drhalimahali

Archive for February 8th, 2011|Daily archive page

Bertaubatlah kita sebelum terlambat!

In Uncategorized on February 8, 2011 at 8:49 am

Tiada orang yang tidak pernah buat dosa.Namun keampunan Allah YANG MAHA PENGAMPUN harus kita mohon untuk membersihkan jiwa kita yang berkarat sehingga tidak dapat melihat mana yang benar mana yang batil.Dosa yang menggunung menjadikan hijab yang menyelubungi kalbu sehingga gemar melakukan yang maksiat daripada yang baik. Sehingga mulut dan sekarang ini tangan celupar memperkatakan bahasa kesat dan nista.
Sewajarnyalah kita bertaubat kepada TUHAN YANG ESA, YANG hanya kepadaNyalah semua makhluk bergantung. Ya Allah ya Tuhan kami ampunkanlah dosa-dosa kami…

TERKINI:OPS SELAMAT PELAJAR MESIR KERAJAAN SELANGOR

In Uncategorized on February 8, 2011 at 8:36 am

Dijangka 29pelajar SELANGOR akan tiba di KLIA pkl 10pg SELASA 8/2/11 daripada JEDDAH

SELAMAT PULANG KE TANAH AIR PELAJAR MESIR

In Uncategorized on February 8, 2011 at 4:34 am
Nazri Abdullah   
SEPANG, 7 Feb: Kerajaan negeri Selangor akan berbincang dengan semua pihak termasuk Kementerian Pengajian Tinggi dan Kedutaan Malaysia di Mesir bagi memastikan pengajian pelajar Malaysia yang dibawa pulang ke tanah air tidak tergendala.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Dr. Halimah Ali berkata, usaha tersebut antara sedang dilakukan kerajaan negeri bagi membantu pelajar Malaysia khususnya anak-anak Selangor.
Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan dengan semua pelajar terlibat dalam masa terdekat.
“Kita akan kumpulkan mereka, kita nak tahu cerita sebenarnya dari mereka, tapi kita beri peluang kepada mereka berehat dan bersama keluarga dahulu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada anak-anak Selangor ketika menyambut kumpulan pertama 778 pelajar dan rakyat Malaysia, yang dibawa keluar dari Mesir menerusi Ops Piramid melalui Jeddah di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia itu mendarat kira-kira pukul 10 pagi dan turut disambut isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri Kabinet lain.
Katanya, kerajaan negeri juga turut menyediakan khidmat kaunseling kepada pelajar yang mengkin mengalami trauma kesan pergolakan di negara teluk tersebut sehingga menyebabkan mereka hilang semangat untuk meneruskan pelajaran.
Kerajaan Selangor seblum ini melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah memperuntukan RM100 ribu bagi membantu rakyat negeri itu yang terperangkap dalam pergolakan politik di Mesir.
Selain LZS, Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga telah menubuhkan Bilik Operasi yang yang beroperasi 24 jam untuk membolehkan ibubapa dan sanak saudara terutamanya mengetahui kedudukan mutakhir pelajar di Mesir.
“Hari ini Alhamdulillah mereka sudah sampai dengan selamat. Kita sedang melihat keperluan mereka untuk selepas ini,” katanya lagi.
Selain ahli keluarga masing-masing, kepulangan pertama itu turut disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri.
Ketibaan mereka disambut penuh syukur ahli keluarga masing-masing yang sebelum ini risau keselamatan mereka ekoran bantahan besar-besaran rakyat Mesir yang mahu Presiden negara itu, Hosni Mubarak meletak jawatan.
Bantahan tersebut juga telah mengakibatkan beberapa tempat Mesir diisytihar darurat dan sistem pentadbiran negara itu hampir lumpuh.
Design a site like this with WordPress.com
Get started