Ahad, 1 Februari 2026

Malam Nisfu Syaaban

 Assalamualaikum...

Selamat bercuti kepada teman-teman yang bercuti hari ini, semoga semuanya berada dalam rahmat Allah swt.

Malam 15 Syaaban dimulai selepas waktu maghrib pada hari Isnin, 2 Februari dan berterusan hingga Subuh Selasa, 3 Feberuari 2026.



Sempena malam Nisfu Syaaban, jom sama-sama kita ambil kesempatan perbanyakkan doa dan meminta ampun pada Allah swt pada malam nanti, mudah-mudahan Allah mengampuni segala dosa kita serta menerima taubat kita, insyaallah.

Ini sekadar sharing panduan untuk diri saya sendiri juga teman-teman. Apakah amalan yang boleh dilakukan ketika malam nisfu Syaaban.



                   







Semoga ada keberkatan buat kita semua.



Sabtu, 31 Januari 2026

Cucuq Bawang Ikan Bilis

 

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu sahabat semua. Pagi tadi tak tahu nak masak apa untuk sarapan, nak keluar malas lah pula, Jadi masaklah apa yang ada kat rumah.

Pagi ni saya buat cucuq bawang ikan bilis. Selalunya saya akan letak sayur kobis dan karot. Tapi hari ni stok sayur pun dah habis, maka letaklah apa yang ada sahaja.




Biasanya kalau buat cucuq mestilah kena guna tepung gandum. Kalau saya buat cucuq saya tak suka letak serbuk penaik kerana bila makan akan cepat rasa muak. Mudah saja nak buat cucuq bawang ikan bilis ni.

Bahan:

tepung gandum

hirisan bawang besar

hirisan cili api

ikan bilis

sedikit garam

air secukup

Cara bancuh tepung:

Masukkan semua bahan ke dalam bekas, masukkan air sambil dikacau dengan senduk. Adunannya pula janganlah terlalu pekat dan telalu cair, sedang-sedang saja.




Sambil-sambil bancuh tepung, bolehlah panaskan minyak untuk menggoreng. Bila minyak dah panas, barulah masukkan adunan tepung menggunakan sudu atau senduk. Bila cucuq dah mula keras baru balikkan. Sentiasa dikacau supaya ia masak sekata.



Dah siap menggoreng, boleh hidangkan dengan sos cili dan juga kopi atau teh O panas. Memang sedap...



Majlis Bacaan Yasin Dan Tahlil Group Kelas Ngaji

 Assalamualaikum...

Jumpa lagi kita di update kali ini. Semoga semuanya sihat dan bahagia selalu di hujung minggu ini.

Share mengenai majlis bacaan Yasin Group ngaji. Sebenarnya dalam group ngaji ada dua kumpulan yaitu group Selasa dan group kahamis. Kemudian ngaji secara online juga ada kebih kurang 30 orang. So setiap 1/2 bulan, setiap orang mesti membaca satu surah. Bacaan surah ini kita hadiahkan buat arwah-arwah saudara kita yang telah meninggal.

Sebelum datangnya bulan Ramadhan, kita semua berkumpul untuk bacaan surah yasin dan tahlil, juga minggu ini adalah minggu last ngaji. Insyaallah selepas raya nanti baru berjumpa kembali.






Sebenarnya ramai lagi, mungkin tak dapat hadir disebabkan ada halangan.




Acara pertama adalah bacaan yasin dan tahlil beramai-ramai.






Acara kedua, setelah berdoa semuanya berselawat beramai-ramai.








Dan acara yang ditunggu-tunggu adalah menjamu selera. Masing-masing datang dengan membawa makanan. 




                     

     


                                      










Alhamdulillah... semuanya dapat menjamu selera dengan makanan yang ada sambil berbual. Ada yang jarang berjumpa, bila dah berjumpa macam- macam cerita nak dibualkan.




Khamis, 29 Januari 2026

Menu Makan Saya Di Hari Ini

 Assalamualaikum...

Salam Jumaat yang penuh berkah ini, moga kita semua memperoleh keberkahan di hari yang mulia ini.

Menu makan saya di pagi hari ni sebelum pergi kerja, sandwich sardin. Pagi-pagi mesti kena isi perut dulu. Kalau sempat saya masak, kalau tak sempat beli saja kuih karipap kat gerai tepi jalan.




Balik dari kerja paling awal pun 11.30. Sampai rumah letak beg, tukar baju terus ke dapur masak nasi terlebih dahulu. Buat apa yang patut untuk siapkan bahan untuk masak lauk nanti. Pukul 12.50 ambik si kecik balik dari sekolah. Kemudian sambung lagi bersilat kat dapur siapkan lauk.

Sebelum pukul 2 petang, si kecik makan dan terus bersiap-siap ke sekolah agama pula. Untungnya sekolah agama dekat dengan rumah, jadi tak perlu dihantar. Dianya akan jalan kaki saja ke sekolah agama. Jadi rilexlah sikit. Kalau ada kelas saya akan ke kelas ngaji, kalau tak ada boleh lah rilex diwaktu petang.

Begitulah rutin harian saya setiap hari.



Hari ni saya masak sambal telur mata. Sekarang ni tiap hari masak mesti kena ada sambal. Kalau tak, tak nak makan si kecik tu. Katanya tak ada ayam pun tak apa, janji ada sambal. Jenuhlah pulak kena beli cili tiap hari.



Kebetulan ada daging, masak lah tomyam daging. boleh juga hirup kuahnya.



Ulamnya pula daun bayam brazil kebetulan sayur bayam brazil banyak kat belakang rumah. Tak payah sambal belacan lagi, sebab sambal telur dah ada.




Dah habis makan rasa pula nak ngemil, potong buah mangga muda kecil-kecil kemudian taburkan dengan serbuk asam boi. Kejap je licin 
he he...


Rabu, 28 Januari 2026

Aktiviti Pengajian Setiap Minggu

Assalamualaikum...

Selamat petang sahabat semua, semoga sahabat semuanya berbahagia selalu.

Tak sempat nak update semalam, hari ni baru ada masa terluang. Biasalah setiap hari Selasa saya akan mengikuti kelas pengajian Al-Quran bersama kawan-kawan. Walaupun sedikit sibuk, tapi tetap juga menghadirkan diri ke kelas, supaya ilmu tetap dipelajari dan kalau ditinggalkan lama-lama akan terlupa nanti.

Alhamdulillah, semalam ada juga kawan-kawan yang datang, jadi seronok sikitlah nak belajar.




Dua minggu sebelum ini hanya saya seorang saja yang hadir, kawan-kawan yang lain ada halangan tak dapat mengikuti kelas.




Walaupun sorang tetap juga hadir, namanya belajar tak kisah lah ramai atau sedikit, yang penting dapat ilmunya.










Inilah sebahagian pelajaran yang diajari pada minggu ini. Dan juga minggu ni adalah minggu last belajar kerana kita akan berpuasa di bulan depan. Dalam bulan puasa juga akan ada group tadarus pula. Sayangnya ditahun ini saya tak dapat mengikuti kegiatan tadarus kerana sibuk dengan kerja.



Jumaat, 23 Januari 2026

Masak Mee Kari Ayam

 Assalamualaikum...

Salam di hari Sabtu, moga semua teman sihat selalu.

Cuti di hujung minggu ni, biasanya mak-mak habiskan cuti untuk bersih-bersih rumah, cuci pakaian kotor dan memasak best-best untuk keluarga. Kalau hari kerja selalunya masak yang ringkas-ringkas saja, yang penting dapat isi perut.

Hari cuti hujung minggu ni lah berpeluang nak masak sedap-sedap sikit kerana lebih rileks tak payah terkejar-kejar nak kemana-mana.

Begitulah dengan saya. Hari ni masak awal sikit, kebetulan teringin pula nak makan mee kari. Jadi buat mee kari ayam lah hari ni paling mudah. Masak sendiri ni untung boleh makan ramai dan juga dapat makan berulang kali.





Biasalah kalau mee, beli yang dah siap tinggal dicelur saja.




Untuk kuahnya pula saya masak menggunakan resepi dari youtuber tekenal yaitu Che Nom. Memang sedap mee kari resepi dari beliau. Selalunya kalau saya cuba resepi dari Che Nom, tidak pernah mengecewakan.



Untuk bahan lainnya pula, sayur sawi yang dicelur, telur rebus, hirisan cili merah serta hirisan limau nipis.





Juga potongan buah tembikai. Cuaca panas-panas sedap kalau makan buah tembikai, segar je rasa.


                


Mee kari yang dah siap, alhamdulillah rezeki untuk hari ni.


   

Selasa, 20 Januari 2026

Menu Masakan Hari Ni

 

Assalamualaikum...

Hari ni adalah hari Rabu, hari ni agak relax sedikit, sebelah petang boleh rehat. Kalau semalam agak kelam kabut sikit sebab selepas balik kerja, terus masak, ambik anak sekolah, kemudian sebelah petang pergi kekelas  pengajian al-quran pula. 

Untuk makan tengahari ni, saya masak sambal telur rebus, tomyam daging serta sedikit ulaman. Tapi tak ada sambal belacan sebab sambal telur dah pedas,jadi tak payah lah buat sambal belacan lagi.






Untuk masak tomyam daging saya hanya guna pes tomyam saja, biar mudah dan cepat dimasak dan cepat dimakan.




Untuk telur rebus pula saya goreng sekejap untuk permukaan telur nampak menarik. Kemudian masak cili blender, masuk apa yang patut.
Bila cili dah masak, baru masukkan telur rebus goreng.




Untuk sayurnya pula ada daun salad dan daun ketumbar.