Showing posts with label phaser. Show all posts
Showing posts with label phaser. Show all posts

Tuesday, December 8, 2009

Kursus Pemasaran Negeri Selangor

Pada 18-20 November yang lalu, saya berkesempatan menyertai Program Asas Pemasaran, Peringkat Negeri Selangor anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Carlton Holiday Hotel & Suites Shah Alam.

En.Zarawi Din yang banyak berkongsi ilmu dan pengalaman beliau

Tenaga penggerak dari Mega Consult & Services

sedang khusyuk mendengar taklimat

rakan-rakan Phaser-PKNS yang turut serta menyertai program

TIPS: Melayan pelanggan dengan "kelembutan" (SOFTEN)

S = Smile ( Senyum itu sedekah... ;) )

O = Open Posture (Sentiada berada di dalam keadaan tenang dan sedia berkhidmat untuk pelanggan)

F = Forward Lean (Tunduk ke hadapan sedikit untuk mendengar respon)

T = Touch (Sentuhan tanda mesra (tapi bukan untuk yang berlainan jantina!))

E = Eye Contact (Hubungan mata ke arah pelanggan tanda mengambil perhatian )

N = Nod (Tundukkan kepala tanda bersetuju)


LANJUTAN TIPS : Melayan Rungutan Pelanggan (HEAT)

H = Hear (Dengar keluhan, rungutan, komen dan kritikan pelanggan dahulu)

E = Emphaty (Bagaimana keadaan kalau diri kita berada di tempat pelanggan)

A = Ask & Action (Bertanya dengan baik dan buat tindakan susulan)

T = Thank U..! (Ucaplah terima kasih kerana komen pelanggan itu adalah untuk kebaikan kita di masa yang akan datang..!)

Selamat mencuba ;)

Monday, August 31, 2009

Bazaar Ramadhan 2009 @ PKNS

Salam Ramadhan untuk semua...

Maaf kerana sudah lama tidak mengupdate blog. Maklumlah dengan kesibukan menyambut Ramadhan tambah lagi dengan tempahan kad raya kayu yang tidak putus-putus semenjak sebelum puasa lagi..! Terima kasih kepada mereka yang telah menempah kad..! Kepada yang belum menerima, tempahan akan siap selepas hari merdeka ini.. Maklumlah, cuti panjang.. :)

Untuk makluman teman2 blogger, atas nama Usahawan Phaser PKNS, para peserta diberi peluang utk turut serta memeriahkan Bazaar Ramadhan di PKNS Shah Alam dan juga PNKS Bangi. Geria kami bernombor A13 berhadapan dengan Affin Bank Kompleks PKNS. Saya dengan beberapa rakan Phaser yang lain telah berpakat untuk menyertai Bazaar Ramadhan kali ini dengan menjual pelbagai barangan dan produk seperti Kurma, Kerepek, Aneka Kuih Raya, Kuih Lapis Sarawak Special (siap peti ais lagi), Air Berkarbonat Ikhwan, Kismis Sauda, Acar Buah dan banyak lagi...

Antara yang istimewa ialah Coklat Hazelia Badam, Maid of Honour dan aneka kuih 100% butter daripada Villa Bakery seperti Tat Nenas, Almond London, Jejari Oat, Suji Almond dan tidak dilupakan kuih tradisional seperti Bangkit Pandan, Putu Kacang dan Batang Burok. Kepada semua pembaca, jemput datang ke gerai A13 Bazaar Ramadhan Kompleks PKNS Shah Alam berhadapan dengan Affin Bank Kompleks PKNS !

Koleksi kuih raya homemade 100% butter from Villa Bakery

Beli kurma sepeket, percuma 1 air jus !

Kismis Sauda 4 perisa ! Ori, Strawberry, Orange dan Apple

Acar Buah Istimewa hanya RM3.80 utk 150 gram

Air Berkarbonat Ikhwan. 1 karton RM25 sahaja !

Baru tiba, Coklat Hazelia Badam VIP Collection

Gerai A13 (berhadapan Affin Bank) Kompleks PKNS Shah Alam

Kek Lapis Sarawak Dayang Saliha

Rakan kongsi Phaser, Tokeh Kek Lapis, Chris from Sarawak

Rakan kongsi Phaser, Syalin - Tokeh Kerepek dan Kurma

Aneka jenis kuih menjadi pilihan pengunjung !

Jemput datang ke Gerai A13 Bazaar Ramadhan Kompleks PKNS Shah Alam berhadapan dengan Affin Bank Kompleks PKNS ! Cepat selagi stok masih ada

Monday, June 15, 2009

Phaser PKNS - Pengambilan Baru Dibuka Sekarang !

BERITA BAIK..!

Program Phaser PKNS - Sebuah Program Pembangunan Usahawan Untuk Siswazah.
Pengambilan untuk intake Julai telah pun dibuka..!

Dibuka kepada para siswazah yang ingin menceburi bidang usahawan.
Peserta akan dibimbing selama 6 bulan sebagai usahawan.
Penyertaan dibiayai 100% oleh PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor).
Elaun bulanan RM500 akan diberi kepada setiap peserta.
Ruang perniagaan di PKNS Shah Alam atau PKNS Bangi diberi secara percuma selama 6 bulan.

Syarat-syarat penyertaan :
- Berumur di bawah 30 tahun.
- Mempunyai diploma, sarjana muda atau sarjana.
- Dapat mengikuti program dengan sepenuh masa.
- Bersedia untuk menjadi seorang usahawan sepenuh masa.
- Bercita-cita untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi MAR 0132545389 / 0193678916
atau email ke ummi_ansar@yahoo.com

TAKLIMAT PROGRAM DIADAKAN SETIAP HARI KHAMIS JAM 2 PTG
DI BILIK SEMINAR, TINGKAT 1, BLOK B, PKNS, PETALING JAYA.

Tingkat Atas Unity College International, Blok B, Wisma Kemajuan, PKNS PJ.
Berdekatan Hotel PJ Hilton (sekiranya turun di LRT Asia Jaya) dan bersebelahan Hotel Singgahsana @ NPC (sekiranya turun di LRT Taman Jaya).

Sila pastikan anda mendaftarkan diri melalui sms terlebih dahulu..! Penyertaan adalah terhad.

Di antara graduan Usahawan Phaser PKNS dengan bisnesnya sendiri...








PHASER PKNS TESTIMONY
Anjuran PRIMA Asia Pasific Consulting
PKNS PJ in google maps Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rehat Sejenak