Alhamdulillah, adik Riyadh is on the way hehe. Baru 9 minggu usia kandungan. Masih baru, masih fragile, masih di peringkat berjaga-jaga dalam first trimester.
Dapat tahu pregnant hari Sabtu 13 Jun 2015, beberapa hari sebelum Ramadhan. Mengandung dan ramadhan berpisah tiada aku ni. Dengan Riyadh dulu bersalin dalam bulan puasa jugak, ni awal mengandung dalam bulan puasa jugak hehehe. Memang mencabar minda dan fizikal. Jujurnya, sehari pun aku tak puasa tahun ni. Heartburn, angin, loya sangat teruk memang perut tak boleh kosong. Lambat makan sikit alamatnya pening kepala terus kena tidur.
Hari Sabtu 13 Jun 2015 tu dah lewat period dalam 5 hari. Tapi aku tak terfikir langsung pregnant. 2 minggu sebelum tu, 25 & 26 Mei 2015 aku ada ke Bintulu bawak Riyadh jumpa papanya. Rupanya time tu adalah waktu subur aku hehehe alhamdulillah. Memang tak kira dan tak perasan pun time tu ialah waktu subur. Memang sangat surprise bila pregnant, rasa macam ehhhh takkan kotttt hehe. Tapi memang sangat happy, rasanya memang dah about time bagi Riyadh adik. Dah nak masuk 4 tahun pun dia bulan depan. Dia pun dah besar, dah faham, dah pandai buat hal sendiri dan dia adalah antara yang excited bila cakap dia nak dapat adik.
Berbalik kepada 13 Jun 2015, hari Sabtu tu mak aku whatsapp cakap nak ajak pergi Subang Parade, nak beli baju kerja adik aku yang baru start kerja jadi lecturer kat Uniten. Orang dah ajak shopping kan, memang terus reply OKAY MAK!. Gerak dari rumah Klang nak ke USJ rumah mak dalam pukul 1 lebih tapi ngantuk sangat. Sehari dua ni memang terlalu lesu tapi memang tak suspect pregnant pun. Cuma ingat sebab cuaca yg panas & letih kerja. Razmin ada jugak suggest untuk test guna UPT tapi ntah, sebab tak ada tanda pregnant so rasa mcm tak payah kot.
Kat subang parade tu singgah Watson nak beli pencuci muka, alang2 tu beli jugak UPT 2 stick. Balik rumah dalam Maghrib tu terus test tapi memang tak ada perasaan sangat pun. Tapi tiba-tiba eh cepat pulak line test tu naik. Terus eh eh eh positiff. Ehhhhh. Jerit kot dalam bilik air rumah mak hehe. Mak kat dapur terus tanya oii kenapa tuu. Terus keluar bilik air and bagitau mak, "mak Y pregnant! Macam tak percaya je!" Mak sengeh-sengeh pastu mak cakap eh dia ni, cakap alhamdulillah lah! Eh haah, alhamdulillahhhhhh!
Terus amik phone, email Razmin bagitau yg buat test pregnancy & positive alhamdulillah. Sadis kan, boleh bagitau thru email je hehehe.. kapal baru belayar tengah hari tu so memang tak dapat la nak telefon segala :) Lepas dah email, naik atas pergi bagitau abah pastu abah mcm biasa la happy dia nak dapat cucu lagi. Lepas tu whatsapp kat group family bagitau adik beradik & kakak ipar.
Oh lepas tu telefon DD jugak kat Jordan nun, menjerit2 dia excited nak dapat anak sedara. Dia dah final year medic kan so valid lah sikit nak tanya opinion dia kali ni hehe. Dulu setakat budak first year kak ngah bolayan lagi haha. Esok pagi-pagi test lagi sekali, first urine kan. Alhamdulillah positif.
Bagitau Riyadh yang nak dapat adik, dia blur blur kita cakap dalam tummy mama ada adik baby. Dia selak baju aku pastu dia cakap mana, takde pun? Hahaha adoi lah yadh. Tapi sekarang dia dah faham, excited pun ye jugak. Kadang-kadang tu tiba-tiba je datang cium perut pastu usap2 perut, dia cakap dia sayang adik. Tapi bila tanya dia nanti adik nak sleep kat mana, dia cakap adik sleep dalam helicopter. Ah sudahhhh haha.
EDD insyallah 13 Februari 2016. Check up pun dah buat 2 kali. First time 25 June 2015 untuk pastikan kandungan dalam rahim, second time hari Rabu hari tu 8 July 2015 untuk tengok heartbeat. Alhamdulillah semua okay. Check up masih dengan Dr.Mazita kat DEMC. Gynae yg sama time Riyadh dulu. Insyallah next check ups & bersalin dengan Dr.Mazita jugak. And dah bagitau dia yang kali ni aku plan untuk VBAC. Dia cakap insyallah tak ada masalah, kita akan usahakan. Seronok dengar. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin :)
Selamat hari raya! hehe.