Showing posts with label Announcements. Show all posts
Showing posts with label Announcements. Show all posts

Tempahan Di Bulan Ramadhan & Bazar Ramadhan

Untuk makluman, D'Nanies masih menerima tempahan di sepanjang bulan Ramadhan seperti biasa namun tempahan mestilah dibuat selewat-lewatnya 2 hari sebelum tarikh pick up yer.

Selain dari itu, sepanjang bulan Ramadhan ini pelbagai jenis kuih-muih D'Nanies untuk juadah berbuka puasa boleh didapati  di bazar-bazar ramadhan di Taman Permin Jaya Chendering, Pasar Manir, Tok Adis Kuala Ibai dan Tapak Pasar Malam Gong Badak (Gerai no 71). Juga boleh didapati di gerai kuih Jalan Gong Kapas dan Kedai Kuih Che Ta di Jalan Sultan Sulaiman. 

Antara kuih yang sering mendapat sambutan di bulan Ramadhan tahun-tahun sudah semestinya Krim Puff D'Nanies.
 Ramadhan kali ini D'Nanies turut memperkenalkan aneka kuih talam seperti Serimuka Pandan, Talam Tokyo, Talam Cendol dan beberapa jenis kuih talam lain lagi serta pelbagai jenis puding untuk pilihan semua.

Jemput la ke sana yer..
 


FAST SALE KRIM PUFF UTK HARI INI 5/8/12 SHJ


FAST SALE! FAST SALE !

KRIM PUFF
50 pcs - RM18

Berminat sila call@sms saya di 012-9535121 sebelum 3 ptg ini.
Kalau nak dlm kuantiti sikit pun boleh..
HANYA utk hari ini shj tau..



Multi order untuk birthday party


Birthday Cake
Orange Marble Buttercake topping buttercream

 Mini Egg Tart

Fruit Tart

 Mix Cheese tart



Apam Dot2 Mix Filling Special Edition :)

Kesemua ni order dari Shams KL utk celebrate birthday anaknya kat kampung di Marang. Selain tu Shams order jugak krim puff yg tak sempat nak disnap gambarnya. Apa2 pun tq..


Special Offer Untuk Esok Sahaja 30 Sept 2011

FRUIT TART
25 pcs per box
(Fresh strawberry, kiwi and peach)

3 2 NOW only 1Box AVAILABLE for tomorrow only
(Jumaat 30 September 2011)

1 box booked by Wani
 1 box booked by Dila

Buy 1 box - RM30
Buy 2 box - RM55 (Normal Price: RM60)
Buy 3 box - RM80 (Normal Price: RM90)

CEPAT!!
Berminat sila sms or call saya segera utk booking before 5 ptg hari ini.
Self pick up kat rumah saya yer. No delivery.




NEW Product !! TART KEK

Introducing..

TART KEK

Tart Kek?? Tentu pelikkan. Nama ajer pelik tapi rasanya wallaaa...Dinamakan tart kek sebab ia gabungan tart dan jugak kek. Base dia kulit tart yg crunchy..ada inti nenas yang sedap dan ditutupi oleh kek berperisa vanila serta ditaburi dengan colourful manik-manik gula..

Nak cuba?
Orderla sekarang..

RM0.80 / biji
Minimum order 30 biji


Belum cuba belum tahu..
Dah rasa tentu nak lagi...

Blueberry Cheese Tart - Fast Sale!! SOLD OUT

Kepada sesiapa yg berminat nak order Blueberry Cheese Tart tapi dalam kuantiti yg sikit jangan lepas kan peluang ini.
Tawaran dibuka mulai hari ini 23/2/2010 Selasa hingga habis.
Ada 8 bekas kesemuanya.


Sebekas RM8 - 10 pcs shj.


Sila call @ sms di 012-9535121

Self pick up only

SOLD OUT !!!
to

Kak Nor 2 bekas
Niza 2 bekas
Ja 2 bekas
Amy 1 bekas
Zura 1 bekas

Tq all...

Wedding Doorgift Galore 2010


FAST SALE!! FAST SALE!!

Sesiapa yg berminat untuk makan sendiri atau dihadiahkan kepada seseorang yg istimewa, dapatkannya esok 9 Dec 2009 (Rabu)

Type: Orange Cupcake (Papercup)
Quantity: 25 pcs per box

Price: RM35
@ add more RM5 for cute cupcake box + ribbon

Sila sms@call saya jika berminat dan strictly for self pick up only Depan Mydin Kuala Ibai.

Biskut Raya Fasa Pertama...Selamat...

Alhamdulillah...Fasa pertama dah settle...Hilang lenguh-lenguh badan bila tengok biskut-biskut yang dah siap ni. Tinggal 1 lagi fasa terakhir..insyaallah esok akan settle kesemuanya..Tahun ni memang tak ambik order banyak sebab bimbang baby comel tu meragam. Tapi nasib baik dia ok ajer. Tak banyak kerenah. Boleh buat kerja dengan aman walaupun kadang-kadang si abang tu pulak yg banyak kerenahnya.


Walnut Choc Brownies Pulak....

Walnut Choc brownies kali ni diorder oleh Jue nun jauh dari Selangor...Jue cakap kat lain dah tak terima order. Erm..biasa ar time macam ni semer tokey2 kuih lain tgh pulun buat biskut raya :) Aku jer yg tengah terhegeh-hegeh ni.. Tapi jgn bimbang pulak, pada mereka yg dah order tu insyaallah semuanya akan dapat biskut masing-masing next week.

Dan secara rasminya juga aku dah tak terima order apa-apa lagi melainkan order untuk kek raya sahaja. Paling last boleh order ialah Selasa ni 15/9.

Buat Jue, selamat menikmati walnut choc brownies nie nanti. He..he..cam biasa la gambar dulu kuar br dpt makan.



FAST SALE 3/8/09


Already sold to Yanie & Akmal


Yanie nyer


Kak Bie nyer. Yg ni bkn fast sale tp special buat Kak Bie dari aku.

Akmal nyer x sempat ambik gmbr..Pagi-pagi buta lagi dah muncul dpn rumah nak ambik cupcake. On the way nak gi ofis katanya..


FAST SALE !!! Esok 3/8/09


FAST SALE!! FAST SALE!!


9 pcs Moist Choc Cupcakes only @ RM15.00

Only 2 set available


No delivery...
Boleh datang ambik di pick up point (Mydin Kuala Ibai @ Area Masjid Terapung) after office hour ATAU di Taman Permin Jaya, Chendering (berhampiran BSN) during office hour.

Cepat!!
First Come First Serve!!


Hubungi:
Nanie 012-9535121
Email : dnanies@yahoo.com


1 set Reserved to Yanie

Only 1 set now available
Hurry!!


D'Nanies Kembali Berasap :-)

Salam semua..

Alhamdulillah 24hb Mei 2009 yg lalu saya selamat melahirkan seorang puteri iaitu Insyirah Zulaikha Binti Mohd Zamri. Kepada semua yg tinggalkan msg di chat box saya mintak maaf banyak2 kerana tidak dpt membalasnya.. Walau apa pun terima kasih buat semua.

Insyaallah, mulai dari hari ini saya akan menerima tempahan seperti sediakala. Sebenarnya saya sudahpun menerima tempahan selepas 30 hari tu tapi hanya sorang dua ajerla. Tak sampai hati nak menghampakan permintaan customer sebenarnya. Kepada yg lain jgn marah yer.

Tunggu jugak kemunculan biskut raya D'Nanies tak lama lagi...Biasa ajer tapi sedap..Harga pun tak la mahal...Tungguuuuuuu....................

Birthday Cuppies untuk Bonda tersayang

Order ni datang dari Zira nun jauh di JB khas untuk birthday bondanya..Bertuahnya dapat anak yg baik mcm Zira ni kan. Sejuk perut mak mengandungkannya. Zira request choc cuppies with colourful design..Hanya ini aje yang dpt akak buat dik. Harap you like it. Cuppies kali ni jugak diorder oleh Sue, offismateku.

Dan rasanya ini adalah order terakhir yang ku terima sebelum bercuti panjang.. Keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan..Doktor telah menasihatkan agar banyakkan berehat setelah macam-macam yg ku lalui sepanjang pregnant anak no 2 ni..Sesungguhnya pengalaman mengandung kali ke 2 ni memang amat mencabar..

Kepada semua yang berminat untuk order dalam masa terdekat ni, harap maaf. Insyaallah D'Nanies akan kembali beroperasi semula bulan Ogos 2009 nanti. Doakan kesejahteraanku dan baby nanti...


Choc cuppies for Zira







Mix design cuppies untuk Sue

PENGUMUMAN - Tiada tempahan sehingga 30 Jan 2009

Salam semua...

Untuk makluman semua, D'Nanies tidak akan menerima sebarang tempahan lagi sehingga 30 Jan 2009 ini kerana sudah penuh. Harap maaf.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah banyak memberi sokongan.

Anda mungkin meminati ini juga