Showing posts with label Percutian. Show all posts
Showing posts with label Percutian. Show all posts

Thursday, March 24, 2016

Muzium Polis Kuala Lumpur Sempena Hari Polis Ke-209

Assalamualaikum.

Sempena sambutan Hari Polis Ke 209 hari ini, kaklong nak citer sikit lah pasal lawatan sambil belajar kaklong dan anak2 ke Muzium Polis Kuala Lumpur. 

Sebelum masuk ke bangunan ni, ada kereta kalis peluru dipamerkan..

Suke anak2 tengok polis bergayut dan sebagainya.

Kami pergi cuti sekolah baru ni...minggu terakhir cuti sekolah penggal pertama, pada 18 Mac 2016, kami plan percutian singkat dengan anak2, bermalam di Hotel De' Palma Shah Alam semalam. sebelum sampai ke Shah Alam, otw tu kan singgah lah KL dulu. Bawa anak2 ke Muzium Polis. 

Antara senjata api yang dipamerkan...baguslah anak2 boleh kenal semua senjata api ni. (Sebenarnya salah ni, tak boleh ambil gambar dalam galeri...huhu)

Tiket masuk??? Tiada...tkde sebarang bayaran masuk dikenakan. Bagus juga kan... Dalam ni byk sgt info pasal kepolisian di Malaysia. Bagi kaklong yang suka sejarah ni..best sgt... masuk dalam ni mmg kita akan dibawa menyelusuri sejarah polis kat Malaysia. bermula dari pengawal zaman kesultanan Melaka, pastu zaman penjajahan Jepun, Inggeris, Portugis, Belanda dan British. Pastu citer plak era polis dari zaman pakai baju hijau kelabu, biru perlahan sampai la skrg, dah pakai baju biru pekat...haha..gitulah cite lbh kurang. Nak tahu macamana sejarahnya kenalah pergi. Memang tak rugi pergi sana.

Naufal dan Syafiqah dengan topi polis...adik Sumayyah takut ngn topi tu...

Ada 3 galeri yang boleh kita lawat. So, kira puaslah... Dua jam jugalah kaklong habiskan masa kat sana dgn anak.

Maklumat tentang pemakaian pangkat polis. Good info untuk orang awam macam kita kan...

Akhirnya, sebelum meninggalkan Muzium Polis ni, kita terbang dulu..hihi...

Moga pasukan polis Malaysia terus mantap, telus dan ikhlas berbakti untuk masyarakat. Terima kasih kepada anggota polis yang ikhlas menjaga keamanan Negara. Selamat hari Polis dan Semoga kehidupan kalian sekeluraga dalam kesejahteraan.




Sunday, March 20, 2016

Zoo Negara

Assalamualaikum.

Cuti sekolah hujung tahun 2015, kaklong dan keluarga sbelah suami berjalan sekitar KL. Kira cam family gathering lah...Diorang sampai umah kaklong sehari lepas kakak keluar ward. Tidur umah kami je..seronok juga. But lain kali kena plan dtg lagi, tak puas hati kaklong sebab tak dapat menjamu dan ber BBQ..huhu...dgn umah yang tak sempat berkemas cantik2, maklumlah kaklong kan tidur hospital...temankan kakak.



Ok, salah satu aktiviti kami ialah berjalan-jalan ke ZooNegara. Ramai betul orang...full parking.. Ok, tak nak citer banyak sbb Zoo Negara ni tempat biasa lah kan.. Yuran masuk mahal jgklah.. Kami guna Bonuslink, so dapat promotion price. Anak-anak yang riang, jenuh nak suruh bergambor.


Dalam Zoo Negara ni luas, banyak juga haiwan...yang bestnya dapat tunjuk anak2 haiwan liar mcm Harimau, harimau putih pun ada...masa ni dia mmg menonjolkan diri, so puaslah tengok. Ada singa, zirafah, badak air yang bapak gemuk, gajah dan mcm2 lah...


   
Family kaklong, Naufal...hero yang sgt susah bergambor, kakak pun sama, saje g sorok muka dia..haha


 Cubaan kedua bergambor..janjilah cukup kourum, walaupun Naufal n Kakak masing-masing dgn gaya yg ntah pape...

 Suke abgngah n adik tgk flaminggo.

 Ralit deme. Sumayyah cakap ayam...

 Tgk gajah tunjuk montot..

 Angah Naufal ikut Zirafah yang jelirkan lidah.

 Angah hero, tak takut pun dgn lipan..haha bangga je dia ckp gitu.

 Angah ajak tok ayah ambik gambar ngn Panda.

Kakak ipar kaklong yang gojes dan sporting. Love u all.

Sekian, catatatn ringkas perjalanan anak2 ke Zoo Negara bersama sepupunya. 

Wednesday, May 22, 2013

Travel:: Nostalgi Pantai Timur


Salam...



Citer ni dah berlalu lama....tak slp kaklong bulan April hari tu...
Sekadar mengabadikan kenangan ketika berkunjung ke Terengganu...dah lama sgt kaklong tk pergi Terengganu sejak hbs study kat KUSZA dulu... Kbtln suami ada program kat sana...dan programnya hari Jumaat hingga Ahad...jadi...tak bestlah berhujung minggu sorang2...lagipun...nilah peluang nk jalan2 kat Terengganu kan...;)

Kami bergerak dari Bangi lewat petang.....dalam jam 10.00 mlm lbh kurang...sampai umah kakak ipar kaklong di Balok, Pahang...tidur kat Balok semalaman...esok pagi...trs bergerak ke Terengganu...ikut jalan Highway..jadi lancar jelah...cuma view nyer kurang best...hnya dapat tgk kebun sawit dan perumahan felda jer...hihi...

So, alhamdulillah...tengahari sampailah kami kat Felda Resident Hotel...hotel ni btl2 tp sungai kat Kuala Terengganu tu..dr tingkap dapatlah tgk kapal nelayan lalu lalang....


Sebelum tu..kami smptlah pusing2...round Kuala Terengganu...tak lupa ke KUSZA...siap masuk kawasan KUSZA...nk tgk tempat menimba ilmu dan pengalaman..byk kngn kat KUSZA ni...dah byk perubahan yang berlaku sejak di naik taraf menjadi UNISZA... padang luas yang dulunya lapang...kini dh ada bangunan baru...asrama lama dah jadi bilik kuliah...  Lps tu...pusing2 ke Batu Rakit, Pantai Tok Jembal...suami smpt singgh beli air kat gerai depan asrama putera kat Tok Jembal...mak cik yg berniaga kat situ msh knl ngn suami...haha....kuat ingatan makcik ni...dah hampir 6 tahun tgglkan KUSZA pun die ingat lagi...


Sepanjang hari, bermula hari Jumaat...kaklong byk duk kat bilik je ngn anak2...maklumlah suami kan ada program...jadi tak dapatlah nk berjln sgt...tp bila ptg...lps hbs program...dapatlah juga kami round sekejap...sbb sebelah mlm sambung lagi dgn programnya..

Hari Sabtu..ptg lps hbs program...kami jelan ke Taman Tamadun Islam (TTI) kat Pulan Pak Wan Man..iyer ke...lupa plak namanyer... Cantik masjid2 comel yg dibina kat TTI...namun sedikit mengecewakan sbb kbnyk monumen yg ada tidak diselenggara dgn elok...sayang sgt....monumen atau model masjid2 kat situ semuanyer bernilai...kalau tak mmpu nak pergi ke serata dunia untuk mlwt ke masjid tersebut...dapat pegi TTI pun dah ok...dapat juga kita menyelami kehebatan tamadun Islam suatu ketika dulu...

Tiket untuk masuk ke TTI agak mahal...tp mgknlah untuk kawasan yg luas dan monumen yg indah..dibina dgn perincian yg sgt teliti..mgkn berbaloi...

Ni Masjid yg ada kat Singapura...dibina dengan penuh teliti...sgt menarik...
 
 Kiincir air...kali ni laluan ke Timur Tengah da...mula2 tadi hnya masjid di sekitar Asia...ada dr Cina, Singapura, Brunei..

 Taj Mahal... Lambang cinta Shah Jahan pad isterinya...Mumtaz...

 Kota Samarra di Baghdad...Menara Spiral tu adalah sebahagian drpd kota yang dah runtuh...


Masjid Makkah al-Mukarramah.. binaannya sangat teliti...sgt mengujakan...luas...ditenghnya dibina Kaabah yg kecil...tp tk blh masuk kat tengah tu...cuma blh tengok dr atas tangga kayu yg dibina diluar..

Ummi dan Fyqah kat pntu masuk Masjid al-Aqsa, Palestin...pengunjung boleh masuk dalam ni dan dapat saksikan mcmn monumen batu yang tergantung...dlm sejarah Islam, batu tersebut adalah batu yang nk ikut Rasulullah naik ke langit semasa peristiwa Isra' Mikraj..sehingga kini batu tersebut masih ada di al-Aqsa..tp demi keselamatan...tembok atau dinding telah dibina...dan menjadi ruang solat yg kecil bg wanita...

 

 Monumen masjid di Mesir. Peluang untuk pergi ke masjid yang sebenar belum tercapai...jd kita tgklah monumen yang ada ni dulu ye...







 Lawatan kat TTI ni berakhir dengan monumen sebuah Masjid yang di Rusia..dah lewat ptg...jadi kam pun keluar dan sblm tu smpt makan kat restorant yg ada kat TTI tu...

Sebelah mlm...kaklong berpeluang jumpa kawan lamer..Siti Nor Akmal...kwn yang pnh same2 belajar di KUSZA dan strsnya ke UKM...die ni duk kat Terengganu...so, smptlah jumpa kjp..





Hari Ahad...suami hbs awal...tghri dah hbs...jadi kami trs ke Pasar Payang...cr apa yg ptt..kaklong ambil peluang ni...shoping kain ela Batik Terengganu....cantik dan menawan...alang2 dpt harga murah...beli terus 2 pasang...hihi..




Sebelah ptg...smpt juga kami g makan keropok lekor dan minu air gelas besar...best..tmpt yg pnh kngn...
Tak lupa..km beli juga kopok losong untuk dibawa balik...







Dah lewat jugalah...baru kuar dari Terengganu...kali ni..kami balik ikut jalan pantai...jadilah akan lalulah Paka, Dungun, Kerteh, Cherating dan sampai ke Bandar Kuantan...Dalam jam 12mlm gak sampai Kuantan, so tak nk ganggu kakak ipar...kami sewa hotel...tdr semalaman kat hotel di Bandar Kuantan..




Keesokan pagi...awal lagi kami dah kuar..lps breakfast...terus ke Pantai Teluk Cempedak (TC)...sebelum tu smpt singgah di taman Teruntum...bawa anak2 tgk haiwan...


Kat Teluk Cempedak...Fyqah dan Naufal sempat main air...pantainyer landai...cantik..suka tgk anak2 main air...dah tghri...lps solat Jama' kat Zohor+Asar dan mandi segarkan badan kat TC tu...kami ters bergerak balik ke Bangi...anak2 pun dah lth...tdr sepanjang jalan...rumah kakak ipar kat Balok pun km tak smpt sggh...lagipun har Isnin...diorang pun kerje...


 



Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan..kaklong gembira berpeluang lagi ke Terengganu...thanks abang bawa ummi dan anak2...dan terima kasih juga belikan Batik Terengganu yg cun tu...melayang beratus2 duit abg kat Pasar Payang tu...;)

Sunday, January 6, 2013

Muzium TUDM Kuala Lumpur

Salam..

Pernah tgk kapal tentera dpn mata? siapa yg keje bw kapal tentera mstilah sllu dh kan...hihi..
Penghujung 2012...kaklong dan suami sempat bawa Fyqah dan Naufal jln2 tgk kapal tentera kat Muzium TUDM Kuala Lumpur...

Muzium ni terletak di Sungai Besi...Kalau kita lalu Jalan Istana dar arah selatan..kita akan nmpk susur kelaur sebaik sahaja lps selekoh tu...
Free je msk muzium ni...tkde byr tiket pape...
Dalam tu ada pameran bermcm2 jenis kapal tentera..ada yg dipamerkan dalam tmpt berbumbung mcm gudang gitu...
dan ada yg kat luar atas padang je......mmg real kapal tenteralah yg dipamerkan tu...

Lps letih round tgk kapal...blh rehat2 kat wakaf yg disediakan...
Lebih bgs lagi kalau kita dtg bawa bekalan mknan..blh santai2 sambil minum..sbb ada disediakan wakaf yg bersih dan siap ada kipas segala..so, tak pyh citer panjang jom tgk pic sama2..






InsyaAllah akan kembali..

  Assalamualaikum. Sangat lama tak bersiaran kat sini.. InsyaAllah selepas ni akan cuba untuk kembali bersiaran...  Berkongsi untuk menyimpa...