Isnin, 2 Februari 2026

Ular Pucuk @ Ular Daun Panjat Dinding Dapur

Assalamualaikum dan selamat malam. Kisah hari Ahad yang lalu 1 Februari 2026. Selepas solat Zohor masuk ke dapur untuk minum air. Kakak, abah dan adik sedang bersembang, semuanya santai sahaja. Adik lelaki pula sedang makan di dapur. Mereka sudah tahu ada ular pucuk @ daun di dapur. Saya yang baru datang ke dapur yang tidak tahu.

Abah tunjuk ke arah jam dinding. Saya nampak ada ekor warna hijau. Anak biawak atau mengkarungkah? Kakak kata ularlah. Barulah saya kalut cari buluh dan beri pada abah untuk pukul ular. Mentang-mentang ular daun boleh pula mereka bersembang seperti tiada apa-apa. 

Budak ini paling bising bila tengok abah pukul ular. Boleh pula dia jerit-jerit. Abah tarik ekornya kerana nak lepaskan diri melalui tingkap.

Adik lelaki yang nampak ular itu dulu. Kalau ular lain memang makan pun tak sempat..hihi.. Tapi bagi saya ular tetap ular. Menakutkan dan mengelikan. Risau pula nak lalu bawah pokok. Mungkin ada yang memerhati :)

Ahad, 1 Februari 2026

Kutip Hasil Daun Sup Matang @ Tua

Assalamualaikum dan selamat pagi. Kelmarin kutip daun sup yang sudah tua. Sayang juga dibiarkan tanpa buat apa-apa. Tuan yang tanamlah kena kutip sendiri. Bila sudah banyak pokok daun sup, orang memasak suka pilih yang muda, nampak lembut dan segar sahaja. Daun yang nampak keras sikit tidak mahu diambilnya.

Pokok daun sup pertama menjadi pada kali ini. Hasil biji benih pekan Isnin. Seronok melihat perkembangannya.

Kali kedua semai langsung tidak hidup daripada benih yang sama. Pokok lain pun sama tak hidup. Tak tahu dimana silapnya. Jaga pokok yang ada sahajalah.

Hasil kutipan daun sup. Cukuplah untuk buat memasak. Keras batangnya tapi suka tengok sebab pokoknya cantik.

Hasilnya jadilah bubur ayam. Potong batang daun sup kecil-kecil agar tidak keras. Alhamdulillah sedap. Abah kata boleh jual bubur ini. Di kedai tak sedap mana pun.. 

Rabu, 28 Januari 2026

Bekal 28 Januari 2026

Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ini first time tak makan nasi tengahari di kilang. Bawa bekal kuew teow goreng dan juga lempeng kelapa. Itu pun sudah cukup mengenyangkan. 

Kuew teow goreng kakak dan adik masak. Lempeng kelapa pula abah beli. Cicah dengan kuah gulai sedap sangat. Syukur Alhamdulillah dengan rezeki ini.