Pages

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

Review masjid #1

Bulan ramadhan ni ramai buat bazar review kan. Tetiba rasa nk buat review jugak.. Saya nak buat masjid or surau review.. Memandangkan bulan puasa cmni je rajin sket kan gi singgah surau masjid, sana-sini..

Masjid 1
Masjid Jameatus Solehah (masjid mercedes benz)
Lokasi: Pekan Dengkil
Fasiliti: tempat letak kereta (limited sebab tepi jalan besar), tempat wuduk (ada kolah untk lelaki,bilik wuduk wanita), toilet L/P (prestasi xcheck), ruang solat lelaki aircond dan kipas, ruang solat wanita kipas.
Keadaan ketika solat: Udara dan sirkulasinya nyaman.. Alhamdulillah.
Durasi waktu teraweh: Tak lama sebab imam baca ayat lazim
Moreh : ada tapi sebab balik awal selalu xdpt lah.
Pendapat peribadi : secara keseluruhan saya rasa ok sbb masjid ni 200m je dari rumah. Sirkulasi udara adalah baik,tapi bila penuh orang,ruang dalam agak kuap.ruang koridor juga jadi tempat solat dan agak nyaman. Overall i like.

Seorang wanita yang suka solat kat koridor sebab kipas kuat dan lantai sejuk... maka hasil gambar juga gambar koridor

Masjid 2 
Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin
Lokasi: Presint 2 (kot) Putrajaya
Fasiliti: tempat letak kereta, tempat wuduk (jauh gila dari ruang solat, kena naik escalator *tp selalu off*.. makcik2 sakit kaki, orang semput mesti rasa nak taubat gi solat sini), toilet L/P (prestasi ok!), ruang solat lelaki, ruang solat wanita 
Keadaan ketika solat: Masa ada air dalam pond keliling kolam keadaan masjid jadi sejuk bila angin sepoi2 bahasa, tapi bila kolam kering,dalam berkuap.. Tiada kipas.
Durasi waktu teraweh: Panjang sikit. Imam baca surah panjang.. tapi tak la panjang sangat.. saya rasa separuh muka surat je setiap rakaat.
Moreh : ada dan dihidangkan sedari selepas teraweh 8 rakaat
Pendapat peribadi : secara keseluruhan saya rasa ok tapi nak taubat juga. Ruang nak ambik wuduk jauh dari ruang solat. Dinasihatkan jika pergi sini, ambik wuduk siap2 dari rumah dan jalan dari keta ke masjid jangan nak loving-loving pegang tangan.

View dari pintu depan or namely known as Pintu Imam Malik

Masjid 3
Masjid Ibnu Sina
Lokasi: HUKM
Fasiliti: Ini sebenarnya surau di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Tempat wuduk ok, Toilet kureng!
Keadaan ketika solat: Sejuk (Aircond)
Durasi waktu teraweh: Panjang! Sebab Imamnya ialah pak arab.. memang panjang sampai rasa macam tak larat kaki nak tunggu abes 8.. 4 rakaat ikut imam, 4 rakaat + witir solat sendiri..hehe
Moreh : tiada
Pendapat peribadi : ambience ok.. tapi iman sendiri tak kuat nak tunggu imam baca panjang-panjang..(Insaf!)

Masjid 4
Surau Putra Al-Amin
Lokasi: Presint 8, Putrajaya
Fasiliti: Ruang solat aircond seluruhnya, toilet bersih (check for tempat perempuan sahaja), tempat letak kereta limited (kawasan apartment yang penduduknya ada minimum 2 keta kot)
Keadaan ketika solat: Sejuk (Aircond).. I like..:)
Durasi waktu teraweh: Panjang sikit. Imam baca surah panjang.. tapi tak la panjang sangat.. saya rasa separuh muka surat je setiap rakaat.
Moreh : Ada. Bubur durian masak panas2 lagi.. Tapi tak makan sebab dah nak balik tapi bubur tak masak lagi..
Pendapat peribadi : ambience ok (sangat2!).. waktu solat pun tak lama sangat (ini review orang rendah iman eh) dan tiada berdetik dalam hati ' imam cepat la sket, aku dah ngantuk/panas sangat ni!"

Insyaallah review masjid / surau  ini akan diteruskan walaupun bukan Ramadhan sebab bila pergi jalan-jalan kami akan singgah masjid dan surau nak tumpang solat, tumpang gi toilet.. Entry sebegini bukan lah berniat mengkondem masjid.. 

Tapi sekiranya ada ruang penambahbaikan yang diambil tindakan, mungkin bisa innitiate rasa nak imarahkan rumah Allah..

Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, May 11, 2011

Poyo II : Macaron tips 2



Kehidupan saya sejak kebelakangan ini dipenuhi oleh macaron + internet yang bermasalah.. hehe sebenarnya ada perancangan yang lebih baik Dia aturkan di balik masalah internet tu.. hari2 yang tak boleh online tu saya penuhi dengan menyiapkan macaron shell...hehe

I was a bit depress before when my inherited mixer was exploded.. haha not really explode la, but still could heard pom sound and saw some sparks.. then, my macaron not behave at all.. inside the oven they show a dome and feet.. tiba-tiba kuar oven semua macaron shell deflate...huuu rasa nak nangis.. * dah nangis a bit pun...

Jadi hari-hari yang tak berinternet tu, digunakan untuk membaca note resepi dan tips macaron * i bought some books abt macs via amazon..tp lambat lagi kot baru nak sampai..

So then i realized why sometime my mac will turn out well but some time turn out *go to hell* out ;

  • As said in my previous tips, mac shall oil or fat free..instead of yolk or slight buttery bowl, oil may come from the nut.. the reason why almond is the main ingredient is because almond contain less oil compared to other nuts.. ( macaron boleh dihasilkan dengan kacang2 lain, tp still kena mix with almond ground eh).. oil can came oil from almond if we pressed the almond with spoon to speed up sifting process... hehe i did this..tapi tak la tak jadi macaron tu.. cuma kalau kita buat keratan rentas, macaron akan ada lubang between the dome dan feetnya..
  • Buat macaron ni ukuran kena precise...kena guna ukuran metrik compare guna ukuran sudu atau cawan.. untuk lebih tepat sila ikut ratio ni.. French Method Meringue
source data ; http://www.syrupandtang.com
  • Aged egg white lebih disarankan.. ini kerana air dalam putih telur dah tersejat (evoporate) .. tapi masa nak rotan pukul eggwhite ini hendaklah dibiarkan pada suhu bilik terlebih dahulu yeh..
  • Pewarna yang disarankan dalam bentuk serbuk atau gel.. pewarna cecair menyebabkan consistency adunan macaron terganggu.. macaron tanpa pewarna ok juga, tp sedikit boring.. tapi boleh tmbah biji2 color2 tu untuk external deco..hehe
  • Instead of perubahan consistency dek kerana pewarna, timing nak buat macaron kena betul.. mean klu hari hujan tak payah la rajin sgt memacaron.. sbb before masuk oven macaron kena dikeringkan dulu sehingga permukaannya di sentuh tak lekat langsung kat tangan..


  • Sila check semua adunan yang telah dipaipkan.. haha ni la hasil bila tak sabar tunggu kering okeh.. the macs crack while you baking it... * sedih sungguh*
hmmm apa lagi eh..nanti sambung lah.. tunggu buku sampai nak study lagi nnt share lagi..hehe

p/s : macaron yang di order dan send via pos sedang proses packing eh.. :).. tq to those yang dah update alamat pengeposan.. ^_^

Tuesday, March 1, 2011

Batuk Spring

Dah 2 minggu batuk tak elok2..
Dalam peparu rasa springy (rasa ape cam ni eh.. haha konon nak cover dari statement muntah hijau hoh)
Batuk yang diselangi bunyi2 ala2 spring buai kanak2..

Tengok iklan ada iklan Mucinex..
Ntah kadang cam tak caya je ubat kuar iklan ni..
Tapi sebab dah tak larat, beli la jugak..
Mahal tau 10 biji RM20.00 ( selalu kan ubat klinik dapat free.. opis cover )
Ia ubat terkawal, suami cakap nak beli, pharmacist suruh isi borang..

Baru test sebiji..
Batuk springy cam takde...
Best eh...

Mucinex tu brand. Nama betul ubat Guaifenesin.. 
Moga kami sekeluarga sihat.. Amiin...

Sunday, December 26, 2010

Birds' Tongue

Have you ever try ate bird tongue? Our dinner meal this night was a one same bowl of ( anyway three bowls per person ..haha ) of bird tongue broth..

 Orzo in chicken broth with dice tomato and cream

It's a type of pasta.. it's real name is Orzo.. or some may called it Risoni.. among arabians thay called it lisan asfour... Lisan means tongue, asfour means birds...

Sunday, December 5, 2010

Tiba-tiba

Satu tengahari ke petang di MAHA..

Suami : sekarang ni kita kat depan kandang rodeo ni..pameran kat dewan besar..
Isteri : dewan tu jauh lagi eh.. naik shuttle ke?
Suami : Jalan je lah..panjang nak beratur naik shuttlle..
Isteri : Okey penat la......

Sambil berjalan...

Isteri : Dewannya kat mana?
Suami : (sambil tunjuk board map) Jom pergi tengok kat map tu..
Isteri : Ok, kita dah lepas Dataran Tiba 2 (baca; tiba-tiba), Laman Jentera pun dah lalu tadi... maknanya depan lagi la...huuu jauhnya lagi..
Suami : (Berkerut dahi).. Ape pulak Dataran Tiba 2 (baca; tiba-tiba).. tu Dataran Tiba 2 lah (baca; Tiba Dua)
Isteri : hahahahahahaha (tiba-tiba gembira....^_^ )

Wednesday, November 24, 2010

Meraikan Kreativiti

Hari ni saya buat kerja lama..
Kerja mula2 masuk kerja dulu..
Kerja publisiti pasal projek pengumpulan data tempat kerja saya..

Venue aktiviti publisiti kat Stadium Bukit Jalil
Sekarang tengah ada event Festival Malaysia Inovatif 2010
Excited2 pergi konon nak ambik gambar..
Tetiba tak excited bila tengok kamera lupa letak bateri...

Okeh sekian!

p/s : booth opis saya nombor 248 / 249..dekat dengan stage..senang nak dengar cabutan bertuah... cabutan bertuah esok (25/11/10) kereta Satria Neo..

Thursday, September 2, 2010

Hasil eksperimen

Seperti yang anda ketahui (err kalau tak tau pun nak bagitau ni) saya ialah pembuat coklat yang mengambil order secara online or via phone.. Maka bila namanya online seperti biasa walaupun saya letakkan syarat self pick up, kebanyakan pembeli nak juga ordernya, tadaaaaaaaa sampai depan pintu rumah..so secara tak langsung menjadi tanggungjawab saya memenuhi kehendak pelanggan seperti yang diharapkan... (peh berwawasan sungguh bunyinya kan...^_^ )

Saya baru menggunakan servis kurier Nationwide untuk urusan penghantaran ( sebenarnya suami saya yang tolong buat kan.. tq comel ..hehe). Mula-mula saya plan nak guna Pos Laju je, tapi peguam* saya mencadangkan Nationwide dan saya ambil berat cadangan beliau maka parcel yang berat tu saya serahkan pada beliau mintak tolong hantar kan.. :p 

*( Peguam di Zul Nawawi & Co juga merupakan QC Executive production Chocville.. dia akan rasa dulu sama ada makanan itu sedap atau tidak.. dia sangat berterus terang kalau makanan itu tidak sedap ..huhu )

Pada asalnya saya agak berkerut juga sebab saya assume mesti lagi mahal dari Pos Laju.. Memang pun, untuk caj Pos Laju, 1 parcel berjisim >500g - 1kg caj yang dikenakan ialah lebih kurang RM7-RM8, manakala caj Nationwide untuk jisim yang sama ialah RM14... Tapi selepas mendapat sms dari customer saya yang coklat tak cair maka saya rasa pasni tak teragak-agak nak buka account dengan Nationwide..^_^..

Untuk pembekal barangan fragile** seperti saya, proses penghantaran ialah critical point.. Selain itu satu lagi  info ni saya tanya kat despatch sendiri (haha pencari maklumat), biasanya mereka memulakan tugas proses penghantaran bermula jam 3pm. So tips penghantaran barangan fragile, waktu terbaik untuk anda serahkan pada pihak kurier adalah sekitar 1pm-2pm..

**(di sini diklasifikasikan sebagai coklat mudah cair [coklat mula akan hilang bentuknya pada suhu >40 degree celcius] )

p/s : Order untuk Chocolate Cluster Chocville secara rasminya akan ditutup pada 3 Sptember 2010 dan akan dibuka semula selepas 18 September 2010 (tarikh mesti ingat eh )..hehe

Friday, August 6, 2010

Tanya part 2

Seperti dihantui hari ini pertanyaan tetang Klinik Gigi Azman tidak berkesudahan.. Walaubagaimanapun tak mengapa..saya pasti penanya memang urgent perlu cari Dr.Azman... Saya sudah cuba dapatkan nombor contact Dr.Azman untuk cik -nur hafiz-

Daripada maklumat rakan-rakan sebatupahatian klinik Dr.Azman tu sememangnya berdekatan Supreme.. tapi malangnya kalau tanya alamat seperti alamat nak anta kad raya tu memang tiada la... Oleh kerana Cik -nur hafiz- memang nampak urgent sungguh saya cuba googlekan untuk Cik -nur hafiz-


Klinik Pergigian Azman
Address: 1st Floor, 25a, Jalan Mengkudu, Taman Makmur, 83000, Johor

Phone: 07-4380048Mobile:012-7120725

Email:  [email protected]
 
Diharap maklumat ini dapat membantu Cik -nur hafiz -
 
 
p/s : Dr azman, saya nak komisyen pengiklanan...hehe

Tanya

Pagi2 tgk email
1 notifikasi komen nak di approve
Tanya pasal cabut gigi

Cik Anonymous,
saya tak pernah pergi Klinik Azman..tapi menurut kawan2 saya yang memberi komen, Klinik Azman tu letaknya di Taman Dato' Abdul Rahman Jaafar.. atau lebih popular panggil area Supreme [ tak tau kenapa Supreme popular, maybe sbb Supreme tu bangunan tinggi yang awal2 kot ]...Saya tak pasti cik/encik/puan/ tuan dari arah mana di Batu Pahat.. tapi landmark paling dekat dengan taman ni ialah Summit Parade dan Pejabat Tanah Batu Pahat.. Untuk lokasi lebih tepat, Cik Anonymous boleh refer dengan kawan (1) saya yang duduk di kawasan dinyatakan di atas atau kawan (2) yang pernah pergi Klinik Azman..

Harap info tak berapa info ni membantu Cik Anonymous

p/s : Huhu terasa macam penulis ruangan pertanyaan majalah la plak...hehe

Thursday, July 15, 2010

Kafe Pondok Bintang

Gambar ini bukan gambar semalam..minggu ini saya isteri mithali sebab saya masak tanpa miss sehari pun...
atas dasar ini juga saya jadi sayang sangat dekat suami saya sebab dia makan je masakan saya yang  sedap ala2 tu tanpa prejudis.. wah semakin pandai isteri guna perkataan layer atau loyear lawyer..

Oke berbalik kepada kisah makan di kedai ini.. Nama kedai Starhut Cafe.. ia terletak di Nilai, Negeri Sembilan... Kalau anda mengharapkan kedai ini dekat dengan pusat jualan kain dan barang pengantin Nilai 3 itu, saya mohon maaf sebab ianya tak dekat sangat.. jadi kalau pergi ke sini antara tarikan lainnya ialah McD, Giant dan Old Town ... (woi kalau takat tu tempat lain pun ade la... baling botol kat dia!!! )... Okla lebih tepat lagi kedai ni bertentang mata dinding dengan Alson Klana, Nilai...

 Menu makanan di sini agak banyak..menu di kategorikan mengikut jenis samada makanan melayu, cina, western... jadi isteri Ahmad Zulkifli tu macam teruja sangat sbb dia yang pilih kedai ni..pastu macam tak tau nak makan ape...
Ahmad Zulkifli plak cam relax je taknak pilih makan ape2 sebab dia tgk isteri dia rakus pilih menu tapi sampai waiter buat muka bosan tunggu dia pilih ... tapi disebabkan sayangkan isteri dia biarkan aje isterinya buat ape yang disukai...bukan tak jaga hati waiter... tapi selaras dengan nama pekerjaan itu WAITER mmg terpaksa kami buat dia tertunggu-tunggu..huhu kalau la word WAITER ni dibahasa melayukan secara literal kepada PENUNGGU , mesti takde org nak makan kat kedai...
contoh ayat ;
" Kedai makan itu dapat beroperasi effisyen sebab mempunyai ramai Penunggu"

Inilah hasil membuat pilihan.. Wantan Mee Soup... Gred menu ini so-so aje... kire menyesal order tapi cover macho depan suami sebab dia dah larang order tapi isteri degil.. maka itulah balasan isteri tidak mendengar kata... minuman saya order Orange Yougurt... ini rasanya oke la..tak mengecewakan...

Suami tak makan ke???
Suami makan Lambchop with mushroom gravy dan minum air Summer Breeze (saya agak ianya campuran mangga dan orange )... makanan ini sedap sampai isteri asyik sebok je mintak sikit... malangnya tiada gambar sebab semua kamera abes bateri...T__T ... kasihan....

p/s: Kualiti gambar tidak memberangsangkan sebab pakai kamera phone yang dibeli lebih kurang 3 tahun lepas... haha hint nak beli hp baru :p

Tuesday, July 13, 2010

Walk for Charity

Suami saya ajak pergi  jalan2 pusing Kampung Cemperai sebab nak training pergi charity walk...hoo oh

Ops salah.. ni namanya Walk for Charity..anjuran Islamic Outreach ABIM..so selain sedia kaki saya sedang sedia minda supaya tak pancit menang...huhu

Kalau nak join leh telefon nombor dalam poster tu yeh... errr kalau rasa malas jalan, boleh gak beramal bagi sumbangan ikhlas.. bagi duit boleh, sumbangan barangan pun boleh.. mana tau amalan kite yang sedikit ni membantu jalan kita ke syurga..Aminnnn ^_^

p/s: abang sempat ke nak training jalan? bukan 24/07/10 tu kite ada majlis nak attend????

Wednesday, June 23, 2010

Rejab bukan sahaja bulan solat dan puasa

Bulan ni bulan Rejab.. bulan Allah.. kalau puasa dapat pahala..semalam dengar tazkirah di bulan Rejab...

Bulan Rejab juga bulan turunnya perintah solat..
Ingat lagi cite Isra' Mikraj Rasulullah SAW di bawa dari Makkah ke Palestin..
Dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa...
Allah perintah Rasullah untuk solat 50 waktu sehari semalam...
Dalam perjalanan turun ke bumi, Nabi Musa A.S memberi saran pada Rasulullah SAW, mohon Allah kurangkan waktu solat, 50 terlalu banyak menurut Nabi Allah Musa A.S...
Turun naik lah Rasulullah SAW bertemu Allah sehingga yang akhirnya kini 5 waktu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak...

Oke dah ingat...

Sekarang cuba bayangkan

Kalau Nabi Musa AS tiada sikap ingat mengingati pada Rasulullah SAW...
Kalau Nabi Musa AS dengki umat Muhammad melihat dilayan istimewa dari umatnya..
Kalau Nabi Musa AS tak berani tegur Rasulullah SAW sbb baginda ketua segala nabi & rasul..

Cuba bayangkan juga

Kalau Nabi Muhammad SAW takbur dan berbangga jadi ketua segala nabi & rasul..
Kalau Nabi Muhammad SAW bossy tak boleh ditegur Nabi Musa AS..

Dan bayangkan kalau

Allah itu bukan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Subhanallah... Maha Suci Allah

Saya turut baru berfikir...

p/s: kalau 5 pun kantoi, 50 apetah lagi... memang tak sempat nak update blog...insaf T_T

Tuesday, June 15, 2010

Kami bagaikan ulat sutera


Kami suka makan ini...anak harimau palsu pun bertanya apakah itu.. malangnya ibu dan bapanya tidak tahu... haihhhh kasihan...

Maka jika selama ni bapa membeli tidak bertanya tuan kedai apakah gerangan yang kita telan saban hari.. minggu lepas ibu ikut... masa beli tanya kat tuan kedai tu...

"bang bang... (dah macam bunyi senapang)... ni ape eh?"
Tuan kedai menjawab
"buah mulberry"

Ibu & Bapa

"oooooooooooooooooooooooooooooo"

Rupanya kami makan buah mulberry... Err ulat sutera makan daunnya... Maka sebab inilah tajuk entry begitu...:p

Untuk tau khasiatnya sila rujuk sini... (saya pun baru tau sbb baru google sbb sebelum ni cuma tau makan aje..hehe)

Kalau teringin rasa pergi beli kat kedai jual kurma sebelah eskalater kat Warta (@Bintang --> saya pelajar veteren UKM masih nostalgik Warta)... Err saya takde share profit dengan tuan kedai yeh..

Tuesday, June 8, 2010

Mari bercuti di Summer Break

Nasib baik opis saya dah arrange retreat.. Kalau tak memang saya gatal kaki juga nak join Summer Break di Perak ni..Summer Break tu ape? meh tengok gambar meh..


I love beaching (pronounce carefully) .. saya suka pantai.. sebab kat pantai kita boleh mandi tanpa perlu ambil kira soal dress code macam nak mandi pool..haha..

Dah tu ape ke'best'an pantai Summer Break ni yang nak diwar2kan sangat???

  1. Sebab tengok gambar nampak macam best.. ---> saya mmg agak mudah terpedaya dengan nilai estetika luaran
  2. Sebab untuk mendapat layanan 5 Bintang yang berdiskaun ( daripada RM580 menjadi RM380)
  3. Sebab percutian ni ada pelbagai aktiviti tapi dalam masa sama anda bebas beraktiviti sendiri juga. Tak payah pikir pengisian penambahbaikan.. [haha tak alih2..;p ]
  4. Anda boleh dapat kawan baru yang muda-muda dan glamer-glamer sebab mereka tulis dalam pakej ada selebriti2, media dan beberapa guest dari negara2 lain..
  5. Dalam pakej juga ada sesi menonton World Cup beramai-ramai bagi yang gila bola.

Apa-apa pun boleh pergi click sendiri di link Summer Break tu manalah tau anda terbukak hati nak pergi bercuti.. Tarikh percutian adalah pada 25-27 Jun 2010 dan tarikh akhir untuk booking ialah 15 Jun 2010..

Err saya pulak sedang membukak hati suami untukmengajak suami ikut retreat opis saya ( jom la abang.. sampai ati u biar i pergi jauh2 dari u...huuuu)

Monday, June 7, 2010

Formspring saya

TUMPANG TANYA..TUMPANG TANYA!!!!



p/s : Sedang cuba berlagak jadi kaunter pertanyaan..

Thursday, June 3, 2010

Separuh Halal

'Boleh' makan separuh barangkali.. sebab 50% HALAL :p .. memang YABI lah!!!

p/s : pic tag from Fifi di FB

Tuesday, May 25, 2010

Makan coklat percuma

Saya ada cerita menarik untuk dikongsi bersama.. bagus kan..selalu keluar dengan cerita menarik [ selalu?????? jgn nak menipu].. oke kali ni tak tipu tapi mmg menarik..

Seperti yang anda ketahui saya kan jual coklat [ sebenarnya saya nak bagitau yang tak tau lagi..kehkeh].. oke coklat saya tu menarik.. tapi kalau makan free lagi menarik kan.. Walaubagaimana pun memandangkan saya belum tahap jutawan nak jamu anda berhari2 makan coklat free, meh saya konsikan event di mana anda boleh makan free ..


FREE CHOCOLATE FAIR by Beryl's

Event ni berlangsung hujung minggu ni kat venue yang dah dilukiskan dlm poster di atas.. Anda boleh makan coklat secara free di sini dan juga ada jual coklat kalau nak beli bawa balik..

Oke la saya taip la alamatnya kalau anda nak pergi (huuu baiknya si cantik ni)

No. 8, Jalan 9/1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia.
28 May - 30 May, 2010

Masa makan free adalah dari jam 9.00am - 6.00pm


Syarat nak makan free ialah anda boleh makan sesuka suki semuat perut anda dan jangan membazir sebab membazir adalah kawan syaitan..errr makan melampau-lampau juga kawan syaitan.. Tapi boleh makan kat situ sahaja sebab kalau nak bawak balik, anda kena beli.. So kalau teringatkan saudara mara, sahabat handai atau bos kesayangan, lebih baik anda ajak ke tempat berkenaan secara berkongsi kereta supaya parking tak penuh.. :p... Walaubagaimana pun pihak Beryl's boleh menukar syarat ini semahu hatinya sebab coklat2 tu memang diorang punya...huhu...

Errr macam tak percaya? boleh telefon tanya mereka di nombor ini 03 8925 6136...

Monday, May 24, 2010

Bukan cantik sangat pun

Ni bukan gambar dari kamera canggih saya [wah tak boleh blah begini].. tapi ni dari fwd email.. fwd email berkata

Dear all , Please read below... (baca.. dia kata sila baca!).. The message is true... (oke saya percaya).. I almost lost my daughter who put a piece of the leaf of this plant in her mouth and her tongue swelled to the point of suffocation. This is one plant but there are others with the same characteristics of coloring. Those are also poisonous and we should get rid of them. Please watch out for our children. As we all leave our children home in the hands of the helpers, we should give them a safe environment where they can play.

This plant that we have in our homes and offices is extremely dangerous! This plant is common in Kenya , Rwanda, Uganda in plant nurseries, many offices and homes. It is a deadly poison, mainly for the children. It can kill a kid in less than a minute and an adult in 15 minutes. It should be uprooted from gardens and taken out of offices. If touched, one should never touch ones eyes; it can cause partial or permanent blindness. Please alert your buddies... ( saya tgh buat la ni.. buddies alert pls..)

Walaupun dalam pesanan di atas menyatakan ianya biasa dijumpai di Kenya, Rwanda dan Uganda, tapi sekarang ni rasanya banyak di Malaysia juga.. pokok yang saya tak tau nama ape ni mudah ditemui di semak2 samun.. Seperti pest lain (pembetulan dari biologist pencen, pest bukan merujuk kepada kumbang atau serangga sahaja, tapi apa2 juga yang mengganggu gugat ekologi semula jadi boleh diklasifikasikan sebagai pest.. contohnya tapak sulaiman yang memusnahkan batu karang yang comel), ia akan mudah berevolusi dengan keadaan baru dan kemudian membiak dengan banyak dan cepat..

So kalau ada pokok begini di rumah anda, let go saja.. bukan cantik sangat pun untuk di tanam..

p/s:

  • sori saya tak tau nama pokok tu..
  • oleh itu sy tak dpt sediakan MSDS pokok tersebut..err pokok ni ada material safety datasheet ke??

Wednesday, April 21, 2010

Folic Acid

Tetiba bercakap pasal vitamin B9 ni.. sbb semalam saya baca blog Azza cite pasal kawan dia yang ada masalah kandungan akibat kekurangan asid folik ni... (korang skroll sampai bawah kat blog Azza ni untuk baca sendiri dari blog kawan dia)

Apesal tetiba cakap pasal asid folik ni??? memandangkan saya ni wanita berkahwin, bila2 masa je ada potensi termengandung ( dengan kehadiran lelaki bertanggungjawab :p ).. semasa saya bertanya google hari tu, menurut jawapan yang diberikan, pengambilan asid folik ni seharusnya dilakukan 3 bulan sebelum mengandung..tmbahan lagi sbb saya tak pernah mengandung, tak pernah pergi klinik check kat doktor untuk tnya "Am I pregnant, Dr?" .. takkan tetiba leh jadi pandai p cari asid folic sendiri kat farmasi kan.. Jadi sedikit sebanyak membaca entry blog azza menjadi sedikit paranoia juga..

Tetiba (aik tetiba lagi??) saya rasa gelabah dan cuak.. apesal lak nak gelabah.. ye saya gelabah sbb saya cam tak pernah consume folic acid...tapi tipu kot tak pernah.. sbb menurut google lagi sumber asli asid folik ada dalam sayuran hijau seperti bayam, brokoli, kacang peas, bijirin, buah-buahan.. semua benda ni saya suka, kecuali sayur kadang-kadang suka... :P [suami jangan baca..nnt u marah]

Jadi untuk support lagi sumber asid folik selain dari sumber asli yang telah saya consume seperti di atas, saya sedang berdikit2 ambik ni sbb dia tulis mengandungi Hi-folate sebagai back up incase ada hari2 yang saya terskip sumber asid folik semula jadi atau pun sekiranya saya telah termusnahkan asid folik dari makanan semulajadi semasa memasaknya sbb asid folik ni sangat sensitif kepada kepanasan, UV dan mudah larut air..

Huhuu sekurang-kurangnya kalau saya termengandung sebulan atau 2 bulan atau beberapa bulan dari sekarang saya dah menyediakan nutrien untuk baby saya.. saya hanya berusaha, Allah jua yang bantu..

p/s :-terima kasih suami sbb belikan Anmum tu.. cam suprise ala2 eric leong je balik2 rumah tgk dah ada atas meja.. hopefully we're ready to have a baby kan?..luv u..:)

Tuesday, November 24, 2009

Salam dari Chocville

Tadi dapat keja daripada founder chocville [iaitu diri saya sendiri] untuk mengkhabarkan berita gembira tak hengat ni kepada seluruh warga Batu Pahat terchenta...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kami ingin berkongsi pengetahuan kami tentang coklat dengan anda.. Untuk sekian kalinya selepas kelas pertama kami pada 11 Julai lalu.. Kali ini (28-30 Nov) kelas untuk warga Batu Pahat akan dibuka kembali dan anda dijemput untuk menyertainya..

Kini anda boleh menjadi salah seorang 'chocolatier' seperti kami…

Dibuka juga untuk tempahan coklat bagi yang ingin merasakan kesedapan rasa coklat buatan tangan daripada kami...

Kepada mereka yang berminat, sila hubungi terus kami : 0127147126

"Lazat, Sihat, Teringat2'

Terima kasih...

Faziatun Nisa' Yusof Basha

Chocville Founder http://chocville.blogspot.com

ALFAZYA RESOURCES (001888028-H)

myfreecopyright.com registered & protected