SHAH ALAM
Jumaat
30.12.11
Kerajaan Selangor telah meletak visi kerajaan untuk menjadi Selangor sebagai negeri idaman,maju, sejahtera dan berkebajikan 2025.
Justeru kerajaan Selangor harus memfokus kepada keadaan kualiti golongan mudanya yang bakal mewarisi negeri dan menentukan masa depan generasi akan datang.
Menyedari hal ini, kerajaan Selangor mengambil ketetapan proaktif iaitu memfokus pembangunan golongan remaja-belia bagi mempastikan mereka akan menjadi modal insan yang menguntungkan diri, keluarga, masyarakat dans eterusnya negeri.
Kerajaan Selangor mahu meminimakan kadar insan liabiliti iaitu insan yang merugikan diri sendiri kerana ketagihan dadah, gam, arak, judi, seks bebas seperti jangkitan HIV-AIDS, Hepatitis B, TB dan lain-lain masalah kesihatan tubuh badan, mental dan emosi yang tidak memungkinkan mereka menjadi modal insan atau pekerja yang baik. Mustahil mereka mampu menjadi insan produktif. Bahkan mereka akan sentiasa bergantung kepada orang lain yang mencari rezeki yang halal. Selangor tidak mungkin akan menjadi negeri idaman sekiranya golongan mudanya hanyut dalam kehidupan destruktif dan tidak berwawasan.
Sudah pasti anak anak muda memerlukan bimbingan pemimpin berhati luhur yang serius mahu melihat mereka terselamat dari arus keruntuhan akhlak. Kerajaan Selangor memutuskan mahu pelan tindakan melahirkan generasi idaman Selangor.
Cengkaman pengaruh mereka yang tidak bertanggungjawab pihak materialis dan kapitalis yang mmemperalatkan golongan naif untuk mengaut untung maksima walaupun mereka tahu mereka telah dan akan memusnahkan REMBEL(REMAJA BELIA) ini.
Maka, Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial merangka program SEMINAR GeMS yang disesuaikan dengan citarasa golongan muda dan mengetengahkan ikon kontemporari yang merupakan artis dan personaliti yang telah berhijrah daripada kehidupan lagha kepada kehidupan bertuhan.
Moderator bertenaga Us. Fauzan menghidupkan suasana.
Peserta merupakan remaja belia dari seluruh DUN di Selangor. Sesi khas bersama mahasiswa-mahasiswi sebagai role model kepada remaja belia umumnya juga diisi dengan sebaiknya.
Majlis dirasmi oleh YB Dr Hjh Halimah Ali selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial merangkap EXCO KERAJAAN SELANGOR.
Turut hadir Penghulu Mukim, JKKK, AJK Masjid, PeBT, pimpinan belia, pimpinan wanita dan koordinator pembangunan modal insan serta wakil pusat khidmat DUN-DUN.
Majlis diseri dengan penyampaian PERTANDINGAN BLOG KREATIF pelbagai kategori. Tahniah UNISEL kerana berjaya menjadi urusetia penganjur.
Ini adalah di antara rangkaian pengisian program KEMPEN ANTI ZINA SIRI KE 5 SELANGOR.




Pada malam tersebut Dana PRU 13 telah dilancarkan dan Datuk Seri Nizar juga melancarkan Buku Negara Berkebajikan tawaran PAS yang mendapat sambutan menggalakkan dari para hadirin.

KUALA LUMPUR, Dec 17 — Faced with the possibility of being thrown behind bars again, Datuk Seri Anwar Ibrahim is wasting no time to embark on an aggressive campaign to woo voters from Barisan Nasional’s (BN) traditional Malay stronghold areas.
“Ia bukan milik sesiapa,” katanya lagi yang menambah, gerakan itu juga tidak mempunyai pemimpin tapi bergerak atas semangat sama untuk mengundi selain Umno dan BN.
“Bila ditanya (sebab undi Democratic Party), pengundi kata ‘oh asalkan bukan LDP,” kata Mahfuz lagi.
“Harga pasaran itu apa? Adakah kita ini sama dengan kobis? Sama dengan cili? Sama dengan lembu?,” katanya yang disambut gelak ketawa daripada lebih 700 orang yang hadir.
“Orang Umno ini tak boleh tengok orang senang,” katanya yang mendakwa telah disenarai hitam daripada menerima projek sejak tiga tahun lalu.
