Wednesday, January 28, 2026

Hak Mangsa Buli di Tempat Kerja

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. First of all, I want to say thank you to all readers and blogger friends who took the time to drop by here, I really appreciated it.. Inshaa Allah komen yang anda tinggalkan saya akan balas satu-persatu and at the same time I’ll do some blog walking too.. 

Cerita kali ini rentetan dari peristiwa minggu lalu. Saya telah mendengar luahan perasaan sedih dari seseorang iaitu mangsa yang dimalukan dengan cerita fitnah hingga disisihkan di tempat kerja. Perkara ini menyebabkan dia tertekan. Dari situ kesihatannya mula merosot, kerap ambil cuti sakit dan agak mengganggu mental juga. Orang yang menfitnah pula kawan baik sendiri. Ini kes kawan makan kawan.. Kita makan nasi dia makan kawan. Pelik juga manusia spesis ini. Perbuatan ini dinamakan sebagai buli psikologi / emosi (emotional bullying). Jangan risau ada akta yang melindungi mangsa buli ini so si pembuli watch out okay.


Stop bullying 

Jadi saya nak share di sini tindakan yang boleh diambil kepada sesiapa yang menjadi mangsa buli di tempat kerja.  Perbuatan memalukan atau membuli di tempat kerja kini dipandang serius dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. 

Perbuatan ini tidak lagi dianggap sebagai isu dalaman syarikat malah dikategorikan sebagai satu jenayah di bawah Kanun Keseksaan. Untuk makluman, mulai 11 Julai 2025 pindaan Kanun Keseksaan telah berkuatkuasa bertujuan memberi perlindungan undang-undang kepada mangsa buli. Secara tak langsung menegaskan bahawa perbuatan tersebut tidak lagi boleh diterima dan dipandang ringan. 

Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025

Jadi undang-undang baharu melalui Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 memberi ruang kepada mangsa terutamanya wanita untuk membuat laporan polis terhadap gangguan di tempat kerja dan juga secara digital. Pindaan ini merangkumi peruntukan khusus bagi menangani gangguan emosi, buli, ugutan dan buli siber yang boleh menjejaskan kesejahteraan pekerja. Sekarang ni banyak masalah mental antaranya berpunca dari sikap pembuli wajarlah ada undang-undang melindungi mangsa.

Antara contoh gangguan yang boleh dilaporkan kepada polis termasuk:

Gangguan lisan (verbal): maki-hamun, hinaan, kutukan berulang.

Sindiran memperlekehkan maruah: berkaitan rupa fizikal (body-shaming), jantina, umur, status perkahwinan, keupayaan mental.

Buli psikologi / emosi (emotional bullying): ugutan pasif, boikot sosial, pengasingan di tempat kerja (disisihkan).

Gangguan seksual (verbal atau fizikal): ucapan lucah, ajakan seks, sentuhan tanpa izin.

Buli siber dan doxing (penyebaran maklumat peribadi tanpa kebenaran) seperti sebar nombor telefon, alamat rumah dan gambar.

Seksyen di bawah Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 yang digunapakai: 

507B: Gangguan biasa (verbal, emosi) - Hukuman penjara hingga 3 tahun.

507C: Ugutan melalui komunikasi - Hukuman penjara hingga 1 tahun / denda.

507D(1): Gangguan hingga menyebabkan tekanan mental - Hukuman penjara hingga 1 tahun.

507D(2): Jika menyebabkan cubaan bunuh diri - Hukuman penjara hingga 10 tahun.

507F: Doxing / penyebaran maklumat peribadi tanpa izin. Hukuman penjara hingga 3 tahun.

Apa tindakan yang perlu dilakukan apabila kita berdepan situasi begini?

(a) Simpan bukti - mesej, email, voice record atau rakaman cctv,

(b) Catat kejadian - bila, di mana, siapa yang terlibat dan apa yang berlaku,

(c) Lapor kepada Jabatan Sumber Manusia - Ini langkah awal membuktikan bahawa anda cuba untuk memaklumkan perkara ini kepada pihak dalaman syarikat,

(d) Buat laporan polis: Cerita dengan terperinci apa yang berlaku hingga menjejaskan emosi / kesihatan mental. 

(e) Boleh juga lapor kepada agensi lain seperti Jabatan Tenaga Kerja atau talian Kasih (15999).

Undang-undang ini terpakai kepada semua pekerja tak kira di sektor awam atau swasta. Tiada had jantina lelaki atau wanita semua mangsa dilindungi. Bila ada undang-undang begini, pembuli tak lagi sewenang-wenangnya membuli sesuka hati.. dalam bahasa kasarnya si Pembuli memang patut diajar kerana kesan emotional damage yang teruk kepada mangsa. Kepada mangsa buli, ambil tindakan tegas, stand up.. speak out. Know your right. Jika dibiarkan si Pembuli akan besar kepala, melampau-lampau pula nanti.

Begitulah cerita dia.. Okay, setakat ini saja perkongsian saya. Semoga ianya menjadi ikhtibar dan bermanfaat kepada pembaca semua. Until next time.. wasalam.


Regards,

Share:
Read More

Friday, January 16, 2026

Berita Gembira Seorang Blogger

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Salam Jumaat kepada semua. Hari ini saya ingin kongsi beberapa berita gembira. Tanpa berlengah, saya straight to the point saja.. 

Saya nak beritahu, blog ini sudah lulus Adsense dalam masa sebulan lebih! Alhamdulillah, gembira sangat. Saya mula menulis di blog ini pada 4 Disember 2025 lalu. Kemudian saya apply Google Adsense pada 25 Disember 2025 dengan sekali saja rejected dan akhirnya lulus pada 11 Januari 2026. 

Good news! - from Google Adsense 

Pada awalnya rasa chances hanya 50/50 sebab Google Console asyik beri email mengatakan blog ini masih belum dapat di-index dalam carian Google.. Saya tak peduli, saya ikut kata Diva AA, "Why bother?" Saya ambil risiko submit permohonan Adsense ketika blog masih dalam review

Adsense Ads code

Bila dapat saja email makluman lulus Adsense, saya terus proceed activate ads. Agak terkejut juga sebab lulus. Inilah kelebihan blogging, sambil menulis kita boleh jana pendapatan sampingan. Okay kita tinggalkan cerita Adsense..

Seterusnya berita gembira kedua iaitu blog saya terpilih berada dalam senarai blog list #2 blog Cie - Blog Roziah Muhammad Nor. Saya ambil bahagian dalam segmen ini pada 22 Disember 2025 lalu, sejak itu takde fikir nak check keputusan lepas tarikh segmen tamat. Kebetulan saya tak sempat blogwalking 2 minggu, jadi tak follow-up keputusan Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #2. Semalam baru sempat singgah di Blog Cie. Tak sangka blog saya ada dalam senarai. Syukur alhamdulillah. 

Keputusan Segmen dari Blog Roziah Muhammad Nor

Berita gembira ketiga pula lebih kurang sama dengan cerita tadi, masih tentang penyertaan segmen. Pada 13 Disember 2025 lalu, saya joined Segmen Refresh Bloglist anjuran Blogger Nieza - My Story Board.

Segmen Refresh Bloglist anjuran Nieza

Sama juga, tak sempat check keputusan segmen so semalam baru sempat.. Yeayyy blog saya tersenarai di nombor 7, syukur alhamdulillah.. Keputusan yang saya tak sangka langsung. Saya join segmen ikhlas untuk support rakan-rakan blogger jadi kalau terpilih adalah satu rezeki. 



Okay, setakat ini sahaja cerita yang ingin dikongsi. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pembaca yang sudi support blog tak seberapa ini. Sokongan anda menjadikan saya semakin bersemangat untuk menulis dan berkongsi cerita. Akhir kata, thank you for reading and take care.


Regards,

Share:
Read More

Wednesday, January 14, 2026

Bits & Pieces of My Week

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Semoga semua baik-baik belaka walaupun minggu ini saya percaya agak hectic kepada parents yang sudah kembali ke jadual asal mengurus anak sekolah selepas cuti sekolah tahun lalu.. Selamat kembali ke sekolah ya anak-anak..

Hari ni cuti umum di Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan ke-78 Duli Yang Maha Mulia di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Hari cuti yang ada saya isi dengan membaca buku di samping membuat kerja-kerja rumah yang lain. Lately suka baca buku genre thriller. Biasa tak fikir sangat tentang genre. Baru habis baca Verity by Colleen Hoover seminggu yang lalu, break sebentar dari melayan cerita thriller..  This is my current read, Anxious People by Fredrick Backman. 

Anxious People by Fredrick Backman 

Di kala ibubapa di luar sana sibuk mengurus persekolahan anak-anak, jadual harian saya tak banyak beza. Seminggu menghilangkan diri kerana sibuk mengurus persediaan Arief (my only son) yang akan mendaftar di kursus kemahiran jangka pendek sementara tunggu keputusan SPM diumumkan. Alang-alang hampir dua minggu tak berkongsi cerita, today's post wasn't about a single story but a collection of small moments. Random photos, random activities and little things that made me pause for two weeks.


Bermula Jumaat lalu, 9.1.2026 keluar rumah sekitar pukul 10.30 pagi terus menuju ke Shopee Self-Collection Point. Entah apa barang dibeli si Arief. Ada dua tempat Shopee Self-Collection Point di kawasan taman perumahan saya. Kali ini bukan di tempat biasa tetapi di kawan business lot yang baru dibuka. Puas meronda takde pula signboard Post-Hub.. Parked kereta di tepi sambil cari di Google map.. Hurrrmm rupanya depan kereta saja, manalah nampak banner sekecil itu tergantung menumpang di kedai runcit..

Shopee Self-Collection Point 

Selesai tugas pertama, kemudian tugas kedua iaitu misi membuka akaun simpanan budak bawah umur 18 tahun yang agak mencabar kesabaran (akan ku cerita di post akan datang). Urusan dari pagi then break solat Jumaat balik rumah sekejap ambil sijil lahir Arief, sempat hantar email kerja selepas dapat pesanan dari boss di pejabat..

Bukan saving account 

Selepas kaum Adam menunaikan solat Jumaat, around 2.15 pm misi diteruskan untuk submit documents di bank tapi sebelum itu singgah lunch di P&C Kitchen. Bawa Arief di sini sebab dia belum pernah makan di P&C Kitchen, bagi dia rasa sendiri.

P&C Kitchen, Seremban 2

Minggu lalu saya belum habis baca buku Verity by Colleen Hoover.. Tak sabar nak tahu ending si Verity, since then ke mana-mana dengan buku ni, sambil tunggu makanan, dapat baca a few pages pun rasa puas hari. Okay di P&C Kitchen saya tetap ordered lamb chops with spaghetti carbonara seperti sebelum ini. Selepas makan terus ke bank semula sehingga urusan selesai around 3.30 p.m..

The next day - Sabtu (3.1.2026),  Arief minta izin outing ke KL dengan kawan-kawan sekolah. This is his first time keluar dengan kawan. Saya bagilah dia chance sebab dah habis belajar, asalkan pandai bawa diri. Sibuk text dari KL beritahu ada surprise untuk mama.. Dalam hati, apalah surprise dia bagi nanti.. Ingatlah dia beli buku Hidden Pictures di Kinokuniya sebab dia tahu mama dia sedang gigih cari buku tu.. Rupanya dia hadiahkan bouquet beli di Pasar Seni. Habis kemek bunga segar dia sumbat dalam backpack. Lebam bunga seharian dia usung keluar masuk mall.. Haish anak..

Kayan Tropika @kayantropika

Ku letak di almari bilik sebagai hiasan.. Gambar pula ku abadikan di sini sebagai kenangan..

Kayan Tropika bouquet

Last weekend saya tak ke mana-mana, hanya di rumah.. Biasa me time dengan hobby. Kali ni journaling  mood sedang berkobar-kobar. Saya guna leather journal in passport size, setup for financial planner. Tahun ni I'm planning to focus on financial, kurangkan membazir membeli ikut hawa nafsu.. 

Passport size planner

Plan 30 Day No Spend Challenge, basically saya bahagi kepada 2 rules iaitu "What you can spend on" - barang keperluan, bills, medical expenses, small treats etc. dan "What you can't spend on" lebih kepada kehendak - makan di luar, Grab / Panda food, coffee cafes, shopping baju, kasut yang dah ada dua almari tapi masih membeli, entertainment, impulse purchase, online shopping etc.

Tujuan utama saya untuk disiplin diri elak pembaziran seperti yang sudah berlaku selama ini.. Motif elak pembaziran?... kerana membazir adalah amalan syaiton.. Selain itu I can track my expenses too..

30 Day No Spend Challenge

Pages yang lain about my blessing iaitu mensyukuri segala nikmat kehidupan kurniaan Illahi berdasarkan quote ini - "Talk about your blessings more than you talk about your problems." Try to motivate diri di kala hidup ini ada pasang surutnya.. 

The following day, Isnin (5.1.2026) saya ambil cuti tahunan untuk hantar Arief daftar kursus kemahiran. Selesai pendaftaran terus buat medical check-up di klinik kerana ianya merupakan salah satu syarat kemasukkan ke institusi ini.

Medical check-up

Urusan hari ini selesai awal, tiba masa untuk free and easy.. Kami ke Mesamall di Nilai tanpa tujuan..

Ibu dan anak

Takde apa yang menarik di sini.. Singgah di beberapa kedai dan terus pulang ke rumah..

Mesamall Nilai tenants

Suka dengan wall decoration di Mesamall, unik.. Koleksi periuk tanah liat atau porcelain, tak pasti.. Saya sekadar pandang dari jauh..

Mesamall Nilai wall decoration


Tiba di rumah, keluar sahaja dari kereta inilah pemandangan saya lihat.. Ku sangka anak beruk rupa-rupanya anak kucing.. Inilah antara stray kittens yang sedang bermastautin di halaman rumah saya.. Tak reti duduk diam, makan tidur memerut.. itulah kerja mereka. Nasib baik comel, tak jadi marah..

Cute kittens

The next day, Selasa (6.1.2026) kerja seperti biasa.. My officemate baru balik dari kenduri sepupu di Perlis so macam-macam buah tangan dia bawa ke office.. Kami tumpang sekaki.. 

Ole-ole dari Perlis

Hari yang sama, saya menghadiri sesi taklimat Pelan Perniagaan dengan hidangan kuih karipap dan pisang goreng. Syukur alhamdulillah, all went smoothly..

Kuih karipap dan pisang goreng

Last but not least, inilah buku yang saya puas cari merata dari bookstore ke bookstore, ke Big Bad Wolf dengan harapan menggunung tapi hampa.. Akhirnya terpaksa order, tunggu about two weeks dan kini berada di tangan saya.. 

Hidden Pictures by Jason Rekulak

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya.. Just bits and pieces from last week, captured as they were. Thank you for reading.. Until next time, bye-bye and wassalam..



Regards,

Share:
Read More

Sunday, January 4, 2026

Cuti Panjang di Malaysia Tahun 2026

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Didoakan agar semua beroleh kesejahteraan dan dipermudah segala urusan. Kali ni cerita best, saya nak kongsi calendar cuti panjang tahun 2026 yang saya pasti ada juga antara rakan bloggers sudah kongsi di post mereka.. Versi saya plan cuti untuk diri sendiri. Harap saya dapat peluang mengambil cuti tahunan sebab banyak juga cuti tersepit tahun 2026 ini.. Indirectly boleh rehat sedikit jika dibandingkan dengan tahun 2025.

Kalau kita lihat pada calendar, bulan Januari 2026 cuti tahun baharu jika ambil cuti tersepit dapatlah kita bercuti selama 4 hari hingga 4 Januari 2026. Alhamdulillah saya dapat menikmati cuti tersebut malah saya ambil cuti hingga hari Isnin, 5 Januari 2026 kerana ada urusan yang perlu diselesaikan.

Cuti Panjang 2026

JANUARI 2026
Bagi pekerja di Negeri Sembilan seperti saya, pada 14 Januari 2026 (Rabu) merupakan cuti umum sempena sambutan Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Apply cuti tahunan 2 hari dapatlah berehat selama 5 hari termasuk Sabtu dan Ahad. Kebetulan cuti tahunan saya masih berbaki 2 hari dan boleh dibawa ke tahun 2026 so I will think about it. Harap takde something urgent ketika itu.

FEBRUARI 2026
Cuti ganti sempena Thaipusam pada hari Isnin, 2 Februari 2026 bagi negeri Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya dan Selangor. Memandangkan cuti Hari Wilayah jatuh pada hari yang sama dengan Thaipusam dan merupakan cuti wajib kepada pekerja sektor swasta di Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan serta tidak boleh diganti selaras dengan peruntukan di Seksyen 60D(1)(a)(iii) Akta Kerja 1955 [Akta 265] maka majikan perlu beri cuti ganti kepada hari berikutnya iaitu hari Selasa, 3 Februari 2026 (tertakluk kepada majikan yang mengambil cuti Thaipusam sebagai baki 6 pilihan cuti kelepasan am selaras dengan peruntukan subseksyen 60D(1)(a) Akta Kerja 1955 [Akta 265].)

Tahun Baharu Cina pula disambut pada 17 Februari 2026 hingga 18 Februari 2026. Jika ambil cuti tahunan pada 16 Februari 2026 maka dapatlah cuti Sabtu, Ahad hingga 18 Februari 2026 sebanyak 5 hari keseluruhannya. Jangan lupa 1 Ramadan 1447H jatuh pada 19 Februari 2026 (Khamis).

MAC 2026
Ini agak sedih, Hari Raya Aidilfitri tahun ini tak dapat cuti lama sebab jatuh pada 21 Mac 2026 dan 22 Mac 2026. Cuti ganti pada hari Isnin, 23 Mac 2026 sahaja. The rest ambil annual leave sendiri, no more cuti free.

APRIL 2026
Takde cuti free. Mau cuti kena ambil cuti tahunan sendiri.

MEI 2026
Cuti Hari Pekerja, 1 Mei 2026 (Jumaat) so dapat 3 hari cuti termasuk Sabtu dan Ahad. Seterusnya Hari Raya Aidiladha di tengah minggu pada 27 Mei 2026 (Rabu). Hari Wesak pula pada Ahad, 31Mei 2026.

JUN 2026
Di awal bulan saja sudah cuti umum sempena Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2026 (Isnin) maka dapatlah cuti selama 3 hari termasuk Sabtu dan Ahad. Cuti umum lain dalam bulan ini ialah Awal Muharam iaitu pada 17 Jun 2026 (Rabu) di tengah minggu.

Malaysia Long Weekends 2026

JULAI 2026
Bagi pekerja di Negeri Sembilan bulan Julai 2026 tiada cuti umum sama seperti bulan April 2026. 

OGOS 2026
Cuti umum pada bulan Ogos ialah Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW (Maulidur Rasul) pada 25 Ogos 2026 (Selasa) so apply annual leave hari Isnin, 24 Ogos 2026 dapat cuti 4 hari berturut-turut. Seterusnya Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2026 (Isnin), bonus cuti 3 hari termasuk Sabtu dan Ahad.

SEPTEMBER 2026
Bulan ini hanya sehari cuti umum iaitu cuti Hari Malaysia pada 16 September 2026 (Rabu) again di tengah minggu.

OKTOBER 2026
Tiada cuti umum untuk pekerja di Semenanjung Malaysia pada bulan Oktober tahun ini.

NOVEMBER 2026
Ada satu saja cuti umum iaitu Deepavali pada 8 November 2026 (Ahad) so cuti gantian pada hari Isnin, 9 November 2026.

DISEMBER 2026
Cuti hujung tahun Hari Krismas pada 25 Disember 2026 (Jumaat), 3 hari cuti termasuk cuti mingguan.

Habis sudah setahun mengira cuti-cuti Malaysia.. Cuti merupakan hari yang sangat berharga kepada setiap pekerja. Untuk makluman cuti yang saya highlight di sini cuti yang terlibat dengan saya, seorang individu yang bekerja di Negeri Sembilan. Cuti mengikut negeri lebih terperinci boleh click di sini - Jadual Cuti Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri 2026.

Akhir kata, semoga kita sama-sama dapat memanfaatkan dan merancang cuti dengan baik. Setakat ini saja perkongsian saya. Jumpa lagi di post akan datang. Thank you for dropping by and bye-bye..



Regards,

Share:
Read More

Saturday, January 3, 2026

Minggu Terakhir Sebelum Penutup Tahun 2025

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini masuk hari ke-3 tahun 2026. Saya masih lagi dengan kisah di tahun 2025 yang menjadi kenangan sepanjang zaman. Kita sama-sama throwback sekejap. Kisah minggu terakhir sebelum tahun baharu 2026. Saya akan ingat tarikh 29 Disember 2025 hingga 31 Disember 2025, tarikh-tarikh di mana orang lain sibuk menghabiskan cuti tahunan tapi saya sibuk bekerja hingga lewat malam.. Scroll social media cousin bercuti di Turki sedang main salji, kenalan lain pula di Swiss. Saya di office bergelumang dengan kertas, huhuhu bertabahlah jika itu ketentuan Illahi.

Goodbye 2025, Hello 2026

Seawal bulan Disember 2025, saya sibuk membuat persediaan terhadap kes salah laku berat di mana saya di bahagian team pendakwaan. Bila tugas telah diamanahkan, saya sejenis akan ambil tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh. The rest saya serahkan kepada kekuasaanNya, kun fayakun..

Bertolak dari sini pukul 11.07 malam

Pembuktian kes bukan sesuatu yang mudah.. Sepanjang persediaan sehingga tarikh pelaksanaan, otak seakan 'bengkak' dan berat apabila disimpan dengan segala macam input. At the same time, documents juga perlu teratur supaya tidak menjadi pertikaian semasa perbicaraan. 

Maka tiba tarikh 29 Disember 2025, bangun pukul 4.00 pagi untuk membaca akta dan peraturan yang berkaitan. Kes berjalan pukul 9.30 pagi dengan memanggil 11 orang saksi dan berakhir pada 11.07 malam. Selesai semua tugasan, tiba di pejabat pukul 11.45 malam, sampai di rumah pukul 12.00 pagi, plus minus hanya tidur 4 jam sahaja. Teramat letih tak dapat diungkap dengan kata-kata..

Keluar dari pukul 11.06 malam

Keesokkan harinya, 30 Disember 2025 mata bengkak, kepala pening akibat tak cukup rehat dan tidur lewat. Namun gigih ke pejabat kerana saya perlu memerah otak untuk menyediakan laporan bagi mendapatkan kelulusan dari pengurusan tertinggi berkenaan prosiding yang telah dijalankan. Office hour bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, tugas saya selesai hingga jam 11.06 malam.

Alhamdulillah ketika ini otak tak lagi terasa berat seperti semalam sebab semua input dah habis dikeluarkan semasa sesi perbicaraan. Menyediakan laporan hanya mengingati maklumat dan perkara-perkara yang telah berlaku tak seberat memikirkan pembelaan untuk sesuatu kes.

Pulang ke rumah jam 11.49 malam

Hari seterusnya 31 Disember 2025 ketika orang ramai sibuk dengan ambang tahun baharu, saya masih di pejabat. Dokumen-dokumen  bukti perlu disusun, label dan disimpan rapi kerana kes ini mungkin akan dibawa seterusnya ke peringkat Mahkamah. Saya selesai semua tugasan hingga jam 11.49 malam.. Bertolak dari pejabat dan tiba di rumah pada pukul 12.15 pagi.

Kerjaya berkaitan undang-undang merupakan salah satu kerjaya yang memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. Bekerja lewat begini bukan sesuatu yang asing namun ianya bergantung juga kepada practice areas and sector. Seingat saya paling lewat saya pernah berada di pejabat setakat ini pukul 1.00 pagi. Arrrghhhh, tak sanggup kerja begini di usia semakin menua, rasa nak berhenti kerja awal sebelum umur persaraan. Doakan impian saya terlaksana cepat ya kawan-kawan..

Begitulah cerita saya, kisah penutup tahun 2025 untuk diabadikan dalam blog ini.


Regards,

Share:
Read More

Sunday, December 28, 2025

Cara Simpan Daun Sup Supaya Tahan Lama

Assalamualaikum dan Selamat Hujung Minggu.. Hari ini cuaca hujan sekejap-sekejap sejak semalam, sejuk.. Takde plan di luar hujung minggu ini, saya banyak habiskan masa di rumah sahaja - masak, makan, journaling dan baca buku.. Malam tadi gigih menghabiskan buku The Seven Husbands of Evelyn Hugo yang seakan lambat sangat habis. Bila tiba chapter 60 ke atas mula sebak, mengalir juga airmata hingga hujung cerita. Begitulah kalau menghayati watak dalam cerita, fefeeling sad juga kita jadinya, hehehehe. Cerita The Seven Husbands of Evelyn Hugo dah habis, I'm currently reading Verity by Colleen Hoover. 

Memandangkan tiada apa untuk diceritakan, saya dengan sukacitanya ingin berkongsi tips menyimpan daun sup supaya tahan lama, tips yang biasa saya amalkan. Mungkin tips ni agak lapuk untuk ibu-ibu di luar sana tapi mana tahu ada yang memerlukan.. Para suami boleh beritahu isteri juga tips ini andai si isteri masih belum tahu.. Tips mudah kerja di dapur..

Daun sup

Firstly, lepas beli atau ambil daun sup dari kebun tuan-tuan dan puan-puan, leraikan setiap satu batang daun sup tadi. Kemudian basuh bersih-bersih. Keringkan atas tuala bersih atau tisu dapur.

Basuh bersih dan racik

Kemudian racik daun sup mengikut saiz kesukaan masing-masing..

Letak dalam bekas

Saya suka potong kecil begini, mudah ditabur atas sup atau lauk-pauk.

Gaul dengan minyak masak

Kemudian spray sikit dengan minyak masak.. Takde spray guna sudu kecil.. Gaul rata sehingga setiap daun tadi lembap disaluti minyak. 

Sediakan bekas kedap udara

Sediakan bekas begini atau bekas bertutup. Plastic ziplock juga sesuai digunakan.

Hasil kejadian daun sup sebelum disimpan dalam peti sejuk beku

Seterusnya, masukkan daun sup yang telah disembur dengan minyak masak tadi ke dalam bekas bertutup atau ziplock plastic. Masukkan dalam peti ais di bahagian sejuk beku. Bila daun sup beku mudah digunakan kerana ianya lerai tak melekat. Kalau nak tahu macam mana hasil kejadian, kena cuba sendiri. 

Tips ini membantu kita menyimpan daun sup supaya tahan lebih lama dibandingkan hanya rendam air di bahagian akar yang boleh menyebabkan akar busuk. Tips ini boleh juga digunakan untuk daun bawang, daun ketumbar, daun limau purut atau daun lain yang sesuai untuk masakan. 

Selamat mencuba!


Regards,

Share:
Read More

Friday, December 26, 2025

Bulan Haram Dalam Islam

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.. Alhamdulillah dengan segala rezeki yang dikurniakan selama ini.. Syukur  atas segala kurniaanNya.. Hari ini saya ingin berkongsi ilmu mengenai bulan haram yang baru saya tahu dari Ustaz Wadi Annuar.

Bulan Haram Dalam Islam

Apa Maksud Bulan Haram dalam Islam?
Firman Allah swt:

Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah adalah dua belas bulan, sebagaimana yang ditetapkan dalam Kitab Allah pada hari Dia menciptakan langit dan bumi. Daripadanya empat bulan adalah bulan haram. Itulah agama yang lurus. Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan itu..” - surah al-Taubah: 36

Apa 4 bulan haram yang dimaksudkan?
1. Muharam
2. Rejab
3. Zulkaedah
4. Zulhijah

Mengapa dinamakan bulan haram?
Ia dinamakan sebagai bulan-bulan haram kerana diharamkan peperangan dan segala bentuk kezaliman pada bulan haram lebih dicela oleh Allah berbanding bulan-bulan lain.

Adakah dosa digandakan?
Menurut Ibnu Kathir, dosa-dosa maksiat pada bulan-bulan haram digandakan. (Tafsir Ibnu Kathir: 4/148).

Selain itu menurut Imam al-Razi RH - Maksud al-haram (samada bulan haram atau tempat haram) ialah maksiat padanya dibalas dengan balasan yang lebih berat, dan ketaatan dibalas dengan pahala yang lebih besar. - al-Razi, jil. 16, ms. 53.

Semoga kita semua dipelihara Allah swt sentiasa apatah lagi sepanjang bulan-bulan haram kerana dosa-dosa yang akan menjadi berganda-ganda di bulan haram ini. 

Regards,

Share:
Read More