Pages

Showing posts with label jalan2. Show all posts
Showing posts with label jalan2. Show all posts

Wednesday, January 2, 2013

2.1.13 : Sotong Bakar Morib

Kalau hari minggu nanti boring2 duduk rumah, boleh la pergi jalan2 ke Morib.

Sotong bakar Morib sangat marvelous tau.. Rasa nak kedekut nak makan sorang.. Pakkal la pergi dengan lifetime partner.. Kang dia kedekut nafkah kang.. APTB! ( abbrive ; apa pun tak boleh!)

Published with Blogger-droid v2.0.6

1.1.13 : Pusat Maritim Putrajaya/Hotel Pullman

Our cheap and unplanned date 1.1.2013
Lepas selesaikan hal menghantar crepe, beli2 barang, makan.. Then it's leisure time..

Kitorang pusing2 kat area opis encik deris supaya boleh tunjuk kat despatch kat mana kawasan yang termasuk dlm jobscope... Haha.. Dan sangat la kasihan kami baru first time sampai ke Pusat Maritim Putrajaya tu..hihi.. Oh kawasan ni bersambung dgn hotel Pullman (sbb tu lagi cam tak terfikir nak pegi)

Tapi kat situ takde kedai minum2 bukak..maybe public holiday tutup kot.. So balik jelah.. Dlm 10 min sampai Dengkil..minum air kat rumah..  Jimat sungguh! Haha

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, January 3, 2012

A day At Tanjung Karang, Selangor




A day at Tanjung Karang

Hehe akhirnya, dpt gak pegang padi secara live..hehe

Suami saya ajak gi Tg. Karang semata2 nak fulfill keinginan saya tengok dan pegang padi sementara ia masih kat pokok lagi.. Hehe memang jakun sebab kat Batu Pahat atau Dengkil mana ada padi..:p

Masa dah sampai sini saya teringat satu dokumentari Astro yang diadaptasi dari buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman tulisan Prof Muhd. Kamil..Sebab kami dah tengok dua tiga kali dokumentari (astro kan suka ulang2) so kami boleh ingat la cerita pengalaman haji seorg pakcik dari Tanjung Karang ni..

Haji Daud dari Tanjung Karang  & Haji Ahmad dari Dengkil :p

Nanti saya sambung macamana accidentally kami jumpa Haji Daud ni..mouse notebook saya dah buat perangai, tensi nak menaip..grrrrrrr

Wednesday, August 17, 2011

Review masjid #1

Bulan ramadhan ni ramai buat bazar review kan. Tetiba rasa nk buat review jugak.. Saya nak buat masjid or surau review.. Memandangkan bulan puasa cmni je rajin sket kan gi singgah surau masjid, sana-sini..

Masjid 1
Masjid Jameatus Solehah (masjid mercedes benz)
Lokasi: Pekan Dengkil
Fasiliti: tempat letak kereta (limited sebab tepi jalan besar), tempat wuduk (ada kolah untk lelaki,bilik wuduk wanita), toilet L/P (prestasi xcheck), ruang solat lelaki aircond dan kipas, ruang solat wanita kipas.
Keadaan ketika solat: Udara dan sirkulasinya nyaman.. Alhamdulillah.
Durasi waktu teraweh: Tak lama sebab imam baca ayat lazim
Moreh : ada tapi sebab balik awal selalu xdpt lah.
Pendapat peribadi : secara keseluruhan saya rasa ok sbb masjid ni 200m je dari rumah. Sirkulasi udara adalah baik,tapi bila penuh orang,ruang dalam agak kuap.ruang koridor juga jadi tempat solat dan agak nyaman. Overall i like.

Seorang wanita yang suka solat kat koridor sebab kipas kuat dan lantai sejuk... maka hasil gambar juga gambar koridor

Masjid 2 
Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin
Lokasi: Presint 2 (kot) Putrajaya
Fasiliti: tempat letak kereta, tempat wuduk (jauh gila dari ruang solat, kena naik escalator *tp selalu off*.. makcik2 sakit kaki, orang semput mesti rasa nak taubat gi solat sini), toilet L/P (prestasi ok!), ruang solat lelaki, ruang solat wanita 
Keadaan ketika solat: Masa ada air dalam pond keliling kolam keadaan masjid jadi sejuk bila angin sepoi2 bahasa, tapi bila kolam kering,dalam berkuap.. Tiada kipas.
Durasi waktu teraweh: Panjang sikit. Imam baca surah panjang.. tapi tak la panjang sangat.. saya rasa separuh muka surat je setiap rakaat.
Moreh : ada dan dihidangkan sedari selepas teraweh 8 rakaat
Pendapat peribadi : secara keseluruhan saya rasa ok tapi nak taubat juga. Ruang nak ambik wuduk jauh dari ruang solat. Dinasihatkan jika pergi sini, ambik wuduk siap2 dari rumah dan jalan dari keta ke masjid jangan nak loving-loving pegang tangan.

View dari pintu depan or namely known as Pintu Imam Malik

Masjid 3
Masjid Ibnu Sina
Lokasi: HUKM
Fasiliti: Ini sebenarnya surau di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Tempat wuduk ok, Toilet kureng!
Keadaan ketika solat: Sejuk (Aircond)
Durasi waktu teraweh: Panjang! Sebab Imamnya ialah pak arab.. memang panjang sampai rasa macam tak larat kaki nak tunggu abes 8.. 4 rakaat ikut imam, 4 rakaat + witir solat sendiri..hehe
Moreh : tiada
Pendapat peribadi : ambience ok.. tapi iman sendiri tak kuat nak tunggu imam baca panjang-panjang..(Insaf!)

Masjid 4
Surau Putra Al-Amin
Lokasi: Presint 8, Putrajaya
Fasiliti: Ruang solat aircond seluruhnya, toilet bersih (check for tempat perempuan sahaja), tempat letak kereta limited (kawasan apartment yang penduduknya ada minimum 2 keta kot)
Keadaan ketika solat: Sejuk (Aircond).. I like..:)
Durasi waktu teraweh: Panjang sikit. Imam baca surah panjang.. tapi tak la panjang sangat.. saya rasa separuh muka surat je setiap rakaat.
Moreh : Ada. Bubur durian masak panas2 lagi.. Tapi tak makan sebab dah nak balik tapi bubur tak masak lagi..
Pendapat peribadi : ambience ok (sangat2!).. waktu solat pun tak lama sangat (ini review orang rendah iman eh) dan tiada berdetik dalam hati ' imam cepat la sket, aku dah ngantuk/panas sangat ni!"

Insyaallah review masjid / surau  ini akan diteruskan walaupun bukan Ramadhan sebab bila pergi jalan-jalan kami akan singgah masjid dan surau nak tumpang solat, tumpang gi toilet.. Entry sebegini bukan lah berniat mengkondem masjid.. 

Tapi sekiranya ada ruang penambahbaikan yang diambil tindakan, mungkin bisa innitiate rasa nak imarahkan rumah Allah..

Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, June 28, 2011

Bila nak kurus? Minggu depan! Yeke?

Semalam tengok Ekspedisi 2011 hosted by Chef Wan pergi jalan-jalan Paris menyebabkan saya jeles dengan dia dan berazam once in life (sekali pun jadilah) mesti dapat pergi lepak-lepas Paris.. bunyi macam tak agak-agak kan tapi both of us dah list out several places yang kami rasa nak pergi walaupun belum pasti..hehe kan berangan tu free.. Manalah tau masa berangan-berangan dan berdoa tu hijab terbukak (aku masih pakai tudung sekarang!).. makbul doakan.. Insyaallah..

Turki, Australia, Itali dan Paris ni antara listed places.. Haha bila saya fikir balik sebab utama all those places are listed just because i love the food.. So korang tak payah la tanya bila nak kurus kan..

Turki : Sbb nak melawat tempat Maulana Jalaluddin Rumi.. To cut the story short, masa lawyer mengurat ai kat library UKM dulu dia cerita pasal Rumi, dia bagi saya dengar alunan zikir Rumi, bila dia bagi kad dia quote bait kata Rumi.. Ayat manis kan.. mana tak jatuh cinta.. :)..

Australia : Sbb terpengaruh dengan Masterchef Australia.. Padahal US pun ada Masterchef, tp sbb MC Aus ni judgesnya lebih friendly dan tak marah-marah macam Ramsey so tetiba otak saya dah set Aussie ni best.. Walaupun dengar cerita Aussie tak suka Asian, tp pengaruh tv berjaya membuatkan saya buat tak endah je dengan khabar ni..Food range kat Australia ni pun nampak menggabungkan semua jenis makanan seluruh dunia.. Kalau tengok MC Aussie (kan dah dinyatkan saya obses MC Aussie) ni, chef2 kat Aussie ni kena pandai masak semua makanan seluruh dunia..

Itali & Paris : Sbb instead both of them of love city, i fall in love with Italian dessert & Parisian Patissiere.. Berdasarkan pencerapan saya yang sangat-sangat amatur, Italian food lebih simple dan senang nak buat (tapi sedap) berbanding Parisian food yang mementingkan detailing (tapi sedap juga)..

Hehe ada loyal commentator saya selalu cakap saya tekak mat saleh, tekak omputeh.. haha.. tapi kuih peneram pun saya layan jugak ( walaupun confuse sama ada eja penderam tu betul atau tak, ah bedal aje lah.. tak lalu nak tulis as "kelly's ears" )..

Tapi sebelum pergi semua tempat di atas, saya berharap saya dapat melawat yang wajib dulu.. hehe..  Suami saya kata, kat Makkah & Madinah, walaupun makanannya tak disediakan penuh detailing macam French food, tapi rasanya sangat sedap..(kalau beginilah aku berfikir, mmg mimpilah nak kurus..haha)... Ok sekarang saya tengah berdoa supaya impian ini tercapai..

p/s : Bila suami saya tanya bila saya nak kurus, jawapannya minggu depanlah..( dah lebih 3 thn minggu depan pun masih tak kurus..haha)

Sunday, May 15, 2011

Philadelphia vs Pilahdenpoieharinila

Haha Pilahdelphia anyway... saya mana ada byk fulus nak terbang ke US sekarang...

Kuala Pilah ni letaknya Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.. ya saya sekolah kat matrik tu 11 tahun lepas.. So kebetulan hadir kenduri di Kuala Pilah hari ni, suami saya ajak singgah sekolah lama saya..

 penyamar student matrikulasi negeri sembilan

 hostel saya di sini

 dewan kuliah depan blok hostel saya.. tempat kawan saya ngedate... hehe sape eh?

 rimbunan buluh kat bilik tutorial..dulu kontang okeh

depan bilik kelas di mana cikgu english panggil saya combi sebab saya refuse beritahu nickname sebenar saya ialah eton..

Seb baik mak guard hari ni mood ceria kot..so dia benarkan kitorang masuk.. lagi pun tengah takde student.. diorang akan daftar 23 mei nanti.. kalau ada student diorg tak bagi masuk kot.. safety purpose kan.. 

Dari kolej matrik, kami heading nak balik KL (Dengkil sebenarnya).. dah plan nak singgah beli buah naga or jagung kat area terachi - tanjung ipoh.. Tetiba tersinggah Restoran Warisan.. sebab restoran ni kan penah masuk JJCM..so haruslah try kan.. lagi pun si EmyMIF tu asyik cite je dia gi makan kat sini (tapi tak belanja i pun..)


 Pandangan tepi sebelah sawah

 Apple Longan & ABC..hehe ais sebagai ubat...huuuuu

 Layan ABC dan lempeng pisang ice cream..heaven okeh

 Persembahan kebudayaan

Konon instagram iphone... konon je okeh..

Kat Restoran Warisan kami tak makan heavy.. sebab dari pagi sampai petang dah layan lauk kenduri.. berapa jenis daging dah masuk perut (ayam, lembu, kambing, kerbau)... so walaupun sampai restoran, kami tak lupa diet ...haha.. so ni layan makan2 petang je..saya ambik lempeng pisang ice cream, suami saya order jemput bawang makan ngan sambal tumis (podeh amek!) dengan kuah gulai lemak cili padi..

Secara peribadi kami suka restoran ni.. rasa feel2 kat resort kat Sumatera pun ye jugak.. harga reasonable dengan kesedapan makanan dan layanan tahap coffee house kat hotel okeh.. Kalau ada rezeki dan kelapangan InsyaAllah kami nak datang lagi sini.. :)

Ok la tu je report dari Philadelphia eh Pilahdenpoieharinila..^_^

Wednesday, April 27, 2011

Wordless Wednesday #6

Kalau sampai Morib tak beli Sotong Bakar Morib * gigil2 sedap* memang  rugilah..
Sotong keringnya mungkin boleh dpt kat mana2.. tapi sosnya memang marveles!!
Rasa nak kedekut2 makan sorang..haha

p/s : sukar nak gambarkan kesedapannya.. plus kucing kembang sibuk cium2 jilat2 muka..

Monday, March 21, 2011

Jalan-jalan Gold Coast

Sebab merajuk asyik tak dapat tengok belon udara panas, kitorang terus pergi Gold Coast... Haha bukan la kat Australia.. kat Sepang pun ada Gold Coast.. :p

Pesta Air Selangor 2011 @ Bagan Lalang

Tak pa

Booth Jab. Alam Sekitar

Booth Lembaga Urus Air Selangor (invertebrate still my forte..hehe)

Booth Tourism Selangor

Orang karaoke2 ambik hadiah

Mereka yang tiada tripod tu

Buat istana pasir

Haha tipu je... tapi adik ni buat betul2..

Benda-benda lain biasa je.. biasa mean booth orang jual2 makanan..booth orang jual air.. booth jual tudung.. yang paling menarik pun banner KFC je..


Ok pastu boleh la layan clip poco-poco neh..


Monday, March 14, 2011

Isteri berjaya 'meeracun' suami?

Akhirnya..
Sejak dari zaman awal bertunang (2 tahun dulu) sampai la awal berkahwin (1 tahun dulu) dia saya kempunan nak makan mee racun.. Asal balik je singgah kedai tu mee racun abes takpun kedai tutup.. asal kedai tutup je saya balik...


Mee Racun Tulang Pak Aziz (tulang tu tulang kambing).. 1 pinggan RM6.50

Sedap ke?

Ekspresi selepas 1 sip...ekspresi dah abes makan sila bayangkan sendiri..

Rasa sedap sampai rasa nak makan lagi before balik KL.. tapi lupakan hasrat kalau nak pergi kedai hari Ahad.. hari Ahad kedai ni holiday..

Lokasi kedai dekat Taman Sri Jaya.. GPS? sebab saya takde Garmin waima Smartphone, sila tunggu klu ada komentator BP nak bagi GPS point eh..


Mohamad Hussein bin A Jabar
T/L 1, Jalan Rotan Tunggal,
Taman Sri Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor
Telefon : 017-6746063

Nak buat sendiri mee racun? ntah dah 2 -3 tahun saya google internet.. memang takde yang post cara memasak mee racun.. resepi cubaan mee racun menggunakan spagethi boleh refer sini eh.. :)

Sunday, March 6, 2011

Hasil 'tuaian' di Janda Baik

Rasa nak nanges sebab boleh dapat buah-buahan yang memang susah nak beli kat Tesco atau Jusco atau pun Pasar Malam Seksyen 1..


Terus rasa nak pergi Janda Baik tiap2 minggu..

Anak pokok markisa dah dapat..pas ni nak cari pokok nona plak...

Wednesday, January 5, 2011

Terpaksa

Isteri call booking tiket... mesin kata full (i said fool)
Suami isteri pergi Alamanda..
Isteri beratur beli tiket..
Suami beratur beli jagung berondong...
Tetiba pengumuman
" Dimaklumkan waktu tayangan Hantu Kak Limah Balik Kampung untuk jam 8 malam adalah untuk tempat duduk berasingan sahaja.. Waktu tayang Hantu Kak Limah Balik Kampung untuk jam 12 malam adalah untuk tempat duduk berasingan sahaja "
.
.
.
Kecewa!
Pergi lepak kat food court makan jagung berondong...

Rasa macam terpaksa beli vcd pirate pun ada gak...

Monday, December 20, 2010

Berjalan2 ke Pulau Besar sebagai latihan sebelum ke Mauritius :p

Memang sungguh membencikan buat tajuk begitu.. Tapi hanya tajuk berangan-berangan begini tak perlu bayar duit kapal terbang dan hotel penginapan, hanya bayar bil streamyx ngan bil api sahaja..

Bagi pasangan belum beranak macam kitorg ni, perjalanan tidak dirancang adalah biasa.. tapi adalah tidak molek jika diamalkan sehingga beranak.. melainkan kalau anda ada byk duit dan mempunyai bibik untuk kemas baju, tengok anak, siapkan botol susu steril, kemaskan rumah sebelum pergi jalan2, balik dari jalan2 terus basuh baju etc [ ciri2 majikan kejam kah? ]

Last weekend kami pergi Melaka.. haha Melaka lagi.. macam la Melaka tu tempat favorite.. tapi sebab kami berbudget ciput untuk lawat seluruh Malaysia, cukuplah kami 'Melawat Melaka bererti Melawat Malaysia' [ ni signboard kat Ayer Keroh tulis gini ]

Ini adalah trip 12 jam sahaja, so tak sempatlah nak pergi segala muzium atau segala taman kat Melaka..next time kami pergi lagi..errrrrk?

bertolak menaiki Titanic..:p

Jeti di Pulau Besar

Island view
Untuk review sedikit fakta tentang Pulau Besar click INI yeh..:)

Lepas balik semula ke Tanah Besar Semenanjung, kami rasa lapar2..alang2 sudah sampai Melaka, inilah masanya pow suami makan ikan ke sotong ke udang ke kerang ke atau ape2 yang dibakar.. so drive laju2 cari kedai makan...

muka excited nak makan..

rupanya hari ni ada event Pesta Sukan KPPK 2010

Keseluruhan kawasan telah dibook oleh kementerian ni untuk event makan malam.. kami pasangan terpilih (haha), orang awam yang nasib2 dapat masuk dan pergi makan kat situ.. orang yang lewat sket dari kami pakcik Rela tak bagi masuk.. kesian...order cepat2 sebab lapa.. (tak lapar pun akan order juga)

Butter Prawn.. dia takde telur tali2 tu, tapi di tabur nestum.. sedap.. saya bagi gred A+

Ikan bakar atas pan burger.. sambal kat ikan sedap.. Gred A+ .. tapi kicap cicah gred B

Kailan ikan masin biasa2.. Gred B

Kupang sweet sour.. Gred A

Alhamdulillah ada sedikit rezeki pergi jalan2.. tahun depan kite pergi Melaka lagi eh...haha..:p

Wednesday, December 8, 2010

Sedap

Minum teh o ais limau tepi pantai memang sedap...
Tapi bercuti di tengah minggu kerja lagi sedap..

p/s: ni pantai Morib..pencari abu tulang dah tiada...makluman kedai makan dah dibuka.. tak payah tapu air dari rumah..:)

Sunday, December 5, 2010

Tiba-tiba

Satu tengahari ke petang di MAHA..

Suami : sekarang ni kita kat depan kandang rodeo ni..pameran kat dewan besar..
Isteri : dewan tu jauh lagi eh.. naik shuttle ke?
Suami : Jalan je lah..panjang nak beratur naik shuttlle..
Isteri : Okey penat la......

Sambil berjalan...

Isteri : Dewannya kat mana?
Suami : (sambil tunjuk board map) Jom pergi tengok kat map tu..
Isteri : Ok, kita dah lepas Dataran Tiba 2 (baca; tiba-tiba), Laman Jentera pun dah lalu tadi... maknanya depan lagi la...huuu jauhnya lagi..
Suami : (Berkerut dahi).. Ape pulak Dataran Tiba 2 (baca; tiba-tiba).. tu Dataran Tiba 2 lah (baca; Tiba Dua)
Isteri : hahahahahahaha (tiba-tiba gembira....^_^ )

Sunday, October 31, 2010

Kami penagih Safron kah?

Kalau hari tu meluap2 rasa nak makan kat Restoran Saba sebab orang berpusu-pusu ke sana... Tapi kali ni kami pulang ke pangkal jalan makan kat Restoran Ariana.. restoran ni sebenarnya restoran Iran.. (huh majalah2 semua tulisan Parsi..tengok gambar aje lah jadinya)


Dulu saya order koobideh kebab with safron rice... sedap!! atas dasar tu dah beberapa kedai middle eastern kitorg pergi, suami saya semangat2 order kebab..tapi semua kalah ngan rasa kebab Ariana.. This time dia order koobideh kebab tu, saya plak order Sultani Kebab ( contains Koobideh + Barg).. Koobideh kebab ni ialah asal dari kambing, barg pula daging lembu yang dihiris nipis..


Kebab2 ni kami makan ngan nasi safron.. sebenarnya boleh makan ngan roti arab..tapi kami perut melayu lagi.. kena pekena nasik jugak...nasi safron ni sedap sangat2...sangat2... rasanya ringan aje, tapi sedapnya sampai sebiji nasi pun rasa sayang nak dibazirkan.. terus otw balik Dengkil rasa nak beli safron...

Ini menu yang ada kat Ariana.. ampun la kalau kualiti gambar ni macam tak berapa nak terang... almaklum, kamera telefon dah 3 tahun..hehe


Huuuu tapi safron tu mahal tau.. 1 gram = RM50... ada yang kata harga safron ni turun naik ikut harga emas..tak sure la ikut harga emas 916 ke atau emas sepuluh.. tapi takpelah teringin, tutup mata je beli...tapi hari ni gembira sebab dah jumpa safron kat kedai runcit barang Arab..tapi tak pasti beratnya berapa..


Nanti once dah cukup kekuatan nak memasak guna safron ni akan dimaklumkan kemudian...:)
myfreecopyright.com registered & protected