Showing posts with label Layan.... Show all posts
Showing posts with label Layan.... Show all posts

27 September 2010

Episod Luka Itu

Pedih skali hati ini untuk berbicara..tak terungkap segala-galanya..Apa yang aku rasa sekarang ini tidak aku pasti apakah seterusnya diari hatiku akan tertulis. Walau bagaimanapun, aku tetap tabah mengikuti jejak hati ini. Mungkin ini sudah takdir aku dengan dia. Kenapa perlu aku merintih dan menangis sedangkan perkenalan itu hanya berbunga selama tiga bulan sahaja?Ada kerinduan di situ.Ada kasih sayang di situ.Namun aku akur dengan kehendaknya.Tapi aku tidaklah semurah yang dikatakan.Kata-kata yang dilontar membuatkan jiwa aku berdarah tanpa henti. Ada duri di situ.Aku tidak seperti yang disangka. Mungkin kerinduan dan kasih sayang, ada noktah yang hadir.

Walhal, sedang hati berbaja subur, mengapa kelukaan ini yang perlu aku hadapi. Teringat kembali di awal pertemuan yang tak mungkin aku jangkakan. Bila keresahan melanda, kan kutatap segala gambarnya.Walaupun dia sudah berkeluarga, tidak mengerti mengapa hati ini ingin memiliki kasih yang sudah tentu kepunyaan orang lain. Tidak mengerti mengapa hati ini bersedia untuk berkongsi kasih sayang.,Ya..aku ingin memiliki dia.Bukan kerana hartanya, bukan kerana rupanya.Tetapi aku ingin memilikinya kerana jiwanya, kasih sayangnya dan juga hati budinya. Bukan kerana dia dan hartanya. Tapi apakan kuasa yang aku miliki.Tidak sesempurna insan lain, aku terpaksa akur yang dia mungkin bukan takdirku. Terima kasih kerana sudi berkenalan dengan aku dan melayan segala karenah aku.


Tetapi ada hujan yang turun dari mata ini. Bergenang seperti lautan yang mempunyai jutaan liter air. Bagaimana untuk aku teruskan hidup ini. Aku bahagia bersamanya berbanding insan yang dulu aku pernah cintai, A. Tetapi sebenci mana pun N dengan aku, aku akan tetap menyayangi dirinya. Merindui dan mengasihi dirinya. Akan aku bawa hati ini. Tidak sabar rasanya untuk aku keluar dari segala-galanya. Sabar ye Manisah. Mungkin ini takdirmu. Ye.Suatu hari aku ingin kembali kepada dirinya. Dan pada masa itu, mungkin jua diri ini ada kelemahan yang telah diperbaiki.. Terimalah aku seadanya..

19 September 2010

Suatu ketika Dahulu

Hari-hari yang mendatang mungkin memberikan kegembiraan, kelukaan dan mungkin jua derita. Andainya kita tahu apa yang bakal terjadi, segala persiapan dari awal telah berjalan. Rintihan hati kecil ini tiada siapa yang sudi mendengar. Adapun pendengar yang setia mampu memberikan sepintas lalu keinsafan lalu merobek lagi hati yang sedang terluka. Tidak mungkin untuk aku membalas lagi setiap pertanyaan yang diibaratkan petir membelah langit.. Seandainya kudratku gagah melangkah, sudah lama aku menjauhkan diri dari segalanya. Namun, aku masih memimikirkan keegoaan, kehormatan serta kekurangan yang aku miliki. Setiap manusia inginkan yang terbaik untuk dirinya. Hanya berbekalkan nasihat dan juga ilmu, maka fikirlah dengan sewaras-warsnya..

Kenapa masih ada lagi kelukaan di hati walaupun jalinan kasih sayang telah gagah mencakar langit selama hampir 5 tahun?? Kenapa masih ada butiran halus kekecewaan setelah duri ranjau yang telah dilalui..Hanya mampu merenung di luar jendela dengan pandangan yang lesu dan kosong..Apakah ujian yang diberikan olehNya begitu memerlukan seribu ketabahan buat aku untuk memerangi segala bom, senjata api dan peledak soalan yang bisa meruntuhkan segala-galanya. Aku memilih dia dengan ikhlas hatiku walaupun aku tahu kekurangannya, kejahatannya, keegoaannya, kebahagiaannya, keikhlasannya, ketajaman lidahnya dan juga kerendahan zahirnya..Dengan satu kesalahan yang dilakukan olehnya, langsung menidakkan segala yang baik yang telah dilakukan..Kejamnya manusia menghukum aku tanpa memikirkan perasaan hati kecil ini..Kelu aku untuk berbicara..Hanya tangisan memecahkan kebuntuan yang ada. Setiap air mata yang mengalir hanya untuk mempertahankan dirinya..Walaupun orang kata mempertahankan cinta itu suatu perkara yang bodoh..Aku tidak mengerti akan perasaan itu..Yang aku perlu tahu, dialah yang sangat memahami diri ini..Susah senang kami lalui bersama..

Untuk menyatakan kecurangan yang berlaku tanpa disedari, mungkin aku telah memaafkannya seribu mahupun lebih dari itu tetapi calar yang terpalit di hati ini tidak mungkin dapat mengubah untuk aku melupakannya..Lebih-lebih lagi insan yang terlibat merupakan orang terdekat bagiku..Cukup sekali terkena..Aku jua begitu..Kecurangan yangtelah dapat dihidu suatu hari dulu pasti meninggalkan kesan kepadanya..Sungguh kuatkah dia untuk mempertahankan apa yang telah dibina??Bagiku, sungguhpun orang ketiga muncul tetapi hatinya masih tetap dengan si dia...iaitu perempuan itu..Aku redha dengan itu..Dia telah memberikan aku petunjuk bahawa dia bukanlah yang terbaik bagiku...Teringat kembali 4tahun yang lepas, bagiku perkenalan yang cukup indah akhirnya begini.Sedih.Tidak mungkin aku kembali kepadnya.Memandangkan orang ketiga itu saudara ku sendiri.

Mendapat restu adalah perkara yang sangat aku perlukan...5tahun direstui tetapi kenapa tiba-tiba sahaja mereka suruh memutuskan?Aku tidak faham apakah mereka ini tidakmengerti aku...Memang inginkan yang terbaik..Kedewasaan ini tidak menjadi titik tolak kepada mereka untuk aku membuat keputusan sendiri..Kebebasanku telah disekat...Teknologiku dipantau..Aku semakin rimas dan kesedihan ini kusimpan sehingga satu hari nanti...Akan kuceritakan dan kisahkan kepada mereka bahawa aku sangat menyayangi mereka dan menurut segala kemahuannya..tetapi izinkan aku untuk membuat keputusan yang besar bagi diriku..Aku sanggup menanggung segala risikonya..Aku tahu sekiranya itu, aku akan dipersendakan tetapi janganlah lagi menambah lagi derita hatiku..

Semakin terluka, semakin aku menjadi insan yang tidak berfikir waras..Aku perlu berjumpa dengannya...Panggilanku semakin berkurangan..Meseg ku jua...Tidak mengertikah mereka??Adik-adik yang masih bersekolah bersahaja dengan teknologi dan lelaki2 yang mereka miliki..Tetapi aku??Aku masih berfikir...Masih merenung kesamaran yang ada...Masih mencari permata yang akan membelah kebuntuan...Akan tercatat kah sejarah di mana semua kelukaan berakhir dengan kegembiraan?Atau tercatatkah sejarah kelukaan disusuli dengan keterpaksaan??

Kenangan ku pergi bersama hati ini..Terima kasih A.Slamat tinggal...