11.2.12
UNISEL
KUALA SELANGOR
Gara-gara manusia yang tiada kemudi, ia akan bertindak liar dan kejam. Akhlak rosak dan tidak kenal dosa pahala, halal dan haram. Kemudi manusia ialah rohani yang sihat. Rohani ini mampu menjadi sistem brek yang sangat berkesan apabila godaan eksternal/luaran meledakkan runtunan nafsu yang boleh mengheret golongan muda ke kancah dosa dan maksiat. Namun rohani ini hanya akan berfungsi sekiranya ia bertenaga dan sihat.
Justeru, pembangunan rohani adalah fundamental.
Anak-anak yang tidak dibangun modal rohaninya akan menjadi orang muda yang lengkap fizikal namun pertumbuhan fizikal ini sendiri boleh mengancam kesejahteraan dirinya kerana kurang kawalan kepada rangsangan seksual.
Terlalu banyak lompang dalam sistem sosial di negara ini. Bahkan sistem pendidikan itu sendiri tidak mampu menghasilkan pelajar yang celik erti kehidupan. Ramai tidak mempunyai matlamat hidup. Mereka inilah yang akan hanyut dalam budaya hedonisme. Hedonisme ini akan menggoyah imannya yang sudah sedia tipis dan menjerumuskannya ke dalam pasir jerlus zina, arak, judi dan dadah.
Majlis pelancaran di sempurnakan oleh YB Dr Hjh Halimah Ali, EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor. Intipati ucapan beliau, beliau menyeru semua jabatan dan agensi kerajaan serta pemimpin setempat bekerja dalam satu pasukan, berkolaborasi secara sinergistik dan melibatkan pemimpin setempat seperti JKKK, Masjid, surau dan sekolah-sekolah.
Beliau juga mengumumkan bahawa jawatankuasa GeMS perlu dikembangkan sehingga ke akar umbi untuk berkesan kerana akhirnya pengupayaan masyarakat itu sendiri yang melahirkan budaya positif dan dengan sendiri meolak zina. Jiran tetangga yang peka dan prihatin, ibubapa yang sedar dan berupaya membangunkan anaknya melalui MODEL PEMBANGUNAN INSAN S.P.I.E.S dan memantaunya akan berjaya mencegah anak mereka daripada lembah maksiat dan dosa.
Seminar mengenai cinta, persembahan didik hibur oleh SHAM KAMIKAZE dan BOB LOKMAN, UNIC DAN DEVOTEES mengisi program untuk memberi alternatif hiburan kepada muda-mudi disamping menyelit bab nilai dan pandaun ringkas bagi remaja dan pesanan khas supaya tidak terjerat dengan cinta ‘pakai buang’ yang akhirnya memberi natijah anak luar nikah dan mengundang murka Allah.





