Showing posts with label Edible. Show all posts
Showing posts with label Edible. Show all posts

Friday, 22 January 2016

Kek Frozen



dah lama rasanya kak ton tak menempelkan gambar kek dan lain-lain yang sewaktu dengannya. order-order yang ada adalah bersifat biasa je macam tart, puff, semekut raya

kang borings pulak uollssss lalu membiarkan kak ton terkapai-kapai dalam blog sendiri



korang tau.... pagi semalam baru dapat order ni untuk pagi ni punya delivery. nak direject ia adalah dari cikgu kat nursery. menggapai jugak la order ni

si angah dah cakap dengan teacher, "tak sempat la teacher". sebab dia pun tau kek nak amik masa untuk sejuk

teacher cakap, "angah, ni business la". terkenyuk kak ton dibuatnya. mari la mari la, bagi kak ton buat jugak walau hati terluka



dah le balik lambat sebab sembang-sembang kerja dengan boss pasal process engineer

i can do it ... sambil nangis

dah le 2 kilo, berapa lama la kek nak sejuk ni

ujung-ujug deko terakhir kak ton buat di subuh yang hening sebab buttercream mencair



amisha yang dah 6 tahun

eh eh... last year pun teacher order last minute
mungki teacher dan last minute berpisah tiada




haru....lilin dan pisau tertinggal kat rumah

nah angah kunci rumah, tolong balik rumah dengan teacher untuk ambil. ibu nak bye bye pergi kerja



Sunday, 5 May 2013

Kek ... SK Batu Unjur



Terharu I bila ada order dari sebuah sekolah

2.5kg choc cake dengan edible image logo sekolah






Thursday, 3 January 2013

Ultraman Datang



Lintang pukang aku dibuatnya
Bukan orang lain yang buat, diri sendiri yang managed time secara lintang pukang

Tuan tanah dah sampai depan rumah, kek belum masuk dalam kotak lagi
Berdesup le aku lari ke hulu hilir, ambil kotak, ambil pisau





sekeping je gambar buat kenangan di hari tua

tq to my fren


Monday, 5 March 2012

Tuesday, 28 February 2012

Kawan Punya Pasal.....haruslah ditunaikan

FB ni ada pro & con
Sapa setuju, sila angkat baju tangan

kawan-kawan dari zaman tadika pun bole jumpa balik. pokcik motong rumput tepi sekolah 
dulu pun kita bole jumpa kat fb ni, kan?



Tapi yang tensinye kalau anak-anak kita dok ngadap fb je, dah macam tak de bende lain lagi nak buat kat dalam donia ni, Kalau dulu, reti main bola kat padang ujung taman, sekarang ni dah tak nak main. Kalau bole, koncing pun nak kat tepi lappy je. 

Nasib le anak den nan bertiga tu belum terjebak lagi




makanya.....order kali ni dari kawan lama masa skolah dulu.
dah beso panjang yek ko jua

dulu ingos meleleh....skarang dah vogue ngalahkan fauziah latipp





pandai hias rumah plak tu, siap masuk majalah lagik
sebab dengki nak nengok rumah ko, penat pusing klang & shah alam
carik majalah impiana punya la hazab




kawan ni ppun satu....
punya la last minute bagitau nak kek

ingat mokcik dok kat rumah nunggu order masuk je ke?
i ni carrier woman tau?

tapi.......kawn punya pasal, ku gagahkan juga 


harap2 anda berbahagia mencelebrate birthday anak kat morib tuh.


Saturday, 18 February 2012

Atiem's



Kawan se'uitm' dulu
Dulu rapat, sekarang lagi rapat




 Alhamdulillah, muda-muda dah terpilih menjadi tetamu Allah




Kalau namanya kawan, bole la marah-marah dia sikit

Mana tak marah, lagi 3 hari nak kek baru bagitau
Nak edible plak tu, ....bikin panas nih

Since dia paksa jugk diriku buat kek utk dia, maka 
diriku paksa pulak dia collect edible image sendiri

Dah tau salah, tak berani nak membantah
heheheh.....

TApi no big deal, since she's antara my best fren



Monday, 26 December 2011

So Speechless

Kesian tak?....
Hapdate guna laptop kawan

Haruslah berlinangan airmata
Hidup terasa kurang bermakna
Dan haprak tahap maksima

Eleh...
Apa nak eran
Orang zaman dedulu takde laptop boleh je idop






Saturday, 10 December 2011

Boboiboy

Ai suka tangkap gambar senget-senget cenggini.
Konon kreatip tapi sebenornye......
pakai kamera cikai, kena nampak hebat
Tapi tak mampu jugak untuk jadi hebat
:(

Sapa yang sudi sponsor kamera pada ai adalah amat dialu-alukan
DSLR model lama pun tak pe
Tapi alang-alang nak bagi, bagi la yang hebat sikit
Jasamu dikenang hingga ke akhir hayat


Musim boboi boy kot sekarang ni
Ai punya la tak tau keujudan katun ni sampai le kastemer tanya
Gigih le tanya pokcik gugel 
LAju je pokcik tunjuk muka dia...
ooooo...gini rupenye, budak kembor

Punya la tak layan tivi sampai tak tau budak2 ni
Bole tukar2 ek?...



Irsyad's mummy story morry
Her mum takmo kek dari bakery, nak yg home made
Dah tu tak nak kek span
Dah tu irsyad pun cerewet katanya
Makanya....rezeki ai dengan dia



Ada extra gambar, buatkan 4 ketoi oreo choc utk birthday boy
ok ko 4 ketoi...buat makan dalam kete



Semoga jumpa lagi...
TQ