Hehe. Cerita part 2 pasal Riyadh masuk hospital pun tak start lagi ye dok, ada hati tu nak upload cerita lain hehe. Btw, bukan setakat part 2 masuk wad lepas raya je, awal bulan 10 baru-baru ni berkampung lagi kami dua beranak kat DEMC ye uols, Riyadh masuk wad lagi. Kali ni, throat bacterial infection + iron deficiency. Memang pening mak dgn keadaan anak syurga sorang ni tapi dia adalah amanah buat kami suami isteri, akan kami beri segala yg terbaik buat Muhammad Riyadh Iman, insyallah!
Kita lupakan sebentar (lupakan terus la kot hahaha) pasal Riyadh sakit. Kita cerita gumbira. Memandangkan dah cukup 2 bulan suami terchenta belayor, makanya seperti dijanjikan, aku pun ke Bintulu. Kali ni bawak Riyadh ni sekali. Last Riyadh pergi Bintulu bulan Disember 2012, masa tu Razmin naik Seri Alam. Pastu bila naik Seri Ayu, Razmin tak boleh overnight kat Bintulu so aku je yang pergi buat ship visit 3 kali tahun lepas. Kali ni naik Seri Angkasa, memang dah janji akan bawak Riyadh jumpa papa at least 2 bulan sekali macam biasa. Alhamdulillah dipermudahkan semua.
Ngam-ngam pulak kapal Razmin masuk port di kala tengah long weekend. Rabu cuti Deepavali, Jumaat replacement leave untuk cuti awal Muharam hari Sabtu tu. So hari khamis je amik cuti, fly ke Bintulu, hari Jumaat balik KL sebab kapal keluar port.
Seronok tapi lelahhhh sgt bawak budak kecik ni naik flight haha. Time dalam flight dia okay, memang jenis budaknya asal naik flight je tidur. 2 jam 10 minit tu smooth sailing lah kata orang putih. Yang aku tak tahannya time sebelum boarding kat airport tu ya Rabbi!!! haha memang nak kena ikat kat tiang Riyadh ni, berlariiiii je kerjanya adoiyai. Nasib baik sangat2 bila nak pergi tu dapat gate B11 kat KLIA tu, gate hujungggg sekali so dia berlarian lah kat area cermin-cermin besor tu tengok kapal terbang turun naik. Excited kemain. -__-
Tapi sebenarnya baguslah dia berlarian kan sebab dalam flight tu sebelum take off mata dah kuyu tapi tu lah, selebet serabai aku dibuatnya. Mak nak maintain tudung neelopak pun susah tau haha.
Okay, sampai Bintulu, amik teksi terus ke hotel New World Suites. Memang dok sini je everytime pi Bintulu sebab selesa, room service murah so takdelah nak pening kepala cari makan dengan Riyadh yg tak memberi kerjasama tak nak jalan slow2 dgn mak dia ni. Check in segala, pastu masuk bilik, order nasik haha. Lapor woi. Dalam flight dua2 tidur tak makan pun. Pastu aje baru nak lelap papa Riyadh dah sampai hotel yeayyyyyyy!
Maka berkepitlah Riyadh dengan papa dia sepanjang2 hampir 16 jam jumpa. Manja kauu. Pastu yg buat makin berkepit sebab papa beli mainan lah, beli buku lah, beli krayon lah haa memang papa is the best mama is the most boring la kan. -___-
Pastu turun mall kat bawah tu, beli barang2 kapalmate Razmin kirim pastu hajat di hati nak makan sushi, haruslah budak Riyadh ni tak memberi kerjasama kan sudahnya tapau bawak naik bilik hehe. Setel. Tapi syokkk sgt sbb dah lama tak bertiga macam ni, memang melepaskan rindu sgt, paling seronok tengok Riyadh tak berhenti cerita macam2 dgn papa dia, nampak sgt dia rindu.
Pastu esok paginya dalam pukul 7 lebih Razmin nak kena balik kapal dah. Kejut Riyadh slow2, explain kat dia papa nak pergi work dah, alhamdulillah dia okay. Legaaaaaaaaa sangat! Even dah balik rumah ni pun, aku risau jugak sbb ye lah takut dia demam rindu ke apa kan, tapi ni dah seminggu alhamdulillah dia okay. Kadang2 buat2 cakap dengan dia eh Riyadh jom pergi Mydin, ajak papa nak? Pastu nanti dia akan cakap, Papa work la mama ni, papa kan naik ship kat Bintulu. Ha lega kann. Alhamdulillah.
Panjang pulak bebel haha. Okay sampai sini sahaja. Insyallah akhir bulan depan bawak Riyadh jumpa papa dia lagi, tapi kali ni kat Pasir Gudang pulak, baru dapat email Razmin cakap yg kapal confirm jadi dry dock kat MMHE Pasir Gudang 12 November ni. Mak sukaaaaaa!
![]() |
| Ni masa Razmin mula-mula sampai, happy sangat Riyadh, lebor senyum dia. |
![]() |
| Ha ni kali ke berapa puluh pun tak tau. Mama tak pandai dukung camni dia cakap kat papa dia. cett. |
![]() |
| Weewiit. Haha. Ok bye. |


