Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 22, 2011

The Third Trimester Diet

Just for my future reference.
*
*
Bila dah masuk third trimester ni, aku lagi aware of my diet. Orang cakap bila dah third trimester ni berat akan naik gila-gila sebab baby akan naik at least half pound per week, atau almost 250 gram seminggu until delivery. Itu baru berat baby, so kita yang nak menampung beratnya tu pun harus lah akan naik jugak kan. Buktinya dah ada, aku naik 4kg sebulan hari tu, sebelum ni sebulan naik 500gram or 1kg je, paling banyak 2kg tapi masuk je third trimester hamik kooo, 4kg terusss. Pasrah nyahhhh. +___+
*
Takut la jugak kot nanti kena minum air gula untuk glucose tolerance test tu kan, nak tengok ada gestational diabetes ke tak, pastu takut high blood pressure, takut baby besar and tak boleh nak normal delivery. Nauzubillah. More info on glucose screening & glucose tolerance test, here.
*
*
Basically, this is what I usually have on daily basis :

BREAKFAST
- 2 or 3 slices of white bread or wholemeal bread + unsalted butter
- a glass of milo or a glass of cereal drink
- a small glass of orange juice or soya milk
- a serving of fruit. Biasanya betik atau mangga
- pramilet (multivitamin)
*
BRUNCH (kalau ada masa, biasanya skip)
- 1 kuih
- milo ais
- drinking water.
*
LUNCH
- nasi satu setengah senduk.
- ayam seketul or ikan keli ( ikan keli je yang aku makan pun kalau kat court)
- a serving of sayur
- tempe atau tauhu (wajib makan hari-hari)
- selang sehari makan telur sebiji (telur mata / telur dadar)
- DHA natal fish oil
- drinking water
*
TEA
- 2 kuih
- drinking water
- kalau teringin air manis sikit : teh o ais mak pah. Mak pah kantin buat teh o ais terbaik.
*
DINNER
- makan macam menu breakfast or masak bihun
(jarang makan nasi waktu malam kecuali kalau petang balik kerja ada lauk mak dah masak, memang aku makan. Tapi kalau makan nasi mesti makan sebelum maghrib)
*
SUPPER
- a glass of hot milo or a glass of fresh milk
- biskut 3,4 keping
- calcium supplement
*
*
Lepas tu in between aku banyak minum air masak / drinking water. Favourite drinking water, drinking water petronas rm2.20. Botol color biru. Aku pun tak tau kenapa aku beli yang tu je. Ehehe.

Sebotol besar yang 1.5 liter tu aku akan habiskan dalam waktu bekerja 8am-5pm. Aku akan pastikan habis jugak hari-hari. During pregnancy kita dinasihatkan untuk ambil 64 fluid ounces per day, lebih kurang 1.8 liter of fluid. So bagi aku, okay la kot ekk 1.5 liter air masak, balance 0.3 liter tu ada dalam air milo, air masak yang aku minum kat rumah, buah & makanan yang kita amik, insyallah. (source).
*
*
*
Walaupun kadang-kadang terbabas, seperti makan nasi kenduri tak ingat dunia, atau makan maggi atau makan fast food, tapi itu kadang-kadang je uolss, dalam 2 minggu sekali macam tu. Coffee memang tak amik langsung kecuali sekali tu je, isk. Insyallah, nak makan dengan lagi sihat & elok lagi lepas ni. Semua untuk si tembun ni. Tapi tengok lah camne, ni laki nak balik harus lah terbabas ikut dia jalan-jalan cari makan. Salahkan laki, ho yeaahh!
*
*
Jom tempek gambar honeymoon. Pasni nak babymoon. Gituuu. Ok takde kaitan dengan entri ni. Bye.


Tuesday, June 21, 2011

31 Weeks Check Up

Baru lepas lunch kat court, makan nasi, AYAM MASAK KICAP fevret, sayur kacang buncis goreng & tauhu. Alhamdulillah, kenyang. Petang dah tak ada kerja, semua kes dah habis, OKT semua mengaku salah. Alhamdulillah lagi sekali.. Ye la kan, kalau betul dadah tu ko punya, ngaku je la. Kalau betul ko pecah masuk rumah orang, ngaku je la. Nak bicara apa nye kan. Okay, emo di situ.
*
*
Semalam pergi monthly check up. Semalam sebenarnya 30 weeks 5 days pregnant tapi halal la kan tajuk entry 31 weeks tu. Cantik sikit nombornya. Ihiks. So semalam amik cuti, bukannya ada apa pun tapi sebab saja nak amik cuti.
*
*
Check up pukul 9.30am. Pukul 9.20am sampai DEMC, terus timbang berat dan berat NAIK 4 KG DALAM MASA SEBULAN, YEEHAAA! Memang buntang biji mata mak tengok penimbang tu tapi pastu sengih sorang-sorang. Kehkehkeh. Bahana makan nasi kenduri 3 hari 3 malam.
*
Bila dah sampai turn dalam pukul 9.35 camtu, gynae aku pulak dipanggil untuk attend satu emergency labor. Takpe la kan, nyawa si ibu & anak itu lebih penting. Tapi tak lama pun, dalam 20 minit je. Pastu bila dah masuk bilik gynae, gynae aku pun minta maaf sebab lewat attend aku, isshhh, baik sungguh gynae aku ni. Dia cakap si ibu tu bersalin anak ke-4, sebab tu kejap je. Teran sekali dua terus keluar baby nya, alhamdulillah.
*
Lepas tu, seperti dijangka, gynae aku yang baik hati tu sound aku pasal berat badan aku. +___+
Insyallah la ye doctor, akan ku coba control. Katanye kalau berat naik macam ni jugak next month, kena minum air gula. All in all;
-Blood pressure : Normal
-Urine : Negative both sugar & protein
*
Lepas tu scan budak kecik ni, dan seperti yang ku jangka juga, die tengoh tidoq sebab sekarang time dia berjaga ialah time maghrib hingga subuh. Heartbeat dia steady, memang nampak relax, kaki tengah silang, sekejap-sekejap die kuis-kuis rahim aku & memang aku rasa, lepas tu tangan ala-ala garu perut. =) Tapi tak nampak muka si tembun ni, dia malu-malu, nampak kepala je & bahagian belakang dia termasuk his sexy ass. Pheewiiit. Sekejap je scan sebab senang gynae nak ukur semua yang patut, kata tengah tido kan, memang diam je la budak kecik ni. Pusing kepala pun idak.
*
*
All measurements show baby's gestational age is at 30 weeks 4 or 5 days, alhamdulillah, tak besar, tak kecik. Berat pulak 1.65 kg, which gynae cakap normal for a baby boy at this gestational age. Si tembun ku sudah pandai berdiet. Hehe... Takpe syg, nanti lahir kita sama-sama montokkan diri eyy. Biar botak papa kena pow dengan kita.
*
Oh pastu kena tetanus injection, utk kancing gigi tu lah. Sakit tak payah cite la ye. Sampai sekarang bengkak nye. Gynae cakap kalau allergic, maka amik masa seminggu jugak la bengkak dia nak surut. Oh terima kasih! +__+
*
*
Alhamdulilah semua okay. Bapaknya pun lega, maknya lagiiii la lega kan, tengok budak kecik ni alhamdulillah sihat.
*
*
My condition sekarang memang dah macam first trimester balik. Sangat cepat penat & mengah, esp naik turun tangga kat rumah. Jemur kain pun penat. Tapi tak nak layan sangat, dah lumrah orang ngandung kan, tak apa la. Selera makan pun dah macam ping pong, kejap selera, kejap tak. Tapi sangat suka makan roti time breakfast & supper, cicah dengan milo, perghhh! Mau nya berat tak naik 4 kilo kannnn. Ni laki aku tak balik lagi, kalau dia dah balik mau dia ajak jalan-jalan cari makan. +____+ Owh pastu sangat rindukan masakan bonda ku, lama sungguh mak abah ke europe, sebulan tu, cepat la minggu depan, tak sabar tunggu diorang balik!
*
Speaking of laki nak balik, mak tengah menghitung hari ni uolsss, 17 hari lagi ke 8hb Julai. Marilah sama-sama kita berdoa agar dia dapat sign off. Insyallah.... rinduuuuuu!!!
*
*
Ok lastly, mak buyong at 31/32 weeks. Tak kose nak amik gambar sendiri, curi gambar dari album ecah. Comel kan aii? Ihiks. Bye.
*
ini time baby shower hari tu, at 29 weeks. =) Liza totoi buat profie picture FB dia, aww.


Wednesday, June 15, 2011

10 more.

10 more weeks to go!
*
Alhamdulillah, dah 30 minggu aku ngandung rupenye.
Sekejap je masa berlalu. Rasa macam baru je blur-blur tengok pregnancy test punya result. Tak tau positif ke tak time tu. *__*
*
First time upload gambar ni di sini. The very HPT kit =).
Tuesday 14.12.2010, 7.34am.
At that point of time, coincidently, I was reading the novel in the pic. Harvesting the Heart by Jodi Picoult. Cerita pasal baby + motherhood.
Inai masih merah. ^_^
*
*
Rupanye memang bukan senang mengandung ni. In short, tolong lah jangan derhaka kepada ibu anda semua. Tak tertanggung peritnya mengandung ni, apatah lagi sakit nak bersalin. Setiap kali teringat semua dosa diri sendiri dengan mak, macam mana dulu selalu sakitkan hati mak, rasa menyesal tak sudah, rasa bersalah yang amat. Sedih. Sesal. Ya Allah, ampunkan lah dosa-dosa ini.. Ampunkanlah dosa kedua ibu bapa ku...
*
*
Next monday, 20th june, will go for my monthly check up. So updates for the pregnancy thingy next week la ye.
*
*
Sekarang ni tengah happy & berdoa dengan extra bersungguh semoga Allah makbulkan doa kami suami isteri untuk sang suami sign off di Bintulu on 8th July! Tadi dia hantar email :

Baby syg...
Ni jadual kapal SS Seri Bakti.

15 Jun - 1500hrs Anchor Suez.
16 Jun - 0000hrs Transit canal
- 1200hrs clear canal
19 Jun* - Pick up PASKAL team
28 Jun* - Transit Malacca Straits
3 Julai - Arrival Yung An
4 Julai - Departure Yung An
8 Julai* - Anchor Bintulu = Abang balik ^_^

Love u both honey syg!
*
*
Ish, tak ke happy? Anchor Bintulu = Abang balik. Tu yang best tuuuuu!!!
Surat semua dia dah hantar, chief engineer cakap okay, captain pun okay & dah forward surat dia kat office. Semoga dipermudahkan segalanya. Tak nak mengharap sangat sebab faham sangat dahhhh bab-bab nak sign off ni macam mana kann, tapi xpe la, nak happy gak!
Tak sabar wehhh nak jalan-jalan dengan dia!
*
*
^__________^

Saturday, June 11, 2011

Sedih Minum Kopi

Boleh memang boleh.
*
Memang boleh minum coffee, be it black or white bila pregnant. Tapi moderately lah kan. Couple cups of coffee daily won't do any harm, especially bila dah lepas the first trimester. Ini from my reading.
*
*
Tapi lagi best dan bagus kalau di elakkan terus sampai lepas pantang. I did avoid taking coffee untuk 29 minggu 3 hari. Namun akhirnya hari ni tewas. +____+.
*
*
Isk, teringin sangatttt petang tadi. I smsed razmin, asking him if it's alright for me to have a cup, okey bukan, a GLASS of coffee. More specific, the new NESCAFE IPOH WHITE COFFEE. Satu rumah ni suka, esp mak & abah. Terbayang-bayang aroma nya yang sangat menggoda setiap kali bancuh untuk abah. Punya la kuat iman selama ni, lepas kacau-kacau guna sudu, terus campak sudu dalam sink, sikit pun tak curi-curi minum.
Razmin cakap minum la kalau teringin tapi campur air banyak sikit, jangan pekat sangat. Yeahh!
*
Perghhhh, sedapnya! Tapi sebelum minum tu dah siap makan betik 3,4 potong, minum air masak segelas. Teorinya adalah nanti anak aku rasa coffee yang dah dicampur dengan betik & air masak, takde la direct masuk coffee. Jangan percaya sangat, ni teori aku sendiri sebab dah rasa bersalah kannn sebab minum nescafe time ngandung. +____+
*
*
Pape pun, despite rasa bersalah, ada rasa puas yang tak dapat digambarkan. Ekeke. Harap-harap anak aku tak marah. Dan dengan ini aku janji tak minum sebarang jenis coffee hatta ceklat kopiko sekalipun lepas ni sampai la aku dah habis pantang. Gitu.
*
I hate you. *__*
*
*
*
And for a friend whom i miss so much, congratulations! You deserve it more thn anyone else. I always believe in you all this while, i adore your hardwork from far. You'll make a good doctor, Pa'a. Since i know you, you always manage to mend all kinds of hurt and sickness with your bright smile. That's a good start. Congrats again & may Allah bless your journey. Love.

Thursday, June 9, 2011

Boleh kan?

Antara-antara tarikh-tarikh ni, yang mana agaknya?
*
*
3 Julai 2011 : Yung-an, Taiwan
*
8 Julai 2011 : Bintulu
*
25 Julai 2011 : Idku, Mesir
*
*
*
Isk.. tu tarikh-tarikh Seri Bakti masuk port next month. Razmin cakap captain cakap ada crew change kat Bintulu. Sebab crew change akan melibatkan ramai officer sebab time dia sign on hari tu pun sekali dengan 2nd engineer, 3rd engineer, admin officer, pastukalau tak silap ada 2 orang 5th engineer yang dah due nak sign off jugak. Captain pun nak sign off jugak. So elok la buat crew change kat Bintulu kan, yang nak sign off ramai, yang nak sign on pun haruslah ramai jugak kan, so dah boleh jimat flight tickets & hotel, kan kan kan? KAN?
*
*
Walaupun dah faham sangat takde yg certain bab-bab sign on/sign off ni TAPI please please pretty please, biarlah 8 Julai. *____*
*
Rindu ni. Rindu gilos.
*
*
Pastu kaki asyik cramp, perut dah makin besar, nak tunduk urut kaki dah susah, maka saya perlukan suami saya. Boleh KAN?
*
*
Tsk tsk tsk.

Monday, June 6, 2011

Kenangan Lalu Mengusik Jiwa

Alhamdulillah. Dah masuk third trimester. Tinggal lagi 2 bulan lebih sebelum lahirnya budak tembun ni, insyallah. Macam-macam perasaan sekarang. Kalau 7 bulan lepas otak and hati lebih fikir kepada macam mana nak harungi this pregnancy tapi bila dah sampai this stage, fikir pulak pasal bersalin, pasal preparation, pasal belanjawan, pasal nak jaga baby, pasal pantang. Isk, banyak la puloks. +___+
*
Tapi bagi yang mengenali aku, rata-rata tau yang aku ni jenis relax, tak gelabah mana pun & an easy person. Okay, puji memuji diri sendiri di situ. Tapi mungkin sebab aku ni jenis tenang macam tu, aku jadi okay jadi bersuamikan pelaut/pelayar/jurutera marin. Rindu memang ler rindu, 6 bulan tak jumpe ko, tapi relax-relax je, hidup mesti terus, takkan nak meroyan. Gitu. So aku akan buat preparation mana yang termampu, dalam time frame yang tak menyesakkan napas. Apa yang penting, ukur baju di badan sendiri, jgn terikut-ikut dengan orang, jgn ikut nafsu. Ingat tu nyah.
*
*
Tapi entry kali ni bukan pasal preparation. Kali ni entry kenangan lalu mengusik jiwa. Aku tengah cuba nak ingat balik the pregnancy journey yang aku lalui untuk 7 bulan yang lepas, esp bab mabuk-mabuk, bab teringin, apa yang aku boleh makan atau tak, perangai-perangai pelik, semua-semua lah. Untuk tatapan di masa hadapan, untuk perbandingan dengan pregnancy yg akan datang (insyallah kalau ada rezeki lagi Allah nak bagi) & untuk suami aku baca bila dia dah balik nanti. Baca banggg, jangan tak bacaaaa, rasailah apa yang ai rase bang. kehkehkeh.
*
*
FIRST TRIMESTER
1. Bau ikan goreng adalah satu penyeksaan. Kalau mak goreng kat dapur, dari pagar depan umah dah boleh bau. Isk, benci.
2. Tahap kekerapan muntah adalah bergantung kepada berapa kerap aku makan. Kalau 6 kali aku makan, 6 kali la aku muntah. Sekali muntah, keluar semua isi perut.
3. Sebulan yang pertama, masih boleh control muntah untuk sempat sampai ke toilet. Lepas tu, memang wassalam, di mana ku berada, di situ kita bertemu. Makanya, air sickness bag adalah peneman setia. Terima kasih kepada parents aku, abg long & tasha sebagai frequent travellers yang 'tapaukan' air sickness bag untuk aku. Muahhh.
4. Sangat sukeeee nasi goreng seafood dari carlos (kedai kat umah aku). Boleh dikatakan tiap-tiap malam untuk sebulan pertama tu suami tercinta belikan.
5. Sangat sukeee burger tepi jalan, tapi yang gerai tepi shell USJ 9 saje, burger otai yang jadi kegemaran seisi keluarga tu mak tak sokaa.
6. Sangat sukeee susu strawberry, seminggu sebelum tau pregnant dok telan dah susu strawberry padahal seumur hidup paling tak suke susu strawberry.
7. Tapi kejap je suka susu, lepas tu sampai end of first trimester memang tak bleh telan susu. Muak. Apa saja jenis susu, termasuk milo.
8. Pengunjung setia toilet. Biasa la kan, awal-awal pregnant semua orang pun camtu kann?
9. Tak suke jeruk, tak suke benda masam-masam. Mula-mula makan jugak nak hilangkan loya tapi tak jalan, keluar balik.
10. Tak boleh minum air panas hatta air suam sekalipun. Hari-hari minum air sejuk. Air peti la, ais tak sangat. Untuk hilangkan loya pun minum air sejuk. Sejuk perut ibu mengandung. +__+
11. Badan selalu panas time tidur. Tapi ni time razmin ada je sebab dia akan jadi mangsa sejukkan tuala, rendam dalam ais untuk aku lap badan sebelum tidur. Bila dia naik kapal terus okay. Anak nak mengada dengan bapaknye la tu kot.
*
*
SECOND TRIMESTER
1. Masih lagi muntah-muntah, tapi masuk pertengahan 4 bulan, alhamdulillah dah okay terus.
2. Bila travel untuk cuti-cuti, segala jenis mabuk hilang. Hehe. Holiday kat sabah, PD, pergi melaka, balik terengganu, semua okay, takde pulak muntah. Gi sabah & balik terengganu naik flight pun okay. Memang kuat berjalan anak aku nanti agaknye. Like.
3. Awal 4 bulan, kena asthma attack. Dua minggu jugak semput, kena pakai neb kat hospital. Batuk macam orang sakit batuk kering. Memang seksa tapi dugaaann, so layannn.
4. Second trimester ni jugak 3 kali kena urine infection. First time at 18 weeks. Sakit. +__+
5. Selera makan macam juara makan sedunia. Makannnn je manjang. Semua pun sedap esp nasi, hehehe.
6. Mengidam limpa lembu. Hehe. Ni je benda yang aku betul-betul mengidam. Yang lain semua aku teringin je, kalau tak dapat pun takpe. Tapi limpa lembu ni memang aku nakkk sangatt, sampai teringat-ingat, kecur air liur setiap kali terbayang. Dua insan yang baik hati iaitu Kak Kasmi & Kak Ani, anggota polis kat mahkamah bermurah hati masakkan untuk aku limpa masak hitam & rendang limpa. Memang sengih sampai dalam tidur, alhamdulillah.
7. Sangat suka masak bihun goreng! Masak ye, bukan beli kat kedai & makan. Boring kot family aku makan bihun je selalu tapi aku suke!
8. Sangat suka masak! Mak aku pun pelik sebab time dia pregnant baby boy dia malas masak, tapi aku lak suka nau masak. Balik kerja je masak untuk dinner. Masak ye ye lak tu. Nak join masterchef gamaknye anak aku ni. ^__^
9. Suka buah betik. The only buah yang aku makan sampai sekarang ni. Mak aku akan pastikan sentiasa ada betik yang dia dah siap potong-potong masuk dalam tupperware, simpan dalam fridge, senang aku nak makan anytime. Thank you mak! Me loveee youu!
10. Sangat bertenaga kalau tak sakit. Macam tak pregnant pun ke sana ke mari sorang diri. Aktiviti shopping barang baby dimulakan bila masuk 6 bulan. Tak banyak mana pun, sikit-sikit je dulu.
11. Sangat suka ice cream walls selection, cookies & cream. Rasanya dah 4 tub aku makan sorang-sorang. Isk, sedapnye!
12. Sangat suka nugget ayam brand marina. Brand lain tak suka. Kalau dah start goreng, rasanye 8 ketul pun boleh aku habiskan sekali makan.
*
*
Hmm..rasanya setakat tu je kot yang aku ingat. First trimester memang banyak hal sikit aku ni. Tapi alhamdulillah masuk second trimester selera makan tu dah ada. Masuk third trimester sekarang ni dah mula control sikit food intake, esp nasi. Takut diabetic sebab akan berlaku peningkatan berat badan yang kejam di 3 bulan terakhir ni. T___T. So far alhamdulillah masih urine negatif sugar & protein, berat badan pun naik steady je setiap bulan. Semoga tak ada pape sehingga akhirnya, insyallah.
*
*
Okay bye. Nak try tidur lak ni. Buntang je mata ni melayan si tembun yang dari tadi sakan menendang. *___*

Wednesday, June 1, 2011

8 bulan. 8 months.

Bukan 8 bulan mengandung. Mengandung 7 bulan.
*
*
Tapi dah 8 bulan bergelar isteri kepada Mohd Razmin.
*
*
8 bulan bernikah.
4 bulan suami di depan mata.
4 bulan lagi dia di lautan, aku di sini.
*
Insyallah, kurang 2 bulan lagi, bertemu kembali.
*
*
In 2 months time, he can finally SEE me laugh at his silly jokes, instead of HEAR me laugh at his silly jokes.
*
*
*
Rindu bhaiiiiii.
*
*
Thank you Allah, for him.
Thank you Allah for this marriage.
Thank you Allah for our baby.
*
*
Thank you abang, untuk semuanya.
No, I dont mind waiting for you, if it is YOU i am waiting for.
Worth every second.
*
Okay jom langgar dinding.
*___*