Followers

My Heartbeat .. dak dik duk

Nuffnang

Showing posts with label spontan. Show all posts
Showing posts with label spontan. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

Im at Tung Shin Hospital

Gambar goyang coz si bini nerves o_O
Will update later. InsyaAllah :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, April 3, 2013

Cuti teman Chinta hati yg masih keBisoLan

Hambik ko panjang betul tajuk n3 hari ini. Just nak share dengan uolls hari ini eLLy masih bercuti demi menjaga my chinta hati. Kejap lagi nak keluar ke Hospital. At the moment masih dirumah coz enjin kereta pulak tak boleh dihidupkan. Sedih kan tuan sakit kereta pun turut sakit :( 

Merujuk pada gambar diatas, Baki nasi semalam sayang nak dibuang so eLLy buat nasi goreng for breakfast today. Banyak tu jer yang dapat. Well sharing is caring ;)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, April 2, 2013

BisoL

Hari nie eLLy ambik el coz nak menjaga MyLuv yang tak sihat. Sakit ape? Ada sesuatu dibawah ketiak beliau kami syak itu bisol. Semalam dah gi jumpa doctor. Doctor tu sihat hahaha. Yang tak sihat cuma MyLuv. Doctor tu pun cakap itu bisol. Bisol dibawah ketiak cer bayangkan .. Perghh tangkap leleh beb! Hari nie tangan kiri tak boleh diangkat coz bisol tu dah semakin membesar kemerahan walaupun belum bermata.

Now sedang menemani MyLuv tengah tidor kuak lentang dirumah ;)
any petua tu share? Buat masa nie sedang bergantong 100% dengan ubat yg doctor kasi.


Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, March 26, 2013

My double breakfast for today!

Hari ini eLLy bersarapan dua kali ... sebut betul-betul DUA KALI yer kawan-kawan :)
.

  • Bangun sedikit lewat
  • Jalan clear
  • Breakfast kek di dalam kereta
  • Sampai opis jam 9:30 pagi
  • Masuk opis ada rezeki lagi yang menanti di meja

Carnation quick kitchen’ Menurut kata si pembeli ada promosi dekat LRT station, RM3 untuk Secawan kopi dan sekeping omelette’ dan it’s yummmyyyyy

Okey let's do the work!




Mami Jarum : Rezeki jangan ditolak kolestrol jangan di cari muhahahahaha


Friday, March 22, 2013

Si rabun warna ;)

Light purple vs Black & Blue?
:: Gambar diambil pagi tadi ketika berada di dalam kereta, otw ke tempat kerja ::
.
Siapakah gerangan yang dimaksudkan? Si rabun warna yang dimaksudkan itu adalah suami ku sendiri.. hihi ammmpunnn sayang.. bukan niat ku untuk mentertawakan diri mu :p Tapi rabun warna suamiku itu tidak la kronik sangat. Beliau cuma rabun bab nak memilih tali leher untuk dipadankan dengan baju kerja sahaja.
Selalunya.. ulang sekali lagi SELALUNYA eLLy yang akan letakkan tali leher untuk dipadankan dengan baju yang hendak dipakai. Tapi ada ketikanya Seth Mat buat sendiri. alah benda simple jer kan tak susah mana pun. Cuma bila gabungan baju dan tali leher tak menjadi tu yang membuatkan Si isteri geram. Geram sebab nanti mesti ada yang cakap isteri nak pandai hias' suami.. well kat tempat i nie pun ada.
 
Contoh :-
1. Bini ko tak gosok ke baju ko ni?
2. Kalau bini aku mesti dia bla bla bla ...
3. eh bini ko tak masak ke?
 
Itu contoh.. so kalau kat tempat kerja i ada soalan soalan macam tu, mesti tempat kerja Seth Mat pun ada kan? dan tak mustahil tak tempat kerja uolls pun ada ;)

Well kalau asyik memikirkan apa yang orang cakap pun tak guna jugak kan. Back tu cerita rabun warna' dalam geram melihat Seth Mat pakai baju warna lain Tali leher warna lain. ada masanya rasa nak gelak jugak ;) Bila kita tanya ngape pakai tie warna lain?  dia cakap "ini lah trend .. i tengok ayang pakai seluar pink baju ijau okey jer" adoiii la suami.

okey la stop dulu membebel pasal laki, Now nak make up. Hari nie report duty jam 11pagi. 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, March 20, 2013

WW - Temerloh with love


#Jangan terkejut melihat kulit ku yg agak gelap itu, Sememang nye sunburn dari Bali hari tu tak hilang-hilang lagi



Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, March 19, 2013

Belated Birthday?

Tengah gigih buat kerja tetiba teringat eh hari nie tak de n3 laa.. okey jom laju-laju buka blog.. yep memang betul takde n3 hahahaha tak ingat nak update malam tadi. Ini bukan busy ini memang kes tak ingat! tepuk muka sendiri ;p

Godek-godek pc nak cari bahan so ternampak lah gambar nie.. tarikh gambar ini di ambik ialah pada malam 7.9.12 bersamaan birthday eve saya, itu kira candle light dinner bersempena birthday saya lah tu. 

Lokasi yang menjadi pilihan ialah Chilis @ KLCC. Okey sebelum makanan sampai jom kita posing dulu!

 :: Last year im 34 ::
This year?

:: View from my seats ::

 :: Jom makan ::

Ape kes update pasal birthday sendiri yang dah berkurun lama tu. Hari tu ada update pasal birthday tapi tak de review pasal dinner kat mana, so hari nie baru kasi review boleh gitu? Hahahaha asalkan ada bahan sudah!



Mami Jarum : Tetiba rasa gambar dulu mcm kurus pulak .. apekah?


Monday, March 18, 2013

Laporan Hari Isnin

Bersiaran langsung dari loker.. Minggu ini jadual kerja saya bermula dari 11 pagi, hurm ada lebih kurang dua jam lagi masa berbaki. awal sampai? Harus laa Cik Mat kan masuk jam 9 pagi, semestinya dia akan hantar saya ke tempat kerja dulu. 

Xtiviti diloker :-
> Bersembang dengan staff yang keluar masuk
> Make up sampai lebam
> Layan tonton.com kat tab
> Layan Youtube
> Layan fb
> Layan blog kekawan
> Layan mata ;)



Xtiviti dihujung minggu :-
> Abang Astro datang umah (baru nak upgrade ke byond)
> Pulang ke rumah ibu mertuaku
> Makan tempoyak ikan patin
> Makan Asam pedas ikan talapia merah
> Masak nasi dan nasi dan nasi!!

Okey sekian sahaja laporan saya untuk hari ini. Kita berjumpa lagi dilain siaran.. Assalamualaikum.

Wednesday, March 13, 2013

Ketat Ketat..

Salam satu Malaysia .. Sekarag nie mood nak update secara spontan ajer.. maksud nya bila berkesempatan eLLy akan online dan taip apa saja yang berlaku disekeliling ku. So tajuk kita hari ini adalah Ketat.. ape yang ketat? jeng jeng jeng ..


Sekarang muka ku tengah ketat @ tegang  sebab ape? sebab eLLy telah melumurkan putih telor di keseluruhan muka ku ini. Tak tau lah saluran mana yang tersumbat tetiba ajo muka ku yang bulat ini telah diceroboh oleh sang jerawat yang durjana! Kawasan serangan yang banyak di tawan ialah disebelah kanan pipi ku!

Oleh yang demikian eLLy kena lakukan sesuatu!! ade kawan kat opis nie mencadangkan eceh bahasa teknik sapu dan ketat  tettt .. jom kita cuba!


Selalunya telur ayam banyak digunakan dalam pembuatan kek, pastri dan kuih-muih. Tahukah anda kandungan protein yang tinggi juga mampu digunakan untuk tujuan kecantikan kulit dan rambut yang lembut serta menawan tanpa perlu mengeluarkan belanja besar?

Diantara manafaat setelah putih telor yang dioleskan di wajah :- Mencegah timbulnya jerawat. Menanggalkan sel-sel mati pada kulit, Masker putih telur juga berfungsi untuk mengecilkan pori-pori wajah dan mengangkat kotoran serta minyak pada wajah Anda sehingga wajah bebas jerawat.*info google*

Cara-caranya ialah 
  • Ambil sebijik telor ayam, dan asingkan isi nya (putih-kuning)
  • Oleskan putih telor itu kemuka anda kecuali dibahagian mata
  • Biarkan selama 20-30 minit
  • Siap! sila cuci hingga bersih
 *kalau nak rasa lagi best pastikan telor yang hendak digunakan itu baru dikeluarkan dari peti sejuk!


Mami Jarum : Tahukah anda bau hanyir telor itu datangnya dari telor kuning,. eeuwww!