukan main seronok dia bila tahu nanti nak jumpa Kuromi. Sementara nak menunggu sesi berjumpa itu, kami pusing-pusing dulu dalam mall. Sebelum itu ambillah beberapa gambar kat kawasan itu. Ada pelbagai aktiviti yang boleh dibuat tapi Qaireen tak nak main apa pun. Sekadar tengok-tengok saja.











Memang rezeki dia 🥰, kebetulan pergi tu adalah hari terakhir Kuromi di situ. Sebelum balik, kami beli kudapan. Anak-anak nampak plak nugget ini. Tak ingat kali terakhir bila makan. Tapi lama sangat dah. Masa beli tu di Melawati Mall. Kat area PJ ni tak perasan pula ada QCC Baked ke tidak.



Ingatkan lepas keluar dari shopping mall, balik terus. Rupanya enZaf ajak singgah mamak Subaidah. Makan dan makan lagi ehehehe... Esoknya anak-anak dah sekolah. Bermula tahun baru buat semua dan bermulalah tugas supir menghantar dan mengambil mereka 😎.

Thursday, January 8, 2026

Makan di Lotteria

Pertama kali mencuba makan di Lotteria, The Curve. Sebelum ini kedainya McDonald's, dah tutup dan diganti dengan Lotteria ini. Warna pun nak sama juga merah kuning hihihi..







Boleh tahan sedap juga lah makanannya. Fast food macam gitulah rasanya kan 🤣. Bila tekak terasa nak makan fast food bolehlah datang ke sini lagi 🤭. Lepas makan kami ke Red Box. enZaf ajak menyanyi pula. Tak ambil lama, dua jam saja. Nak kejar balik sebelum Maghrib dan anak-anak ada tuisyen lepas tu. Tak ambil gambar pun masa dalam bilik. Dah keluar nak ke parking barulah ambil gambar, itu pun dalam lif hehehe...



Sehari sebelum ai dan enZaf keluar berdua pergi Uptown KotaDame. Tiba-tiba tekak rasa nak makan Takoyaki. Kat situ ada Takoyaki sedap. Sementara menunggu Takoyaki siap, kami makan dulu kat kedai tomyam. Oh! Takoyaki tu bungkus, beli untuk anak-anak juga. Dorang pun suka juga. Lepas makan kat Uptown kami sempat berhenti makan durian di Rizky. Macam biasa tetap bungkus untuk anak-anak juga 🫶.





Friday, January 2, 2026

Hari Pertama 2026

Hari pertama tahun 2026, tak ada banyak aktiviti sangat. Memandangkan tengah malam tahun baru tu kami dah keluar untuk lihat bunga api 🎆, pagi hingga tenghari hanya di rumah saja. Pada waktu petang baru keluar ikut enZaf main bola. Tapi kami tak ikut sampai ke padang, lepak minum petang di Coffee Bean Bukit Jelutong. Alang-alang dah ada di kawasan itu, ai saja text Nowwa kalau dia nak join sama, sekali dia kata okay. Sementara menunggu Nowwa kami order makanan dulu, dah sampai makanan masing-masing ambil gambar anak-anak dan hantar ke enZaf. Report tengah buat apa dan makan apa hihihi...













Kami dah nak habis makan barulah Nowwa sampai. Bertuah sungguh minah ni. Bab janji masa memang ke laut, dari dulu lagi hahaha... Borak dari dalam CBTL sambung sampai ke luar pula. Tak boleh tahan duduk dalam tu, sejuk sangat aircondnya. Tak pergi jauh, sebelah CBTL saja. Ada Homebaker@Clover, feveret abang Ariq. Kalau nampak kedai ni, mesti dia minta bungkus bawa balik. Lepas beli cinnamon rolls ni kami lepak duduk luarnya pula. Lama juga bersembang, sampai enZaf dah habis bola. Sebelum balik sempat ambil gambar dengan Nowwa. Cantik betul gambar pakai handphone orange 📱🍊 ni kan. enZaf senyum saja bila ai seloroh macam tu hihihi..🤣





Thanks Nowwa sudi meluangkan masa, banyak juga kita borak. Suka duka sedih semua ada sampai meleleh air mata. Sayang kau dan besties yang lain 🤗. Oh ya! masa nak buat entry ini, belek semula gambar dari handphone untuk dimasukkan dalam blog. Baru perasan handphoneku kena hijack by akak Zahra. Tiba-tiba keluar seketul muka dia hahaha... entah masa bila dia selfie, tak perasan langsung.



Selalunya gambar Aliah yang penuh dalam handphone ini, sekarang akak Zahra pula hahaha.. Sebelum balik kami singgah makan di Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang. enZaf kelaparan selepas main bola. Misi nak kurus tahun baru?! abaikan sajalah. Belum habis tarikh 1hb dah makan itu ini..hmmm....



Thursday, January 1, 2026

Welcome 2026!

Selamat Tahun Baru 2026!! Rasa macam sekejap saja tahun 2025 ni. Tup tup dah tahun baru. Untuk ai tak banyak pencapaian pun, eh ada ke?! hahaha... nak kata kurus tak, makin kembang. Berat pun dah tak nampak angka 4 di depan. Macam dah tak jumpa. Maintain sajalah dengan angka 5 tu huhuhu... Hutang tetap sama, hutang rumah. Lambat lagi nak habis. Itu pada diriku lah. Untuk Zaf dan anak-anak, Alhamdulillah. Masing-masing ada pencapaian tersendiri.

Hari terakhir tahun 2025 kami tak ada buat apa aktiviti sangat. Waktu pagi, Ariq ada tuisyen. Lepas Zuhur, enZaf ajak keluar. Kami ke Setia City Mall, pusing-pusing sekejap. Sempat akak Zahra beli kasut dan Aliah beli stokin hehehe.... Kami balik sebelum Maghrib. Ariq sambung tuisyen waktu malam pula. Ya cuti ini, ai daftarkan Ariq online tuition. Geram tengok dia asyik je main game huhuhu.. Sakit mata dan hati 😠😑 Habis saja tuisyen dia, kami keluar lepak makan minum di kedai mamak.



Saja ambil gambar anak bujang ini. Comel sangat abang Ariq ini, semoga tahun baru ini dia membesarlah.. sebab dah masuk Tingkatan 2. Selalu paksa dia makan banyak. Susah betullah nak makan banyak sebab tu halus je orangnya 😅.



Jam sudah pukul 11.30 malam, enZaf ajak tengok fireworks 🎇🎆. Dia nak bawa tengok kat area The Curve. Kalau nampak fireworks tu keluar, berhenti sajalah mana-mana. Dan kali ini agak susah nak dapat spot menarik. Banyak sangat tempat dah terlindung dengan bangunan dan jalan. Dapat tengok sipi-sipi pun jadilah. Orang kata buat ghaso-ghaso 😁😆.




Sekali lagi, Selamat Tahun Baru 2026!!! Semoga kehadiran tahun baru ini memberi kehidupan kita lebih baik dari sebelumnya. Aamiin... 🤲🫶

Sunday, December 28, 2025

Sudah 29 Tahun

Akhirnya dapat juga berjumpa dengan besties sebelum tahun 2025 melabuhkan tirainya. Punyalah susah nak gather cukup lima orang. Bila sorang ni free, sorang/ dua lagi tak free, begitulah. Nak nak si Anis tu. Susah betul nak dapatkan date. Terpaksalah kami semua ini kena available kan diri untuk tarikh dia hahaha... Geram betul.

Kami jumpa ini pun dekat-dekat saja. Semua sepakat nak pergi The Curve. Nani ajak karaoke di Red Box 🎤🎶. Lama kami semua tak menyanyi bersama. Plan awalnya semua jumpa terus di Red Box tapi Nani tiba-tiba mesej beritahu kereta suaminya rosak di KL. Kena rescue suaminya sekejap hihih.. Sepatutnya kami semua plan jumpa tiada bawa anak-anak. Tetapi disebabkan suami Nani tidak dapat menjadi babysitter, nak settlekan kereta yang rosak itu terpaksalah. Sementara menunggu Nani, ai dan Elin pergi makan dulu sebab perut dah tarik kelaparan haha.. Nowwa dan Anis masih on the way nak ke The Curve.



Sebelum berangkat ke Red Box, ambil satu gambar di Secret Recipe. Makan kat situ saja, tempat lain dah ramai dan penuh huhuhu... Dan makan pun sekadar alas perut. Nanti dalam Red Box order makan lagi. Dalam bilik karaoke, ai tak ada ambil gambar pun. Yang ada rekod video itu pun satu dua saja hahaha.. Gambar yang ada sebelum kami semua nak balik. Balik ke pangkal jalan hahaha.. Thanks Aisha ambilkan gambar mak-mak ni.. eh kecuali Anis dan Nowwa, dorang dua tu single lagi 😆.





Masa dalam bilik karaoke, Nani ambil gambar ai bersama handphone Nowwa. Ada dua orang pakai kaler oren, Nowwa dan Elin. Terus Nani suruh buat proposal kat enZaf. Mana lah tahu dapatkan hahaha.. Apa pun kita Aamiin siap-siap.



Sebelum berjumpa ni, Nowwa ada buat cadangan untuk exchange gift. Jadinya masing-masing kena tukar hadiah mengikut tema warna. Elin warna hijau 💚, Anis warna biru 💙, Nowwa warna putih 🤍, ai warna pink 🩷 dan Nani warna kuning 💛.






Terima kasih besties, sayang korang dunia dan akhirat. Seronok sangat bila dapat berkumpul. Bukan senang nak jumpa semuakan. Walau pun berjauhan uols tetap dihati 🥰. Semoga persahabatan kita yang sudah menjangkau 29 tahun ini berkekalan hingga ke Syurga 🤲. Oh ya! thank you juga untuk enZaf kerana menjaga anak-anak dan menghantar mengambil ai di The Curve ni. Dia tahu wife dia ni malas nak drive 🤭.