Showing posts with label **Jam Pilihan. Show all posts
Showing posts with label **Jam Pilihan. Show all posts

Saturday, August 20, 2011

Nilai seutas jam Longines......

Jam yang dipaparkan ini merupakan milik sifu aku.... Beliau memiliki koleksi jam vintage yang mengagumkan. Salah satu jenama kegemaran beliau adalah Longines selain dari Zenith. Ini merupakan salah satu koleksi terbaru yang ditunjukkan kepada aku suatu ketika dahulu....


 Jam vintage yang sarat dengan kisah ditonjolkan dengan rupanya yang masih kacak walau dimamah usia... Jam vintage dengan sub-second ini merupakan kegemaran ramai penggemar jam vintage & ramai juga yang mencari jam seumpama ini...


 Dial telah mengalami patina, sesuai dengan usianya itu.... Patina merupakan salah satu ciri kegemaran peminat jam vintage... semakin berkerak, semakin berisi & semakin tinggi nilainya di mata penggemarnya.... Dari segi penentuan harga sesuatu jam vintage bukanlah terletak pada umurnya saja, namun dari banyak segi selain dari jenama itu sendiri. Umur tidak begitu memainkan peranan melainkan ianya sangat istimewa....


Keadaan casing sangatlah memuaskan.. melainkan salah satu lug telah pecah sedikit. Saduran emas 10k padanya memberikan ketahanan warna emas kepadanya & tiada langsung bahagian yang telah 'turun' keemasannya.. Begitulah uniknya jam ini.... Lihat pada rupa casing ini saja, kita sudah boleh tahu yang harganya tidak akan kurang dari RM1k.


 Di sisi casing tertera nilai saduran emas padanya & arahan penggunaan alat yang berjenama Admiral yang aku rasa perlu digunakan jika movement ingin dibuka memandangkan caseback tidak boleh dibuka. Movement perlu dibuka dari bahagian atas..... cermin. Tapi ini jam kepunyaan sifu... tak perlu guna Admiral pun boleh buka....


Keadaan dalam casing seperti tidak terjejas. Ianya masih cantik & bersih... Setelah 'dibogelkan' begini, barulah nampak isi dalamnya...


Bahagian dalamnya menempatkan info mengenai jam ini... Buatannya kemas & nampak cukup berkualiti. Buatannya yang baik ini memberikan ketahanan & ia masih utuh serta kekal hingga kini.... keadaannya seperti tidak terjejas...


Dial melengkung sidikut di bahagian tepi & hour marker masih berkeadaan baik. Dial & jarum berpatina sesuailah dengan umurnya itu... ditambah pula dengan sub-second, impaknya sebagai jam vintage yang hebat sangat kuat.... sudah tentu harganya juga tinggi....


Movement 19A merupakan movement high-grade yang dibuat dengan kualiti yang cukup tinggi. Lihat saja finishing padanya itu yang nampak cukup cantik & sangat kemas buatannya. Ianya mempunyai 17 jewels & sangat cemerlang dalam perjalanan waktunya... 

Seperkara yang menarik ialah movement ini merupakan movement in-house Longines sendiri yang mula diperkenalkan pada tahun 1952. Habat bukan? Bukan calang-calang jam vintage sebenarnya & sebab itu bukan semua jam vintage itu mempunyai nilai harga yang sama. Ada yang murah serta tidak tahan harganya, ada yang kekal harganya & ada pula yang sangat tinggi harganya...semakin lama semakin tinggi harganya. 

Mungkin ada yang rupanya sama, tapi berbeza kualiti, buatan, spesifikasi serta sejarahnya.... banyak faktor perlu diambil kira sebelum kita mengatakan jam itu mahal... Tapi bila kita sudah tahu, mungkin fikiran kita akan berubah & akan mengatakan pula sesuailah dengan harganya & berbaloi memilikinya.....

Leia Mais…

Tuesday, June 7, 2011

Pernah tengok?

Ini bukanlah jam meja atau jam loceng.... tetapi adalah jam dari kokpit jet pejuang zaman perang di Vietnam. Ada yang mendapatkan sumber dari pesawat-pasawat tempur yang terhempas di sana & mungkin ada yang dapat dari pesawat yang ingin dilupuskan. Kebanyakannya, jam ini datangnya dari Vietnam. Ada pelbagai bentuk & jenis jam sepertimana jam tangan juga.


Jam ini mempunyai fungsi chronograph selain menunjukkan masa. Ada juga jam chronograph yang lebih kompleks. Seperti tenteta darat, tentera udara sangat pentingkan masa. Jadi dengan adanya jam dengan kelebihan ini, ia sangat berguna dalam misi mereka.



Keadaan jam ini sangat baik & fungsi chronographnya masih boleh digunakan. Dua push button padanya itu bertindak seperti crown untuk mengunci jam & sebagai button chronograph.



Keadaan jam ringkas sahaja. 2 batang skru yang menonjol itu adalah sebagai penambat jam ini pada kokpit kapal terbang. Walaupun dah tua, keadaan jam ini sangat memuaskan hati... tunggu sehingga kita lihat 'jantung'nya pula...



Keadaan movementnya sangat bersih tanpa sedikit kecacatan. Keadaan movementnya boleh dikatakan mint. Movement boleh hack & komponen-komponennya yang besar itu memudahkan kita memahami pergerakannya.



Jam ini kini telah diberi nafas baru oleh tuannya. Kini ia menjadi suatu perhiasan meja yang cukup unik... Aku terasa nak memilikinya juga nanti. Nak pasang kat Beetle aku... ekekeke....

Leia Mais…

Wednesday, April 13, 2011

Bergaya dengan Alain Delon

Siapa yang tak kenal dengan Alain Delon.... Mereka merupakan jenama fesyen terkemuka yang menawarkan kualiti pakaian serta design yang kasual & eksklusif. Selain pakaian serta aksesori mereka juga mengeluarkan jam tangan sebagai pelengkap produk mereka. 

Apakah itu jam butik/fesyen/designer? Ia adalah jam berjenama fesyen/designer yang mengeluarkan pakaian serta aksesori yang berkaitan contohnya Alain Delon ini, Gucci, Guess, Crocodile, Levi's, Fossil, Timberland, Puma, Pierre Cardin, Cerruti dan lain-lain lagi. Pendek kata jenama yang buat pakaianlah. Kalau jam berjenama itu turut mempunyai rangkaian pakaian, itulah jenama butik/fesyen/designer.  Menurut sorang otai, jenama-jenama ini bukanlah membuat jam di kilang mereka, namun melesenkan kilang lain untuk membuatkan jam berjenama mereka. 

Sewaktu di zaman sekolah dulu aku pernah berangan untuk memiliki jam jenama ni. Keratan iklan jam-jam Alain Delon ada yang masihku simpan dalam buku skrap. Jam ini sebenarnya kepunyaan sahabat lama yang berkunjung ke rumah aku. Ia adalah hadiah hantaran perkahwinannya & merupakan satu-satunya jam yang digunakan setiap hari. Beliau kerap berkunjung ke rumah aku. Jadi kali ni aku ambil kesempatan untuk menjadikan jamnya model penghias blog aku.


Menurut beliau, design jam ini membuatkannya tertarik & merupakan jam automatik pertamanya. Sepertimana design pakaian Alain Delon yang kasual & eksklusif, penampilan tersebut digarapkan juga dalam jam ini. Casing sedikit bujur dengan design dial & cermin gabungan cembung & cekung di sebelah tepinya.

Ia mempunyai 2 register yang memaparkan subdial 24 jam (kiri) & hari (kanan) dimana logo AD dibuat secara kreatif & berseni padanya. Dial juga mempunyai desorasi sesuai dengan penampilannya. Jika anda perasan, crownnya bukanlah terletak tepat pada pukul 3 seperti kebanyakan jam, namun terletak diantara pukul 2 & 3. Unik! Namun ada sebabnya....


Ia merupakan jam beater sahabat aku ini, jadi calar akibat kegunaan harian adalah perkara biasa. Cermin mineral cembung padanya cukup tebal. Calaran yang agak dalam terdapat di bahagian tengah cermin akibat hentakan kuat pada benda keras. Mujur juga ia cukup tebal. Cermin yang cembung itu dibuat selari dengan kecembungan casing itu sendiri & merupakan faktor penyumbang kepada kecantikan jam ini. Crown bertanda logo AD berkedudukan abnormal dari kebiasaan jam.


Caseback mempunyai 4 skru di setiap penjuru & mempunyai cermin see-through di tengah dimana mempunyai tandatangan designernya (aku rasa la...)... Sangkaan aku yang jam ini menggunakan movement China meleset dimana sebenarnya....


....ia menggunakan movement dari Orient! Bukan semua jam butik ini menggunakan movement China. Ada juga yang menggunakan movement Jepun. Malah ada juga yang menggunakan movement Swiss (jam-jam butik high-end). Jadi reliability movement sudah tidak menjadi isu lagi....


Selepas melihat jam AD itu.... aku terus terlintas dengan jam ini yang juga merupakan hadiah hari jadi isteri tercinta yang kini dah nak masuk 3 tahun. Bila lihat paparan dial AD, aku dapat rasakan ada suatu yang familiar... rupanya inilah jawapannya....


Lihat saja persamaan paparan antara keduanya. AD menggunakan movement yang sama seperti Orient itu. Kalau diperhatikan betul-betul, subdial hari Orient adalah sedikit kebawah. Manakala AD pula sama paras dengan subdial 24 jam. Jadi untuk AD membuatkan kedua-dua subdial sama paras kedudukannya, movement perlu diputarkan ke kiri sedikit supaya ianya sama paras & hasilnya crown akan berada di atas sedikit dari pukul 3. Memandangkan casing AD juga melengkung, ia membantu dalam menambahkan markah ia sebagai jam designer... Kedudukan crown itu nampak tidak ralat selaras dengan bentuk casing itu. 


Tali yang dibekalkan adalah tali kulit & didatangkan dengan deployant clasp.


Pemakaiannya kemas & selesa. Tampak sangat kasual & sangat sesuai dengan penampilan sahabat aku ini dalam menjalankan kewajipan hariannya.

Walaupun impian aku untuk memiliki jam AD tidak kesampaian, rasanya cukup sudah untuk aku merasainya di tangan aku walau sekejap. Pengabdian bersama jam ini dalam gambar sudah cukup puas untuk aku menatapinya sebagai memenuhi impian suatu ketika dulu....

Leia Mais…

Thursday, December 30, 2010

Epos Grande Date Verticale - Jenama pertama dunia dengan tarikh secara vertikal!

Epos Grande Date Verticale merupakan salah satu model dalam koleksi Sophistiquee mereka. Jam yang sangat dressy ini telah ditinjau beberapabulan yang lalu semasa membuat 'bancian' di Penang dahulu. Ciptaan tarikh secara vertikal ini merupakan ciptaan pertama dunia! Ia mula diperkenalkan di Basel World 2009.


Seperti mana gelaran 'Artistry In Watchmaking', kualiti buatan jam ini mengagumkan sesuai dengan gelaran yang diperolehi mereka. Aku jatuh hati sebenarnya dengan ni semasa mula melihatnya. 


Hour marker Roman digabungkan secara harmoni dengan penomboran Arabic.... Sub-second terletak pada kedudukan nombor 3 & saiznya agak besar. Dialnya besar, nampak penuh & gah. Crown terletak pada kedudukan pukul 12 di antara lug.


Dial dengan tekstur sunray memberikan rupa yang cantik & dibuat seolah-olah 'cahaya' datangnya dari penunjuk tarikh vertikal itu.


Kualiti yang ditampilkan oleh jam ini sangat bagus & bagi aku setanding jam-jam yang lebih mahal darinya malah lebih baik dari beberapa jenama yang lebih mahal. 


Disebabkan crown terletak pada pukul 12, bahagian lug atas dipanjangkan dengan extension supaya tidak mengganggu 'kerja' crown... Crown ditanda dengan logo 'e'....


Movement kunci (winding) ini dikenali sebagai EPOS GDV yang mana ia diasaskan dari Unitas 6498. Lihat saja kualiti finishing yang ditampilkan. Sungguh cantik & yang paling menarik... ianya buatan tangan! Finishing jam Epos dibuat dengan tangan & mereka mempunyai watchmaker yang pakar dalam kerja-kerja halus ini. Dengan harga yang ditampilkannya.... boleh dikatakan berbaloi jika dibandingkan jenama lain yang jauh lebih mahal.

Mereka pandai dalam menunjukkan hasil seni buatan jam mereka. Caseback see-through dengan cermin sapphire ini memberikan rupa yang penuh. Puas betul tengok! Ada jam yang 'kedekut' nak tunjuk movement.... buka 'tingkap' sikit saja... bagi mereka yang suka tengok & appreciate movement, pasti model ini akan disukai mereka. 

Epos adalah jenama yang cukup bagus dalam pembuatan jam tangan mereka. Kualiti yang ditampilkan bagus & setanding harganya... Dalam kategori jam Swiss yang setaraf dengannya, jam-jam mereka boleh dikatakan murah & berbaloi untuk dibeli. Namun tidak ramai yang mengetahui kewujudan jenama ini & ramai juga yang ragu-ragu. Mungkin disebabkan Epos kurang promosi seperti jenama lain. Tapi bagi mereka yang tahu akan jenama ini pasti akan menyukai jenama ini kerana kualiti hasil kerja tangan yang ditampilkan itu sangat bagus & harganya juga berpatutan.... kerana dijual lebih murah dari jenama yang menggunakan mesin...

Leia Mais…

Sunday, August 29, 2010

Jam Coca-cola?

Jam yang agak pelik & sangatlah jarang dilihat.... Jam Coca-Cola...... Coca-Cola pun buat jam ke? Buktinya adalah dengan wujudnya jam ini...




Mereka tidaklah mengeluarkan jam secara berleluasa tapi wujudnya jam ni semestinya adalah untuk tujuan tertentu. Jam edisi khas ini aku rasakan adalah keluaran sempena menyambut tahun Millennium (tahun 2000) suatu ketika dulu berdasarkan angka & tulisan yang tertera pada LCD. Sudah pasti jam ini dikeluarkan pada tahun 1999. Jam ini adalah jam baru dengan kondisi luaran yang cukup memuaskan.



YR 2000 sentiasa berkelip-kelip mungkin menandakan telah masuk tahun 2000. Memandangkan sudah 10 tahun berlalu.... ia sentiasa berkelip-kelip. Aku sudah beberapa kalisetting masanya, tapi ia sentiasa reset ke '0'. Countdown harinya juga telah '0'. Mungkin segalanya akan reset setelah cukup coundownnya. Tak kisahlah tak dapat tengok waktu pun sebab jam ini hanya dijadikan koleksi khas yang istimewa.



Caseback diskru dengan 4 skru di setiap penjuru sepertimana kebiasaan Casio.



Tali lutsinar dengan logo Coca-Cola tidak terjejas & masih berkeadaan baik. Mungkin ada yang pernah memilikinya atau pernah melihatnya. Jam ini adalah jam pilihan untuk dipaparkan.... Jam ini akan dilepaskan kepada yang berminat.... sila hubungi aku jika berminat....

Nota: lepas tukar bateri baru, jam dapat berfungsi seperti sediakala & tidak reset 0 seperti sebelum ini

Leia Mais…

Sunday, August 22, 2010

Suatu kelainan...


Tengok keadaannya... tak lain tak bukan, memang kena pakai di tangan.... Jarang sekali tengok benda camni kat sini...... apakah ia?



Sebenarnya ia adalah tali military.... untuk jam2 yang 'terang' & mungkin musuh akan nampak, pelindung digunakan untuk menutup jam. Jam adala suatu kewajipan dipakai oleh setiap tentera. Ada pelbagai cara & kaedah tentera dulu gunakan... salah satu caranya adalah menutup dengan sarung tangan. Mungkin disebabkan itu, maka terciptalah tali seumpama ini....



Tali asal dibuang & jam 'diikat' seperti ini. Lug diikat dengan skru. Manakala penutupnya dilekatkan dengan klip.



Ia diperbuat 100% dari kulit. Sangat selesa ketika dipakai. Tali begini sekarang sudah menjadi sebahagian aksesori jam & bukanlah semata-mata pakai untuk berperang.... Jam-jam 'perang' sekarang pun dipakai dalam suasana aman damai....



Bagi yang inginkan kelainan terhadap penampilan keseluruhan jam mahupun pemakainya, mungkin inilah jawapannya. Dari mana nak dapat? Mohon ampun kepada semua kerana tali ini kawan aku beli dari Australia.... tapi mungkin boleh didapati di internet.

Leia Mais…