Archive for September, 2011|Monthly archive page
CUCI HATI
In Uncategorized on September 30, 2011 at 6:27 amBantu SISWAZAH MASIH CARI KERJA oleh Anak SYARIKAT KERAJAAN SELANGOR
In Uncategorized on September 30, 2011 at 5:29 amSHAH ALAM
Graduan yang masih mencari kerja diberi peluang mempertingkatkan keupayaan diri agar lebih mampu untuk lulus temuduga kerja, menambah kemahiran spesifik atau mendapat permentoran perniagaan.
Kumpulan Perangsang Selangor Bhd tampil menawar tanggungjawab sosialnya dengan membiayai kursus jangka pendek siswazah yang masih menganggur dan mahu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang relevan untuk mempertingkatkan employabiliti diri.
Compare and contrast pemimpin dua parti
In Uncategorized on September 28, 2011 at 5:33 amThe seats on the bus go ‘lush lush lush’…
| Harakahdaily |
| Sep 27: News reports by UMNO-controlled media to highlight the prime minister’s people-centred attitude for choosing to board a bus during his meet-the-public tour appear to have generated the least intended results.
But while the report was intended to conjur up an image of a humble prime minister shedding protocols, a picture of the bus’s inside view has been creating a string of sarcastic postings and comments on the internet. Among others, the photograph, said to be first published on NSTP-owned Berita Harian‘s online version, shows Najib and wife seated on a sofa fitted into the bus, flanked by Zambry and his wife. According to the caption, the picture was taken on his way to Changkat Tin to attend a wedding.
“I feel like shedding tears when I see this photo to show that PM boards bus ‘to feel the people’s hardship’,” he twitted. |
Pelajar mati dihempap tiang gol:Kementerian Pelajaran Perlu serius pantau peralatan aktiviti sukan
In Uncategorized on September 22, 2011 at 9:08 am20.9.11
KLANG
EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor, YB Dr Hjh Halimah Ali amat terkilan dengan kematian Muhammad Fkhrul Amin Abd Rahman, 11 tahun, pelajar yang maut dihempap tiang gol ketika bermain bola di padang SK Kpg Jawa(2) pada Sabtu 17.9.11.
Menurut ayahnya dan beberapa saksi beliau didapati berlumuran darah dan tidak sedar diri serta merta apabila tiang gol jatuh menghempanya ketika bermain bola dengan kawan-kawannya.
Beliau menziarahi keluarga Allahyarham bersama Presiden MPPIBG Selangor, Miswaddi Sarbini.Ibu yang masih sayu menunjukkan berita tentang kematian anaknya dalam akhbar. Ibu yang kehilangan anak tersayang itu juga menunjukkan gambar keluarga bersama di hari raya di rumah atok mereka di Kelantan.
Ayah beliau terkilan tiang gol sekolah yang berkarat dan sudah tidak ada penghadang belakang tidak diganti pihak sekolah. Bukan anaknya sahaja yang boleh dihempap tiang gol itu, katanya, sesiapa sahaja yang berada di situ boleh mengalami kemalangan yang meragut nyawa itu.
![]() |
| keputusan post mortem |
EXCO Pendidikan Selangor amat berharap altiviti sukan yang digalakkan oleh kementerian di sertai dengan kemudahan sukan yang mencukupi dan setiap peralatan sukan adalah sentiasa berada dalam keadaan selamat untuk digunakan.Lebih-lebih lagi bagi jenis aktiviti sukan kegemaran pelajar seperti bola sepak.
Kementerian Pelajaran perlu sudah bersedia mempastikan keselamatan semua perkakas dan peralatan serta keperluan aktiviti sukan sebelum melancarkan kempen 1murid 1 sukan yang bboleh mengakibatkan kemalangan lebih banyak lagi.
Pandangan EXCO -EXCO Selangor mengenai pengumuman PM tentangISA
In Uncategorized on September 18, 2011 at 4:20 amADUN SELAT KLANG SANTUNI PENGANTIN DAN KELUARGA
In Uncategorized on September 18, 2011 at 2:45 am 17.9.11
DUN SELAT KLANG
Pada hari ini, YB sempat berjumpa dengan saudara mara pengantin. Seorang saudara yang berada di kerusi roda terasa haru disapa dan diambil peduli oleh YB.Beliau merupakan salah seorang penerima bantuan sumbangan Muslimat PAS DUN SELAT KLANG dalam program Ihya’ Ramadhan baru-baru ini.
PM perlu buktikan kerajaan pusat ikhlas mansuh ISA
In Uncategorized on September 18, 2011 at 1:56 am
“Jika tidak dapat dibebaskan serta-merta pun, PAS menggesa agar tahanan tanpa bicara ini dapat dihadapkan ke mahkamah serta-merta supaya mereka dapat membela diri sekiranya kerajaan mendakwa mempunyai bukti kukuh bahawa mereka adalah golongan pengganas,” tegas ketua penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata,
Katanya, amatlah dikesali kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein “yang sekali lagi mengikut langkah melawan arus seperti dalam hal menangani perhimpunan BERSIH 2.0, dengan mengumumkan tahanan ISA akan kekal ditahan sehingga dua akta baru menggantikan ISA disiapkan.
“Dua akta itu pula, mengikut kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz – hanya akan dibentangkan tahun depan dan semua ini menambahkan perit kepada ahli keluarga tahanan ISA yang menaruh harapan tinggi sejak pengumuman Najib semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Seharusnya, tegas beliau, menteri dalam negeri bertindak lebih bijak dalam hal ini dengan membebaskan semua tahanan ISA secepat mungkin.
“…sebagai langkah keikhlasan dan demi membantu Najib mendapatkan kembali keyakinan dan kepercayaan rakyat bahawa pengumuman melakukan reformasi untuk kebaikan negara bukanlah hangat-hangat tahi ayam seperti apa yang melanda siri reformasi ekonomi yang diwar-warkan beliau.
“Kita yakin terdapat puluhan lagi yang ditahan dalam kem Kamunting sekarang dengan pelbagai tuduhan yang mungkin hanya berpunca daripada sangka buruk, dendam dan politik.
“… seperti yang berlaku pada enam ahli PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat baru-baru ini. Najib mesti memilih antara dua pilihan ini – sama ada mereka mesti dibebaskan atau dibicarakan,” tegasnya.
Di samping itu, katanya, PAS juga menuntut kerajaan memohon maaf kepada tahanan ISA yang ditahan tanpa bicara, ekoran perdana menteri mengakui terdapat kepincangan dalam akta drakonian tersebut sekiranya beliau betul-betul ikhlas dalam reformasi ini.
“Janganlah pula cepat menolak tanggungjawab untuk memohon maaf, kepada bapa-bapa negara yang lalu, kerana mereka yang menggubal akta yang zalim ini.
“Sebagai tanda keikhlasan juga, kerajaan tidak boleh berlepas tangan begitu sahaja kerana mangsa kekejaman ISA terus tertekan sama ada dari sudut mental, fizikal mahupun spiritual. Nama mereka mesti dibersihkan akibat akta zalim ini,” tambahnya.
HAPUS ISA HAPUS AUKU SEKALI!
In Uncategorized on September 17, 2011 at 9:09 amKEMPEN ANTI ZINA SIRI 4 KERAJAAN SELANGOR
In Uncategorized on September 17, 2011 at 3:33 am16.9.11
SHAH ALAM
Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosisal Ngeri Selangor(GeMS) meneruskan usaha sepadu untuk mengatasi gejala sosial khususnya zina. Sempena sambutan Hari kemerdekaan dan Hari Malaysia yang dimulakan bermula 16.9.11 dijangka ada kalangan belia yang terdorong untuk melajakkan keseronokan dengan melibatkan diri dalam aktiviti mungkar dan maksiat.
Justeru, sebagai kerajaan yang sayang kepada remaja belia, kerajaan Selangor melalui jawatankuasa GeMS telah melancarkan kempen kesedaran terhadap pemimpin semua peringkat dan untuk mengekalkan momentum jawatankuasa GeMS peringkat daerah seluruh Selangor.
Majlis Pelancaran Kempen Anti Zina peringkat siri 4telah disempurnakan oleh YB Dr Hjh Halimah Ali selaku EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor merangkapPengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial di Masjid Negeri Shah Alam.
Turut hadir YB Dato’ Dr Hasan Ali, EXCOAgama, YB Dr Yunus Hairi Pembantu Exco Pendidikan, Pengarah Program Us. Fauzan, JAIS, AADK, RELA, Ketua Pengarah Briged Amal Selangor, Azri Md Arish, pimpinan GeMS daerah, penguatkuasa PBT, NGO-NGO Islam.
Gimik pelancaran merupakan penyerahan bendera kempen anti zina oleh YB Pengerusi Jawatankuasa GeMS , YB Dr Hjh Halimah kepada EXCO Agama, YB Dato’ Dr Hassan Ali. dan upacara ‘ flag off’ konvoi rombongan .
Pengedaran risalah dalam ekpedisi dakwah diketuai oleh YAYASAN AMAL MALAYSIA Selangor.
BN tunduk dan akui tuntutan rakyat: BUKU JINGGA BERJAYA tentu masa depan MALAYSIA!!
In Uncategorized on September 16, 2011 at 5:32 pm
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959.
“Suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus,” katanya dalam ucapan perutusan khasnya sempena Hari Malaysia malam ini dan disiarkan secara langsung menerusi RTM1.
“Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan,” tambahnya.
“Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.
“Di atas segalanya, kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
“Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri,” tambahnya.
Di sudut lain, tambahnya, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.
[Baca teks ucapan penuh perdana menteri]
Syabas kepada seluruh pemimpin dan penyokong PAKATAN RAKYAT yang akhirnya membuktikan mereka mampu menyedarkan kerajaan lapuk BARISAN NASIONAL daripada cengkaman undang-undang rimba.
Teruskan perjuangan.
Kepada mangsa ISA dan keluarga usaha dan kesabaran anda berbaloi jua akhirnya.

Utusan Melayu-owned Kosmo reported last weekend that Najib Razak and his outspoken wife Rosmah Mansor were excited with their bus trip during a one-day working visit to Perak, accompanied by Perak menteri besar Zambry Abdul Kader and wife, UMNO vice president Ahmad Zahid Hamidi and MCA president Dr Chua Soi Lek.
Former PAS candidate for Sarawak’s Beting Maro, Abang Ahmad Kerdi, could not help let out his reaction through Twitter:












