Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, October 7, 2012

My kind of saturday

Kalau razmin kerja, hari sabtu pertama & ketiga setiap bulan adalah hari ku membeli stok ayam ikan sayur buah & sesekali daging. Stok untuk 2 minggu, untuk aku & riyadh. 

Pagi sabtu lepas bagi riyadh breakfast & mandikan dia, aku hantar riyadh pergi rumah kak siti, babysitter riyadh. Babysitter riyadh memang terbaik, dia tak kisah malah sangat suka. :) Lepas hantar riyadh, aku terus ke mydin. Pukul 9.30 biasanya aku sampai. Hari ahad memang ada pasar tani kat taipan USJ 10 tapi harga berganda dari mydin, tak padan dengan pasar tani kekdahnya, pasar lah sangat!

Aku suka beli sayur kat mydin, sayur paling mahal adalah broccoli, itu pun rm7 sekilo. Kalau kat pasar tani rm12 sekilo. Sakit jiwa kan? Tomato kat mydin adalah termurah, rm2 sekilo. Itu belum masuk sayur mayur hijau, dalam 50sen 60sen je seikat. 

Fresh? Fresh la koo, and antara sebab aku pi hari sabtu adalah kerana hari sabtu mereka stock up sayur fresh fresh! Ikan ayam depa stock up hari-hari so no worries. 

Oh fresh milk juga adalah murah. Kalau goodday kat luar paling murah pernah aku jumpa is rm6.20, paling mahal rm7. Kat mydin, rm6. Ala memang la 20sen je tapi kalau sekali beli dalam 6-7 kotak, kan dah save tuh hehe. Ok fine, tak jauh beza ye. Ha fresh milk dutchlady. Kat luar rm6 khenn? Kat mydin rm5.30. 70 sen tuuu beza. :) Yang nak cari brand farm fresh, kat mydin pun ada farm fresh :) Fresh milk ni tak kisah brand apa pun, sama je. Yang penting fresh milk yang di pasteur & homogen ye, bukan yang disteril or UHT. 

Pergi mydin dalam sejam, balik rumah basuh semua lauk-lauk bersih-bersih, mana yang nak dimarinade kita marinade, masuk plastik baru, simpan dalam freezer. Setakat ni alhamdulillah, ngam-ngam 2 minggu, lauk akan habis tak membazir :) Sayur pulak beli stok seminggu, beli banyak2 nanti dah tak fresh kan, esp daun hijau. Yang lagi seminggu tu beli kat kedai runcit dekat dengan rumah kak siti, sekali beli rm1 je pun paling mahal so total rm5-rm7 max. :p

Berkira? hehe bukan berkira tapi berjimat cermat uols, nak masuk rumah baru tak lama lagi ni. Nak dapat kunci minggu depan insyallah, so takkan nak tengok kunci serangkai tu je kan, haruslah nak pasang itu ini. Nak harap razmin je bayar semua memang boleh sangat kan tapi itu kan rumah aku jugak, nak jugak cakap nanti, "yadh, kipas ni mama yang beli tau" ekeke kipas je ko mampu ye? Semoga dipermudahkan, amin!

Siap semua, masak dinner riyadh, pastu pergi berurut. Pergi urut sebulan sekali je. Ah heavennye! Pastu treat myself with fast food. 2 minggu sekali makan fast food, rasanya boleh dimaafkan kan kan kan? ngeh ngeh. Hari-hari masak maaaa.Today i had mcD samurai burger. Peh peh pehhhh! Rasa nak makan lagi esok. eh? And dalam pukul 3 or pukul 4, amik riyadh, layannnn dia sampai lah pagi senin nak pergi kerja semula. Yeah i know, my life is so simple but this is my ultimate satisfaction. :)

So this is my kind of saturday ^.^

The sayurs. Ada bayam, sawi bunga, terung, bendi, kacang buncis, peria, broccoli, cauliflower, carrot, capsicum, pumpkin & butterhead sald. Buah pulak ada lemon, pear, apple & dragon fruit.

Besen purple utk mak. Ada cencaru, siakap, tenggiri & kerapu. Besen kuning utk riyadh. Ada ikan merah, ikan sardin, tenggiri & anak kerapu. Ada chicken drumstick & tulang rusuk mak nak masak kari slurrrppp, nantikan!

Wednesday, October 3, 2012

Favourite breakfast


Bread butter pudding

This is riyadh's current favourite breakfast. Makan ni hari-hari pun takpe budak nih. Tapi taknak lah bagi hari-hari kan, aku pulak yang bosan nengoknya. Tapi sirius dia suka. Tanda dia suka is dia akan mengadap je bekas puding roti nih sampai habis puding tuh. Aku tak pernah bagi lagi, babysitter dia yang cerita. Puding roti ni aku buat malam, sejukkan, letak dalam tupperware pastu letak dalam fridge, buat depan-depan dia, ralit dia tengok benda alah ramekin tu membakar dalam microwave.


Fresh from oven


Ke babysitter



Resepinya adalah mudah sangat sampai aku rasa tak layak dipanggil resepi hehehe.

2 keping roti wholemeal, carik-carik buh dalam ramekin.
Pastu tabur kismis, kismis hitam ye, kismis kuning ada sulfur utk preserve rasa so BIG NO. Or nak tabur buah apa sekali pun tabur lah, pisang pun sedap!
Pastu tuang fresh milk (setahun ke atas) kasi rendam sama itu roti.
Pastu cairkan butter dalam satu sudu besar, tuang semuanya dalam ramekin tu, gaul-gaul sikit kasi mesra sama itu susu.
Tabur grated cheese. Kalau tak tabur pun takpe aih, saje je aku menabur.
Bakar. Aku pakai microwave so auto bake dalam 8 minit, puding tu jadi keras keras tapi lembik, sesuailah dengan riyadh yang baru nak masuk 4 batang gigi.

Monday, October 1, 2012

Happy Anniversary! (the second)

My dear husband;

We've been married for two years, happy anniversary sayang :)

Thank you for everything, seriously, THANK YOU.

You make me a better person, in and out.

You are a great husband, even greater as a father.


I love you, and i will always do.

Masak & Egg Benedict

Suka sangat dengan environment office baru ni. Suka esp bab makan. :)
Sejak masuk kerja tempat baru ni, dah 3 minggu pun, tak pernah sehari pun aku beli makanan untuk lunch, except for semalam, itu pun beli nasi putih je sebab tak sempat masak nasi kat rumah.

Best kan? Bukannya masak lauk beriya pun. masak satu lauk je pun. Pastu orang lain masak lauk lain-lain, pastu share, maka meriah lah lunch kami.

Macam semalam aku bawak labu masak lemak, kak Izza bawak ayam masak pedas & kak Emi bawak kerabu seafood suhun, perghh!! Hari ini aku pulak masak main dish, so aku bawak ikan siakap stim, chinese style. Alhamdulillah, memang banyak save duit. Ye lah, bila ramai-ramai suka bawak bekal memang jadi semangat nak masak. Ala tak berat pun kan, masak satu lauk je, macam stim ikan ni , campak semua pastu dah.

Brekafast aku bawak dari rumah jugak, simple-simple je macam roti or sandwich or kalau rajin masak bihun, nasi goreng & egg benedict.

Ini resepi egg benedict. Resepilah sangat. Ini copy dari blog maghfarah. Dia kan pandai masak untuk baby, so ini copy buat adult version, buat untuk baby pun boleh tapi make sure telur masak sepenuhnya la ye.


Steps :
Letak roti sekeping dalam ramekin. Rupa ramekin tu macam ni, belil kat daiso tapi tak kisahlah kan bekas apa pun, janji dapat lengkungkan roti & tahan panas nak stim.

Lengkukkan roti, pastu letak lah apa-apa filling nak letak, utk mak bapak riyadh biasanya aku letak hirisan sosej pastu tabur grated cheese, utk riyadh pulak biasanya letak hirisan carrot, broccoli & tabur cheese jugak.

Lepastu pecahkan sebiji telur & sprinkle serbuk lada hitam tak kisahlah banyak mana pun, ikut kesukaan.

Lepas tu stim, bakar pun boleh tapi aku tak pernah buat so tak boleh nak share resepi hehe. Kalau nak bagi ala-ala macam gambar atas, stim 5 minit. Kalau nak betul-betul masak, 8-10 minit dengan syarat bila letak bekas dalam pengukus tu air dah menggelegak.

Lepas tu siap, potong kasi telur kuning leleh, wallaaaaaaa!

Selamat mencoba. :))

 

Tuesday, September 18, 2012

Sepi seorang perindu

Eceh tajuk kemain lagi. Kuntum sangats. Haha ini namanya tajuk spontan, sebab tengah dengar lagu sepi seorang perindu kat ofis ni, ha kena sangatlah dengan hati mak di pagi selasa yang sendu ni.

Suami tercinta dah selamat sign on kapal seri alam hari khamis lepas, dah selamat sampai taiwan pun semalam, sabtu ni sampai Bintulu dah. Cepat je masa berlalu kan? Harapnya cepat jugaklah 6 bulan berlalu, amin.

Riyadh okay je, mak dia yang hover demam selsema tak kebah-kebah lagi sampai hari ni. Bila papa dia sign on terus tukar mode. Manja mak aih dengan aku. Tapi at the same time behave pada waktu-waktu yang memerlukan dia sorang-sorang or tanpa aku di sisi ecewah. Ye lah kan, sebelum ni time papa dia ada mane boleh dok sorang-sorang, drama king uols, meleleh air mata.

Ni kalau aku mandi, solat, pergi dapur etc pandai pulak dia main sorang-sorang. Pastu pagi ni first time hantar dia pergi rumah kak siti awal pagi lepas 6 bulan tak hantar dia awal-awal, okay puloks, siap bye bye, siap sembang dengan fadila anak kak siti, kalau tak, aku hantar 3 jam je meraung toksah cite. Anak anak.

Alhamdulillah, dalam kerinduan kesedihan tu ada nikmat yang Allah bagi kan? He works in mysterious ways :)

Dan alhamdulillah riyadh pun dah masuk 1 tahun 1 bulan. Makin banyak akalnya sekarang ni. Semalam dah menapak 2 langkah, ha ye riyadh tak boleh jalan betul2 lagi, asyikla suruh orang dukung huehue, panjat tangga dari bawah sampai atas dah expert dah, siap boleh berhenti rehat kat tengah-tengah tangga, konsep R&R gitu. ihiks. Turun naik katil dah jadi hobi sebelum tido. Macam semalam aku dah tak larat nak tunggu dia turun naik katil berulang kali aku tertidur, tau2 dia dah tidur sebelah aku. Bagus, pandai pulak penat ye yadh, ingatkan tak penat-penat hehe.

Makin pandai faham arahan, lepas minum susu tau dah cari penutup botol susu, tutup botol pastu bagi kat aku, kalau nak minum fresh milk tau dah amik sippy cup bagi kat aku sambil bagi arahan dalam bahasa German dia. Kalau nak makan tau dah ajak aku pergi dapur pastu tunjuk nak makan apa, biasanya roti roti roti roti roti. Kalau aku mintak apa-apa barang yang dia faham, dia amik pastu pass kat aku contohnya milk (botol susu), mumble (buku), amik hello (handphone). Kalau nampak aku bawak makanan dia terus ala2 tadah tangan nak baca doa tapi aku baru bismillah dia dah amin. Hehe. Seronok rasanya tengok dia faham dan boleh respond walaupun baru masuk setahun, alhamdulillah.

Buat abang, walaupun abang sedih tak dapat tekngok perkembangan riyadh tapi abang jangan risau ye, abang balik nanti riyadh dah boleh berlari insyallah so sila lah take over hehehehe.

Ok bye uolss. Nak lunch. Oh lunch hari ni bento konsep nasi putih panas-panas & ikan sardin berapi. Zasss memang sedappp kan? Riyadh pulak lunch fish pancake konsepnya hari ni. Sebabnya tak nak makan nasi pulok. Rebus sweet potato, labu, broccoli, carrot & pear, bila empuk masukkan isi ikan (dory or salmon) pastu bila ikan dah masak, buang air rebusan tu, lenyek2, biarkan sejuk, pastu campur telur sebiji, pan fry. Siap uolss, senang dan paling penting a very super packed lunch, macam-macam ado!

No picture today, i is the very malas.

Tuesday, September 11, 2012

Tuhan jagakan dia..


Panggilan itu telah diterima. Kali ini bersama cik Seri Alam. Sign on khamis ni, 13 September. Alhamdulillah, masih route Bintulu-Jepun, insyallah akan ke sana 2-3 bulan sekali untuk bertemu suamiku, paling penting untuk si anak bertemu papanya.

Cuti razmin belum habis lagi tapi ini dah kali kedua office call untuk minta sign on lepas hantar NOR, takpelah, dah rezeki kan, kesian kat family yang menunggu kepulangan orang yang tersayang, kita gembirakan hati mereka, insyallah Allah gembirakan hati kita pula. :)

Tapi kali ini air mata menitik bila razmin telefon bagitahu tadi. Tak tahu kenapa. Semoga hati ini terus kuat. Biarlah rapuh diperli, rapuh berseorangan, asalkan hati ini kuat buat suami dan anakku. 
Hanya yang mengalami akan memahami.



Ya Allah, kuatkanlah hatiku untuk menempuh 6 bulan yang mendatang. 
Kuatkanlah hati suamiku untuk berjauhan dengan kami berdua.

Ya Allah, lindungilah perjalanan suamiku dalam mencari rezeki yang diredhaiMu buat keluarga kami.
Selamatkanlah pelayarannya, lindungilah suamiku dan anak kapal Seri Alam dalam rahmatMu Ya Allah.

Ya Allah, kepadaMu aku berserah dan kepadaMu jualah aku mengadu..
Amin ya rabbal alamin...

Monday, September 10, 2012

My Favourite Lovebirds




Ini mak abah saya. Today I want to story about my parents. But I'm not good to story in English except for cursing haha so I will story in rojak2.

Hehehe. Hi uols. Hari ni breakfast apa? I hari ni breakfast roti 2 keping disapu jem strawberry homemade dari cameron highlands, nyaman. Sampai office minum nescafe secawan sambil main FB lantas update blog sebabnya dua-dua boss tak masuk ofis lagi, maka tak ada kerja lagi untuk hari ini. Nyaman double nyaman. Ihiks.

Semalam tengah belek-belek album pi phuket ternampak gambar parents I yang sedang beromantika. Lantas I upload kat wall I, ramai puloks yang like. Memang parents I cegitu, kalah budak sekolah bercouple, comel sangatss hehe.

Awww.

Pastu bila anak-anak mengusik buat-buat malu pulak ye mak. Alololo.


Okay serious siket weh. The truth is bila ternampak gambar tu aku terus menanam azam dan tekad untuk jadi loving macam parents aku, untuk terus menyemai cinta, tak malu nak bermesra depan anak-anak hatta depan cucu sekalipun bila dah berumur. Nak selalu pergi bercuti dalam dan luar negara untuk terus mengeratkan hubungan cinta, nak spend masa sama-sama, apetah lagi aku & razmin adalah suami isteri yang dibataskan oleh masa, 6 bulan sekali baru jumpa tapi itu bukan alasan kan? 

Bila lagi jauh, bila lagi susah nak berjumpa maka lagi ketat lah hati tuh kerinduan, rindu yang membuak-buak, lebih-lebih lagi rindu kat anak. Rindu suami kat isteri, rindu isteri kat suami lagi tak payah cerita lah kan, membuak buak tapi boleh control lagi maaa. Ihiks.

Ini dah masuk cerita aku & razmin nih. Ehehe. 

Orang kata eh bukan ustaz azhar kata jodoh kita Allah dah tentukan sedari kita berusia 4 bulan dalam rahim ibu kita. Speaking of jodoh ni, kalau tengok surat beranak mak & abah aku, tempat lahir mereka adalah sama, yakni di alamat rumah yang sama di Kuala Kangsar, bezanya abah aku tahun 1955, mak aku tahun 1957. Mereka bersalin di bilik yang sama, rumah yang sama.

Cool kan? Sejak lahir dah ditakdirkan untuk kongsi sesuatu and in their case, tempat lahir yang sama.

Atuk aku belah abah & arwah atuk aku belah mak adalah saudara jauh yang merantau untuk berdagang. Yang sorang ke perak pergi berdagang, kemudian dia pass kan rumah di Kuala Kangsar kepada arwah atuk belah mak untuk berdagang, maka sebab itulah abah & mak lahir di rumah yang sama. :)

Chemistry mak & abah sangat kuat walau sangat berbeza personaliti tapi itulah kuasa Allah, they complete each other. They are not perfect but they are perfect for each other. Sepanjang aku dibesarkan oleh mereka, aku belajar erti kesabaran walau aku ni tak penyabar orangnya, aku belajar apa yang dinamakan bertolak ansur, aku belajar erti mengalah, aku belajar cara untuk mejadi isteri yang baik dan terus belajar. 

Aku belajar bahawa wang bukan segalanya tapi aku belajar cara untuk berjimat walau tak khatam2 lagi bab berjimat tuh hehe. Aku belajar cara untuk 'enjoy' duit yang ada, dan bagi parents aku, bercuti adalah cara terbaik untuk enjoy. Orang nampak macam membazir tapi orang lupa bahawa dengan bercuti kita dapat banyak pahala insyallah. Pahala mengagumi kejadian Allah, pahala menggembirakan orang-orang tersayang, pahala membelanjakan wang ke jalan yang halal, pahala mensyukuri nikmat Allah.

Macam-macamlah aku belajar dengan memerhati parents aku. Dari kecil hingga besar kita memang akan look up to our parents kan? Walaupun kecik-kecik dulu kalau kena marah dengan mak rasa macam nak packing baju nak lari dari rumah tapi lepas tu cancel plan lari rumah sebab tak tau nak pergi mana plus takde duit haha. Bila dah besar selalu tak sependapat dengan parents tapi lepas tu bila sengkek mulalah nak mengendeng dengan diorang sambil buat muka seposen. Hehehe. 

They will always love us no matter what and sekarang bila dah ada anak sendiri baru rasa betapa hebatnya kasih sayang seorang ibu dan ayah kepada anak. Subhanallah.

32 years of marriage and they still kid each other around. Sometimes rasa ewwwww abahhh makkk puhleaselahhh haha tapi dalam masa yang sama tanam tekad tanam azam tanam impian untuk berkekalan jodoh kami dan sentiasa ceria walau dah bercucu & sentiasa dimewahkan rezeki oleh Allah untuk dapat bawa family pergi bercuti-cuti at least setahun sekali, tak kisahlah jauh ke dekat. Dan doa banyak-banyak agar riyadh jadi pilot macam abang aku, insyallah sebab abang aku anak yg baik, jadi pilot yang selaluuu bawak mak abah pergi jalan-jalan. Yeay point dah sampai! :D Riyadh, tolonglah jadi pilot ye!

Sering buat umrah bersama-sama.

:)

Sejak-sejak ada fesbuk nih kemain lagi camwhoring ye mak, siap dah pandai amik gambar sendiri, pasni jangan buat mulut moncong taw, tak seswaii. Ihiks.

Malaywood.


Semoga mak & abah terus dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus beribadah kepadaNya insyallah.
Thank you for everything.
Love.

Friday, September 7, 2012

Edisi Merapu lagi.

Ye uols, mak update lagi. Lunch break di hari jumaat kan sememangnya indah. Dah masuk ofis baru ni pun lunch break masih sama seperti gomen sebabnya kat MISC Integrated Logistics nih majoriti muslim kan maka 2 jam setengah lah kite membahagiakan diri. Bahagia tak bahagia jugak lah sebab jauh sikit nak menapak ke Jusco Bukit Tinggi tuh. Takdelah jauh sangat sebenarnya tapi sebab jalan keluar masuk westports ni penuh dengan lori kontena dan seangkatan dengannya maka agak kemalasan di situ untuk drive. 

Hari ni ada jamuan raya department sambil jemputan ke department lain. Banyok weh makang! Ada nasi dagang, ada lemang, ada rendang ayam, ada lontong, ada nasi himpit kuah kacang, ada bihun, ada trifle, ada ayam goreng, ada sambal petai, ada rendang kerang, ada spagetti chicken bolognaise ehem ehem tapi bukan mak masak, DD yang masak, thank you adikku! Pastu ada kuih raya, ada cocktail, ada trifle, ada bubur jagung, ada rojak buah, ada puding karamel adoi banyok weh, sebu dah perut nih, konfem sampai malam tak makan nih. Eh ye keww? Huehuehue.

Oh lama tak cite hal rumah kan. Rasanya cite sekali je kot hehe. Rumah yang kami kongsi beli suami isteri dah siap alhamdulillah. Hanya tunggu MPK release kan CF, pastu insyallah dapat kunci, mungkin akhir bulan ni, mungkin akhir bulan depan, mungkin juga akhir tahun ni. Aku tak kisah pun bila-bila sebab tak rushing pun nak masuk rumah, read : takdop duit. Hehehe nak kena mengumpul untuk beli furniture sikit-sikit, buat kitchen cabinet & pasang grill plus lampu kipas aircond semua tu lah. Nak lengkapkan satu rumah tu mungkin tak lah kot sekaligus, lainlah kalau ai bersin je terus keluar duit khennn. Hehe. Pelan-pelan kayuh derr, nak membayar rumah ni bulan-bulan pun dah merenjis peluh jantan laki mak. :p

Sejak razmin balik cuti ni adalah 2 kali pergi tengok rumah. Yang paling best selain rumah dah siap is playground pun dah siap. Ada 3 ke 4 court untuk main badminton/takraw, pastu ada basketball court, ada jogging track plus ada play area untuk riyadh dan budak-budak seangkatan dengannya. Aku takdelah nak bersenam mana tapi dah boleh feeling petang2 angin sepoi2 bahasa dari padang tu menerjah pipi mulusku yang tengah bergusip dengan jiran tetangga hehe.

Speaking of jiran, komuniti kawasan rumah aku i.e owners untuk rumah type cassia bandar putera 2 Klang ni ada set up page kat FB untuk berkenalan. Memang happening, majoriti melayu umur2 muda macam aku eh haha. Kira dalam lingkungan 25-35 tahun semuanya, yang anak baru sorang dua tak pun tiga. Harapnya meriah lah kariah kawasan rumah baruku dan dijauhi dari hasad dengki dan dijauhi dari jiran jenis berlumba beli sofa baru hehehe.

Okaylah tu je nak bebel hari ni, nak tidur. Salam jumaat! Malam ni nak bawak DD makan nasi kukus pokku tradisi kat bandar sri permaisuri cheras yang glamer & sedap itew. Kedai sepupu aku i.e anak kakak mak aku, ore kelate, memang superb nasi kukus dia, ramai dah orang blog kan pasal nasi kukus sepupu aku nih, abg bob nama dia. Nantilah kalau aku rajin aku blogkan ye. Ok bye.

DD bersama riyadh. Belakang dd playground yang dimaksudkan. Depan dd adalah rumah aku. Gambar rumah lupa nak amik, rasanya time ni razmin tengah usha flyer nak tanam rumput hehe.

Bento set hari ini 7/9/2012. Untuk suami tercinta spagetti campur macaroni dengan gravy bolognaise ayam dd masak. Untuk riyadh pun spagetti campur macaroni tapi aku masakkan dia homemade creamy carbonara sauce sebab yang bolognaise tu kan pakai Prego tuh, tak berkhasiat untuk anak guwe. Snack masih lagi dragon fruit sebab tak habis2 lagi. Makanlah sampai lebam ye yadh. :p

Thursday, September 6, 2012

Edisi Merapu

Assalamualaikum. Hai uols.

Mak sekarang kat tempat kerja baru. Ini baru nak cerita. Aku kan dah berhenti kerja gomen bulan 4 hari tu. Berhenti sebab kontrak tak sambung, nak buat rayuan bagai & buat permohonan itu ini aku malasss. Dah tu pulak rasa nak dok rumah sementara nak cari kerja baru, nak berubah angin, bosan jugak sebenarnya dok naik turun court je hari-hari, seronok memang seronok, jumpa orang macam-macam peel tapi demi kemajuan diri sendiri ecewah aku pun biarkan diri dibawa angin. 

Seronok kerja kat mahkamah klang, orangnya semua baik2, dari Hakim sampai ke akak kantin, semua macam family, atok-atok polis pun baik-baik, memang macam atok, ayah & abang sendiri je. Yang perempuan memang boleh bergosip sampai hal dalam kain pun no hal hahaha. DPP yang seangkatan pun weng semuanya, kaki shopping, kaki ngulor eh tak lah, semua baik hati ajar aku macam-macam, dari hal kerja sampailah hal-hal luar dari kerja, thank you korang semua muah muah.

Lepas setengah bulan dok rumah, aku dapat beberapa call untuk interview lepas aku update resume kat jobstreet sambil apply sikit-sikit kot la ada rezeki kan, insyallah. Awal bulan Mei aku masuk kerja kat MISC Integrated Logistics, anak syarikat MISC tempat suamiku menghantar NOR eh company laki aku kerja lah kan. Yang empunya berpuluh kapal itew. Tapi aku kerja 2 hari je hahaha. Sebabnya third day tuh aku demam melampau, batuk melampau, menggigil gigil, rupanya kena thyroid so mana boleh nak MC bagai kan, aku pulak tetiba rasa malas nak kerja so aku hantar email tender resignation. Hahaha ko ade buat macam aku? :p

Okay nothing to be proud of pun sebenarnya sebab walaupun masih dalam legal services tapi bidang kerja jauh berbeza dengan apa yang aku buat kat mahkamah, aku cukup berminat nak belajar benda baru. Tapi takpelah, mungkin bukan rezeki aku time tu so aku redha je, sakit mati semua kan kat tangan Allah, kita tak boleh nak duga :)

Maka lepas tu bermulalah episod aku jadi housewife. Ya Allah, seronoknya memang aku bahagia sangat! Maybe kalau tak ada anak agak keboringan, dah pulak tuh laki takdop tapi dengan adanya riyadh memang tak menang tangan, happy amat aku dok bergolek dengan riyadh, main dengan dia, jadi pekdahnya bila aku naik kerja ni memang mengongoi je lah budak tuh cari aku. Nasib baik papa dia cuti lagi nih, ada jugak orang nak melayan. Tu pun by lunch time razmin akan hantar dia pergi babysitter jugak sebab nak tak nak kena train dia dok dengan pengasuh dia sebab nanti bila razmin naik kapal memang dia kena keluar rumah dengan aku pagi2 hari.

Sehari sebelum aku start kerja kitorang dah hantar dia. Naik je tangga nak pergi umah acik siti dia dah tarik-tarik baju razmin sambil mengalir air mata. Aku tunggu dalam kereta je kat bawah sebabnya kalau tak dia menangis air mata darah kot hehe. Pastu bila acik siti dia amik dia, hamik ko sampai ke bawah aku dengar dia meraung tapi kejap je, pastu diam dah. Mesti kena umpan dengan upin ipin leteww. Drama taw. Pastu laki aku cakap semalam nangis bila acik siti bukak pintu, masuk rumah nampak fadila tengah main bola terus diam, nak join main leteww. Drama lagi di situ. Hari ni tak tahu lagi sebab laki aku tak hantar lagi, tengah enak bergolek dengan riyadh katanye. Cait.

Eh lupa lak, aku kerja kat sini sebabnya sebelum puasa tuh depa call aku offer aku join balik kat MISC nih sebab senior exec nak resign so ada vacancy. Rezeki ramadhan :) depa cakap depa malas nak interview orang baru so terus call aku kot aku nak join. Alhamdulillah, aku pun dah lama sangat dok rumah, asyik berjalan ke kejenya, apa kata aku start rajinkan diri bangun pagi2 hehe. And so here i am.

Okay apa sebenarnya ekk aku nak cerita nih. Nampak sangat bosan takde kerja. Biasala baru 2 hari masuk, komputer aku pun tak pasang lagi. Ni pun gigih bawak notebook dari rumah sebab wifi lajuuuu, department legal sebelah ICT uolss, maunya tak laju eheh. Oh kat sini ada 3 legal exec termasuk aku tapi pasni tinggal 2 sebab senior exec nak resign dah. Semua pun perempuan, pastu clerk sorang. Semua pun boleh masuk kepala. Semalam first day kan aku dah sakit perut ketawa dengar diorang nih bercerita hehe. 

Office kat port klang, kat depan westports. Sejam maximum dari rumah. Dari rumah baru 20 menet! Itulah antara sebabnya aku rasa memang rezeki aku kat sini. Mungkin sekarang agak kejauhan dari rumah, pukul 7 last keluar rumah untuk hantar riyadh and gerak pergi port klang tapi by the time dah pindah rumah baru bila dapat kunci nanti insyallah akan mudah segalanya, amin.. Semoga Allah mewahkan rezeki kami sekeluarga.

Bagi yang berkawan dengan aku di FB, kot la korang perasan aku gigih upload gambar makanan dalam bento set (bento lah sangatss). Aku gigih uols masak untuk razmin & riyadh bila balik kerja. Masak untuk lunch diorang esoknya. Gigih kan aku? Haha ala laki balik 6 bulan sekali uols. 

Selama dia cuti ni hampir hari-hari masak untuk dia, bila naik kerja ni aku tetap nak masakkan untuk razmin walaupun hanya lunch sebab aku tau dia takkan keluar2 beli makanan kalau takde nasi kat rumah, dia makan buah2 cegitu je. Memanglah dia tak mintak aku masakkan tapi ntahlah, maybe sebab dia jarang ada kat rumah so aku masakkan je lah, biar simple mana pun kan, senang hati aku. Untuk riyadh memang aku masak hari-hari so ni masak untuk razmin sekali, menu diorang lebih kurang sama je lah cumanya untuk riyadh takde garam bagai. Oh aku pun bawak bento sekali jugak ke ofis :)) Colleague aku pun jenis bawak bekal & mengepam susu so yeay ada geng!

Bento untuk hari first aku kerja, 5/9/2012. Dua bekas atas tu untuk riyadh. Dragon fruit untuk snack, nasi lauk sup labu air & ayam goreng kunyit. Dua bekas yang bawah untuk bapak riyadh, nasi lauk kupang becili & ayam goreng kunyit.

Bento untuk hari ni 6/9/2012. Untuk riyadh snack dragon fruit and nasi lauk telur dadar & salmon in white cheese sauce. Bento untuk razmin, nasi lauk labu air masak sup pedas, telur bistik versi derhaka hehe & lamb patty.

Esok bento akan ku bekalkan spagetti bolognaise ayam. Sebabnya esok ada jamuan hari raya untuk department legal yang cinonet nih hehe so aku ditugaskan untuk masak spagetti dan aku telah delegate tugas itu kepada adik aku si DD untuk masak sebab dia cakap dia masak spageti sedap so kita tunggu sedap macam mana tuh. :D Riyadh dah boleh makan spagetti so balik rumah petang ni aku cuma masakkan kuah untuk riyadh jah, oh senang keje mak!

Ok bye, masa untuk buat-buat busy.

Friday, August 31, 2012

Revisiting Thailand!

Lalalalala seronoknya in few hours time we'll be leaving for our annual family vacation! Vacation yang seronok sebab abah sponsor A-Z hehe. Tambah seronok sebab ni first time razmin & riyadh join! Apsal lah aku over sangat pun aku tak tau hehe, mudah-mudahan perjalanan kami diberkati Allah dan selamat tiba & kembali.

Eceh macam jauh sangat. Pi thailand je pong. This time around holiday di Phuket! Syoknya syoknya. Last pi thailand tahun 2010 untuk family vacation di Krabi. Nak pi lagi pantai-pantai pulau-pulau nih sebab kat sana kan cantik-cantik pastu feeling2 pelancong tuh wujud sebab pi oversea-lah-sangat. Bak kata mak gue, holiday kena cop passport so kalau holiday gi Sabah Sarawak jangan lupa bawak passport, janji abang imigresen cop gedegang kat passport kitew. :D

Lepas jumaat gerak pi KLIA, abg long & abg din retis kitew tolong hantar. Sedih lah jugak sebab abg long tak dapat join sebab dia ada exam nak bawak kapal terbang baru. Kalau ada abg long & tasha mesti lagi meriah. Insyallah next year ye, lagi pun bulan 6 hari tu dah gi holiday dgn abg long kat KK.

Ok bye, nak llipat baju sebakul pastu nak jerit kejut DD bangun. Yapedaa dah pukul 12 tengah hari pun dok bongkang lagi atas katil, memang anak dara alaf baru. 

Gambar bawah ni amik feeling skettttt.

Krabi 2010. Pulau apa ntah ni, mak lupe.

Joining us for the first time ^.^

Wednesday, August 22, 2012

Aidilfitri di Terengganu

Aidilfitri yang besttttttttt! Untuk sekian lamanya semua adik beradik ada bersama untuk beraya. Biasanya tak cukup seorang dua. Seorang dua tu adalah abang long yang biasanya terbang di awan biru ketika raya & EE yang sebelum ni study kat Brisbane, Australia. Plus kehadiran budak kecik bernama riyadh yang tersangatlah bising pot pet pot pet memeriahkan suasana. Tahun lepas dia masih dibedung, tahun ni nak kejar pun tak larat dah, ihiks. Oh tema sekeluarga adalah purple. All shades of purple.

Semalam raya ketiga dah selamat sampai USJ, hari ni shoot ke taiping pulak sampai hari ahad. Ahad sampai Selasa nak berhari raya-moon di Cameron Higlands. Pastu selasa balik USJ, Jumaat sampai Isnin nak berfamily time-moon kat phuket puloks. Memang aidilfitri yang terbaek! Alhamdulillah.

Salam aidilfitri buat semua yang sudi menjengah membaca blog tak semenggah ni. Semoga syawal anda semua gembira dan ceria hendaknya insyallah. Maaf zahir dan batin andai ada yang terasa dengan posts di blog ini. Saya hanyalah manusia biasa yang terkadang laser hasil kekebalan hati bekerja dalam nature yang memerlukan kekebalan hati dan bersuamikan pelaut yang amat jarang ada di rumah justeru memerlukan saya menjadi double kebal hehehe. :DD

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. ^___^

:))



Gelak-gelak pun, menitis jugak air mata. Suamiku, jiwa dan ragaku. Tahun ni dapat beraya bersama, tahun seterusnya belum tentu lagi, mungkin dia di lautan tapi telah dijodohkan olehNya, isteri harus redha :))


The complete us.

Dengan tok & ki. Abah's parents.
 


SALAM AIDILFITRI 1433H DARI RAZMIN, ELYA & RIYADH. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya!

Aahhhh.. mari update blog. Puiiii. Memang ke lautttt lah blog nih sepanjang ramadhan. Eleh sepanjang ramadhan je kewww? Bukan sepanjang panjang hayat kewww? Huehuehue.

Tadi kena sound dengan suami tercinta "bila nak update blog lagi? abang balik ni dah takda idea ke nak update?" Hamboiiiii sentap ye banggg. Heh, Ni saya update la nih, gigih niii. Sebenarnya ramadhan ni memang tersangat sibuk esp bila puasa kat USJ. Puasa kat taiping relaks sikit sebab tak perlu masak sebab mak ayah mertua ku suka gi bazar so selaku menantu, ku lagiiii suka hehe.

Bila puasa kat USJ nih waktu banyak terisi di dapur sebab mak tak berapa sihat so masak memasak memang aku & adikku DD yang amik alih. Memasak untuk 7-8 orang yang mana 5 adalah lelaki macho, memang mencabar lah jugak tapi seronok sangat esp bila apa yang DD masak tak menjadi hahaha. Keji.

Diam tak diam hari ni dah 27 ramadhan. Ramadhan akan pergi tinggalkan kita lagi, semoga kita akn bertemu lagi dengan ramadhan tahun hadapan, insyallah, amin.. Dan semalam 26 Ramadhan bersamaan 15 ogos adalah first birthday anakku, Muhammad Riyadh Iman Bin Mohd Razmin. Alhamdulillah, dah setahun dah my baby. Akan ku update dalam entry berasingan ye, promise!!! ^.^

Riyadh turns 1 ^___^ Cupcakes dari kak shaz untuk orang dewasa, riyadh tengok je aaa. Figurine penguins sempena favourite cartoon character riyadh, mumble from happy feet. Memang happy sungguh riyadh tengok cupcakes ni, habis tercabut kepala mumble dibuatnye.

Tak ada celebration besar-besaran pun. Mula-mula dah booked nak buka puasa kat Alicafe Tigarasa Restaurant yang meletops sekarang ni tapi last minute terpaksa cancel sebab adik aku, Q, tak ada sebab outstation so tak bestlah tak cukup korum kan. Insyallah akan reshedule bila semua orang ada.

Esok dah hari jumaat, insyallah lepas buka puasa kitorang nak balik kampung, balik konvoi 3 kereta ke terengganu kampung nenek ku di Dungun. Siries tak sabar sangat-sangat nak beraya tahun ni sebab riyadh dah besar. Tahun lepas raya kat USJ je sebab riyadh baru umur 15 hari, pakai baju melayu pun tak semenggah sebab kena bedung hehehe. 

Kali ni memang semangat habis-habisan lah nak raya dengan anak, tambah lagi razmin tengah cuti memang rasa bersyukur sangat2! Raya kat terengganu 3 hari pastu hari ketiga balik taiping, dok sana seminggu sebelum aktiviti cuti-cuti ke cameron highlands & phuket pulak. Pastu masuk kerja kat tempat baru lepas 5 bulan goyang kaki goyang vontots kat rumah, sobs.

Sebut pasal riyadh nak beraya ni, aku terasa nak update pasal baju raya riyadh. Kasi can lah ekk, tahun lepas apa update pun tadak sebab pakai kain batik berparam berpilis, tahun ni memang excited nak update pasal riyadh beraya sebab tahun depan belum tentu aku rajin nak update hehe.

Tapi ni update sebab nak mengenang budi baik tokki, tokwan & ayoh Z yang banyak belikan baju raya untuk riyadh time diorang pergi LA & Las Vegas awal tahun ni. Rasanya separuh dari baju raya riyadh diorang yang belikan. Riyadh memang bertuah sangat-sangat, semua sayangkan dia, macam-macam hadiah riyadh dapat, alhamdulillah, setiap anak itukan pembawa rezeki. :)

And of course thank you untuk papa jugak sebab belanja riyadh baju baru & kasut. Tak dilupa mama riyadh yang belikan riyadh 3 pasang baju tidur raya untuk riyadh kat Fiffy, rm10 sepasang je uolsss hehehe. Mak jemah kan tak kejeeee, fulus nan hado, memang usha yang ada tag 50% diskaun jeghss, ihikss.

Baju tidur raya riyadh :) 3 di bawah dari Fiffy. Comel je seluar tu macam seluar track orang besar pergi jogging hehe. RM5 je selai seluar tu, sapa nak mesej mak ye, while stock lasts, mak boleh tolong belikan hehe. Baju tu pun RM5 jugak. Mix & match gitu. Eh 2 pasang baju tidur yang kat atas tu baju tidur mahal papa beli. RM20+, mahal la kalau compare dengan baju mama beli ihiks. Sepasang pakai malam raya, sepasang lagi pakai kat taiping, fair & square.

Seluar raya. Kiri sekali corduroy, comelll, sama dengan papa :) 2 dari kiri beli kat taiping, Kiki Lala, dulu kecik2 mak aku selalu beli Kiki Lala, nostalgia sangat sekarang belikan untuk anak sendiri. Murah sangat shopping kat taiping, best! Yang tengah ala2 faded jeans tu beli kat mothercare, pastu yang dua2 dari kanan tuh tokwan & ayoh Z belikan, osh kosh & tommy hilfiger, thank you so much!





Polo Shirts raya, semua short sleeve. 3 di bawah beli kat mothercare. Nampak tak membazir beli baju sama tapi colour lain2, kuning & merah tu. Adeh minat sangat dengan logo buaya tuh, ala2 lacoste gitu cuma dia anak buaya kuikui comel sangatttt. Ada lagi 2 warna oren & purple tapi dapat rasa dah kalau amik jugak lagi 2 color mesti kena tidur atas lantai haha. Yang hijau & biru tua ayoh Z belikan, thank you yohjek! Yang kelabu beli kat poney, yang putih beli kat HP time riyadh dalam perut lagi, lepas setahun baru boleh pakai. :p

T-shirts raya. Semua beli kat mothercare, kecuali tshirt biru atas sekali & romper hard rock tu ayoh Z belikan, thank you lagi yohjek! Tu kaki riyadh dalam kasut rayanye, kemain lagi dia bertatih sambil kacau mama packing baju. Last2 tunggu dia tidur nih baru nak packing kalau tak memang alamatnya ku packing ala gumpal sumbat lah jawabnya.

Shirts raya. Tak banyak sebab mak tak minat. Mak beli yang mickey mouse tu je kat disneyworld. Yang petak2 tu ayoh Z belikan, yang bunga-bunga tuh papa belikan kat mothercare. Balik terengganu kena gi pantai pakai baju hawaai katanye. Gitu.

Last but not least, of course baju melayu :) Recycle baju melayu pakai time ayoh jek bertunang dengan mama cha. Time tuh pakai besar sikit, sekarang dah ngam ngam soi. Songkok & samping pun sama. Pakai 3 jam je kat majlis tuh pastu terus tergantung dalam almari. Rugi kalau beli lain kan. Kasut adalah clarks sebab malas nak mencari. Mak dapat sepasang jugoks, beli untuk riyadh terus sekali. Thank you papa!

Okay itu je. Thank you so much suamiku & my beloved family! Hari raya nanti mak bagi duit raya ye, tapi dari tangan razmin la hehe. Kalau salam dengan mak dapat senyuman penuh kemanisan je hehe. Oh riyadh pun dah pandai salam tauuuu hehehe.

Selamat hari raya aidilfitri buat semua! Semoga ceria gumbira bersama insan tersayang. Berhati-hati di jalan raya, bukan setakat di highway tapi juga bila nak pergi sembahyang raya pun kena berhati-hati jugak ye. Selamat makan dengan jayanya (untuk diri sendiri sebab tahun lepas takleh beraya). Selamat menaikkan semula berat badan yang hilang ketika puasa huehuehue.

Bye uols. Mak nak sambung masak untuk sahur nih. Sahur last kat rumah sebab sahur hari terakhir puasa insyallah kat dungun. Buka puasa esok pun insyallah kat luar jugak, tahun ni tak pergi lagi hotel buffet so esok ke holiday villa kita (thank you yohjek!). 

Menu untuk sahur esok menu terhebakk sebab semua orang ada akhirnya untuk first time sepanjang puasa ni. Menu sahur : ikan siakap tiga rasa, gulai lemak cili api udang harimau, mix vege chinese style, asam pedas & ayam panggang bazar. Yeah, rumah mak kalau bersahur memang meriahhh macam berbuka, kami semua sukaaa bersahur!

Monday, July 30, 2012

11 Months Young Riyadh Iman

Walaupun sebenarnya riyadh hari ni dah 11m2w, tsk. Mak lewat update sebab hari 15hb Julai tuh kelam kelibut nak balik USJ dari taiping pastu dah sampai rumah malam, terus sadaqallahulazim lah jawabnya. Takpela kan yadh, janji ado.

Ni pun bersiaran dari taiping, nak puasa kat sini 3 minggu insyallah. Bahagia rasanya jadi housewife sementara ni, bila laki balik bercuti lapang je dada pergi sana sini tanpa perlu isi borang cuti macam dolu dolu, best best! Insyallah bila razmin naik kapal semula title housewife tu gantung balik kat belakang pintu, agak-agak nak berhabuk yakni bila laki mak dah jadi jutawan (aminnnnnnnnnnnnn) baru kita sarung balik apron housewife tu eh.

Ok riyadh, sorry, ni riyadh dah tidur boleh lah mak mengupdate seketika. Riyadh dah 11 bulan dah. Ni bulan terakhir dia pakai title 'bulan', pasni pakai title 'tahun' dah. Sobs sobs. Mak sensitip sikit bab nih. Bukan tak suka riyadh makin membesar tapi ntah la, feeling tuh lain sikit sebab tak pernah rasa jadi mak kan sebelum nih, perasaan over tuh mencanak sikit lah, pasni rilek la sikit kot hehehe.

Apa yg riyadh dah pandai ek? Dia makin banyak mulut, adala few words yang faham, yang lain kita angguk angguk geleng geleng je lah layankan dia. Siries banyak mulut budak nih. Kalau dia diam maknanya dia tido, takpun dia tengah buat projek mengutip benda atas lantai pastu ngap masuk mulut. Nak buek camno time mak ngandung dulu hari-hari masuk court pung pang pung pang bawak kes, nak nak pulak time tuh misi menghabiskan kes-kes lama, memang terkenan habis kat riyadh.

Few words yang riyadh dah boleh sebut :
1) Nak/mak : nak
2) Oloh :  Allah
3) Appa : papa
4) Amma : mama
5) Yohjek : ayoh Z (abang aku)
6) Ter : water
7) Bubu : susu
8) Mam : makan/mamam

Yang paling ketara bila dah masuk 11 bulan ni dia makin pandai terima arahan. Kalau time dia 8-10 bulan tu dia pandai salam & kiss bila kita suruh, sekarang ni dah pandai angkat tangan tinggi2 bila kita tanya "siapa nama riyadh??", pastu tunjuk & tepuk perut dia bila kita tanya mana tummy, pastu tunjuk papa bila kita tanya mana papa, pandai aminkan doa makan, pandai bagi barang kat tangan dia bila kita cakap "give mama please" pastu pandai bukak pampers sendiri bila kita suruh, kalau tak suruh pun dia bukak jugak +_+.

Sukaaaa sangat main air, semua budak pun aku rasa suka main air. Apa lagi ekk. Oh selera makan dah kembali alhamdulillah. Sekarang ni suka sangat makan spageti, kue teow, bihun, bubur nasi kurang sikit, tukar selera kot tapi mak tak kesah, lagi senang kottt masak benda alah bihun2 nih. 

Current favourite buah tembikai, lajuuu je makan tapi bagi at room temperature ye kawan2 (8 bulan ke atas). Oh pandai minum air dari cawan jugak tapi kalau minum sendiri tu masuklah seteguk dua pastu yang lain buat amik wudhu je ye yadh. Eh lupa lak nak ajar dia pakai straw, esok lah ye yadh hehehe. Tapi gigi masih nan hado, bayang2 dah ada dah, bengkakkk dah gusi tuh. Tak kisahlah bila nak kuar pun yadh ek, janji sihat.

Oh pastu sendu sikit dia nih. Pantang aku & razmin buat-buat nangis mula lah dia cebik sekali nangis berjujuran air mata hehe. Suka nau aku usik dia, feeling dia sayang kat aku ekeke.

Aktif memanjat buat mama sakit jantung. Berdiri pun berani lepas-lepas tangan tapi pastu takut nak jatuhkan bontot pastu mulalah panggil kita suruh pegang dia. Jaga vontots ye nakk? 

Aaaaaa itu je lah kot yang mak ingat. Nanti kalau ada lagi kira sekali harung dalam update umur riyadh setahun la ek? Keji sungguh huehuehue. 

Speaking of umur setahun, birthday riyadh jatuh pada 15 Ogos nih, masih dalam bulan Ramadhan yang mulia. Nak celebrate pun macam tak teragak-agak lah puloks kan so maybe buat kecik2 je, celebrate time buka puasa dengan mak abah, adik beradik & tasha. Kecik benar la tuh hehe. Venue tak tau lagi, dalam fikiran maybe kat Pizza vs Satay kat USJ 11 or kat The Alicafe 3 Rasa Restaurant kat Taipan USJ 10. Celebrate celebrate jugak kan, yang penting dekat dengan rumah, makanya dekat jugaklah dengan masjid, boleh terus terawih insyallah.

Yang paling penting celebrate time raya kat kampung & lepas raya kat phuket wehuuu. Murah rezeki riyadh tokki & tokwan nak belanja gi phuket sempena 1st birthday & sempena mama chu balik cuti dari Jordan. Lama dah tak cuti-cuti dengan family. Biasanya tiap-tiap tahun tak miss pergi cuti, last sekali tahun 2010 sebelum puasa/sebelum kahwin, pergi Krabi, pastu tahun 2011 aku ngandung & bersalin so tak pi mana-mana. Eh tak lah, 2011 pi KK. Okay silap. Thank you mak, thank you abah!

Mak abah aku nih memang kaki berjalan. Kalau nak jumpa diorang kat rumah ha bulan ramadhan ni je lah yang cukup 30 hari kat rumah. Kalau tak, sebulan 15 hari kat rumah, lagi 15 hari pergi bercuti. Tahun ni je dah pergi buat umrah, pergi China, pergi USA, pergi Indonesia takyah cite lah kan abah tuh suka sangat main golf kat Jakarta & Medan. Kalau tak pi obersea, pergi cuti dalam Malaysia. Ni lepas raya nak pi phuket pastu nak pi London lagi, nak pi Spain, nak pi Turki, nak pi India, abah mak ingat ke idok yang abang long nak kahwin hujung tahun nih hehehe. Aku memang pasang angan-angan nak jadi macam mak abah, kerja kuat-kuat time muda-muda nih pastu nanti bila anak dah besar bebas bercuti keliling dunia, insyallah, amin!

Okay keluar topik macam biasa. Apa-apa pun mak masih berhutang entry pergi melaka & entry ramadhan. Errr nantilah ekk. To riyadh, happy 11 months young sayang! Walaupun riyadh dah mula tunjukkan kenakalan yang memeningkan kepala tapi mama & papa sayanggggg sangat kat riyadh! Semoga terus cerdik, jadi anak yang soleh ye! Malam ni tidur lena-lena ye, tak bangun menyusu pun tak apa, mama tak marah.......mama sukeeeeeee!!! Huehuehuehue!

Happily swimming with papa at the scenic infinity pool facing the Melaka Straits at Holiday Inn, Melaka. Aurat papa aka perut boroi disensor dengan penuh kasih sayang hehe. I love you both so much muah muah.


Wednesday, July 25, 2012

First Family Holiday. Part 3 & Finale

Hamik, gabungan dengan final part terusssss. Memang malasssss kan ko. Hehehe, puasa maaa.

Hari ketiga kitorang bersenang lenang lenggang kangkung bangun lambat sikit, breakfast berjam jam kat hotel sebabnya tak perlu nak mandi sebab nak gi mandi pantai. Haha keji betul, dah la malas, busuk lak tuh. Alaa busuk busuk manja uolss.

Kitorang janji nak jumpa dengan abg long kat Jesselton Point dalam pukul 11 lebih camtu. Abg long sms once dia gerak dari hotel, baru kitorang turun lobby mintak concierge panggilkan taxi sebab Le Meridien ke Jesselton Point dalam 10 minit, tops.

Elok je kitorang sampai, abg long pun sampai, sama-sama pi beli tiket boat. Kat Jesselton Point ni banyakkk kaunter jual tiket bot nak ke pulau, aku rasa harga semua sama je kot cuma ada additional services yang kita boleh pilih lah kan, terpulang selera masing-masing. Oh Jesselton Point ni adalah tempat nak naik boat nak pergi pulau-pulau yang ada berhampiran, ada 5 pulau : Gaya, Sapi, Manukan, Mamutik & lagi satu aku lupa heehe. Semuanya terletak dalam Tunku Abdul Rahman Marine Park. Jesselton adalah nama lama bagi Kota Kinabalu. Masuk kelas sejarah siketttt huehuehue.

Tiket dewasa all in incl tax dalam RM30+, sampai kat each pulau kena bayar conservation fee RM3 sorang. Riyadh FOC. Pastu sewa goggle & mask untuk snorkeling RM10 each rasanya, pastu kitorang sewa tikar jugak sebab tau budak riyadh ni mesti nak bergolek-golek, RM10. Gerak dari JP dalam pukul 12pm. Oh kitorang pilih nak pergi Pulau Manukan, ini yang paling famous sebab pulau dia besar. Dulu aku pi dengan BFF aku time tahun 2007 kitorang pi Pulau Mamutik, ok ok je tapi best lah kan sebab pi dengan kawan-kawan.

Yang aku paling risau dari rumah lagi (freak, biasalahkan) is nak bawak Riyadh naik bot. Sebabnya naik bot pancung kannn, time aku pi tahun 2007 dulu tuh memang teringat ingat melambung-lambung vontots kitorang so agak kerisauan takut riyadh cuak dengan bunyi bising enjin lagi kan. Sudahnya dia diam je, diam kejakunan, keras kejung tangan dia hahaha. Dengan pakai life jacket versi budaknya lagi, dia pelik kott tapi sempat jugak jeling-jeling ke laut sebab dari kat jeti lagi dia dah tak menyabar nak terjun masuk air, siap suruh-suruh orang dukung dia bawak pi tepi air. Aku rasa kalau dia dah dapat kaki konfem dia lari terjun bodoh je adesssss.

Alhamdulillah, riyadh okay je the whole time naik bot, dalam 25 minit camtu, sampai lah Pulau Manukan. Memang best amat terpaling best sebabnya tak ramai orang langsung! Lengang je so air pun cantik je, ikan pun banyakkk sangat berenang2 dengan kitorang, memang best! Riyadh pun enjoy, papa dia siap belikan pelampung ultraman nak bagi dia duduk dalam air, memang dia feeling habis lah dalam tuh. Dah la cuaca redup je, tak terik pun, tak terasa 4 jam berlalu. Abang aku & razmin siap main bola lagi dengan budak yang kerja kat sana, betul-betul feeling pelancong, gitu.

Bab makan kat Manukan ni pun okay, kalau korang poket berat cecah lantai, boleh lah makan BBQ buffet, RM96 plus plus per pax hehe. Takpun beli je kat satu kiosk ni, ada jual nasi lauk-lauk, sedap pun sedap, dah dah lagi perut lapar berenang kan, razmin belikan nasi sorang satu ada lauk ayam/daging, telur dadar & sosej, pastu air limau ais, around RM10 sorang. Okay lah kan, kenyang alhamdulillah. Riyadh pulak macam biasa, mama bawakkan dalam thermos bubur labu. Makan dalam laut gitu. Sambil suap riyadh sambil tabur bubur dia dalam air, banyakkk ikan datang makan, ngekek ngekek riyadh ketawa :)

Lepas makan, lepak lepak jap, riyadh minum susu, pastu yohjek & papa pi main bola, mama & riyadh masuk laut, pastu semua orang last round snorkeling, pastu pi jeti tunggu bot. Dalam bot riyadh dah tak jakun tapi dia memang kepenatan, bot gerak je terus tidur, sampai kat Jesselton Point pun tidur lagi.

Sampai jeti, amik taxi, balik hotel terus kepengsanan masing-masing penat. Malam tu kitorang tapau nasi bersama dengan siakap bakar, sotong katak bakar, udang bakar & air asam rumpai laut untuk dinner, makan dalam bilik sebab riyadh dah garuk-garuk nak tidur. Tidurkan riyadh dulu, pastu kitorang makan dinner terbaikkkk dalam sejarah hehe, murah gila, sedap gila! Pastu dengan perut yang berat makan tidurlah kami 3 beranak.

Sedar-sedar je riyadh nangis nak menyusu, tengok tengok dah pukul 5.30 pagi, terus kejut laki aku mandi & solat sebab kitorang nak gerak gi airport pukul 6.30 pagi, flight pukul 8am, amik first flight yang abg long aku bawak. Badan riyadh pulak tetibe je dedar-dedar nak demam, aku memang dah agak dah pun sebab dia tak pernah berendam lama-lama dalam laut, pi laut pun tak pernah, terus bagi dia ubat demam & alhamdulillah dia tak merengek sangat sampailah kat subang jaya.

Layan gambar joms :

Jesselton Point


Tangan keras kejung, hidung kembang kempis, senyum pun alahai sikittttt sangat. Gaya macho tak nak nangis hehehe.

Tangan maintain kejungggg.
Pulau Manukan, cantik, subhanallah!


Air yang biru hijauuu
Sesi penerangan untuk rekrut muda ultraman dari ultraman pencen hehehe.

Happy je budak nih dapat masuk air :)


Nak kerja laut macam papa ke yadhhh. Janganlah, sedih mama, sobs.
Ikan jinak jinak berenang dengan kitorang.
Datang sini bawak biskut kering, bagi ikan makan, lagi banyakkk ikan datang nanti. Tapi jangan buang plastik / sampah dalam laut ye!
Fish fish
Ada pun gambar mak. Ketat dah swimming suit dengan mak, bila zaman UIA kottt, memang ketatlah kekdahnya. uhuk uhuk.

Benda ni ada kat sini sebab tu amik gambar hehe.

Keluar dahhhhhh muka ngantuk dia.

Bot jalan je terus pengsan. Riyadh lah, mak posing jeghss.

Riyadh dengan yohjek dalam cockpit. Mama cha cakap riyadh macam model oshkosh. Hai tasha, tengoklah mama riyadh, model gucci dulu nih, kwang kwang kwang. Hari nak balik, ni je gambar yang ada rupanya haha, itupun abg long yang MMS. Hampeh sungguh aku nih. Nampak sangat lemss kalau bangun awal.


Inilah percutian pertama kami sekeluarga :) syukur alhamdulillah dimurahkan rezeki untuk berjalan-jalan ke sabah yang cantik :) we enjoyed ourselves so much and surprisingly riyadh pun enjoy jugak! ^.^ Thank you so much abang sebab bawak saya & riyadh bercuti ad hoc, hehe. Lain kali bawak kami cuti lagi ye papa :p 
Thank you to abang long too belanja makan & tiket pi pulau, you doubled up the fun!

Suami aku cakap dia sign off kali ni bertemakan 'nak pergi cuti'. Dia nak makan angin puas-puas lepas penat kerja atas kapal katanya, dia nak riyadh rasa keseronokan bercuti dari kecik lagi, maka mama riyadh angguk laju-laju tanda setujuuuu dengan tema sign off papa kali ni hehe. Papa cakap sign off lagi sekali tema dok diam-diam kat umah sebab papa nak sambung class & nak masuk rumah baru. isk isk. Tapi takpe, nak masuk rumah baru pun besttttttt jugak!

Okay uols, sekian dari mak. Pasni mak update our short getaway to Melaka. Mula-mula masa laki mak ajak jalan-jalan melaka of coz mak macam 'ala melakaaa?' tapi rupanya melaka best woooo! Pergi 1 malam sumpah tak cukup *hint. hai bang*

Dah dah, nak tidur. Bangun sahur ye noks, bersahurlah anda walau sebiji kurma, amik keberkatan bersahur itu, insyallah.. Selamat meneruskan perjuangan di bulan Ramadhan!