Di majlis ilmu Whole-Brain Speed Reading, saya belajar dari Tuan Akbar bila kita baca buku bukan fiksyen, kita sering lupa apa yang kita baca. Mungkin kemudian nanti, kita perlu ulang baca buku tersebut untuk cedok kembali ilmu dalam buku itu.
Kenapa perlu begitu? Sebab kita tak lakukan recall dan review selepas baca buku. Tuan Akbar syorkan selepas baca buku lebih kurang 10- 15 minit, kita boleh
- amalkan instant stress relief : deep breathing dan stretching dan
- recall atau ingat semula fakta yang baru kita baca.
Bagaimana nak recall?
- mind mapping
- tulis
- bercakap mengenainya
- tulis keywords yang boleh bantu kefahaman dan ingatan kita
Bila baca, kita guna otak kiri. Bila recall, kita aktifkan otak kanan. Tuan Akbar beritahu tentang teknik pembelajaran guna multisensori VAK (visual, auditory, kinesthetic). Mengingatkan saya cara saya belajar sebagai persediaan menghadapi STPM (ada diceritakan dalam buku saya Budak Kelas Belakang).
Rupanya teknik VAK yang saya juga guna untuk ajar murid tadika boleh diaplikasikan untuk pembelajaran sepanjang hayat.
Visual : baca
Auditory : say it loud atau cerita dengan orang lain. Kita dengar apa yang kita kata/ cerita.
Kinesthetic : tulis, mapping.
Bila recall, kita boleh tulis di buku nota yang mungkin hanya kita perolehi manfaat. Lagi bagus jika kita kongsikan di media sosial seperti Facebook/blog yang lebih ramai boleh dapat manfaat. Jika kita kongsi ilmu, bukan sahaja kita dapat manfaat dunia, kita dapat manfaat akhirat juga.
Begitu juga bila hadir majlis ilmu. Sering kita lihat dan baca rakan-rakan hadir ke majlis ilmu. Mungkin ada di antara kita hanya mampu lihat dan baca kegembiraan mereka. Kekangan waktu dan duit mungkin jadi penghalang untuk bersama mereka. Sering kita lihat selepas majlis ilmu, selfie dan wefie bagai, tiada ilmu yang dikongsikan.
Recall apa yang kita belajar dengan berkongsi ilmu dengan orang lain. Dengan cara berkongsi ilmu kita akan lebih ingat apa yang kita baca/dengar.
Proses berikutnya adalah Review. Bagaimana kita boleh aplikasikan apa yang kita baca dalam kehidupan kita. Perlu tak buat apa-apa pindaan/tambahan kepada apa yang kita baca.
Review apa yang kita baca selepas :
- 1 jam
- 1 hari
- 1 bulan
- 3 bulan kemudian
Jika ketiga-tiga proses ini dilakukan, ilmu dari apa yang kita baca dan apa yang kita dengar tersemat kukuh dalam minda, dalam subconscious mind, insyaAllah dan boleh digunakan bila perlu.
Tidak kira sama ada kita pelajar atau pelajar sepanjang hayat, boleh amalkan teknik 3R ini.
Yang penting bukan berapa banyak buku kita ada, berapa banyak buku kita baca, berapa lama kita baca dan berapa banyak muka surat kita habis baca. Yang penting berapa banyak ilmu kita ada yang boleh kita amalkan dan kongsi dengan orang lain.