Pages

Showing posts with label macaron. Show all posts
Showing posts with label macaron. Show all posts

Monday, September 2, 2013

Macaron warna warni eidil fitri

Assalamualaikum wbt

Salam september :).. i always love september.. wink2 ;).. Permulaan yang baik di awal september beroleh rezeki buat macaron tempahan open house kementerian pelancongan.. hai nora danish... eh tiba-tiba.

Kali ni sebab order dalam jumlah besar, so kita rajin la sikit kan buat byk color, banyak flavor.. so flavor tu kita buat color lain2..

Blue- lime
White - coffee
Orange - salted caramel
Green - passion fruit
Pink - strawberry
Brown - chocolate

Harga macam biasa, 15pcs ( RM30.00), 25pcs ( RM50.00)
Nak order, sms atau whatsapp 0136076706 ->>>>> macam boring je kan asyik baca iklan... haha ampunnnnn

Tuesday, August 27, 2013

Sinari hari raja sehari dengan temari :)

Assalamualaikum wbt

Kalau bulan ramadhan lepas kesibukan mengadap oven nak siapkan kuih raya, di bulan syawal ni kita fullfill order mana yang bertunang, mana yang nsk kawen dan mana yang open house. Alhamdulillah rezeki yang menempah dan juga rezeki saya..

Kali ni ada produk baru dari chocville.. kalau ikutkan di pasaran, sejak tahun lepas dah ada, tapi kita baru ada keberanian dan peluang nak practice kek baru yang dinamakan 'temari'..temari ni kategori kek 3d, saiz sekitar besar bola tennis. Kalau ada yang berminat untuk hantaran perkahwinan atau pertunangan, boleh la hubungi kami.. kalau malu nak cakap boleh sms atau whatsapp..hihi

Untuk jualan buat masa ini temari ni kami jual dalam pakej 5 biji dengan hiasan fondant dan royal icing dengan tawaran harga RM150.00 dalam transparent box. Jenis kek boleh pilih sama ada buttercake/chocolate cake /fruit cake. Untuk lapisan cream pula ganache dan sweet buttercream..

Nak tau temari tu macamana? Tengok gambar bawah ni ya.. oh ya untuk bride to be, selain daripada temari, macaron tier untuk menyerijan majlis juga ada.. macaron tier tu berharga RM125.00. Sekiranya b2b mengambil pakej temari dan macaron tier, harga pakej yang ditawarkan ialah RM250.00 sahaja..:

Terima kasih atas luangan masa yang membaca, boleh hubungi 0136076706 untuk pertanyaan atau tempahan.

♡ fazya

Monday, August 19, 2013

Tips macaron 6 : Keringkan dulu sebelum bakar

Assalamualaikum wbt

Sudah sekian lama tak share tip buat macaron.. haha sebenarnya apa2 tips pun dah lama tak share.. so sementara mood ada ni laju2 update blog..

Kalau tuan puan yang google cara buat macaron mesti akan jumpa frasa ' keringkan dulu macaron sebelum dibakar'.. Proses pengeringan ni bagi saya adalah mesti.. haha sebab pernah masa malas, saya terus masuk oven adunan yang baru dipaipkan... End up macaron tu pecah macam gunung berapi..tsk tsk tsk...:'(

Kering macam manakah? Kering tu macam kulit kita dry dok dalam aircond.. seriusly as dry as that.. klu kita sentuh surface tu takde lekit langsung.. then baru pop into oven 12min suhu 160-170 degree celcius. Atas alasan macaron ini, kalau hari hujan, jawapannya? DON'T BAKE MACARON!

Abes kalau dah masa dah suntuk ada orang order nak buat camna? Bukan lah tak boleh buat langsung, tapi kegagalan at your own risk ok...haha.. macam saya sebut di atas, macaron mesti kering macam kulit kena aircond.. so solutionnya ialah aircond...:).. bagi yang takde aircond, memang sedih.. tapi ada satu cara lain yang saya guna dulu before aircond installation, turn on oven, buka pintunya letak baking tray nearby, so udara panas tu mengeringkan macaron..

Ada beza tak antara kering dengan aircond dengan kering dengan oven?of cos ada beza, terutamanya tukang bakarnya.. satu boleh bersejuk2 sambil tunggu masa bakar, satu lagi panas nak nanges...haha

Selamat mencuba buat macaron

Pics:
1. Macaron kering guna aircond
2. Macaron kering guna udara oven

Saturday, March 2, 2013

Minggu berkat

Moga yang dapat berkat, yang memberi pun berkat dan yang membuat pun berkat :)

Wednesday, February 6, 2013

Wordless Wednesday : Paperless Resume


Zaman sekarang resume dah paperless
Mungkin dalam bentuk Macadamia Butterscotch Cake..haha
#terharu sampai rasa nak gantung pic kat rumah macam Sulaiman Akhlaken gantung gambar Ismet Ulam Raja

Thursday, January 31, 2013

Memplagiat iklan chocville

Bila untuk raja sehari ni, hadiah hantaran biasanya tinggi2.. instead sirih junjung, satu lagi boleh tambah macaron bertingkat ni.:)

Harga pakej macaron bertingkat ni hanya RM125.00 (5dirham), tapi memandangkan saya berhasrat untuk mempromosikan ia, jadi harga promosi hanya RM100.00 (4dirham) sahaja

Info ;
Isi dalam 40pcs macaron
Pilihan inti :- coklat,coffee, buttertoffee, orange
Pilihan warna :- maksimum 3 warna untuk tawaran ini
Harga tawaran ini untuk self pick sahaja. Delivery charge berasingan.
Tawaran sehingga 31 Mac 2013 sahaja. Untuk pasangan pengantin yg berminat tetapi majlisnya lambat lagi dari tarikh tutup boleh deposit 50% dulu  sebelum tarikh tutup dan selebihnya byr masa delivery/pick up.

* ayat ini telah diulang cetak a.k.a plagiat dari blog chocville :p

Wednesday, January 23, 2013

Macaron 2013


Assalamualaikum wbt..
Rasa macam lama sungguh mengabaikan cerita macaron..hihi.. yela kan hujung tahun hari tu selalu hujan.. Kalau buat macaron tu ibarat invest kat kaunter yang harga merudum.. haha tapi harga macaron remain cam biasa.. yang ruginya sebab macaron mudah rosak/fail di kala cuaca lembap.. so kita ganti la dengan durian crepe kejam mata tu kan..


Bila dah  lama cuti membuat macaron, rasa neves terlalu amat sangat..neves terlampau tersangat.. memang tersangat2an lah.. Sampai sebenarnya semalam rasa nak refuse dah order akak Jabatan Audit (saya lupa tanya nama akak..haha).. Tapi sampai akak tu video call pujuk mintak buat kan juga.. Maka mak gagahkan hati.. hihi jadi mak rasa macaron hari ni cemerlang rupanya sebab akak tu kot doa sangat2..


Harga macaron masih macam dulu.. cuma sbb packaging 12 pcs payah nak dapat so sekarang mak tukar bekas, so isi sekarang 15pcs.. Harga RM30.. Satu lagi 35pcs, harga RM65..  Eh macam menyelesaikan masalah lak tulis fakta memanjang.. so saya update lagi point harga macaron adalah seperti berikut ;
<15pcs : RM2.50/pcs 
( contoh nak 6 pcs sahaja, flavor lain.. harga = RM2.50 x 6 = RM15)
15pcs : RM30
35pcs : RM65
Flavor : chocolate, coffee, orange, salted caramel, vanilla cream
* pembelian >RM50 je kita consider delivery ya.. kurang dari tu bergantung kepada keadaan contohnya kalau kebetulan kami lalu kat area berdekatan rumah tuan2 dan puan2, tiba2 delivery tu jadi boleh..

Oklah ituje.. kang tak pasal2 nanti banyak lagi contoh..hahaha

Thursday, October 11, 2012

Titleless Tuesday #2 ; Calling for Batu Pahat's orders

This is one of my current routine.

Selamat hari Khamis. Hihi saya ingat semalam dah Khamis.. Sebab saya gelabah nak siapkan order kuih cepat sangat nak malam jumaat!

Hari raya Eid Adha ni Insyaallah suami saya kata kami will celebrate kat Batu Pahat, so untuk BatuPahatian order macaron, kueh tart dan choc cluster boleh place dari sekarang  Khamis-Ahad (11/10/12-14/10/12) yeh.. Kalau tak bergantung kepada extra kuih yang saya bawak balik lah ye..

Update harga ;
Macaron (12pcs per box) : RM25.00
Kueh tart nanas ( 50pcs per box) : RM33.00
Choc cluster ( 50pcs per box) : RM25.00

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, October 6, 2012

Macaron lagi :)

Assalamualaikum wbt..
Lama tak cerita pasal macaron kan... Hihi sebenarnya saya nak post entry ni kat blog chocville, tapi ntah kenapa menda alah kuinochi tu dengki sangat kat saya..dah kena buang dari sini, dia menjangkit ke blog situ plak..grrrrrr..

Hihi pic2 macaron ni saya snap pakai phone, edit pki instagram.. Haha ye la kan, mcm tak smartphone gitu kalau tak download instagram apps.. So saya guna la aplikasi tu memandangkan ia social network juga dan boleh memberikan pencahayaan yang cantik kat gambar macaron saya.. Sila la browse @zulfaz bila bukak instagram hihi..

Oh dah alang2 cerita pasal macaron, jika nak tempah boleh la email [email protected]. . 1 bekas macaron ( 12pcs) berharga RM25.00.. Kalau untuk doorgift boleh juga tempah.. Contoh2 doorgift boleh tengok kat facebook chocville. Ok tu je..dahhhhh

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, June 29, 2012

Macaron lagi eh :)

Dah la tak bagi alasan kenapa lama tak update blog, bila dah rajin blog asyik update iklan je eh...hihi

Jemput la refer fanpage chocville eh ( menyampah tau macam la glamer sangat ada fanpage hihi )

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, April 1, 2012

FOC

FOC ( free of charge or fat orange cat?) macaron...


I was thinking to make funny shape of macaron fora long time.. But then the most common funny shape that i always do is an amoeba shape..haha.. Thanks to macaron fetish whom inspired me :)


I dont have edible ink pen, so the white dot and dark fine line on the cat face were drawn using white and dark chocolate..


Im thinking of other shape in my head... Hee the idea is there... But i hope the RAJINness available ( i cant think the rite word...im lack of vocab tooo...sedey!)


If you interested to try our macaron, do contact us to make some orders :)
Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, March 31, 2012

Macaron ; Italian method



Menyiapkan macaron selalu ada roller coaster ride feeling... Walaupun dah banyak kali buat tapi debarannya masih sama, kekecewaannya lebih lagi kalau tak jadi...huhu

Saya pengguna french method yg setia  sbb saya ni kategori malas nk prepare air gula.. Saya malas bertunggu tangga kat stove sambil pegang digital termometer tunggu sampai air gula bersuhu 120degree celcius pastu nak kena lari2 pula ke stand mixer (saya agak orang yg gula italian method ni ada induction cooker kat sebelah mixer) untuk tuang pada telur dan teruskan memukul telur dan air gula tadi sampai stiff peak dan meringue sejuk.

Tapi walaupun leceh, tapi ia berbaloi untuk anda yang gatal tangan suka overmix meringue dan bhn keringnya sbb meringue itali ini lebih stabil kerana jaringan proteinnya dah 'masak' oleh air gula panas tadi...

Resepi yang saya guna menggunakan ratio seperti berikut ;

1 bahagian putih telur

1.35 bahagian gula kastor

0.33 bahagian air

1.35 bahagian badam kisar

1.35 bahagian gula aising

Sekiranya putih telur 50g, semua bahagian tu kena didarabkan dengan 50 juga. Jadi ;

50g putih telur

67.5g gula kastor

16.7g air

67.5g badam kisar halus

67.5g gula aising

Sediakan loyang yg di alas parchment paper dan pnskan oven 160 degree

Masukkan putih telur dalam mixing bowl dan mula kan memukulnya pada kelajuan sederhana minima. Dalam waktu itu sediakan sugar syrup. Cairkan gula kastor dengan air sehingga suhu 120degree.

Setelah sugar syrup mencapai suhu dikehendaki tuang ke dalam putih telur yang sedang dipukul. Berhati2 semasa menuang kerana air gula sangat panas!

Naikkan kelajuan memukul sehingga meringue mencapai kosistensi soft peak.

Letakkan pewarna gel dan pukul lagi sehingga stiff peak.

Meringue bertanduk

Masukkan bhn kering ( badam dan gula aising), gaul dalam bentuk kaup balik. Sodokkan penggaul sehingga dasar mangkuk dan naikkan ke atas. Ulang gerakan begitu sampai semua bhn kering dan meringue sebati. Adunan harus mengalir bak lava gunung berapi cheeeewah!

Paipkan adunan dan tunggu ia kering. Dah kering ( kering tu sampai pgg lapisan luarnya macam dah crispy) barulah bakar. Loyang kat kedudukan tengah api bawah dan suhu 160-170 degree celcius.

Bakar lebih kurang 12-15 min. Setelah masak biar seketika atas loyang untuk biarkan feet nya stabil..macaron yg masak sempurna sangat mudah ditanggalkan dari kertas.


Kalau malas buat anda boleh order dari saya juga.. Boleh refer harga terkini Macaron Chocville

Oh ya pilihan warna dan perisa filling boleh rujuk di sini

Untuk yang menyambut hari2 bahagia, saya ada buat juga macaron sebagai doorgift :)

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, March 12, 2012

Mactweet : Celebrations

It's been a while i'm hibernating from posting an entry for mactweet.. But since this month is a several celebrations month for me and family, i'm posting this for mactweet..


The celebration start with my mum's 56th birthday on 2nd March. Followed by my wedding anniversary for a second year on 6th March and today is my dad's birthday on 12th March.


For my parents bday celeration i made a medium size cake with maple syrup cherse frosting and i used the leftover of the frosting and dark choc  ganache to create a burger look a like macaron as another sweet things to cheer up the celebration...


To all macaron designers, let's MACTWEET


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, September 17, 2011

Alien

Seketika saya puasa buat macaron, maybe i should pray for my baking mojo..

Sudah lama x beri tips macaron, dan tips kali ini ; if your macaron batter color turn like alien, the outcome after baked are truly aliens. Setakat ini bila mengadun bright color yang cantik, bila dibakar macaron yang jd mmg cantik pakai skirt..hehe..

Oke sekarang raya2 ni mood kek lapis jambi..nak order kena sms or call 0136076706 dulu sbb melapis ni ikut mood rajin..dan hanya buat on serius request only..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, July 10, 2011

Portuguese Egg Tart

Have you ever try KFC egg tart? Hehe talking about KFC,lately banyak plak video kuar pasal ayam tapak kasutlah, ayam perasa air basuh pingganlah n so on.. harap-harap kami tarpeliharalah daripada makan KFC sebegitu..

Tapi sejujurnya egg tart KFC memang sedap betul..tart telur KFC tu boleh la diklasifikasikan sebagai Portuguese Egg tart.. since egg tart ni seasonal dish kat KFC, so bila musim dah abes ni tak semua outlet jual egg tart.. So keteringinan melampau, tapi malas nak cari-cari KFC terdekat yg jual egg tart ni, maka cuba-cuba jaya di dapur pun dimulakan...


Saya tiada acuan tin untuk tart yang besar.. nak guna acuan cheese tar tu kecik sangat.. so saya bedal buat dalam ramekins..oh ya, ramekin kecil sikit tu adalah set  yang dibekalkan sekali jika beli blow torch yeh.. ada empat biji ramekins di dalamnya..tapi nak makan kena korek ngan sudu..huhu..Oh ya resepi egg tart ni saya ambil dari laman Rasa Malaysia...



Putih telurnya saya guna buat macaron..hehe kan saya tauke macaron..
*Saya segan nak claim macaron saya best in town, tapi bila customer saya msg cakap ' superb la macaron akak' saya terharu.. Yang baik dari Allah dik..macaron akak masih ada senget benget..hehe akak pun sama...:p

Thursday, July 7, 2011

Paruh burung dan rupa pelik

Untuk sekian kalinya entry ini berkenaan tentang tips2 membuat macaron.. saya bukan graduate pastry school, tapi tips yang saya kongsikan berdasarkan pengalaman cuba-cuba jaya dan juga aplikasi jiwa penyelidik yang selalu off dalam jiwa saya..

Kalau dalam entry lepas ada saya nyatakan tentang penyediaan meringue.. Sebab meringue adalah bahan utama dalam penyediaan macaron.. Bukanlah saya hendak mengkesampingkan (hoh perkataan apakah ini?) serbuk badam dan gula icing, tapi tanpa meringue, macaron itu bukan lah macaron (hoh frasa apa pula ini?)



bec d'oiseau' (bird's beak) meringue peak

Ok, setelah anda ada meringue yang betul, bahan-bahan lain (serbuk badam dan gula icing) hendaklah dipastikan kering dan telah diayak sekurang-kurangnya sekali.. Ini untuk mengelakkan permukaan macaron macam berjerawat pasir.. tapi kalau tak mau ayak pun terpulang lah.. Saya  mengambil berat soal ketepatan nisbah bahan.. jadi saya ayak serbuk almond dan gula icing secara berasingan.. masa buat awal-awal dulu saya campur kedua-duanya baru ayak.. tapi saya dapat gula icing tertapis lebih banyak berbanding serbuk badam.. maka sekarang saya ayak berasingan dan kemudian barulah dicampurkan.. kontra mencampurkan kemudian begini mungkin menyebabakan bahan kering kembali berketul dan nanti macaron berpotensi berjerawat batu.. Tapi sekiranya bahan kering ni betul2 kering, Insyaallah tak jadi ketulan..:)

Bila bahan kering dicampurkan dengan meringue, teknik menggaul atau istilahnya macaronage perlu diambil kira.. Kalau terlebih gaul adunan macaron mungkin suka berpegangan tangan, tapi kalau kurang gaul lain pula jadinya..
skirt senget sebelah, tetiba ada rupa pelik sket

Setengah macaron bakers kata adunan macaron seharus flow macam magma gunung berapi.. huhu saya tak pasti sbb tak pernah tengok magma gunung berapi.. tapi apa yang saya boleh kongsikan, jika lepas anda pipe macaron, puncaknya tak mau leper-leper dan bila bakar jadi rupa pelik macam kat atas ni, maknanya macaron anda kurang gaul lah...hehe..

Lain-lain tips, sila rujuk ;

Friday, July 1, 2011

Manisnya macaron ini... :p

Saya tak kedekut resepi macaron ok.. tapi buat masa ni method yg consistent saya buat ialah menggunakan method French... Kiranya basic / beginner macaron ni, kena belajar dulu French method, lepas tu baru boleh up guna Italian atau Swiss method..

Ape ke bendanya French, Italian dan Swiss ni?
Ketiga-tiganya adalah merujuk kepada cara penyediaan meringue ; adunan putih telur dan gula yang dipukul.. bukan pakai rotan atau hanger okeh.. tapi pakai mixer.. tak kira mixer mahal or mixer murah, asalkan bebas minyak dan bahan-bahan dah cukup, InsyaaAllah adunan meringue anda akan menjadi..

Perbezaan French, Italian dan Swiss meringue? (fakta dari pembacaan internet dan maklumat buku biskut raya oleh chef wan)
French : Putih telur dipukul sehingga frothy kemudian dimasukkan gula sedikit demi sedikit sehingga mencapai tahap stiff peak.
Italian : Putih telur dipukul sehingga frothy kemudian dimasukkan syrup gula yang dipanaskan pada suhu 118 degree celcius. Teruskan pukul sehingga mencapai tahap stiff peak.
Swiss : Putih telur dicampur dengan gula, dihangatkan sedikit secara double boil dan boleh dipukul pada suhu 65 degree celcius..Teruskan pukul sehingga mencapai tahap stiff peak.

Kalau kita bukan bnyak gadget didapur, bukan la tak boleh cuba langsung buat macaron kan? klu takde termometer, boleh cuba guna teknik French oke..

Bercakap soal manisnya macaron ini (baca intonasi Sepah Maharaja Lawak)... ok ia mmg manis kalau anda nak macaron cantik, berkaki dan pakai skirt.. tapi kalau anda tak kesahkan rupa bentuknya macamana, boleh reduce gula.. hasilnya takde la nilai2 estetika dan mungkin ia bukan crunchy diluar, goey di dalam, tapi ia kurang manis seperti yang diharapkan...cuma bagi macaron kurang gula, elakkan terlebih fold semasa proses macaronage ; mengadun meringue dengan almond, gula icing dan pewarna.. Jika tidak, kemungkinan kebanyakkan adunan macaron yg dipaipkan atas dulang pembakar akan suka 'berpegangan tangan'.


Untuk lain-lain tips boleh rujuk

Wednesday, June 29, 2011

Bukan marah, tapi nasihat

Lately banyak blogger cerita pasal macaron, banyak review pasal macaron.. blog suam-suam kuku saya lately ramai pengunjung sebab saya buat macaron.. thanks to kawan kucing saya..hehe..

Bila cerita pasal macaron satu yang saya perasan obvious komen ialah " Eeiii manis lah!" dan satu lagi tipikal bila orang yang konon2 hebat macaron tengok orang review macaron dan eja macaron as macaroon, terus cepat2 bagi komen macaroon tu wrong spellingdan yang betulnya macaron.. ( haha pandai2 la nak wakafkan kat mana..huuu)

Secara asasnya macaron memang manis. So kalau bukan jenis pemakan manis, atau penghidap kencing manis atau alergik kacang almond, saya sarankan don't ever try macaron at all.. Tapi kalau yang tak berisiko, tapi tak suka manis nak jugak rasa macaron, sila ikut rules nak makan macaron semasa makan macaron, jangan lah minum air gas atau bergula banyak..kalau ikut buku resepi Mad About Macarons by Jill Collona, minuman yang sesuai masa makan macaron ialah dengan minum air teh, kopi atau koko tanpa atau kurang gula.. tak pun minum air kosong.. Dan macaron bukanlah makanan macam potato chips atau keropok lekor atau filamen crab stick yang sedap makan banyak2 sambil cicah sos.. maximum sehari sebiji cukuplah walaupun ia bukan pil metformin.. hehe..

Lagi satu kalau pun ada orang review eja macaron as macaroon dan kemudian diperbetulkan jadi macaron, tahniah sebab ada yang berniat baik untuk membetulkan ejaan, tapi better guna id sendiri jangan guna Annonymous.. nanti kita susah nak tau sapa yang ikhlas betulkan spelling kita.. dan kalau ada yang eja makarun atau mak-arun tu takpe pun sebenarnya.. orang Paris pun belum tentu boleh sebut tempoyak dengan betul..

Eh hari berkat Isra' Mikraj ni pun buat entry bunyi macam garang.. Hehe ni bukan marah, tapi nasihat.. :)
Banyak2 zikir Subhanallah ye.. daaaaaa

Monday, June 27, 2011

MacTweets #1 : Fruit which is very WTF!


I saw this badge in several macaron bakers blog.. Probably they've joining Mac Tweets monthly theme.. Hehe This time i feel i wanna join the challenge for fun..~What the fun!....lalala

The recent theme (according to MacTweets last entry) is  about fresh fruit.. For the time being, the macs that i prepared was not so adventures.. Maybe in future I need to allocate some times and budget exploring on mac shells and fillings..

I've try 3 type of meringue preparation ; French, Italian and Swiss. I personally quite comfortable using French technique because it doesn't require so much gadget.. and I'm sugar syrup phobic too..huuu)

For the filling, my 1st preference is chocolate ganache.. 2nd is chocolate ganache.. and 3rd is chocolate ganache..:p

Ok to cut the story short, for this theme i'm preparing ;

Dutch cocoa mac shell + dark choc ganache + strawberry slice

Ignore the existence of air pocket.. this macaron melting heavenly in mouth oke :)

p/s : this is one of solution to reduce the sweetness of macaron.. anyway as long as it is macaron, it should taste sweet aite?

Tuesday, June 21, 2011

voila or soddisfatto + tripple thank you mean more than trillion ya..


Adunan panna cotta saya semalam dapat 3 bekas ramekins.. semalam kami dah makan sebekas sorang.. so hari ni, ada lagi berbaki satu..kalau semalam saya hidang bersama sos karamel dan kepingan badam, hari ni saya hidang dengan strawberry pie filling..

Seperti yang saya kongsikan semalam, hasil usaha susah payah 5 minit tu berbaloi sangat untuk membuat panna cotta ni.. selebihnya biarkan peti sejuk kita yang bekerja membekukannya... Bila dah beku bila-bila masa kita nak hidangkannya terpulang pada kita.. apa-apa jenis sos manis-manis masam pasti menjadi sahabat baik panna cotta ni, letak saja dia atas..voila!... err italian will say ; soddisfatto!

Kalau boleh fokus, panna cotta saya ada bintik-bintik hitam.. itu datang daripada biji vanilla pod.. saya dah lama tak guna vanilla ekstrak.. sebab ada yang kata untuk dapat vanilla ekstrak, kekacang vanilla kena direndam dalam sebatian alkohol..hmmm entahlah, ada saja yang membuat kita was-was kan.. tapi selagi ada tanda halal jakim atau yang diiktiraf, berpegang saja pada itu..


Production macaron juga semakin baik..alhamdulillah mereka { macaron} tak meragam lagi macam peringkat awal saya buat dulu.. hehe...kepada yang tanya "tak buat kelas macaron kah?"... Insyaallah.. tunggu saya khatam semua method menghasilkan macaron dulu yeh.. bila tiba masanya saya akan beritahu di blog..

Kepada yang tak putus-putus order macaron Chocville.. tq..tq...tq... and thank you... :)
myfreecopyright.com registered & protected