Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Pakar Pemakanan. Show all posts
Showing posts with label Pakar Pemakanan. Show all posts

Wednesday, February 26, 2014

Bulan Nutrisi di Prince Court Medical Centre (^_^)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Hari ini saya menerima satu email dari Pakar Pemakanan Pusat Perubatan Prince Court, Puan Mushidah Zakiah Mohad Akran. Kalau rakan-rakan ingat, Puan Mushidah ni pernah komen dan berkongsi info tentang diet bagi pesakit batu hempedu dalam blog saya ni...

Kali ini beliau ingin kongsikan pelbagai aktiviti menarik sepanjang bulan Mac (1-31 Mac 2014) di Pusat Perubatan Prince Court sempena Bulan Nutrisi. 


Wah, saya sangat teruja baca info Farmers' Market tu... Kita boleh dapatkan barangan runcit (dari jam 11 pagi - 3 petang) dengan harga yang berpatutan dan yang pasti semuanya dijamin sihat!! 

Biasanya barang yang kita beli macam jus dan jam, mereka akan gunakan pewarna tiruan la... lebihan gula la... tapi di sini lain tau!! Semuanya versi sihat!(dah nama pun Bulan Nutrisi... kan?!) Saya percaya ini semua berperanan untuk memberi kesedaran kepada kita tentang pemakanan... 

Lagi satu yang menarik, jika anda ingin berkonsultasi dengan Pakar Pemakanan mereka (rasanya termasuk Puan Mushidah) boleh buat appointment di talian 03-2160 0240. Harga biasa konsultasi adalah RM210, tapi promosi bulan Mac adalah hanya RM120 je tau!! Memang diskaun hebat ni...!

Oh ya, siapa-siapa yang minat masak-masak pula, boleh la join competition ni... Mana tahukan?! Dengar kata, hadiahnya cukup-cukup lumayan! Klik pada gambar untuk baca infonya ya... (^_^).


Siapa-siapa yang berada di sekitar Kuala Lumpur, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan Bulan Nutrisi di Pusat Perubatan Prince Court ni... Bagi mereka yang pentingkan kesihatan, sila "block" jadual anda untuk event ini dalam diari, ok?!
Nota kaki: Terima kasih pada Puan Mushidah kerana sudi berkongsi info dengan saya... (>_<)

* * *


Monday, October 28, 2013

Batu Karang Hempedu: Perkongsian Pakar Pemakanan - Mushidah Zakiah

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah... 

Beruntungnya saya dan rakan-rakan yang mencari informasi tentang diet/menu setelah membuang hempedu, apabila seorang Pakar Pemakanan dari Pusat Perubatan Prince Court sudi berkongsi tentangnya. (Jika masih ingat, saya pernah menulis entri ralat di sini atas keperihatinan Pakar Pemakanan ini

Berikut adalah respon Pakar Pemakanan, Puan Mushidah Zakiah bt Mohad Akran melalui email tentang diet setelah membuang hempedu.    

Puan Nora,
Terima kasih kerana telah mengambil teguran saya secara positif. 

Berkenaan soalan puan tentang diet selepas pembedahan pembuangan pundi hempedu, saya tidak keberatan berkongsi sedikit informasi.

Saya telah membaca entri yang puan sertakan berkenaan menu/diet selepas pembedahan hempedu. Boleh dikatakan fakta yang puan berikan adalah betul.

Namun begitu, secara amnya, untuk memahami diet yang sesuai, kita perlu faham fungsi pundi hempedu terlebih dahulu.

Fungsi Hempedu

Pundi hempedu adalah terletak di bahagian bawah hati yang mana hati mengeluarkan hempedu, sejenis cecair yang diperlukan untuk menghadamkan lemak daripada makanan yang kita ambil. 

Pundi hempedu bertindak sebagai tempat simpanan hempedu yang di hasilkan oleh hati.  Sebaik sahaja ada pengambilan makanan berlemak, pundi hempedu akan merembeskan hempedu ke dalam usus kecil untuk proses penghadaman dan peresapan nutrisi (sebagai respond kepada pengambilan makanan berlemak). 

Namun begitu, selepas pembedahan, hati merembeskan hempedu ke dalam usus kecil secara berterusan (tidak di kawal) kerana tiada lagi pundi hempedu sebagai tempat simpanan hempedu. 

Sekiranya hati telah habis menghasilkan hempedu pada satu satu masa,  dan anda mengambil makanan berlemak selepas penghasilan hempedu, lemak berlebihan yang diambil akan tinggal di dalam usus besar yang mana menyebabkan bakteria mula memakan dan mencernakan lemak tersebut dan kesannya anda akan mengalami kembung perut (angin) atau pun cirit birit.

Disebabkan tiada lagi tempat simpanan hempedu, anda perlu makan secara seimbang seperti piramid makanan, dengan penambahan untuk mengurangkan jumlah lemak dalam diet kepada lebih kurang 40 hingga 50g sehari sahaja.

Saranan
Pertama sekali, penggunaan lemak dalam masakan mesti dikurangkan. Lemak ini termasuk minyak, santan, marjerin, butter. Minyak zaitun adalah minyak yang bagus, namun begitu kuantitinya perlu dihadkan juga. Saranan penggunaan lemak adalah lingkungan 1 hingga 2 sudu teh lemak untuk setiap waktu makan (untuk penyediaan semua jenis lauk pada satu waktu makan)

Kedua, lemak jugak terdapat secara semula jadi dalam makanan berprotein seperti ayam, ikan, daging. Untuk memastikan anda tidak mengambil lemak secara berlebihan, buang semua lemak yang ada pada makanan ini sebelum memasak. Kulit juga termasuk kategori lemak. 

Selain itu, secara amnya, semua jenis makanan yang berminyak/berlemak harus dikurangkan atau diambil dalam kuantiti yang kecil.

Perlu ditekankan, diet ini adalah saranan secara am. Pendekatan diet yang lebih individual amatlah perlu kerana setiap pesakit mempunyai masalah atau tindak balas berbeza terhadap pelbagai jenis makanan. 

Saya harap, penjelasan ini dapat membantu puan memahami dengan lebih jelas. Terima kasih.

Lagi entri berkaitan batu karang hempedu:
1. Akhirnya Hempedu Dibuang
2. Amalan Selepas Buang Hempedu
3. Menu Sepanjang Berpantang
4. Kesan Jika Tidak Buang Hempedu
5. Bolehkah Menyusukan Anak Jika Bersedia Untuk Pembedahan

Nota kaki: Terima kasih banyak-banyak pada Puan Mushidah kerana sudi berkongsi ilmu dan kepakaran bersama saya dan pembaca blog ini, terutamanya mereka yang juga mengalami masalah batu karang hempedu seperti saya. Moga Allah kurniakan kesihatan buat kita semua... In sha Allah... Amin...

Tuesday, September 17, 2013

Ralat Fakta bagi Entri "Khasiat Buah-buahan Kering"

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Untungnya saya bila menulis entri dan kemudiannya fakta dibetulkan oleh pakar dari bidang yang sepatutnya... ^_^ 

Sebelum ini, saya ada menulis satu entri tentang Khasiat Buah-buahan Kering... Mungkin atas kekhilafan diri saya, saya telah silap menaipkan fakta pertama, yang saya petik dari rancangan Wanita Hari Ini (WHI) iaitu:

a) secawan buah-buahan kering khasiatnya adalah sama dengan secawan buah-buahan segar.

Fakta yang betul adalah "setengah cawan buah-buahan kering khasiatnya adalah sama dengan secawan buah-buahan segar"

Fakta ini diterangkan secara terperinci oleh Pakar Pemakanan dari Hospital Prince Court, Mushidah Zakiah Mohad Akran (panel yang sama dalam rancangan WHI yang saya tonton) dalam email kepada saya seperti berikut:

"Setengah cawan buah-buahan kering khasiatnya adalah sama dengan secawan buah-buahan segar. Ini kerana buah-buahan kering telah terhidrat dan mengandungi kurang air berbanding buah buahan segar. Oleh itu, kandungan gula dan nutrisi lain juga jauh lebih tinggi untuk kuantiti yang sama. Fakta ini amat penting lebih-lebih lagi untuk pesakit diabetes di mana mereka tidak sepatutnya mengambil buah buahan kering secara berlebihan."

Saya amat berbesar hati dan berterima kasih kepada Pakar Pemakanan Hospital Prince Court, Mushidah Zakiah Mohad Akran yang sudi menghantar email kepada saya bagi membetulkan fakta tersebut... Serious, fakta yang salah akan mendatangkan mudarat kepada sesetengah pihak... So, pencerahan sebegini memang perlu. Terima kasih sekali lagi buat Puan Mushidah kerana meluangkan masa membaca blog saya dan membetulkan fakta. Saya sangat-sangat menghargainya...

Rakan blogger boleh klik pada print screen di bawah untuk membaca email yang dihantar oleh Puan Mushidah kepada saya.



Nota kaki: Blog saya mungkin blog picisan... tapi secara tidak langsung ia mungkin appear dalam carian Google mahupun Yahoo (atau mana-mana enjin carian) bila ada perkataan yang berkaitan dengan carian seseorang. Dengan itu, saya amat berbesar hati jika ada yang perasan tentang kesilapan fakta pada entri-entri saya... Mohon ditegur supaya saya boleh betulkan fakta tersebut... ^_^      

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...