Mari sambung... =)
*
Bila Razmin bagitau yang baby ada problem, aku terdiam. Semua orang dalam bilik diam. Takut nak bertanya tapi akhirnya aku tanya jugak, walaupun aku sumpah tak nak tahu masa tu, aku takut sangat sangat. Aku tak pegang lagi anak aku, aku tak dukung lagi anak aku... Ya Allah... =(
*
Razmin cakap dia tak berapa tahu, nurse cuma cakap baby ada breathing problem, dia macam struggle untuk bernafas secara normal, details yang lain, kena tunggu Paed brief... Aku terus pejam mata, aku tak nak dengar apa-apa lagi, aku tak nangis, tapi dalam hati aku cuma berdoa agar anak aku selamat & dilindungi Allah... Aku terlalu takut masa tu, mujur ada suami, family & kawan2 baik aku dalam bilik dengan aku, pandai diorang tukar topik & sembang-sembang, tak nak bagi aku risau, walaupun aku tau semua orang pun risau..
*
*
Dalam setengah jam, masuk Paed untuk baby aku, Dr.Roliza. Cantik orangnya, lemah lembut.. Dia kenalkan diri kat semua yang ada & terus brief aku pasal Riyadh.. Katanya Riyadh ada breathing problem, dia sangat struggle untuk bernafas secara normal & bunyi pernafasan dia sangat kuat bila kat Nursery untuk the 1 hour observation. Bila check, oxygen saturation dia sangat rendah, dalam 60-70 sahaja, normal 100, and untuk newborn, condition tu sangat bahaya.
*
Aku terdiam, semua orang pandang aku tapi aku tak mampu nak cakap apa-apa.
And aku ingat itu je.
*
Tapi rupanya... Paed cakap lagi, diorang dah buat x-ray kat anak aku.. Sedih aku, belum apa-apa anak aku dah kena x-ray.. Dah check breathing semua, Paed cakap dia ada lung infection.. Ya Allah... Lepas tu sugar level dalam badan dia rendah dari biasa... Aku dah tak tau nak fikir apa time tu, dengan lemah badan lagi, dengan pening-pening, and aku tau Paed tu kesian tengok aku tapi dah jadi tanggungjawab dia untuk explain kat aku & Razmin as parents apa yang berlaku..
*
Ada lagi..
*
Paed cakap baby kena put on oxygen, and diorang letak dia dalam oxygen globe *kot* and diberi 10liter oxygen untuk bantu dia bernafas.. Paed tu cakap lagi, anak aku tak boleh feeding untuk 48 jam, dia cuma akan di drip dengan glucose untuk pastikan dia ada tenaga.. Drip. Anak aku dah dicucuk jarum tak sampai 2 jam hidup di bumi Allah ni... Sedih sangat time tu...
*
Paed cakap Razmin boleh pergi tengok Riyadh, aku pun sama, parents sahaja and ayah aku cakap kat Paed tu, "takpe lah doctor kalau tak boleh dukung pun, tapi boleh lah kan kitorang tengok cucu through tingkap nursery kan?" Penuh harapan ayah aku tanya Dr.Roliza tu... Aku faham, sebab ayah aku memang excited sangat-sangat nak jumpa cucu dia, and dia yang banyak beli macam-macam untuk anak aku.. Tau doctor jawab apa? Dr.Roliza cakap, "Maaf cik, parents saja yang boleh jumpa & baby bukan kat nursery, tapi kat NICU - Neo-natal Intensive Care Unit".
*
*
Panggg!!! Anak aku di ICU...! Masa tu aku terus pejam mata rapat-rapat, cakap terima kasih kat Paed and aku tak nak dengar apa-apa dah. Susah betul aku nak telan semua ni...
Tak lama lepas tu, ayah aku kejut aku, dia cakap Razmin dah masuk NICU & tengah video call aku, untuk kitorang semua tengok anak aku... Tu dia, anak aku, dengan wayar berselirat, duduk dalam oxygen globe, hanya pakai pampers.. Sungguh, aku tak sanggup nak tengok lama-lama, sebak rasa hati aku... On the other hand, aku bersyukur dia masih bernafas.. And aku bersyukur aku masih di bawah pengaruh ubat bius, aku pening-pening, aku terus tertidur....
*
*
16 AUGUST 2011. TUESDAY
Selepas mengharungi satu malam yang sangat menyakitkan sebab ubat bius dah habis, akhirnya hari esok tiba... Pagi-pagi lagi subuh hari nurse datang lapkan badan aku, tukar pad, tukar cadar, tukar tiub kencing, tukar hospital gown, bersihkan badan aku and dalam pukul 8, gynae aku datang untuk check luka c-sect... Alhamdulillah luka okay & gynae cakap aku kena bed rest untuk the whole day sebab tak kuat lagi untuk bangun.. Fine.
*
Tapi memang tak lah kan, hati seorang ibu, aku meronta-ronta dalam hati nak jumpa Riyadh.. Aku suruh Razmin call nurse counter, tanya NICU bukak pukul berapa & diorang cakap buka pukul 10 pagi. Pukul 9, aku page nurse counter, datang nurse kat bilik, aku cakap aku nak buka tiub kencing. Nurse tu tanya aku, aku dah boleh bangun & jalan pergi toilet ke, aku cakap aku dah boleh, aku tipu sebenarnya. Dia pun buka tiub kencing tu, and lepas dia keluar, aku minta Razmin page nurse untuk minta wheelchair pulak.
*
Razmin memang berkeras tak nak bagi jalan tapi aku dah nangis-nangis, aku cakap aku kena bangun & jumpa Riyadh, aku tak pegang lagi anak aku, aku cuma kiss dia sikit dalam OT semalamnya, itu saja! Razmin mengalah, dia kesiankan aku mungkin...
*
*
*
Nurse datang bawa wheelchair and aku gagahkan diri bangun dari katil, jalan sikit walaupun pening nya Allah yang tau, sakit kat tempat operate tu memang tak tertanggung tapi malas nak fikir.. Razmin cakap kat nurse dia sendiri akan tolak aku ke NICU, so kami pun ke NICU...
*
Sampai di NICU, kami tekan alarm, Nurse bukak pintu, kami kenalkan diri, cakap nak tengok baby... Nurse suruh kitorang sterilize tangan, pakai lab coat, pakai selipar yang disediakan & aku pun berjalan ke satu bilik ni... Aku nampak ada dua baby, tapi aku terus tahu yang mana satu anak aku...
*
*
*
-stop kejap, nangis ni.-
*
*
Aku akhirnya sampai kat anak aku, my baby... Ya Allah, comelnya dia, mata dia terkedip-kedip.. Kat badan dia ada tak kurang dari 3 wayar... Tangan dia berbalut sebab kena drip, kaki dia ada sensor dipasang untuk monitor keadaan dia.. Dalam mulut dia ada tiub dimasukkan untuk keluarkan angin takut dia kembung... Hanya kepala dia yang aku tak boleh sentuh sebab dalam oxygen globe...
Aku terus menangis, menangis sungguh-sungguh, Razmin peluk aku, minta aku sabar.. Dia tenangkan aku, cakap semua akan okay.. Dia cakap lupakan yang di depan mata, tapi tengoklah anak kita, comel kan dia? Dia memang tembun sangat.. Merah kulit dia, walaupun menggelupas tapi dia comel.. Lebat rambut dia, hitam, cecah tengkuk kat belakang.. Hati aku meronta-ronta nak dukung dia, aku nak peluk cium dia tapi aku cuma boleh usap kaki & tangan dia.. Even badan dia pun aku just boleh sentuh sikit-sikit sebab penuh wayar...
Hilang semua kesakitan aku, aku cuma nak bersama dengan anak aku... Staff nurse yang jaga NICU datang, bagi aku kerusi.. Dia cakap Riyadh baik, tak nangis & tak meragam... Aku masih menangis time tu.. Aku panggil-panggil nama dia, and dia macam faham, dia bukak mata dia sikit, aku pegang jari dia, dia genggam jari aku balik... Aku bahagia sangat-sangat... Aku tau anak aku tau aku datang...
*
*
Untuk seharian tu, aku memang kat NICU, aku baca Yassin, aku sembang-sembang dengan Riyadh walaupun sambil berjuraian air mata aku... Razmin keluar masuk NICU untuk jumpa dengan family & kawan-kawan yang datang,and Razmin akan datang ambil aku bila time makan.. Bila dia free, kami sama-sama duduk dengan Riyadh, sapukan dia baby oil sebab kulit dia menggelupas agak teruk... Hanya itu sentuhan yang aku dapat beri anak aku time tu... Ye, memang ralat, memang sedih tapi Allah itu Maha Penyayang kan... Allah itu Maha Adil...
*
*
Exclusively, ini gambar-gambar Riyadh masa dia kat NICU waktu umur dia 2 hari... Sumpah, aku dah lama tak tengok gambar-gambar ni, bila aku tengok balik, memang aku nangis sangat-sangat... Hati seorang ibu... Walau kuat mana pun aku, pregnant sorang-sorang tanpa suami, harungi macam-macam seorang diri tapi bila tengok gambar ni, aku memang tak boleh nak jadi kuat...
*
*
*
*
3.79kg, 56cm...
*
Tiub dalam mulut, memang buat dia tak selesa, asyik terjelir lidah dia... Memang meruntun hati aku...
*
*
*
Tapi Riyadh anak yang baik, anak yang kuat... Dalam aku menangis di sisi dia, dia masih menenangkan aku dengan senyuman dia... Terima kasih sayang...
TBC.

3.79kg, 56cm...*
Tiub dalam mulut, memang buat dia tak selesa, asyik terjelir lidah dia... Memang meruntun hati aku...*
*
*
Tapi Riyadh anak yang baik, anak yang kuat... Dalam aku menangis di sisi dia, dia masih menenangkan aku dengan senyuman dia... Terima kasih sayang...TBC.